Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 22: Aku dan IG (Instagram)

# kemalasan melanda

hai korang? posa tak hari ni? hihi, gurau minta kena sekeh. Okey, kan semalam aku citer pasal aku ada IG (Instagram), ko ade? dan aku nak share apa pendapat aku tentang IG, kalau korang rasa tak sependapat, takpe .. aku terima. Aku ada IG sebab adik aku paksa, katanya 'kak, buat IG sekarang. Kalau tak, tak boleh balik kampung. Nanti orang tinggal je kat Tol Gombak tu je' huhu gurau je. Jadi dengan paksarela aku pun buat lah.

Aku follow dia, dan dia follow aku. Pastu aku tengok ramai pulak yang follow aku. Tah mana datang pun aku tak tahu. Kulit hitam, kulit putih sume ada. Eeee takutnya saya. Pastu banyak la pulak yang follow semata2 nak jual barang. Segala ubat nak bagi putih, jual beg, jual baju, jual ubat gegat, hehe tipu je.

Aku tak minat nak beli barang, so aku klik n follow artis2 se Malaysia. Wow! hebat gaya hidup mereka. Makan-makan, jalan-jalan, sopim-sopim. Boleh dikata ramai artis ada IG. yang apdet setiap 15minit pun ada. Bukan semua la macam tu, ada jugak yang post benda2 macam kata2 motivasi. Okey, takpe kita layan je. Bagusnya IG sebab mendekatkan peminat dengan artis pujaan mereka. Aku pun tak pasti siapa artis yang aku suka, huhu

Tapi, satu je aku nak simpulkan kat sini.

Kepada Artis:

Berpada2lah tunjuk kasih sayang anda, tak semua yang follow tu adalah 'peminat' tetapi 'pembenci'. Nak share apa2 di IG fikirlah 2/3 kali. Kadang ada yang saja letak gambar yang mengundang kontroversi. Bila orang komen buruk tahu pulak sentap.

Kepada Peminat:

Bagus sifat memuji itu, tapi janganlah over sangat. Sebab nampak sangat tak ikhlas pujian itu

Kepada Kaki Kritik:

Agak2lah nak taip komen tu, jangan sampai tahap menghina. Setiap inci ditelek untuk dijadikan modal kritik. Kuku, Kening, Gigi semua di komen. Mereka pun ada keluarga, bayangkan kalau mereka adalah ahli keluarga kita dan kita baca setiap komen yang mengutuk keluarga kita. Sakit hati tak? Tak sakit? ko memang kental. Kalah IronMan ;)

Kepada Yang Menjual:

pandai korang berniaga, boleh dikata semua tempat ada nama korang, siap cakap 'sori sebab spam IG korang'. huhu. Teruskan usaha anda ;) kalau ada barang yang aku suka, nanti aku follow korang ye tetiba je, tadi kata tak minat nak beli barang

Okey tu je nak citer, babai. Nak gi intai menu kat kafe (^_^)


Tuesday, July 30, 2013

Tetiba Ada Instagram

Mood:

# mata ngantuk, tak cukup tido
anak kenit tak sihat, masih ada sisa batuk

# perut masih sakit OnOff
ala-ala 'sekut' chipsmore, kejap ada kejap takde

# hati dah takde kat opis
dah terbang pulang ke kampung, mood nak raya
sebenarnya bukan nak raya sangat
tapi lebih pada nak balik kampung je
ma baru kol, tanya bape haribulan nak balik?
aku pun tak pasti
cuti raya pun tak apply lagi  


oh lupa nak cakap, aku ada IG
baru buat last week
create akaun Instagram semata2 nak skodeng gelagat artis, huhu


banyak sungguh masa lapang ko ye Irfa
kalau betul banyak masa lapang
apa kata ko buat popia simpul
tak pun popia nestum
jimat jugak kos beli kuih raya
resepi dah print, buatnya entah bila

entahlah labu


Monday, July 29, 2013

Kad Raya Pertama dan Kiriman Dari Bonda

en3 ke 3 untuk Ramadhan ke 20

jam 12 tgh hari tadi, adik2 aku selamat sampai dari kampung
sakan korang cuti pra-raya kan?

gambar terpaksa di 'blur' kan atas faktor keselamatan
tak nak ngaku tuh henpon sadin cap ayam, hihi
dan ada kiriman dari anak dara omie
kad raya pertama tahun ini datangnya dari 
KAKAK yang jauh nun di pantai timur
kad raya handmade, pos pakai ketebang, hihi


siap tanya 'umie balik raya tak?'
padahal dah tahu yang kami balik raya
sabar le kakak ni

dan tak lupa kiriman dari Bonda
'nise' 
boleh la buat buoh kekoh cha dan tupat sutun
kalau rajin la, hahaha
kalau tak rajin, kita campak2 je dalam sambal ikan bilis
takpun campak2 je dalam masak singgang 
abis citer 


masak apa berbuka nanti?
aku masih lagi terfikir
tekak rasa nak makan nasi tomato
beli la kat sebelah, nak masak tu lambat sikitlah
takat mulut aku dengan si abam je pun

Jerawat yer, Bukan Jururawat

# hari ni kakak start trial Upsr
anak exam, umie yang over nebes, acaner tu?
Ya Allah, tenangkan hati kakak menjawab soalan
Okey, nak hilangkan nebes, meh kita apdet blog setiap 1 jam
boleh?

sambungan kisah ke klinik pasal Gastrik semalam
aku ada bagitau doktor pasal masalah lain
Ingat lagi tak entri ni As Beauty @ Japanese Tea 
dan aku nak share masalah yang melanda aku
(melanda sangat tau, sampai tahap tak lena tido 
lalu depan cermin rasa cam nak pecahkan cermin itu, huhu)

macam mana tak sengsara
jumpa orang yang tak pernah bertegur sapa pun ada yang tegur 
'eh!rasanya awak dulu tak macam ni?
kenapa dengan muka?
pakai produk apa?'
stres KakTon tau

anak kenit aku pun pandai komen
sambil gosok2 pipi aku dia cakap
'umi ada jerawat ke? kesian umie
nanti jumpa doktor, nanti cuci muka ye
Ajaa cantik, takde jerawat'
huhu, sempat lagi tuh puji diri sendiri

sila rujuk gambar di bawah, inilah masalah aku
dahlah dekat nak raya ni
malulah KakTon nak jumpa orang kampung, huhu

huhu, dah tak gebu
acaner nak raya ni?

ada baca satu blog, katanya sapu je ubat gigi kat jerawat yang tengah aktif tu
dan sapu krim jenama Hiruscar kat jerawat yang dah mati untuk hilangkan parut
terus laju2 ke farmasi, beli krim Hiruscar, mahal jugak sebab tiub kecik je
 kat Watson, tiub kecik 5gm/RM14.90

tapi bila kebetulan ke doktor, terus ngadu pasal ni
dia tanya 
'awak ada pakai apa-apa ke kat muka ni?'
aku citer la sebab musabab kejadian berlaku
maaf sebab terpaksa cakap jenama produk tersebut
dia kata bila pakai produk, dia otomatik menutup liang roma
sebab tu nampak lawa je
jadi minyak berlebihan dalam kulit tak dapat keluar
bila dah tak pakai apa2
pori2 terbuka dan minyak yang dah terperangkap semua keluar
jadilah  jerawat
itu doktor kata, kalau dia tipu, tipulah aku

# kawan2 yang masih pakai produk tu menten lawa
sampai tahap diorang tak berani nak stop
sebab takut naik jerawat
tapi kalau kena pakai sampai bila2 taknaklah aku
dah lawa, nak pakai buat apa? huhu

dan doktor bagi krim ni 
     
krim jerawat, huhu
so aku dah ada 2 krim

atas: krim utntuk parut jerawat
bawah: krim untuk sapu pada jerawat yang masih aktif
sambil sapu krim, sambil tiup2 sikit
'moga sempatlah kulit ku kembali normal sebelum raya'

persoalannya sempat ke hilang parut tu?
tak sampai 10 hari je lagi nak raya
sapa ada petua nak hilang parut jerawat
cepat share, jangan kedekut ye

(^_^)


Ramadhan 20: Gastrik Datang Lagi

Salam Ramadhan ke 20
Ramadhan sudah menuju penghujung, huhu

ni kisah aku di hujung2 Ramadhan
tanpa di sangka 'kawan lama' datang kembali 
Masa sekolah menengah dulu, aku dan dia memang serasi bersama
setiap bulan ke klinik jumpa doktor ambik ubat Gastrik
tapi dah lama dia tak datang, rasanya belas2 tahun
sejak aku bekerja dan berkahwin

Tapi tak sangka Khamis lepas, dia datang kembali
berguling aku menahan sakit lepas buka posa
aku lupa itu sakit apa
cuma yang aku ingat sakit tu macam kontraksi nak bersalin, huhu
kejap datang, kejap hilang

Jumaat sakit tu masih ada, aku tahan je
masa solat menahan sakit waktu rukuk dan sujud
Sabtu balik Cheras, sakit masih ada
Ahad, tak boleh tahan dah
ke klinik jumpa doktor
check itu ini dan 'tahniah, awak peknen' hehe, gurau je
'awak gastrik ni, ada kontrol makan ke?'
aku cakap ' takde diet pun, makan cam biasa je'

so balik tu dapat seplastik ubat
ubat gastrik
peringatan untuk diri sendiri, jangan culas makan ubat
huhu 
sib baik dah nak abis Ramadhan baru dia datang
kalau tidak, mungkin ada hari aku takleh posa
setakat ni masih bertahan
dan puasa masih penuh 
wpun dalam hari menunggu ABC (Allah Bagi Cuti)
(^_^)

# sakit itu penghapus dosa2 kecil

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 16: Bulan Cantik dan Kuih Raya

Salam Ramadhan ke 16, wah! mesti semua mood gembira datang keje hari ni kan? Maklum ler esok cuti (Nuzul Qur'an). Cakap orang ye, aku pun sama jugak, hihi. Emm ingat nak balik berbuka ngan mil petang ni, harap2 tak jem dekat jalan Tun Razak tu. Kalau tak konfem berbuka dalam keta sambil telan air liur je. huhu.

Pagi tadi ada sedikit drama airmata, siapa lagi kalau bukan drama queen kecik aku tu. Kisahnya hari selasa tu pengasuh tiba2 kena balik kampung sebab pak mentuanya sakit. Kakak tu tak sempat tunggu aku balik keje sebab nak bertolak cepat dan dia bagitau akan tinggalkan anak aku kat rumah kakak dia. Tak jauh pun sederet ngan umah aku je. Masa ambik anak, kakak dia offer  kalau takde orang jaga, hantar je anak2 umah dia. Dia kesian kalau aku kena ambik cuti banyak. Tq Kak, jasamu di kenang.

Tapi semalam en abe cuti, so tak hantar la. Pagi ni en abe keje shift pagi, sah2lah kena hantar. Apalagi, meraung la dia taknak masuk umah. Siap cakap 'taknak duduk sini, ...........( sebut nama sorang budak yang kakak tu jaga) nanti dia buat Ajaa' padahal budak tu lagi kecik dari dia, apa nak takutnya. Kakak tu kata '....... takde' akhirnya dia masuk umah, elok dia masuk aku pun cabut ler. Dari jauh aku dengar suara dia melalak. Maaf le kak, pandai2 la akak buat macam mana.

Sambil tunggu member pickup aku berbicara dengan bulan 'Bulan, aku sedih. Sudikah kau mendengar luahan hati ku?' drama sangat.......pirahhhh

jam 7.10 minit pagi
masih ada sisa bulan penuh 
Cerita lain, tadi nampak kuih raya nak raya memanglah kuih raya ada di mana2 je tapi kan, aku rasa kuih raya ni nampak berselera cuma sebelum raya. Bila hari raya, jeling balang kuih pun rasa loya. Nampak sama je semua kuih tu, tapi dia akan nampak sedap seminggu dua lepas raya. Serdak pun licin.

deretan kuih raya menggoda jiwa
pilih jangan tak pilih
sila bayar kat kaunter ye

Dalam banyak2 kuih raya, antara kuih raya yang aku tak jemu makan ialah tat nenas, semperit, kuih siput dan sarang semut.

Tapi setakat ni baru order kuih sarang semut je, itupun adik pengasuh yang buat. dah beberapa tahun order kuih tu dengan dia. Dan dia pun tiap tahun buat kuih tu je takde buat kuih lain, nanti aku tunjuk gambar ye

Zaman aku buat kuih raya dah berlalu,last aku menguli tepung untuk buat kuih masa umur 18 tahun, gila lama kan? hihi. 

Korang dah order kuih apa? ker buat sendiri? kalau buat sendiri TAHNIAH aku ucapkan (^_^)

Wednesday, July 24, 2013

Contoh Surat Minta Cuti Raya

adoi, mood nak buat keje dah terjun lombong
kiri kanan depan belakang duk pasang lagu raya
sabar jelah, lagu takpe lagi
ini siap takbir raya, sayu rasa hati

citer bab raya ni
dah apply cuti raya ke belum?

aku belum apply lagi
bos ai kalau nak cuti esok
hari ni submit borang pun takde hal, hihi

ini ada orang share contoh surat mintak cuti raya
dalam bahasa ibunda ku, hihi

kalau hantar kat bos aku 
konfem dia buang dalam tong sampah
kes baca tak jugak paham2, hihi


paham ke?
tak paham sila mintak bantuan Google Translate
konfem pening kepala pakcik gugel tu nak terjemah 
hahahaha

sapa yang paham sila angkat keyboard
(^_^)

# nak baca surat yang bos dia balas, sila ke blog cikviva

Ramadhan 15: Lagu Raya Sana Sini

Ramadhan ke 15
 pagi ni ontheway ke opis
radio dah pasang lagu raya
okey la dari tahun lepas
rasanya minggu pertama puasa dah ada radio siar lagu raya
ramai komplen rasanya sebab awal sangat

masa kecik, mak tak bagi kami suka-suka takbir raya
kata mak
'sian orang dalam kubur tu, kita seronok nak raya
diorang sedih puasa dah nak abis
masa puasa ni lah orang dalam kubur terlepas siksa kubur
bila dengar lagu raya, itu tanda dah dekat nak raya'

sebab tu aku sayu sangat kalau dengar lagu raya
terkenang mereka2 yang aku sayang yang telah pergi
Al Fatihah untuk mereka

# malam ni 3 adik-adik aku akan balik kampung
sempena cuti Nuzul Al-Qur'an
naik keta api tut tut
emm, lama tak naik keta api

Apa lagu raya feveret korang?
Kiranya lagu yang boleh hati terusik la
Aku punya lagu ialah Dendang Perantau (i kan perantau)
dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat

(^_~)

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 14: Berbuka Bersama Adik-Adik

Adat merantau, berjauhan dari kampung halaman dan mak ayah. Bila ada adik beradik yang duduk berdekatan, mesti akan set satu tarikh untuk berjumpa paling tidak sebulan sekali. Selalunya aktiviti makan2 lah akan menyatukan aku dan adik2. Kami 6 beradik (sorang je yang masih belajar di kampung) dan 5 dah keluar merantau. Tapi kami duduk tak jauh, semua area Nilai je, paling tidak sekali sebulan memang akan berjumpa. Duk dekat2 ni kalau mak ayah datang sekali sekala melawat anak cucu, senang .. sekali harung boleh jumpa. Kalau berkumpul pun, samada umah aku @ umah adik lelaki yang dah berkahwin tu.

Dah hampir setengah bulan posa, belum ada kesempatan berbuka dengan adik lelaki yang dah berkeluarga tu. Sebab dia keje shift, orang cuti dia keje. Orang keje, dia cuti. Kalau nak jumpa kena set masa betul2. Yang single mingle tu memang boleh kata tiap minggu ada je kat rumah aku, kalau tak datang, anak2 aku pun mesti akan tanya 'ichik dan makcheq tak datang ke?'.

So semalam adik no 2 call, bagitau nak datang berbuka kat rumah, katanya masak nasi je nanti lauk dia belikan (paham sangat kot aku balik mesti kelam kabut nak masak) tapi sebagai tuan rumah takkan lah aku nak masak nasi dan hidang air je, Ontheway balik set dengan CikViva jumpa kat pasaraya sebab nak beli bahan untuk masak atleast satu menu.

Sampai umah jam 6.00 petang, singsing lengan pung pang pung pang kat dapur (bunyi hebat macam masak kambing sekor, haha). Gulai tempoyak udang dan goreng sayur campur je pun, kihkihkih. Sampingan ada sup ayam dan panaskan sambal ikan bilis makwan. Ada jugak roti jala dan roti john beli kat kafe opis dan pencuci mulut buah anggur hitam, air kordial perisa epal dan bebola sotong ditaja oleh cikviva .

Tepat jam 7.00 adik lelaki n family datang, siap bawak macam2 lauk. Ada gulai kawah, gulai lemak daging salai, pajeri terung, solok lada. Yang paling last yang sampai masa kami tengah menyuap ialah adik lelaki yang duk Putrajaya. Yang tak dapat join ialah sorang lagi adik pompuan, sebab dia keje shift petang.

# gambar tak menarik untuk ditayang, korang bayangkan jelah ye :)

Sebenarnya, bila kumpul ramai-ramai makanan tak sedap pun jadi sedap. Aku harap bila mak dan ayah dah takde nanti, hubungan kami adik beradik tetap rapat macam sekarang (2 adik aku adalah pembaca tetap blog ini) wpun kadang2 aku ada tegur mereka, aku harap mereka tak ambil hati. Kakak sulung memang macam mak-mak sikit, Maka bertabahlah ye adik2 dapat kakak macam aku ni.

Korang dah tahu pasal aku kan? Meh aku nak berkenalan dengan korang pulak,

* Korang ada berapa orang adik beradik?
* Adik beradik ramai ke sikit?
* Anak sulung ke anak tengah @ anak bongsu?
* Duk jauh ke duk dekat?

# takde hadiah ye ;)


Monday, July 22, 2013

Ramadhan 13: Mulakan Gaya Hidup Sihat Mulai Ramadhan Ini

Ini sebenarnya kisah Jumaat lepas, kan kita 'break time' 2 jam. Kami kat sini bukan ada shopping mall nak cuci mata, lainlah kalau keje sebelah Sogo @ Jalan TAR. Boleh la merayau2 belek tudung. Kat sini kalau ada pun 'dutyfree shop' tu je tapi tengah2 bulan ni masuk kedai pun, salesgirl pandang sebelah mata pun tidak. Sebab dia tahu, saja nak window shopping maklumlah belum gaji, hihi. Nak makan tak buleh sebab posa, kebetulan surau anjurkan tazkirah, jomlah kita kesana mana tahu ada ilmu yang boleh di kutip, boleh je nak tido tapi ku tahankan Jebat (eh!mana datang Jebat dalam ini pilem? hihi)

Tazkirah Jumaat itu disampaikan oleh seorang ustazah yang merupakan seorang doktor gigi, sejuk mata memandangnya dengan barisan gigi yang tersusun cantik, doktor gigi le katakan, namanya Dr Rosni Adam, ada klinik tapi aku lupa kata area mana. Tajuknya Pemakanan Bulan Ramadhan tapi dia tak citer bab makan pun, aku ingatkan nak citer apa patut makan dan tak boleh makan bulan Ramadhan ni. Rupanya tajuk tu penganjur yang letak, tak kisahlah tajuk apa pun yang penting isinya

Okey, aku nak share secara ringkas apa yang aku dapat dalam 'taman ilmu' tadi ye, ambik mana yang baik dan buang mana yang tak perlu. Ayat tu aku olah sendiri bukan kutip sebijik2 apa yang Dr tu cakap (aku lupa bawak pen/kertas so tulis kat hp je, huhu)

- bulan Ramadhan ni boleh dikata sebagai 'bulan hadiah kesihatan' dari Allah untuk yang berpuasa, masa ni lah nak bagi perut berehat selepas 11 bulan di isi dengan macam2 makanan. Sebabnya, rumah penyakit datangnya dari perut, kalau baik perut kita InsyaAllah kesihatan kita juga baik.

- mulakan berbuka dengan kurma dan air dan air lebih afdal (semua dah tahu kan).

- Kalau kita nak ubah kebiasaan, kena buat perkara itu berturut2 selama paling kurang sebulan@30 hari. Jadi kalau nak buat sesuatu yang baik, sangat bagus kalau pilih bulan Ramadhan ini sebab posa kan genap sebulan (nak berubah kearah kebaikkan sebenarnya tak perlu bertangguh pun, buat je sebab kita tak tahu esok lusa masih bernyawa lagi @ tidak) tapi tak salah kan kalau kita rasa nak pilih satu tarikh yang istimewa. Contohnya, ramai je kawan2 sekeliling aku yang pilih untuk bertudung sempena 1 Ramadhan dan Alhamdulillah berterusan sampai sekarang. Tahniah untuk mereka dan bagus juga bagi abang2 yang nak berenti merokok tu.

Okey, ini mesej khas KEPADA PEROKOK yang berazam nak berenti merokok mulai Ramadhan ini. Perkara pertama yang perlu dalam misi ini ialah AZAM. Perokok tegar ni bukan boleh main ugut2 letak pisau kat leher, tak guna semua tu kalau empunya badan takde keinginan nak berenti. Bagi couple2 yang baru nak kenal cinta tu, jangan percaya sangat kalau bakal pakwe kata 'demi you, i sanggup berenti merokok' yelah sangat. Depan ko je dia tak isap, kat belakang korang, berasap macam engin keta api wap. Jangan nak terasa kalau korang bukan dalam kategori tersebut.

Okey, pada permulaan nak berenti merokok mesti ada simptom macam * sakit kepala dan selsema * resah * berat badan naik sebab asik lapar dan nak makan* tapi jangan cepat mengalah ye abang2 perkasa semua. Letak target contohnya 'aku taknak merokok sampai raya nanti' dan bila tiba raya jangan terus isap balik, letak lagi target 'aku tak nak merokok sampai Raya Haji' jadi lama2 akan jadi biasa tak isap rokok.

- bila dah pasang niat tu ada perkara yang abang2 kena elakkan seperti

* buang lighter dan rokok yang ada
* elak bau rokok sebab nanti keinginan akan datang balik
* elakkan jumpa kawan yang merokok, nanti dia offer abang tak sampai hati nak tolak, huhu
* bagitau family/kawan yang abang2 nak benti merokok, supaya diorang boleh ingatkan dan bagi support
* cuba tukar suasana baru (pilih jalan lain untuk ke tempat kerja supaya rasa seronok, tapi jangan pulak tukar isteri baru, eh! tetiba je kan)
* cuba cari ubat yang boleh hilangkan ketagihan tapi rujuk doktor dulu (lupa nama ubat, huhu)

dan bagi yang tak pernah amalkan Solat Dhuha, korang boleh mulakan bulan ni, nanti buat hari2 tentu rasa 'kosong' bila tak buat.

Dalam Solat Dhuha tu nanti selain baca doa biasa, boleh tambah doa ni (dalam bahasa melayu pun boleh, lagi feel sebab paham makna, apa2 solat pun boleh je .. tak salahpun sebab ini doa)

'Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Menguruskan Semua Perkara, Dengan rahmatMu, aku minta tolong perbaiki segala urusan kehidupanku dan jangnlah biarkan nasibku di tentukan oleh diriku, walaupun kadar sekelip mata dan jadikan aku tangan yang diatas yang sentiasa memberi (bersedekah) dan bukannya tangan yang dibawah yang meminta.

Lagi apa ye, oh ada lagi (ingat2 lupa)

- Tukar istilah 'SABAR ADA HAD NYA' kepada 'SABAR TIADA HAD TETAPI MARAH ADA HAD NYA' maknanya, kita kena sabar sentiasa tapi kalau marah tu biarlah ada batasnya.

- Kalau marah, cepat2 sejukkan marah dengan air yang bermaksud wudu', kalau malas sangat nak ambil wudu', pegi je mandi. Nanti sejuk badan, hilang le rasa marah tu.

- Tahu tak apa makna 'helpers high' ? Doctor tu kata, itu bermaksud 'keseronokkan selepas dapat membantu orang lain' macam contohnya bila ada orang minta tolong, kita bantu apa yang termampu dan selepas tu kita akan rasa satu perasaan seronok kerana dapat membantu. Tak kisahlah membantu dalam bentuk apa pun. Kalau tak mampu bantu dalam bentuk kewangan, bantu dengan nasihat @ tadah telinga dengar masalah kawan pun kira membantu jugak.

- Antara waktu yang mustajab untuk berdoa ialah selepas asar, lebih kurang 5-10 minit sebelum maghrib, doalah sikit. Tak dapat doa panjang2, doa pendek pun takpe. Tapi aku paham sangat bagi kaum ibu, waktu tulah paling sibuk kan? sibuk susun lauk atas meja @ ada lagi yang waktu tu masih berlegar2 di pasar ramadhan .

- Tahu tak siapa yang bernama SITI yang tak cantik? Siti Nurhaliza mestilah cantik tapi ada sorang 'SITI' ni memang tak cantik, semua orang tak suka dia. Jawapannya ialah 'obeSITI' hehe.

-Akhir sekali, bulan puasa ni lelaki kena menahan ANGRY BIRD. Tahu apa?
*Angry (marah) dan Bird (burung). Tak paham, i is malu nak huraikan, huhu


Okey tu je, sekian perkongsian dari Ustajah Irfa 

~ Happy Working ~
(^_^)


Friday, July 19, 2013

Ramadhan 10: Kuih Kepek Hidung (Hidung Penyek)

Salam Jumaat
dah hari ke 10 berpuasa
rasa sedih sebab tak sampai 20 hari je lagi tinggal
kalau boleh nak tambah lagi 2 bulan 
boleh?
aku suka bulan puasa
perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata

okey, kalau korang tengok tajuk tu
mesti pelik kan?
hidung sapa yang penyek?

terlintas nak wat entri bila baca blog kakakku sayang, Kak Erna
gambar ni
# kak, pinjam gambar ye


aku tak penah buat kuih ni
tapi masa kecik2 dulu mak @ nenek selalu buat bila bulan posa
resepinya senang je
baki lepas buat kuih buah melaka tu
kalau 'nise' dah habis, gentel dan penyetkan 
macam korang penyetkan hidung (tekan tengah2)
pastu rebus dalam air menggelegak dan ketepikan

dalam kuali lain masak kelapa dengan santan dan 'nise' (gula kabung/gula melaka)
sampai likat dan masukkan adunan yang di penyet tadi
agak2 dah sebati semua adunan disalut kelapa
dah siap

# kadang2 kuih tu sama je tapi lain negeri lain namanya

eh peliknya, aku tak penah buat pun kuih ni
main agak2 je cara membuatnya
tapi pepandai bagi resepi
hahaha

(^_^)

Thursday, July 18, 2013

Hati WanitaKu Terusik

sumber dari BN

~*~*~*~

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…


Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan


Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu


Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah


Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia


Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..


Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


~*~*~*~

semoga 'dia' tabah

# emm .. baru aku perasan, entri emo tu mungkin kesan dari kes ni

Wahai Lelaki, Sedarkah Kamu?

Malam tadi, aku tertido awal, sedar2 jam 12.30 malam itupun sebab dengar pintu di ketuk banyak kali ingatkan mimpi rupanya en abe lupa bawak kunci. So, dah terbangun memang susah nak tido balik. Jom layan ceramah kat tb (en abe download kat usb). Tajuknya Fenomena Baru, Kenapa Tak Nak Anak Ramai (suka-suka aku letak tajuk). Jemputan ialah UAI dan Ustaz Bollywood.

Aku cilok sikit2 lah ye ekon opis ni sejuk gile, nak menaip pun tangan gigil sebab sejuk

Isu perbincangan ialah orang zaman moden ni suka merancang keluarga dengan macam2 alasan:

  • alasan biasa ialah $$ tak mencukupi untuk ada anak ramai. Sedangkan Allah dah kata, rezki anak2 kamu datangnya dari Kami. Setiap anak ada rezki masing2
  • kaum wanita bagi alasan nak jaga badan. Dia bagi contoh: kes seorang lelaki 'tut' anak jiran dengan alasan 'memang isteri saya cantik, tapi sebab nak jaga badan dan nak cantik, nak 'tut' sekali sebulan pun susah. Yang ni aku sakit hati dengar, alasan semata-mata sebab nak tutup pekong sendiri. itu bukan alasan la, pompuan ni macam kerak nasi, pujuk elok2 mesti dapat punya. Takkan tu pun nak kena masuk kelas baru pandai
  • alasan lain, 'kualiti lebih penting dari kuantiti' walaupun Nabi pesan suh meramaikan umat Nabi Muhammad. Dalam hal ni takde jaminan yang sikit itu akan berkualiti tapi ramai yang takut bila anak ramai, tak mampu didik anak sebaik mungkin, itu aku percaya. 
  • taraf hidup zaman ini tak mengizinkan sebuah keluarga mempunyai anak ramai, dapat sepasang pun rasa dah cukup, 3 tu pun dah cukup ramai. Kalau sesapa ada 5 anak semua ternganga kagum. bayangkan kalau anak 22 orang macam ustaz tu (satu emak/satu bapak).

Bab ni, aku pun taknak komen lebih2 sebabnya, kita aku pun ada sebab tersendiri kenapa merancang keluarga. Kalau ada aku terima je.



Dan satu lagi video tentang Besarnya Tanggungjawab SeorangLelaki:
  • kalaulah lelaki tahu betapa besarnya tanggungjawab bila bergelar suami, mereka takkan mampu senyum masa berjabat tangan dengan Tok Kadi.
  • tanggungjawab suami bukan setakat bagi makan dan pakai je, kalau bini tak tahu mandi hadas besar pun tanggungjawab suami untuk bagitau. berapa kerat yang tahu pasal ni?
  • kalau tak mampu bagi didikan agama pada isteri dan anak2, para suami kena upah guru agama untuk mengajar. Bukannya biarkan mereka pandai2 sendiri, kalau semua dah buat, tapi tetap jugak taknak jadi orang, sekurang2nya kamu dah berusaha. Mungkin itu ujian Allah untuk kamu. 
  • banyak yang berlaku, suami tak berani nak tegur anak bini. Ustaz kata 'ajak keluarga kamu ke masjid, kalau bini jawab 'tak boleh bang sebab malam ni ada party tapuwe kat rumah jiran' kamu ambik kapak belah dua tv tu. Apa sangat rega tv yang tak sampai rm1000 tu' Sapa mampu buat macam tu?
Serius, bila dengar ceramah macam ni aku terbayangkan hero aku sorang tu sorangla buat masa sekarang, ke depan tak tahulah kan. Aku terfikir, mampukah kami mendidik dia menjadi lelaki yang bertanggungjawab pada keluarganya dan paling penting pada agamanya. Beratnya tanggungjawab jadi mak ayah ni.

# pesal entri aku hari ni ada unsur emo je? emm 

Ramadhan 9: Bubur Lambuk

Sejuknya pagi ni
hujan renyai2 dari jam 4 pagi 
sampai la nak kuar pegi keje tadi

Semalam berbuka sangatlah simple
sebab en abe sambung OT sampai malam
aku berbuka dengan hero je
hero masih tak jemu dengan nasi dan ayam upin ipin
aku makan bubur lambuk opis punya


sedap jugak
sebab dah lama tak makan
antara menu glemer bulan posa

mood:
sayu je rasa pagi ni, teringat kampung, huhu

Wednesday, July 17, 2013

Shiseido Mask, ByeBye White/Blackheads

nak share satu produk
kegilaan baru sekarang ni
# mood gembira sambil gosok hidung yang terasa licin

RM2 sekeping, anak pengasuh yang jual
ada peket kaler hitam, putih dan gold macam ni
fungsi sama je kot

ni bukan hidung aku, gambar dr gugel
best pakai ni
wapkan muka dengan air panas
kalau rajin la, malas kalu tak yah buat
pastu sapu kat bahagian yang korang rasa ada white/blackheads tu
elakkan kena mata
dan lelaki elakkan kena misai/janggut
nanges nak mencabutnya nanti
biarkan betul2 kering dlm 20/30 minit
pastu zassssssss koyakkan dari bawah ke atas
memula pakai dulu berair mata aku
sebab sapu tebal sangat
dan terlebih masa, huhu
macam nak tercabut kulit
letak gam gajah ke hapa ni?

tapi lepas tu rasa cam 
wah, licinnya muka
hidung pun takde rasa berduri2 lagi

~ selamat mencuba ~ 

Ramadhan 8: Sambal Lenggong aka Sambal Makwan

Alhamdulillah, Ramadhan ke 8
setakat ni belum ada yang berlubang
entah2 tak dapat solat raya, huhu

Pagi tadi hampir2 tak sempat sahur
set alarm tapi silap set 5.25 pagi
kelam kabut bangun, suap mana yang sempat je

Okey, hari ni kita citer tentang satu benda makan
Sebelum citer, kita tengok gambar dulu

ni 2 hari lepas punya
ulam kubis tu feberet si abam
suka betul dia dengan kobis mentah tu
# tak bagus untuk pompuan kubis ni 

ini semalam punya
masa blend lupa nak masukkan ikan bilis
so jelas nampak sekor2 ikan bilis tu
jering tu member bagi, katanya kawan bagi tapi kat rumah takde sapa makan
so dia bagi aku, ai okey je
ko mampu makan jering bulan posa, hahaha

okey, ini ceritanya

Aku rasa ikan bilis ni ikan serba guna, macam2 cara boleh dimasak. Aku tahu kalau aku share resepi sambal ikan bilis ni, ramai akan terfikir 'alahai, ingatkan resepi apa la tadi yang beria-ia bercerita, sambal bilis je pun' haha. Tapi percayalah, sambal ni boleh kata selang 2hari kena buat sejak posa ni.

Tapi sambal ni ada kisahnya, anak2 aku dan sepupu2nya kalau balik umah mil (mak wan), mesti makan bertambah kalau makwan buat sambal ni. Mil panggil 'sambal lenggong, resepi Pah' (arwah nenek en abe yang duk Lenggong, Perak) tapi anak2 aku panggil 'sambal makwan' sebab makwan selalu buat sambal ni.

Mak aku punya resepi lebih kurang sama tapi tak bubuh belacan, itu je bezanya dan mak aku punya versi extra pedas sambal meleleh air hidung. Dan kami adik beradik panggil 'sambal bilis hitam' kalau letak petai lagi terangkat, kenapa sambal ikan bilis hitam? sebab nak bezakan dengan sambal bilis untuk nasi lemak yang merah pakai cili kering tu.

Memula aku buat sambal ni, en abe makan gitu2 je ambik hati aku kot, huhu. Sekarang ni je baru nampak dia makan banyak sikit walaupun aku tahu air tangan ibu takkan sama dengan air tangan isteri. Tapi aku akui mil memang hebat dalam masak-masak, kalau balik Cheras, aku duk dapur basuh pinggan je, masak-masak bagi kat mil dengan ayat 'kita bagi pada yang lebih pakar' bertuah punya menantu.

Nak resepi? kalau taknak pun buat2 angguk ambik hati aku ye, bukan senang Irfa nak bagi resepi, wakakaka

SAMBAL BILIS LENGGONG versi MAKWAN

BAHAN2:

ikan bilis kopek kulit rm2
bawang putih 2 ulas
bawang merah 1 biji besar
cili padi ikut suka nak pedas letak lebih
belacan 1/2 keping
asam keping 3
minyak masak 1/2 cawan

CARA2:

blend ikan bilis, bawang putih, bawang merah, belacan dan cili padi dengan sedikit air
jangan lama sangat nanti hancur sangat dah takde rupa ikan bilis
panaskan minyak (agak2lah banyak mana minyak tu).
minyak dah panas, masukkan semua bahan dan 3 keping asam keping
masuk air sikit je
perasakan dengan garam+gula
tunggu sampai kering
kacau le sekali sekali sekala, kang hangus nanti
nampak minyak dah naik tu boleh tutup api

sedap dimakan dengan nasi panas
nasi sejuk pun okey jugak bila terdesak, hihi

sekian resepi ketuk-ketuk ketampi kita pagi ni
selamat memasak
woit, paginya bagi resepi

(^_~)

Tuesday, July 16, 2013

Pepatah Tentang Lubuk dan Ikan

sebenarnya adik lelaki aku yang bagi pepatah ni
senyum sensorang bila aku baca msge dia di we-chat
sebabnya aku pun tak pernah dengar
ker penah dengar tapi dah lupa, huhu 

gini pepatahnya
dalam loghat negeri kelahiran aku le

'ike demo ambik, lubok jange tanyo'
(ikan korang boleh ambik, tapi lubuk mana aku dapat jangan di tanya)

maksudnya:
kalau ada orang jual barang, kita mesti tertanya2 
'mana dia dapat barang ni ye?
barang cantik rega murah
kalau aku tahu mana dia beli
baik aku je yang pergi cari sendiri kat mana tempatnya'

gitu le lebih kurang
best kan pepatah tu, hihi

# idea nak tulis benda ni datang tetiba 
sebab ada perkara yang berlaku secara kebetulan

Ramadhan 7: Ayam Upin Ipin


bila bulan puasa, ada pulak anak-anak  yang belajar puasa
mesti kita akan bertanya 
'berbuka nanti nak air apa? nak makan lauk apa?'
kalau mampu masak, kalau tak cukup masa beli je
teringat masa kecik dedulu, air sampai 3 jenis
air tebu, air bandung, air jagung
3 anak yang puasa masa tu, so 3 selera kena penuhi 

sahur hari sebelum, si abam dah order menu berbuka semalam
'nanti berbuka abam nak ayam upin ipin'

tara
ini ler ayam upin ipin

'drumstick' aka 'peha ayam' yang di goreng


gambar dari sini

dah ready depan pinggan sejak jam 7.10 minit
ayam upin ipin dah menunggu 

so, semalam berbukalah abam dengan riang gembira
nasi dan ayam upin ipin

(^_^)

# call kakak, katanya  'kakak berbuka dengan nasi ayam, atok beli kan'
rindunya kat kakak
belum sempat lagi nak balik kampung berbuka dengan kakak  


Monday, July 15, 2013

Ori ? Made in China ? Why ?

ni nak tanya sikit
kalau korang nak beli sesuatu
contohnya:
-beg @ kasut

apa yang korang tengok dulu?
mesti design kan?
kendian tengok harga
kadang2 design dah berkenan
tapi harga pulak tak berkenan
hehe eh! itu aku je kot

lepas tu korang mesti nak tengok
Made In (negara mana) 
UK? Us? China? Bangladesh? Vietnam? etc

kalau beli kat pasar malam memang redha jelah
negara mana asal barang itu tidak sepenting jika kita beli kat butik original
kalau ke butik / kedai original mesti tangan gatal nak belek Made In From ......

Kalau tulis Made In China
mula la fikir?
'la, original tapi kenapa dari China?kenapa tak dari France'
itu contoh la

apa masalahnya kalau dari China?
aku sendiri penah belek beg kat Harrods London
belek je, belinya tak pun
tetap jugak tulis kat beg tu Made In China
tak boleh nak elak
barang ori @ tak ori
banyaknya datang dari China
sebab diorang antara negara pengeluar produk terbesar di dunia

lawa kasut ni kan?
nak beli untuk anak-anak sorang seketui
Made In Vietnam
okey kot?
hihi

Ramadhan 6: Jangan Lupa Kunci Jam

Salam Ramadhan ke6 (kejap je dah hari ke 6 ye, rasa cepat sungguh masa berlalu). Dah ada yang ter' miss sahur ke? aku dah, kejadian berlaku semalam (Ramadhan ke5), konon berlagak taknak kunci jam. Sekali, bukak mata jam dah 6.40 pagi, huhu. Yang dewasa takpelah lagi, tapi kesian kat si abam la.

Bila aku kejut dia bangun solat Subuh, dia tanya 'umie,abam dah makan sahur ke tadi?' boleh je aku jawab 'dah makan' sebab dia pun tak ingat, hihi. Tapi aku bukanlah sekejam itu. So aku cakap 'sori abam, umie terlupa bangun, kalau abang tak nak posa pun takpelah, salah umie pun bukan salah abam'. Tapi dia kata 'takpelah, tak dosa kan kalau tak bangun sahur sebab terlupa, abam nak puasalah'. Akhirnya berjaya jugak dia posa sampai ke waktu berbuka cuma ada sedikit drama, dia sakit hati sebab adik habiskan biskut oreo dan terpaksalah aku call en abe mintak belikan biskut Oreo lagi untuk si hero.

Peringatan utk diri sendiri, jangan malas2 lagi kunci jam, huhu

IOkey, ada sikit ilmu yang jumpa dalam kotak emel untuk di kongsi pagi ini

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Okey, selamat berkerja ye korang, nak gugel resepi pun tunggu lah petang sikit ye, awal lagi ni (^_^)

Friday, July 12, 2013

Kalau Aku Kaya lalalalalalala

Ramadhan 3 (Jumaat)

Emm, nak citer pasal menu berbuka pun seganlah, bukan meriah pun tapi sekadar mengenyangkan. Sampai aku cakap kat anak bujang tu 'abam, okey ke lauk macam ni?sori ye kalau tak sedap' dia jawab 'okeylah ni. kita kena bersyukur sebab ada makanan' huhu, mana dia belajar ni? ustazah kat sekolah agama petang kot. Tq Ustazah.

Okeylah, kita citer mende lain. Kisah tudung, aku tak tahu menahu pun pasal ni, kalau tak kerana ada sorang kakak bercerita tentang hal ni masa dia tegur aku yang sedang menyarung tudung dalam surau beberapa hari lepas, konfem aku tak tahu. Bila dah tahu, terus gugel dengan keyword 'beratur panjang nak beli tudung ..........'. Tu dia, bersusun blogger yang menulis tentang tu. Yang mengutuk la paling banyak, tapi yang berbangga dengan koleksi mereka pun tak kurang jugak. kira seimbang la ;)

Nak tengok gambar boleh pegi blog ni, drHanie. Ni jer blog yang aku jumpa ada gambar yang menarik.

'hebat, sungguh hebat' itu je yang mampu aku cakap. Golongan marhaen macam aku ni, tengok rega selai tudung tu pun gosok mata banyak kali. Kalau selai rega macam tu, aku dapat bayangkan telekong untuk solat diorang mesti lagi mahal. tak gitu?

Mungkin tak kena kat diri sendiri, boleh le bercakap. Mulut tu gatai je nak berkata-kata tapi bila diingat balik, setiap orang ada kegilaan masing-masing. Diorang beli pun bukan mintak sen dengan aku, so dendiam sudey, hehe.

Ada orang, gila mancing. Sanggup beli batang kail rega ribu riban dan bermalam di sungai/tasik.

Ada orang, gila 'menembak' (istilah bagi yang suka ambil gambar) sanggup beli lense rega ribu-ribu.

Ada orang, gila tengok drama korea, sanggup tido jam 1.00 pagi, eh!bercakap dengan cerminkah? tapi itu kisah sebelum puasa, sekarang non ado, mek masuk tido awal bulan puasa ni sebab kena bangun masak untuk sahur. masak ke?hihi

dan aku tak heran bila ada orang sanggup beratur dari jam 12malam semata2 nak jadi yang terawal bila pintu dibuka besok pagi.

# paling mahal tudung aku beli ialah rm40 (beli ngan kawan jual kat opis, rega kat luar aku tengok ialah rm28 tapi sebab dia jual kat opis rega dah mark up la, upah penat menjinjit plastik dari parking ke opis) dan itulah yang paling mahal setakat ni, paling murah pulak rm5, shawl kedut seribu namanya, hahaha.

akan datang kalau aku $$ lebih pun aku fikir banyak kali kot nak beli tudung mahai nih. Tetiba teringat lagu Altimet feat Awi Rafael, tajuknya 'Kalau Aku Kaya' lalalallalaa

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba

Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
best gak lagu ni, yang lirik buat aku gelak yang kaler merah tu, gila kaya ko sampai bil jiran pun tolong bayar sekali, hihi

# macam lari tajuk je kan? dari citer tudung ke lirik lagu, layannnnnnnnnnn

Thursday, July 11, 2013

Dah Tahan, Tapi Tumpah Juga

sob sob sob, srettttttttttttt
air hidung dengan air mata sama laju turun
kerana apa?
kerana siapa?

kerana insan tabah ini

rintihan dan rasa hati seorang insan bergelar ibu
setia menunggu disisi seorang anak yang sedang koma 
membuka mata dan kembali memanggilnya 'mummy'

wpun aku tak pasti dimana dan bagaimana  kisah bermula
dah baca dari post terkini 
dan entri2 sebelumnya
tapi tetap blur
cuma boleh agak apa punca
dari komen-komen pembaca lain
tapi
sempena Ramadhan yang mulia ini
moga Allah mendengar doa kita semua
jom sesama doakan semoga anak yang dipanggil Ja itu
kembali sembuh seperti sebelumnya
amin

Ramadhan 2: Buoh Kekoh Cha (Buah Melaka aka Onde-Onde)

Hari ke2 Ramadhan

sedikit mengantuk pagi ni
pening kepala pun ada sebab tido bangun dan tido balik, huhu

semalam berbuka makan apa?
aku biasa-biasa je
berbuka pun dengan si abam sebab en abe shift petang

pencuci mulut beli sekeping murtabak
masa nak beli tu perasaan macam boleh habis 5 keping tu aku sorang
tapi takdelah aku nak beli lebih
sebab dah agak sekeping tu pun silap haribulan tak habis makan
kan betul dugaan aku, jenuh aku nak abiskan sorang
si abam tergolek lepas habiskan 1 liter air soya, huhu
nasi pun tak habis sepinggan

okey ni nak tanya
korang kenal 'buoh kekoh cha'?
ala buah melaka aka onde-onde
tapi adik lelaki aku masa kecik dia sebut 'buoh kekoh cha'

apa maknanya?
Buoh - buah
Kekoh - gigit/makan
Cha- gambaran air gula melaka yang memancut keluar selepas di gigit/dimakan

ini antara kuih yang sinonim dengan bulan puasa kan?
bukan susah pun nak membuatnya
tepung pulut di bancuh
dan di gentel2 bulat
masukkan 'nise' dalam tu
dan plup masuk dalam air rebusan
dah timbul tu maknanya dah masak
pastu di golek2 atas kepala parut
siap

nak resepi?
cikmatgebu ada resepinya

sumber gambar dari Dapur Tanpa Sempadan by MatGebu

apa kuih kesukaan korang di bulan posa ni?
senang citer, kuih wajib beli tiap kali tiba Ramadhan la
apa? macaroon? omputeh sangat, hehe

Wednesday, July 10, 2013

Bekas Kosong Kembali Ke Rumah

ape yang best bila bulan Ramadhan?
selain dari menu yang beraneka di param (pasar ramadhan) tu

aik takkan lupa kot
ye, betul
balik awal, pandai korang teka

kami (swasta) masuk keje jam 8.30 pagi
balik 4.30 petang (balik awal sejam dari biasa)

okey sekarang dah 3.45 petang
boleh la kemas apa yang patut
hihi

ni bekas kosong
kan sebulan ni kita 'bercuti' dari acara makan-makan kat opis
so .. clear kan semua bekas2 kosong atas meja dan dibawah meja
lapang rasa kaki , boleh berlunjur sebab dah takde barang
bawak bantal tido bawah meja best nih
hehe

# jangan cari pasal

Ramadhan 1:Boleh dan Tak Boleh

Salam 1 Ramadhan untuk semua sila abaikan entri yang katanya taknak post entri sebulan di bulan posa ini, huhu. Sebab apa aku kena post entri? sebabnya aku nyampah tengok post sebelum ni yang gambar tauhu goreng dan mee bandung extra sos cili tu. So kenalah up citer lain, hahaha

Sahur malam tadi kunci jam 4.50 pagi. Panaskan nasi dan tumis air kubis dengan ikan bilis, pastu buat ayam goreng kunyit. Dah siap hidang kejut si bujang dan en abe bangun sahur. Alhamdulillah sahur simple tapi mengenyangkan. Aku ada berazam kononnya nak kurangkan kuantiti nasi bulan posa ni, kita tengoklah nanti berjaya @pun ke laut. Last year berjaya je tak makan nasi sangat. hehe

5.20 semua dah setel makan, last tu makan kurma dan minum air banyak2. Ingatkan lepas sahur nak buat keje lain tapi ngantuklah pulak. Konon baring2 je tapi lelap jugak akhirnya. Sedar2 6.30 pagi, sib baik tersedar, huhu.

Masa nak bersiap ada sesi berdialog dengan si abam 

* boleh gosok gigi tak?

# boleh gosok gigi, jangan telan air dah le

* boleh kentut tak?

# kentut boleh, jangan korek hidung je

itu adalah soklan sama je sejak dia dah pandai puasa penuh tahun lepas
habis cerita si abam

adik Ajaa pun taknak kalah, dia pun nak cakap jugak

'ajaa pun nak kuasa, minum susu aje'

yelah dik, kuasa pun kuasalah

(^_^)