Thursday, August 29, 2013

Lagi Kisah Makan2 Raya

Emm dah lewat baru sempat bukak blog. Kisah hari ni ialah, 1/2 hari tak masuk opis, ikut bos makan2 raya kat Subang. Nak citer pun takde apa yang menarik sangat, aku pun tak kenal orang kat sana. Pandai2 lah bawak diri, nak hilangkan kebuntuan sebab semua orang ada kawan, so keje aku ialah ulang alik ke meja buffet.

Majlis ala pot luck (betul ke ejaan ni?), tapi memandangkan kami dari jauh, so bawak perut je sebab semua dah disediakan oleh staff di Subang. Tapi sesampainya aku kat sana, buat2 la ringan tulang tolong angkat/susun apa yang patut, pstt... aku tolong angkat satu tray salad je lepas tu aku buat hal aku. Dah bila aku tanya 'apa nak tolong? tapi diorang kata 'semua dah ready, duduk je' so aku mengikut arahan sambil buat2 tak paham bahasa. Boleh?

Macam biasa la majlis mesti ada yang bagi sepatah dua kata pastu baca doa pastu apalagi MAKAN TIME, i suka, i suka *sambil tepuk tangan laju2 ke meja buffet*

Ada 5 gerai siap kaler tema
-TIMUR, menunya utamanya nasi kerabu, laksam, lagi apa ye? dah lupa, huhu
-UTARA, menu utama bihun sup kaler kuning tu, ni team bos aku kaler BIRU
-SELATAN ada mee bandung
-BARAT ada spageti, mushroom sup, salad ni gerai team aku tema HIJAU
-gerai last dia serve berjenis air minuman, minum  la ko sampai kembung kalau mampu :)

sambil makan2 ada lucky draw. Seronok dapat tepuk tangan jelah, sebab nama aku tak naik pun untuk lucky draw, huhu

apa? gambar? gambar ada tapi takde gambar aku. Aku je ambik gambar orang sebab takde sapa nak ambik gambar aku, huhu sedih kan? meh tengok gambar sebagai kenang-kenangan

gerai TIMUR, tema merah
kat sini aku makan nasi kerabu lauk ikan celup tepung dan daging bakar
juga laksam

gerai UTARA tema biru
ada menu bihun sup
juga gerai team BOS aku
diorang menang kategori GERAI HIASAN TERBAIK

gerai SELATAN tema kuning
ada mee bandung dan apa lagi tah, aku dah lupa

tara... my team Gerai BARAT
ngaku gerai aku padahal menumpang nama je, bukan aku buat apa pun, haha
menu WESTERN katanya
kami menang GERAI MAKANAN TERBAIK
jangan jeles u

ni Gerai PEPEL, serve air je
macam2 nama air diorang letak
nama pulak guna nama airlines seluruh dunia
Tengah syok tunggu nama sapa naik untuk Lucky Draw, tetiba pintu gerbang gerai air roboh, sib baik aku duk jauh dan takde sapa yang cedera. Sebab gerai tu tumbang dengan cara slow motion, hehe



Jam 12.30 kami pun mengundur diri, bos aku mengantuk giler sambil drive tapi aku duk sebelah syok je baca buku yang aku jumpa celah kerusi. hahaha. maaf ye puan bos ;)


ada lagi ke majlis raya ni? katanya ada satu lagi 3 September nanti. Selagi tak abis 30 syawal, kata sebulan raya..layan




Wednesday, August 28, 2013

( . ) titik je

penah tak korang rasa macam ni

taknak buat apa2
taknak fikir apa2

nak duduk diam je
biarkan hari berlalu seperti air di kali

sekian


Tuesday, August 27, 2013

Cara Mudah Nak Makan Pucuk Ubi

kisah petang semalam

balik keje petang semalam
sebatang pokok pisang tumbang
potong tandan, 1/2 bagi jiran, 1/2 simpan untuk makan sendiri
boleh buat cekodok nanti
nak buat muffin pisang?
lambat sikit kot, hihi 


pastu terpandang pokok ubi kayu
tu ari pokoknya tinggi sampai tingkap atas
masa mak datang tu ari dah bising
katanya 
'makin besar pokok ni, akar dalam tu pun makin besar
pecah simen dapur ni nanti'
takut la dengar, so aku cantas
ingat nak letak racun kasi mati je pokok tu
tapi sayang pulak
sebab aku suka makan celur pucuk ubi cicah budu
semalam nampak pucuk mudanya kemain banyak
tak sedar tangan pun memetik


cara celur biasa ialah
- rebus air dalam periuk dan masukkan pucuk ubi

tapi semalam tak berapa rajin nak merebus
jom kita buat cara mudah  


1- basuh bersih daun pucuk ubi tu, jangan ada ulat melekat kat daun
2- pilih yang betul2 daun muda dan simpulkan
3- masa masak nasi, agak2 air dah kering
4- aturkan pucuk ubi atas nasi yang hampir masak tu
5- tutup periuk seketika dalam 5 minit
6- tara, dah siap 

ada sedikit kesan hijau daun melekat kat nasi
tapi jangan risau, ia masih boleh di makan
penah buat macam ni?
versi orang rajin memang gini
hihi


my only hero
jangan tak tahu, kalau makan pucuk ubi ni
berebut dengan si abam
sebab ni pun feveret dia jugak


Monday, August 26, 2013

Bila Dah Kaya, Baru Berani Cerita

# menaip sambil intai cermin, eh! ada selai bulu mata jatuh la. Emm, orang kata 'kalau bulu mata jatuh, itu tandanya ada yang merindu. Benarkah bagai di kata' hihi. padahal mungkin jugak kurang minum air, kulit kering sebab tu bulu mata senang gugur. okey lupakan..

penah baca/dengar orang cakap macam ni tak

'mungkin orang tengok kami dah kaya dan senang lenang sekarang. Ada bangunan dengan nama sendiri, keta mewah berderet bawah garaj, tanah seluas mata memandang, Duit dalam bank takyah citerlah, tolak semua orang punya, belen tu kami yang punya. Tapi, dulu kami juga pernah alami zaman susah. Pernah berhutang dengan Along, sampai kena pindah rumah. Rumah yang ada pulak hampir dilelong, kereta banyak kali kena tarik, nak beli susu anak pun korek tabung. Bila anak sebut nak makan kepsi, menitik air mata sebab tak mampu nak beli. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat usaha keras kami berjaya miliki apa yang kami ada sekarang'

penah dengar?
pernah baca?

tiap kali baca/dengar orang2 kaya bercerita macam ni, aku terfikir 'sebab dah kaya la baru dia berani bercerita, so semua orang akan kagum dan percaya cakap dia. Masa zaman dia susah dulu, mesti dia malu nak citer kat orang tentang kesusahan dia. Betul tak?'

Tapi sebenarnya, aku suka baca, suka dengar, suka tengok orang yang kaya dan berjaya berkongsi macam mana mereka berjaya dalam bidang masing2. Sedikit sebanyak kita boleh kutip tips macam mana cara mereka berjaya. Yang pastinya, cakap orang2 yang dah berjaya ni senang laku, kalau buat buku konfem laris dipasaran (^_^)




Friday, August 23, 2013

Datang Makan Hanya Bila Kita DiJemput

Sekarang ni kan rata-rata opis buat makan-makan raya. Kalau bangunan tempat kita keje tu ada 10 tingkat, setiap hari satu level buat makan, 10 hari makan free TAPI .... kalau SEMUA LEVEL TU JEMPUT, kalau tak jemput jangan pulak lalu lalang situ supaya di jemput. Jangan malukan orang kampung buat perangai buruk macam tu.

Kena fikir, ada opis yang tak dapat jemput semua orang mungkin kerana bajet ciput, buat makan hanya untuk sesama diorang je.

Baca nih, sumber yang aku ambik dari sini
dari Ustaz Azhar Idrus...
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu TIDAK BOLEH makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput... jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan...
 2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan... bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama... SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan yang ditanya oleh hadirin :Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar IdrusHukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


So fikir-fikirkan (^_^)
# rendang kupang ni sedap lah


Nasi Lemak + Roti Telur dan Milo Panas, Alhamdulillah

TQ banyak2 untuk yang komen entri sebelum
semua komen amat di hargai

okey, citer lain

3 hari posa
pagi ni balas dendam
sarapan macam tiada hari esok, huhu 

memula ambik nasi lemak
comel sangat
(^_^)

RM 1
nasi+sambal+ikan masin+sehiris telur dadar

cam tak kenyang
orang sebelah makan roti telur

'kak, roti telur satu'

'minum?'

'milo panas ye'


time nak bayar
akak kedai tu kata  
'ada orang dah bayar'

hah!malunya saya
malu sebab orang bayar dah satu hal
tapi paling malu sebab makan banyak, huhu
mesti orang yang bayar tadi terdetik dalam hati
'biar betul pompuan ni,sorang makan macam 2 orang makan'
huhu

kepada orang itu
konfem dia tak baca blog aku pun
terima kasih ye
moga makin murah rezki dan dipermudahkan urusan
# psttt kak erna kenal kot orang tu


Wednesday, August 21, 2013

Sekolah Harian @ Sekolah Berasrama?

Aku dah baca semua link di bawah


Ada beberapa blog lagi yang aku baca, tapi cukuplah 6 tu je yang aku share sebagai mukaddimah. Korang takyah baca pun, ni aku nak citer kenapa aku letak link tu semua.

Gini kisahnya, aku kan ada anak sulung yang bakal exam UPSR September ni. Result trial yang lepas, takdela sangat cemerlang tapi sebagai ibu aku tetap bangga dengan result tersebut dan harap dia akan dapat result yang lebih baik pada peperiksaan sebenar 10 September nanti.

Di pendekkan cerita, aku dalam dilema. Bila masuk form 1 nanti samada nak hantar dia sekolah asrama @ sekolah harian je?

Kalau ikut pengalaman sendiri, aku memang sekolah harian dari sekolah rendah sampai sekolah menengah (penah duduk asrama pun sebulan sebelum PMR dan SPM) tapi setakat sebulan apa sangat, itupun bukan penuh sebulan. Setiap minggu balik rumah. Jadi pengalaman sebulan tu rasanya tak boleh pakai, setakat suka-suka je kot.

Sekarang pun kakak dah macam duk asrama (sejak tahun lepas kakak dah berjauhan dengan kami, duk dengan atok nenek di kampung ku nun ni kelantan tapi duk ngan tok nenek tak sama dengan duk asrama)

# sebenarnya sebagai ibu, aku bukan takut dia nanges rindu nak balik rumah @ tak pandai urus diri sendiri. kalau korang kenal si kakak ni .. Alhamdulillah, dia jenis yang tak banyak karenah. Aku ni je yang terlebih risau, takut anak aku kena buli, Nauzubillah.

Korang ada pendapat/pengalaman duk asrama sila share ye.
Kalau boleh tu, tulis baik dan buruknya sekali (^_^)
TQ


Tuesday, August 20, 2013

Kanak2 Beraya dan #%^&?<:~!#@


Dari blog kak Zakie, aku tertarik untuk kongsi cerita.

2 malam lepas, jam 10.00 malam, aku dah bersedia nak tido. Terdengar suara budak2 bagi salam (rumah teres rapat2 ni orang sebelah buka pagar dia pun aku rasa macam bukak pagar aku, huhu). Intai dari celah langsir. Nampak 3 orang budak perempuan (paling besar dalam 12tahun), siap berbaju raya bawak beg raya jenis silang tu bagi salam nak beraya rumah sebelah. Aku jeling jam, 10.15 malam. Biar betul budak2 ni, bertuah betul dapat mak ayah baik macam mak ayah diorang. Kalau aku, jangan harap. Maghrib semua dah dalam rumah. Nak beraya pun tengok jam le, akak tu bukan buat open house pun. Aku perasan budak2 ni ada yang berani sungguh, tak tahu datang dari ceruk mana selamba je ketuk rumah orang tak kenal nak beraya. Masa raya ni ler nak tengok budak yang tak pernah tengok, lalu lalang depan rumah nak beraya.

Ada jiran bercerita, tahun lepas ada la dia bagi budak2 masuk beraya. Elok lepas budak2 tu balik, dia perasan dompetnya kosong, duit kena kebas. Dia pun ngaku letak di tempat senang capai, yelah nak layan tetamu terlupa dompet simpan tempat yang selamat.

Sebab tu abam suka beraya di kampung, sebab kami boleh beraya umah sedara mara. Kalau kat taman perumahan aku, memang dalam pagar je lah kawasan dia. Ke taman depan rumah pun, setiap 15 minit aku intai, ada ke tidak. Adakah aku ibu yang 'over protective?' ye, aku ngaku.. nasiblah anak2 aku dapat aku jadi umi diorang.

Dan sedikit kisah malam tadi

'bodoh, babi, tolol, bahlol, setan, sial, pukimak, pegi mampus'. Dan segala macam perkataan yang sewaktu dengannya. Itu 1:10 je yang aku tulis, tak sanggup nak tulis semua. Itu adalah antara perkataan yang aku dengar dari bilik aku malam tadi. Perkataan itu dari mulut sekumpulan budak2 lelaki belasan tahun, rasanya pmr pun belum lagi. Tepi rumah aku tu laluan pejalan kaki, suka benar remaja2 berlonggok tepi longkang tu.

mungkin aku tak moden. Takpe, katalah apa pun. Sebab aku sangat tak berkenan dengan ayat2 macam tu walaupun sekadar bergurau. Sejak dah tak berapa nak muda ni je, kekadang aku guna perkataan tu saat amarah menguasai diri. Cthnya 'bodoh' @ 'gila' tapi lepas cakap menyesal, huhu selalunya masa drive, org suka suki kuar masuk simpang tak bagi signal dan contoh macam semalam (urusan tak selesai kerana satu nombor yang silap taip dalam surat) .

Anak2 aku kecit lagi. Yang sulung tu upsr pun belom. Tipu kalau aku kata tak risau. Aku risau dan selalu fikir macam mana perangai anak2 di belakang mata aku.

baikkah mereka?
sopankah mereka?
depan mata bolehla aku jeling jegil kalau buat silap tapi di belakang mata?

Semoga Allah pelihara anak2 kita dari perkara yang tidak baik dan dari perlakuan yang tidak elok

mood celaru sikit pagi ni keje banyak, semua urgent tapi sempat lagi apdet blog, haha


Monday, August 19, 2013

Kes Dera, Dulu Bukan Takde Tapi Tak Heboh

Dah basi kot nak citer pasal ni. Saja je malas nak ulas masa tengah 'hot', kalau ulas masa tengah 'hot' nanti melecur tangan, hihi.

Kes suami yang konon 'ajar' isteri pakai kaki tu. Dah serah diri dan dengar citer dah mintak maaf kepada semua para wanita. Oklah tu kot, orang minta maaf kenalah kita maafkan.

Tapi ada la orang komen. Katanya 'sekarang ni makin banyak kes dera/pukul bini ni. Zaman dulu2 takde pun kes macam ni' aku punya respon emm iyekan jelah. Dalam hati membuak2 nak komen, haha.

Takpe, aku komen kat blog dan paksa korang setuju ngan aku, hahaha.


wachaaaa


Aku percaya kes dera/pukul bini ni bukan perkara baru. Dulu2 zaman tok nenek kita pun dah wujud kes ni. Tapi nenek2 kita dulu takde fb nak luah perasaan walaupun sekadar bagi hint. Takde paper nak keluarkan kisah dera mereka. Nak citer kat mak ayah, adik beradik mahupun jiran tetangga pun malu. Rahsia dalam rumahtangga memang tertutup rapat. Tambah pula zaman itu, kaum isteri sangat bergantung pada suami.

Tapi dunia sekarang, semuanya di hujung jari. Tak puas hati dengan si suami sebab lupa beli tomyam pun tulis kat fb 'sampai hati orang tu, pesan beli tomyam pun tak beli. Lain sangat zaman bercinta dulu, pesan beli jentolak pun sanggup' itu contoh ye puan-puan.

kan? kes dera bukan zaman sekarang je tapi sejak dulu2 lagi. Selagi berfikir pakai lulut selagi itu kes dera takkan selesai. Mak aku kata 'kalau sekali tangan naik ke muka. Insya Allah akan ada episod ke dua dan seterusnya'

semoga kita di jauhkan dari manusia yang bersifat kejam. Amin


# hari ni half day, ada urusan seri paduka baginda :)




Tip Tajamkan Gunting

Salam Isnin dan Salam Syawal ke 12
(^_^)

korang posa 6 ke?
aku ni ntah bila nak start, huhu
orang dah mula 'open office' nih
tak pegi nanti kata sombong lak
alasan kan?

Insya Allah nak buat jugak secepat mungkin
harap sempat sebelum hujung Syawal

belek2 album raya
jumpa beberapa keping gambar dalam henpon

kebetulan balik raya tu hari
mintak mak repair baju kurung aku
kata dah belajar menjahit tapi cikgu bertukar ke Subang
tak sempat siap selai baju pun, huhu

masa nak gunting kain, gunting mak tumpul
so ini lah cara/petua untuk tajamkan gunting yang tumpul
yang aku tahu, kalau gunting tumpul 
gunting daun serai tu je
tak tahu pulak ada petua lain

PETUA TAJAMKAN GUNTING
cari botol yang ada leher
gunting macam menggunting botol
gunting le banyak2 kali sampai puas hati 
aku punya petua senang je
tumpul je buang, beli baru
hahaha 



Friday, August 16, 2013

Hijau Emerald (Zamrud), Sesuai tak?


emm ramai jugak spesis macam aku
boleh buat group anti kacang tanah nih
gurau je, hihi

okey, sebelum keluar lunch
kita up satu lagi citer
bajet ramai la datang baca en3 merepek ko ni ye

apa warna tema raya 2013 ni ?
aku bukan tahu sangat tema-tema ni

tapi aku perasan raya kali ni ramainya yang pakai kaler hijau
pusing kanan hijau
pusing kiri pun hijau
hijau mata biru ku (eh!biru ke?)



gambar dari sini

walaupun selama 7 tahun aku beruniform kaler hijau
masa tu suka tak suka takleh kata apa
sebab dah uniform, wajib ler pakai tanpa bantahan

tapi sekarang memang hijau bukan pilihan aku
rasa cam pelik je pakai hijau

tapi entah kenapa rasa cam nak terai hijau pada hari raya lepas
gedik2 ajak CikViva meneman beli tudung hijau
bukan tudung mahal, bawal murahan je pun
murah sesangat
kalau lepas ni wat lapik meja pun tak ralat rasanya

ni hijau apa?
aku panggil 'hijau kepala itik'
hehe

eh! pakai camera360 pun nampak juga jerawat 3 biji tu
korang perasan tak?
buat2 tak nampak lah ye  
gambar adalah bersama kakak 
masa buat kad pengenalan tu hari


# ku lihat hijau 
(lagu Zainal Abidin kalau tak silap)

korang suka kaler ape?
hah!kelabu tahi anjing?
biar benar korang ni
lalalala, gurau je

okey, nak gi lunch sambil beraya bersama teman lama

(^_^)


Sorry En Kacang

malam tadi tido sambil mimpi makan nasi lemak
bulan posa sebulan tak jumpa nasi lemak

pagi ni cari sampai jumpa
banyak gerai masih tutup
yang ada cuma di foodcourt tu je
order nasi lemak letak sambal telur
rm5.85 sen
# gigil tangan masa membayar
salah sendiri nape x tanya sebelum beli, huhu

nasib baik sedap jugak
tapi


lupa nak pesan 
'pakcik, saya taknak kacang ye
boleh diskaun tak?'

selalunya kalau aku perasan masa ceduk nasi lemak
aku akan pesan awal2 
'saya taknak kacang ye'

entahlah
tak suka betul aku ngan kacang tanah dalam nasi lemak

korang pulak
kalau dalam nasi lemak
apa yang korang tak suka?
timun?
sambal?




Thursday, August 15, 2013

Raya Kami : Episod Last, Kakak Buat IC dan Last Day di Kampung

Raya ke 5 (Isnin)

Okey, kisah raya sudah sampai ke penghujung. Memandangkan besday kakak jatuh pada hari raya dan memang sepatutnya dah layak buat IC (kad pengenalan) bila genap umur 12 tahun, aku dah terfikir nak terus buat ic alang2 aku dah ada kat kampung. Kalau nak tunggu kakak balik rumah kami (bulan November baru kakak balik sini) sudah tentu kena bayar denda lewat, walaupun denda cuma rm11 tapi aku taknak la nanti kot jadi apa2 hal masa dia nak exam upsr nanti. Exam Upsr kena tunjuk IC ke? dah lupa la

Ingatkan nak buat IC hari Ahad tu, rupanya JPN masih tutup sebab cuti peristiwa (raya kan jatuh pada hari Khamis dan Jumaat-Kelantan memang cuti hari Jumaat). Sebenarnya aku taknak susahkan mak ayah aku untuk urusan buat IC tu, so aku buat jelah sendiri sementara ada kat kampung

dah 12 tahun anak dara i
omie rasa dah tua je, hihi

takde orang, kamilah orang pertama
senang hati ku
jam 8.30 dah setel urusan
Balik dari JPN singgah beli lauk kat pasar tani, ayah beli lidah lembu untuk buat sup lidah. Semestinya sup yang ayah buat adalah terbaik di tekak anak2nya. Lepas lunch rehat2 kan badan sambil berkemas nak balik.

Tepat jam 3.00 petang kami bertolak balik, sebelum tu ziarah nenek dulu. Walaupun perjalanan agak slow, aku ingatkan Isnin dah tak jem, rupanya ramai orang yang berfikiran sama macam kami jugak. Tak jem tak delah namanya perjalanan balik kampung. Ye tak? Gedebuk gedebak, selamat sampai umah mil jam 11.30 malam dan sejam lepas tu en abe bersama mama dan ayahnya sampai dari Perak. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai.

Sekian kisah raya kami 

xoxo


Raya Kami : Episod 3, Kakak Besday ke Doblas

Raya ke 4 (Ahad)

11 Ogos 2013
 tarikh sama 12 tahun yang lalu ( 11 Ogos 2001) 
adalah dimana hari aku melahirkan anak sulung kami, si kakak.

Dear Kakak
Selamat Hari Lahir ke 12 Tahun
semoga kakak jadi muslimah yang baik
dan berjaya dunia akhirat 
citer pasal sambut besday ni, aku ada kisah nak citer
kakak memang tak miss sambut besday tiap tahun sejak dia dilahirkan
wpun simple macam mana pun
bukan bermakna sambutan besar-besaran
sekadar beli sebiji kek, makan anak beranak mesti ada
tapi bagi adik2nya, memang takde besday
kalau ada pun cuma gi makan, beli kek tu memang takle kecuali sekali masa si abam 4 tahun
si adik memang tak penah sambut besday
bukan pilih kasih, tapi entahla
mgkin sebab abam dan adik belum pandai mintak kot

tapi mulai tahun ni, aku akan buat macam ni
satu kek share 3 orang
jimat kan? hehe

happy besday to u all
happy besday to u all
happy besday tu kakak, abam dan adik
happy besday to u all
umie ayah sayang kamu ber3

cinta hati umie dan ayah
semoga kamu ber3 sentiasa berkasih sayang sampai ke hujung nyawa
dan membesar dengan baik
menjadi anak2 yang soleh dan solehah



Raya Kami : Episod 2

TQ pada yang sudi komen dan bagi petua untuk kes si kenit melecur semalam, so far kesan melecur dah kering pun cuma belum tanggal sepenuhnya kulit terbakar tu. Tapi tiap kali dia pandang tangan, dia akan tanya aku 'bila nak tertutup ni?' sweet je dengar, hihi.

Kesan dari si kenit melecur, maka RAYA PERTAMA tu aku tak dapat gi solat raya, huhu. Bangun pepagi mandi sunat Aidilfitri bersama kakak dan abam je. Adik tak nak bangun, katanya 'Ajaa taknak bangun, Ajaa sakit tangan, nak raya esok je' boleh gitu?'

Bila semua orang dah keluar rumah, aku pelan2 pujuk dia mandi, pakaikan baju raya dan kami bersantai makan kuih sambil layan tv je. Bila semua dah balik, kami anak beranak keluar beraya rumah jenjiran yang terdekat.

posing sensorang dipagi raya
lengan baju kena lipat sebab takut terkena tempat melecur tu

Gambar raya 3 beradik

Ucapan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
maaf zahir batin
dari kakak, adik dan abam
Pastu, kami bersama mak dan CV keluar ziarah rumah yang wajib beraya tiap tahun. Rumah makcik pakcik dan melawat nenek yang duk rumah pakcik. Sedih tengok nenek yang dah semakin uzur. Raya kali ni nenek tak dapat bangun sambut tetamu pun, pening kepala tahap takleh bukak mata, rasa berpusing satu rumah katanya.

Jalan2 raya kami tamat sebelum Zohor. Balik rumah, mandi makan dan kebabom tido sampai petang.

Raya ke 2 (Jumaat)

Pepagi lagi aku dan adik lelaki tawaf pekan cari klinik yang bukak. Sebabnya mak tak sihat, demam sampai tak bangun. Makan minum pun tak. Tapi semua klinik tutup, maklum la masih beraya lagi. Last2 jumpa satu klinik 24 jam. Masuk jelah, mak kena inject.

Balik dari klinik, singgah pasar tani beli lauk. Nak makan nasi dah, tak lalu makan kuih raya, hihi

Aktiviti raya ke 2 cuma sekitar dapur, depan tv dan atas peluk bantal je. Anak2 pandai bawak diri, sesekali je kenit cari aku mintak susu, rehat sakan umienya.

Raya ke 3 (Sabtu)

Oh, satu benda lupa nak citer, en abe bekerja di hari raya pertama dan kedua. Sepatutnya akan balik beraya dengan kami pada raya ke 3. Tapi kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Atas banyak sebab, en Abe tak jadi balik kampung tapi akan ikut mama dan ayahnya beraya di Perak. Aku ok je.

Xtvt hari ni ialah, kami menerima tetamu yang tak di jangka, Mereka ialah family pakcik aku (abang mak sebapa lain ibu) dari Pahang bersama anak2nya. Kami menjamu mereka makan tengah hari berlaukkan gulai tempoyak ikan patin. Seronok jumpa sepupu2 yang berbelas tahun tak jumpa, semua pun dah berubah sampai tak kenal, kalau terserempak kat mana2 konfem tak bertegur sapa. Maklumlah, size pun masing2 dah berubah. hihi

Bergambar lebih kurang, bertukar nombor telefon kot sesat kat Johor @ Kedah, boleh kita menumpang mandi.

family pakcik dan anak menantu juga cucu2nya
Petangnya, kerumah jiran depan rumah, ada besday anak dia. Beraya sambil makan kek besday. Tuan rumah buat cabutan bertuah untuk tetamu, anak2 aku dapat 'tipuware' dan besen sebagai lucky draw. Rajin betul akak tu buat budak2 happy.

Sekian kisah raya hari pertama sampai raya ke3, apa pun raya ni yang paling seronok ialah anak-anak. Tapi aku pun seronok juga, dapat cuti lama dan peluang manja2 dengan mak ayah ;)


Wednesday, August 14, 2013

Raya Kami : Episod 1

Meh kita berceritera hari raya mood nak menaip agak lemau, tapi kena tulis jugak untuk kenang-kenangan. Tapi kita skip la citer balik raya sebab adikku CV dah apdet dulu, aku kan menumpang dia untuk balik beraya. Aku dan anak2 menunggu CV pickup kami kat Cheras (umah mil) so waktu yang tepat kami bertolak ialah jam 5.00 petang, traffic agak slow tapi bukanlah 'jem melekat'. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung terchenta jam 12.30 malam (7jam30minit campur tolak dengan singgah buang air, singgah berbuka dll).

Besoknya, Sehari Sebelum Raya .. aku, CV dan adik lelaki ke bandar terdekat. Sopim sikit (beli tudung anak je pun, murah giler tudung kat sana, rasa nak borong satu kedai). Rupanya adik lelaki ada niat lain masa ajak kami ikut dia ke bandar. Rupanya nak wat seprise beli sofa raya untuk mak ayah. So kakak2nya cuma jadi tukang pilih, masa bayar kami buat2 sibuk seolah2 kami tiada di tempat kejadian. Pandai tak kami? hehe

Malam Raya, kekonon nak tunjuk rajin .. aku pun membakar 2 biji kek kampung (kek kampung versi mak aku ialah konsep nisbah 3:2:1:1(3 biji telur, 2 cawan tepung naik sendiri, 1 cawan majerin dan 1 cawan gula).

Dannnnn.. satu kejadian berlaku masa mem'baking' kek yang ke 2 (jangan marah aku ye, huhu) rasanya aku dah cukup hati2 tapi malang takde bau, si kenit terkena penutup periuk bakar kek, huhu.

nak tengok gambar? tak yahla ye. Nak jugak? okeylah, jangan nyesal

tido dengan air mata
sebelum tido sempat dia pesan kat aku
'aja sakit kena peniup (periuk)
umie jangan buat kek lagi tau'

ngeri rasa tengok balik gambar ni
dia duk ulang tanya
'nanti dia tertutup tak?'
ye sayang, nanti umie cari krim hilang parut terbaik utk adik ye

ini gambar sejurus selepas kejadian, nak nanges rasa masa tengok tangan dia melecur. Masa we chat gambar kat en abe, susah payah aku susun ayat minta maaf sebab buat tangan anak dara kenitnya melecur. Akan ku pastikan takde parut di tangan anak dara kenit umie ni, nanti jatuh saham masa nak kawen. hihi

Kengkawan, ada petua hilang parut melecur tak?


Cuci Sawang

fuh fuh fuh
# tiup abuk kat keyboard
maklum lama ber'cotian'
sib baik masih ingat password, hehe

Salam Syawal untuk semua
hari ni baru masuk keje
2 hari cuti tahun
2 hari cuti raya
2 hari sabtu ahad
sambung lagi 2 hari cuti tahun
total bercuti ialah 8 hari
bukan senang nak cuti lama
memang berehat sungguh
makan, tido, makan tido
posa sebulan tu ari se inci pun tak kurang
acaner?

okey, apdet citer raya kendian ye
(^_^)

Monday, August 5, 2013

Ramadhan 27: Iftar Bersama Adik2 Sempena Akhir Ramadhan

hai korang (^_^)
masih ada yang keje?
aku la tu, hahaha 
(ingat dah nak start cuti raya hari ni
tapi terpaksa datang keje sebab report takleh submit Jemahat lepas,
 datang keje hari ni dengan nawaitu nak setelkan repot je,
 Alhamdulillah setel jugak jam 11 pagi tadi,
lega rasanya)

sunyi sepi blog ari ni, takpelah
bercerita sekadar mengisi masa terluang

Semalam, berbuka dengan adik2
semalam cukup korum, 5 beradik berkumpul untuk buka posa
kali ni dirumah adik lelaki yang dah kawen tu
dia dan adik pompuan sorang lagi tak dapat balik raya
kiranya kami berkumpul semalam sempena pra-raya la 

Jemput layan gambar ye

bila dah ramai, semua makan bersila kat bawah je

pelakon utama
siakap sweet sour
my adik ipar yang masak

pelakon tambahan -ikan kembung percik putih
also homemade by adik ipar

juga pelakon tambahan
ayam percik putih
ini menu param
gulai kawah, dijamin sedap

menu param juga
gulai lemak siput sedap yang sedap dan secukup rasa
boleh beli lagi tahun depan, hihi 

ni pun menu param
paru goreng ala kayu
mana tak kayu, keras giler
macam nak patah gigi mengunyahnya
tara.....
homemade by me
sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis
itupun main campak2 sebab nak cepat

sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis
rekues dari tuan rumah (adik lelaki aku)  


panel jemputan
dari kiri: Ajaa, Iris n Ajiboi

Saturday, August 3, 2013

03.08.2013, Genap 15 Tahun Aku DiSini


Lapor diri 03.08.1998 (umur 19 tahun)
Hari ni 03.08.2013 (umur 34 tahun)

genaplah 15 tahun aku kat sini
rasanya banyak masa aku habis di bangunan ni berbanding di rumah
macam2 rupa dan ragam manusia dah jumpa
suka, duka, pahit, manis semua ada
bertemu jodoh juga disini, hihi

Syukur pada Allah
walau tak sehebat mana, tapi sudah tertulis rezki ku disini
maka bersyukurlah seadanya

okey, jom mulakan hari kita dengan 'doa memulakan kerja'


dan akhirkan hari kita dengan 'doa akhir kerja'

moga hari kita dan rezki yang kita dapat diberkati Allah
(^_^)

~promo sikit~
WELCOME TO MALAYSIA AIRLINES

Friday, August 2, 2013

Ramadhan 24: Mood Raya di Opis dan Sampul Duit Raya

Pagi ni baru nampak ada orang hias opis
baru ler nampak suasana raya
kalau opis lama dulu, 2 minggu dah ada yang menghias
di pintu masuk opis dah siap dengan pondok replika rumah kayu
dan juga replika lemang sedang di bakar
kad dan banner raya siap dipasang
lagu raya berkumandang 

Tapi opis baru ni, semua buat derk je
lagu raya pun ada kejap je tu hari
bizi sangat kot, emm

simple je hiasan, yang gantung je
takde deco depan pintu masuk macam opis dulu

awal pagi, ramai belum datang lagi
aku orang no 2 paling awal sampai setiap pagi, huhu


dapat 50 keping sampul duit raya
sampul je tau, duit isi sendiri, hehe

rasanya ramai dah last day keje hari ni kan?
blog akan sunyi seminggu dua
so aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI in advance
maaf kalau ada salah silap
kotlah ada yang terasa hati selama duk berbalas komen

bagi yang pulang ke kampung
hati2 dijalan raya
kim salam orang kampung ye

yang berdiet sakan masa posa nie
jangan lupa, raya nanti makan banyak2 nanti
rugi woo tak makan
raya sekali je setahun
mana tahu 2 kilo yang hilang tu boleh ditambah lagi 5 kilo
nada jeles disitu sebab posa ni aku takde kurang seinci pun, huhu

jumpa lagi 2 minggu ye, Insya Allah

Thursday, August 1, 2013

Kisah Sahur dan Kisah Berbuka di Nasi Kandar Lawood, Nilai

Bila hujung2 Ramadhan ni, otak agak malas nak fikir 'apa nak masak untuk berbuka?' dan 'apa menu sahur nanti? nak masak lauk lain ke atau nak panaskan lauk berbuka tadi?'. Aku ngaku sejak akhir2 ni alahai malasnya nak masak beria-ia selama ni penuh meja ke ko masak? huhu. 

Masak untuk berbuka ok lagi sebab semua tengah lapar, Insya Allah takde pembaziran. Tapi kalau sahur, lupakan la nak main masak-masak. Mana tidaknya, keje nak mengejut orang bangun sahur pun boleh mendatangkan amarah. Kejut sekali, dua kali tak layan. Paling rajin pun aku cuma buat nasi goreng je. Senang nak suap, semua ada dalam satu pinggan tinggal suap dan kunyah je, itupun ada yang kunyah sambil mata pejam, huhu.

Meh tengok gambar, kejadian berlaku Sabtu lepas masa aku memang tak larat nak buat apa sebab menahan sakit perut gara2 Gastrik. Kami dalam perjalanan nak balik umah mil, kuar umah dah lewat lepas tu nak ambik stok popia serunding kat rumah kawan, takut jem di Jalan Tun Razak kami buat keputusan berbuka jelah dulu. Makan area Nilai je, penah tulis dulu di entri ini.  

simple je nasi kandar ni
ayam goreng, kari dan sayur kubis
tapi makan sampai licin pinggan
# intai apa tu abam?

model ayam upin ipin
selamat berbuka ye
(^_^) 


Ramadhan 23: Kuih Raya Yang Tak Sempat Beraya

Huhu, sakit perut la pulak tapi takleh salahkan perut sebab diri sendiri yang terlupa nak makan ubat Gastrik masa sahur tadi. Harap2 tak mudarat. Keje banyak nih.

Ni nak citer pasal kuih raya aku yang tak berkesempatan nak sambut raya, kecian sama dia. Tak banyak pun kuih aku beli, popia serunding dan kuih sarang semut je, support kengkawan berniaga kekdahnya.

popia serunding ( inti serunding ikan)
krup krap krup krap tak sedar abis sebungkus


kuih sarang semut yang cair dalam mulut
tapi cer tengok apa jadi dengan sebalang kuih sarang semut aku?

tara


makanlah abam, nanti raya kita makan kerepek je
takpun kita beraya umah jenjiran
boleh gak makan kuih raya kan

nak tunggu umie buat kuih raya, entah bila
padahal nak buat popia nestum je pun  

(^_^)