Wednesday, October 23, 2013

Thursday, October 17, 2013

KWC : Kenanga Wholesale City

Antara Cerita Raya .. nak habiskan ceritera raya sebab esok aku tak masuk opis, ada course kat KJ (bukan Khairi Jamaludin ye, ia adalah Kelana Jaya, hihi) 

Sebelum ni aku selalu duk baca kat blog dan dengar adik2 ipar bercerita tentang KWC, aku mampu dengar je sebab tak penah sampai sana. Kalau balik Cheras, dah masuk umah memang susah la aku nak keluar balik. MALAS BERPANAS @ POKET TAK PENUH adalah alasan utama. Apa yang bestnya siksa mata setakat tengok tapi tak dapat beli, huhu

Tapi nak jadi citer, Ahad tu aku dan sil no 4 (kami berdua) jalan-jalan ke KWC, kebetulan SIL pun cuti. Kami naik lrt dari BTS dan turun kat stesen Hang Tuah, konon nak jalan kaki sebab sil kata dekat je, tapi tengok matahari dah memancarkan cahayanya, tak sanggup aku nak menapak, nanti cair lemak i, rugi je simpan lama, hihi. So kami ambik taxi terus stop depan pintu, tak mahal .. Rm3.

Meh layan gambar ..

kat LRT Stesen
me and the HotFM Dj, hihi
dengan poster jelah

TQ to sil no 4, yang sudi melayan aku jalan2 hari itu

pintu masuk KWC Kenanga Wholesale City

Sedikit info tentang Kenanga Wholesale City, sangkaan aku tentang KWC adalah meleset. Aku membayangkan ia adalah tempat yang sesak dan panas, rupanya bangunan kedai bertingkat siap ber' aircond. Nak bawak anak pun sesuai je, tapi kalau bawak anak memang tak syok nak memilih barang, hihi.

Apa yang dicari kat sana? Sebenarnya tujuan utama aku kesana ialah mencari apa barang yang boleh dijual. Macam2 ada, baju ofkos la produk utama. Cumanya kalau beli selai memang rugi, sebab dah terpampang tanda harga beli borong lagi murah. Cth: kalau beli selai maybe rm100, tapi kalau beli 3 helai akan dapat rm80/sehelai. Jadi, kalau beli lebih dari 3 helai dapat rega lagi murah, tapi kenalah share dengan kengkawan @ memang ko nak beli baju sama tapi lain kaler.

peta KWC

ambik gambar sebab nak tunjuk kat si kenit
dia duk ngidam beg tarik 'eggshell' nih 

Itu kisah hari Ahad, balik dari KWC kami jalan2 cuci mata ke Jalan TAR, tapi pegi dan balik tangan kosong. Sampai rumah Sil duk termimpi2 satu dress ala jubah princess cut.

Raya Pertama .. sementara tetamu belum datang, kami (aku dan 3 orang Sil) lari kejap ke KWC. Kali ni kami gi naik keta je, senang tak payah susah payah naik lrt. Pusing2 kejap dalam tu dan tak banyak citer, terus beli dress ala jubah yang berkenan tu. Aku pun tumpang sekali la sebab semua orang nak beli, dapatlah murah sikit dengan harga borong.

adik2 en abe yang no 1,2 dan 4
yang jubah turquise tu anak buah

pilih jangan tak pilih
'hai semua, kita teman umie jalan2 hari ni'


'umie, kita nak rantai ni. boleh tak umie?

merayu nak beli rantai dan topi yang dipakai oleh patung
tak boleh beli, ambik gambar pun jadilah ye 


'Ya Allah, bila nak abis ni. kaki kita dah penat tau'

'eee, umie nih. Semua tak boleh'
muka dah geram habis
jomlah balik
sekian kisah jalan2 tawaf KWC di hari raya
dah kata raya kat KL kan
seronok jalan time raya sebab jalan tak jem sangat

(^_^)



Cerita Ceriti Raya Qurban

Ini kali Raya kat Cheras, en Abe bekerja di pagi hari Raya. So aku beraya sakan makan kat rumah Mil. Pagi tu sempat bersolat Raya dengan Mil dan si Abam kat masjid bawah je.

Lepas balik solat Raya, makan-makan pun bermula. Di mulakan dengan Bismillah, makan nasi himpit + kuah kacang + rendang ayam. Setengah jam kendian, makan soto lak, extra bergedil dan sambal kicap. Lepak2 tengok tv. Si abam ikut atok dan sepupu2nya beraya ke rumah sedara mara.

first round, hihi
rendang ayam, kuah kacang dan nasi himpit
PETANG-nya, dengan adik2 ipar mula sampai, diorang beraya kat rumah diorang dulu. Lepas aktiviti makan2, diorang ajak ke KWC part ni aku citer kat en3 lain ye, balik dari KWC, tetamu tak putus2 datang beraya umah mil. Aku tengok mil pun dah macam penat sangat, aku tolong apa yang termampu je.

Meh layan gambar yang tak berapa nak ada i kan sibuk makan, hihi


abam di pagi raya

adik dapat buah oren, yang lain semua tak pandang dah
baju raya recycle raya Posa punya 

adik bersama atok



'umie, jom balik rumah kita'
dah bosan lah tu

'jangan ambik gambar kita' 
Malamnya, ziarah atok en Abe kat rumah Sil pastu balik rumah. Fuh, penatnya. Bukan penat buat keje, tapi penat makan. Inilah kisah raya ku ... telah menjadi sejarah.


Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha dan Selamat Menunaikan Ibadah Qurban

# aku dah start coti hari ni
now kat umah mil di Cheras
apdet blog ni pun tumpang lappy SIL
gigih semata-mata nak wish selamat beraya kt korang sumer



SALAM AIDIL ADHA untuk semua re-rakan

# i raya di Key El tahun ni tanpa kakak ler
harap kakak happy bersama atok, mok, mak n pak sedaranya 

harap semua happy tak kisahlah raya kat mana2 pun 
jauh dimata namun dekat dihati
kepada Ayahanda dan Bonda, maaf anakanda tak balik Raya Haji kali ni
Tahun depan Insya Allah kita raya sama2
opss, jangan lupa kirimkan daging salai ye
anakanda menanti dengan harapan

ucapan salam aidiladha dari anakanda yang jauh di kutubselatan

buat kengkawan semua, jumpa lepas raya ye

(^_^)






Friday, October 11, 2013

Ibnu Sina Eyewear

Ibnu Sina Eyewear website


penah tengok spek lubang2 ni?
pertama kali aku tengok orang jual bende ni ialah kat Kota Bharu Airport
promoter duk panggil2 orang singgah booth dia
tapi cam biasa, jeling je tak singgah pun, hihi
itu kisah beberapa tahun lalu

bulan lepas, akak sebelah aku ni pakai spek tu
aku tengok dia banyak kali dengan muka pelik
sebab dah macam mata lalat bila dia pakai spek tu
so apa lagi, sesi intebiu pun bermula

'saya penah tengok spek ni dulu, tapi tak tahu untuk apa' 
akak tu kata (dia kata, bukan aku kata)
'sejak pakai spek ni, akak dah tak payah tengok tv pakai spek
senang citer tak bergantung 100% pada cermin mata cam dulu'
kalau Admin Ibnu Sina baca ni, sila ambik akak ni jadi Duta ye

wah! terkagum aku dengar
biar benar

sebenarnya aku ada masalah dengan si kenit
dia kan suka ngadap tv, kalau boleh kartun 24 jam
budak2 sekarang tengok tv dekatnya macam nak masuk kepala dalam tv tu
larang banyak kali pun tak makan saman

aku adalah risau kalau ia akan rabun
kecik bona nak pakai spek mata

aku baru berkenalan dengan spek mata ni pada tahun 2006
kalau boleh taknak lah anak aku kecik2 pakai spek
wpun kakak penah kata
'pakai spek nampak macam orang cerdik
kalau kakak kawen, nak suami pakai spek macam ayah'
kelakar la kakak ni

 ada sesapa nak bagi testimoni spek mata Ibnu Sina ni?
ingat nak beli ler satu, kot boleh baik mata rabun ni
dah tak payah pakai spek

(^_^)

NOTA KAKI:
kalau nak beli online pun boleh
gi kat blog ni ada jual
ibnusina4u

Blog Sarapan Pagi Saya

Salam Hari Jumaat

dah sarapan ke?
aku ingat nak tukar nama blog la
dari nama Happy Irfa kita tukar kepada Blog Sarapan Pagi Saya
boleh gitu?
mana tidaknya, asyik up citer menu sarapan je, huhu  


okey, pagi ni member yang aku tumpang hari2 tu
suami dia lak yang hantar gi keje
diorang nak sarapan dulu
so aku pun pandai2lah bawak diri
seganlah nak makan semeja dengan diorang
kotlah diorang nak sembang laki bini

buat la alasan, nak gi restoren sebelah cari nasi dagang
so sarapanku pagi ini ialah Nasi Dagang Lauk Ikan Aye (Ikan Tongkol)
tapi rasanya kurang memuaskan hati
sebab:
- takde cili sebiji2 dalam gulai tu, puas aku cedok2 tak jumpa cili
-acar timun takde rasa cuka pun, tawar je

banyak sangat songeh kan?
macamlah pandai masak

aku layan sorang2 kat meja hujung
masa nak keluar baru aku perasan
cuma aku sorang je pompuan makan kat situ
semua pelanggan lain adalah abang2 teksi dan pekerja kontrak
agaknya keterujaan nak makan nasi dagang mengatasi segalanya
selalunya aku malu jugak nak masuk restoren sorang2
selalu makan ngan somi dan anak2
kalau kat opis dengan kengkawan
hehe

okey, mulakan hari anda dengan senyuman
happy working fren
(^_^)



Thursday, October 10, 2013

Sosej Sebatang RM1 ?

hai korang
moga hari yang diberkati untuk kita semua

semalam citer pasal sambal kerang yang extra masin
hari ni pun nak citer pasal sarapan lagi, huhu



selalunya, aku adalah amat jarang nak beli sarapan ala omputeh ni
tapi bila tengok menu semuanya tak menyelerakan
nampak sambal sotong, hati teringin
tapi masih phobia dengan sambal kerang masin semalam
so lupakan je nak makan apa2 yang letak sambal

ambik 3 ketul sosej
1/2 senduk telur hancur dan 1/2 senduk baked bean (ye ke namanya tu?)

masa nak bayar, tak perasan bos kat depan aku
memang langkah kanan kot pagi ni
bos bayar sarapan aku
tq bos

TAPI

bila cashier kira
'sosej rm1/seketul bla bla bla'

aku kat belakang
'rm1.sebatang sosej? biar betik' (dalam hati je)

sepeket sosej jenama biasa rasanya tak sampai rm5
selalu aku beli rm3.90 sen je sepeket

kalau dalam tu ada 12 batang
sebatang jual rm1, dah dapat rm12
kalau gitu aku nak jual sosej jugaklah
lagi untung dari jual inner magic tu 
hehe

ker rega tu biasa kat kafe korang?
aku je yang tak tahu sebab tak penah beli, hihi
selalu kalau nak makan beli dan goreng sendiri

okey, itu je entri merepek pagi ni

daaaa

(^_^)


Wednesday, October 9, 2013

Lawak Botol Shampoo dan Cecair Cuci Pinggan

bekfes pagi ni
entahler, tukang masak hilang deria rasa ke hapa
semuanya masin 
(-_-)


koteow masin + sambal kerang masin
huhu
sambil makan, lompat dari blog ke blog
aku jumpa satu lawak
dah baca, pastu gelak sensorang
(^_^)

jom layan
kalau dah baca, sila abaikan

~*~*~*~*~*~
 alkisah berborak la si kurus dan si gemuk
si gemuk menyuarakan kerunsingan kerana makin hari makin gemuk

bertanyalah si kurus kepada si gemuk 
'ko mandi, cuci rambut pakai apa?'

jawab si gemuk
'pakai shampoo lah'

jawab si kurus 
'salah tu, jangan guna Shampoo untuk cuci rambut
tapi tukar kepada Cecair Pencuci Pinggan'

'gilo ke hape cuci rambut pakai cecair cuci pinggan'
bantah si gemuk

tahu nape si kurus kata gitu

Cer korang baca kat botol shampoo tu dah terpampang perkataan
'FOR EXTRA BODY AND VOLUME'
Tu pasal lah. 
Jadinya salah siapa?

Sepatutnya yg nak kurus slim macam aku ni,
tak mandi dan cuci rambut guna shampoo macam tu
Sepatutnya geng2 size plus ni, kalau mandi sila menggunakan 
'Cecair Pencuci Pinggan/mangkuk' untuk cuci rambut

Kenapa?
Hanya cecair mencuci pinggan mangkuk saja lah yg boleh membuat kita kurus.
Beli dan guna cecair pencuci pinggan mangkuk yg ada tulis 
'MENGHILANGKAN LEMAK DEGIL'

lawak tak?
tak lawak
  
okey lah, jom buat keje

xoxo


Tuesday, October 8, 2013

Cemburu Dengan Ibu Mertua ?

hai korang, bizi giler sekarang
nak jenguk blog kengkawan pun tak sempat
rindu nak baca kisah korang
# bzzzzzzzzzzzzzzz tapi sempat apdet blog

pepagi dengar berita hangat

kengkawan citer kesah seorang kenalan mereka

'pasangan tersebut baru kawen 2 minggu 
tapi bercerai kerana isteri terlalu cemburu dengan ibu si lelaki aka IbuMertua'

Sedikit pelik di telinga aku
Kenapa dengan ibu mertua pun boleh cemburu? 
Lainlah kalau cemburu dengan biras ke
contohnya wife abang ipar ko hot, tetiba jeles tak pelik sangat
Itu mak kepada suami ko je kot
ada yang marah ke dengan statement aku tu?
hehe
saja je usik korang

aku paham sangat
sebab ada kengkawan yang suaminya 'anak omak' sangat
bukan semua orang yang lahir kat dunia ni anak omak ke?
siapa lahirkan dia?
mestilah mak dia kan?

orang kata
'memang makan hati kalau kawen ngan anak mak ni'
itu orang kata, aku tak tahu la betul ke tak
cakap lebih2 kang ada yang sound
'tak kena kat batang hidung ko, bolehlah cakap'
hehe

ada seorang Ustaz pernah kata
'berbuat baiklah kepada IbuMertua seperti mana kita buat baik pada Ibu Kita
takde istilah bekas dalam hubungan dengan mertua
sebab tu aurat kita dengan mertua sama ngan aurat kita dgn ibubapa
dah bercerai ngan anak dia
tapi hubungan ngan mertua (ayah/ibu) tetap tak boleh kawen sampai mati'
(gitu ler lebih kurang maksudnya .. dia nak bagitau yang rapatnya hubungan kita dengan ayah/ibu mertua ni hinggakan kalau dah bercerai pun, tetap tak boleh kawen ibu@ayah mertua dengan menantunya sampai bila2)
kalau salah tolong perbetulkan


keje, keje
bila nak abis ni
nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
huhu, tensennya

-_-


Monday, October 7, 2013

Balik Kampung Punya Cerita

Citer nak basi, tapi kenalah citer, sebab BlogKu DiariKu jua, hihi

Ini kisah balik kampung minggu lepas. Kami ambik keputusan balik jenguk kakak kerana En Abe dah tak sanggup menanggung rindu pada anak sulungnya itu. Nak tunggu raya Haji, kemungkinan besar En Abe tak dapat cuti raya. So kami berpakat balik jelah wpun tak dapat beraya. Sengaja ambik cuti di tengah2 minggu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di udara, dah tahu sokmo doh, kalu hari Sabtu Ahad gak, konfem la kapal penuh. tetiba speaking

Balik keje hari Selasa tu, terus balik kampung dengan flight jam 6.30 petang. Sampai airport KotaBharu, kami sewa keta 2 hari untuk balik kampung. Murah je sewa keta (viva RM159/2 HARI). Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampailah kami ker umah ayah bonda. Masa tu dah jam 10.30 malam. Kami di sambut dengan wajah ceria kakak yang gembira dengan kepulangan umi, ayah dan adik2.

RABU ( 02-10-2013)
Pagi tu dia rekues hantar dia ke sekolah, kami ikutkan je. Dah lama tak merasa hantar kakak ke sekolah. Dulu2 merasa la pepagi, hantar kakak kesekolah .. pegi aku hantar, balik sekolah tumpang keta jiran. Lepas hantar kakak, singgah tengok nenek. Alhamdulillah, nenek nampak lebih sihat dari masa aku jumpa Raya Puasa yang lepas. Cakap awal2 ngan nenek 'rayo haji ni tok kelik' 

Sebenarnya tak banyak xtvt pun balik kampung, xtvt biasa aku ialah ulang alik dapur dan bilik tido. Lepas makan, tido, bangun tido .. makan. hahaha, korang tak yah gelak sangat, korang pun sama gak kan?

kenit jalan2 tengok kampung dengan 'mok'
Malam tu bawak kakak ke pekan, bawak dia ke supermarket Pantai Timur, tunaikan apa barang dia nak beli. Pastu singgah makan satey, dah kenyang balik tido

Dapatlah 2 hari 2 malam dengan kakak melepas rindu. Meh tengok gambar..

kakak nak pegi sekolah
emm ada budak ponteng sekolah tu..
cer teka, siapa?

model pokok dokong
pepagi dah sarapan buah dokong
salah makan, angin satu badan

aku rasa watak utama balik kampung kali ini ialah BUAH DOKONG


KHAMIS (04-10-2013)
Pagi hantar kakak ke sekolah, pastu balik umah melepak sementara tunggu kakak balik. Lepas Asar bersiap ke airport, call airport, kapal penuh .. aduhai. Tapi dah janji ngan kawan lama (ex sekolah menengah) dia ajak bermalam kat rumah dia kalau aku tak dapat balik malam tu. Perjalanan dari kampung sedikit lembab, jalan jem sebab hujan. Tapi layan jelah, nak buat macam mana. Alhamdulilllah, dapat jugak naik flight jam 8 malam.

Kawan yang berjanji nak jumpa tu susah payah datang jumpa aku kat airport wpun kami cuma dapat bertemu mata tak sampai 10 minit. Dear Fren 'Insya Allah ada masa, i datang lepak umah u dan borak sampai lebam. Semoga u selamat bersalin ye. Nanti i datang tengok baby u' dia tahu aku tulis blog, tapi tak tahulah dia baca ke tak

Sekian kisah balik kampung, apa bawak dari kampung?

1 kotak buah Dokong, 1 kotak lagi isi sedozen budu cap pati ikan bilis, asam keping handmade by ayahanda. Ingat nak tapau tempoyak sebalang tapi takut meletup dalam kargo, hihi

Okey,sekian cerpen pendek kisah balik kampung saya

#minggudepandahrayahajatnakbalikjugakrayanikalauadayangsuditumpangkansayasebabkapaldahpenuh (bacalaju2)


Kenapa Suka Beli Online?

Kesibukkan melanda diri, rasa nak nanges belakang pintu tapi kembali pada realiti, hidup mesti diteruskan. Nanges ke tak nanges, keje tetap kena siap sebelum dateline. huhu.

Korang tahu kan aku baru nak mula bisnes kecik-kecik, memang kecik sungguh, asik tak cukup stok je. Sampaikan ada rasa nak tutup kejap blog HajarCloset tu sebab bila orang wasap tanya stok, asik la cakap kaler tu takde, kaler ni takde. Mesti orang nak order pun takde mood, niaga apa asik takde stok nih? huhu sekali lagi.

Ada la dengar orang bisik 'laku ke jual online? sebab aku tengok orang jual kat luar pun rega lebih kurang je, tah2 lagi murah kat luar' .. panas gak telinga, tapi tarik napas, hembus, fuh fuh.

Okey, gini la lebih kurang. Ambik contoh macam aku, pegi keje balik keje. Hari cuti duk umah je jadi housewife, sesekali keluar jenjalan @ balik umah mil. Pasar malam? Down town? Up Town .. jap nak kira, bape kali je kot aku pegi. Last pegi pasar malam pun aku dah lupa. Tambah2 pulak aku ni jenis tak suka tempat ramai orang, sesak napas, dan paling tak suka kena jalan jauh. Kalau boleh nak parking keta sebelah ngan gerai orang niaga tu, hihi. Sayang lemak le katakan, takut sangat kalau terbakar lemak tu.

Jadinya, kalau ada orang jual kat opis macam tudung (produk paling laris setakat ini), kain ela dan segala mak nenek lagi, Insya Allah kalau pandai cara promote, cepat je laku. Sebab mereka2 yang mcm aku ni memang takde masa nak keluar bukan tak teringin tapi takde masa, tambah pulak kalau ada anak kecik yang bergayut kat lengan. Mana nak belek barang, mana nak monitor anak lagi. Silap2 tudung kemana, anak pulak hilang celah rak tudung tu. Nauzubillah.

Sekarang trend baru, beli barang Online depan komputer, pilih2 apa yang berkenan, ada berpuluh ratus ribu kedai yang menawarkan produk. Mak ayah je takde jual. Dah deal harga, klik2 duit dalam akaun, sedar2 barang sampai depan pintu. Senang sangat nak habiskan $$ sekarang. Nak buat $$ bukan senang, nak habis sekejapan je. Bab ni aku baru nak belajar, hihi.

Apa yang aku buat sekarang bukanlah untung banyak mana pun, lebih kurang macam khidmat masyarakat pun ada. Tolong kengkawan, dapat untung seringit dua kira macam upah penat jinjit barang je. Kalau yang tak dapat COD, kos pos pun boleh tahan jugak. Tapi kalau dah minat, tak kisah pun. Alhamdullilah, setakat ni masih boleh bertahan.. Mana tahu dari kedai alam maya ni boleh pulak buka kedai sendiri. Tak salah berangan kan?


Okey, itu je nak share ...  TQ pada kengkawan blog yang sudi membeli dengan aku, maaf banyak2 kalau layanan kurang memuaskan. Masih tahap bayi belajar merangkak lagi nih.

Eh! lapar la pulak, tadi rasa kenyang je sebab bekfes makan bihun singapore. Intai kafe kejap, kot ada goreng pisang sedap gak nih

tata...


Friday, October 4, 2013

Qarin Si Tukang Bisik

Ingat nak citer pasal balik kampung, tapi tak sempat nak mengarang. So mari kita bercerita tentang apa yang aku kutip dalam kelas ilmu waktu rehat 2 jam tadi. Ikhlas cakap, pada awal kelas tadi aku hampir2 nak keluar kelas (mengantuk dan penyampaian agak membosankan) tapi aku bertahan. Rupanya ada banyak ilmu dapat aku kutip dihujung2 kelas tersebut

Korang kenal tak Qarin? Aku baru tahu kewujudan Qarin Si Tukang Bisik ni. Kalau korang dah tahu baguslah, okey ni aku nak citer kepada yang tak tahu macam aku. Satu blog aku jumpa menulis tentang Qarin-Klik sini

Secara ringkasnya, semasa kita di lahirkan ke dunia ini, kita lahir bersama kembar yang bernama Qarin. Dia adalah Jin Kafir. Tugasnya ialah berbisik pada hati kita supaya menjauhkan dari melakukan kebaikkan. Kita pula setiap saat kena berjuang menentang bisikan si Qarin ni.

Contoh situasi ialah:

- Jumaat ada kelas ilmu (bagi kaum wanita) di surau. Break time 2 jam, kita niat nak pegi kelas ilmu tapi si Qarin duk la berbisik kat telinga 'tak payah pegi la, minggu depan ada lagi. Baik ko gi terminal, ada sale baju budak lawa2 kat sana, minggu depan dah habis sale'. Gitu? Eh! macam kisah aku je, hahaha.

Dia juga suka membisikkan ke telinga suami/isteri untuk mencurigai pasangan masing2. Banyak lagi contoh tapi aku tulis sikit jelah. Jahatkan si Qarin ni kan?

Lagi yang dikongsi ialah:

- elakkan anak2 bawah umur melayari internet tanpa kawalan. Banyak salah laku termasuk melayari laman web 18sx kerana takde pemantauan dari orang dewasa.

- elakkan membenarkan anak2 remaja menunggang motor tanpa lesen walaupun sekadar ke kedai depan tumah untuk membeli garam. Bermula dengan naik moto tanpa lesen, anak2 akan belajar merempit jika tidak diberitahu kesalahan menunggang tanpa lesen.

- satu lagi ialah, anak2 yang lahir dengan karung (keluar bersama karung janin) @ dengan tali pusat membelit leher .. harus diberi lebih perhatian dalam didikan agamanya. Kerana mereka adalah anak2 yang berpotensi menjadi anak degil jika salah didikan. Ustazah kata, lebih baik anak2 ini di hantar belajar agama dari kecil berbanding dengan belajar bahagian akademik yang lain. Lebih kurang gitu la ayatnya.

Okey, itu je yang nak di kongsi nak balik dah rasa macam hari Isnin je hari ni. Maklumlah dah cuti 2 hari, hihi


Selamat beristirehat di hujung minggu (^_^)



Balik Kampung Makan Buah Dokong

~ Salam Hari Jumaat ~

ada yang rindu tak aku tak apdet blog beberapa hari?
emm takde?
sedihnya, huhu

okeylah, bagi korang cuci mata dulu

ini dia buah DOKONG
# gambar buah dokong dari pokok depan rumah ayah bonda di kampung
fresh petik dari pokok, terus masuk mulut





kami balik kampung jumpa anak dara
maklumlah Raya Haji nanti aku tak balik

citer pasal balik kampung, minggu depan lah aku citer ye


~ mood happy baru lepas jumpa anak ~