Tuesday, December 31, 2013

ByeBye 2013, Welcome 2014 dengan AZAM Baru

Hari ini 31 DEC
hari terakhir untuk tahun 2013
manis + pahit + masam semua ada
tawa ria dan airmata bergabung membentuk warna2 kehidupan 



sebagai penulis diari tegar
wajib tulis, kalau tak tulis .. ada rasa kekosongan dalam jiwaku
'kosong .. kosong' bak lagu Najwa Latif
si merah telah mencatat sejarah lalu 2013
si biru Insha Allah, semoga yang manis2 akan tercatit dilaman kosong 2014 itu
seperti biasa, azam baru dah tersenarai
tapi ada satu azam kena renew yang tahun lepas punya
yang tak kesampaian
takyah nak senyum2 ye kengkawan
doakan moga aku berjaya dan dikuatkan semangat, hihi

ops, tadi aku dah gi ambik darah 
(posa start jam 10 malam tadi)
doc kata result keluar next week
harap2 keputusannya tidak membuatkan darah naik, hihi

kopi pasta dari blog Kevin Zahri 



Dear fren yang rajin singgah baca
sesekali mengomen disini
TQ banyak2
maaf kalau selama berceloteh, ada yang terasa hati

Jumpa lagi tahun depan
sayang korang

(^_-)


Masa Kita Dan Anak2

Terlintas nak tulis pasal ni bila baca BlogOurkizuna, kalau rajin, baca situ dulu baru korang paham apa yang aku nak tulis.

Dalam 24 jam sehari, berapa lama sebenarnya masa kita dengan anak? Contoh aku sendiri:

Isnin - Jumaat (hari bekerja)
7.20 pagi dah keluar rumah, sampai rumah jam 6.20 petang.
Ambik anak kat rumah pengasuh, balik umah, masak untuk dinner, ajar anak ngaji
Lepas Isya tengok tv kejap.
Pung pang pung pang 10.30@11 malam anak2 dah tido

Sabtu Ahad
- kalau takde xtvt, duk lah umah sepanjang hari dari pagi sampai malam
- kalau en abe cuti, keluar makan2 kat luar @ balik jenguk mil n fil kat Cheras
- kalau en abe keje, dan CV sudi bawak jalan, kami keluar cuci mata kat shopping mall terdekat, hihi

Itu rutin aku, korang pun rasanya lebih kurang je kot.

TAPI, dalam sabtu ahad tu wpun ada kat rumah bersama anak2, banyak lagi mende lain nak buat. Basuh kain, kemas umah itu ini begitu begini. Berapa lama sebenarnya yang kita betul mengadap anak? dengar luahan hati diorang? dengar diorang bercerita tentang xtvt mereka selama masa kita bekerja? Macam sikenit aku tu, ada ke benda dia nak citer bila ambik dari rumah pengasuh.

Permulaan ayat dia selalunya macam ni:

'tadikan, kita bla bla bla'
'tadi kawan2 kita kan, bla bla bla (padahal kawan dia dirumah pengasuh cuma seorang, tapi tetap guna perkataan 'kawan2 kita' macam le ramai, hihi)

Ada orang, layan anak ala kadar, anak bercerita sepuluh kali pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak bagi perhatian pun pada cerita si anak. Besok bila anak dah besar, anak buat kita macam tu, macam mana rasanya ye? rasa oren kah @ epal kah?

Sebagai manusia biasa, bila kita penat, cepat je nak marah. Mau tidak, kemas menan diorang ke ada kot 16 kali, kalau kemas pun tetap tak sempurna di mata kita. Peringatan untuk aku 'bila nak marah, ingatlah. Mereka akan membesar, sampai masanya .. mereka akan buat hal sendiri.

Macam kata kawan aku tu 'Masa anak sedang membesar, itulah masa untuk kita dan dia. Bila dia dah besar.. diorang dah ada jalan diorang sendiri.. Masa tu, kalau kita nak pun, kita dah susah untuk main dengan diorang lagi... hehe'..


Fikir2kan dan selamat beramal


Monday, December 30, 2013

Cicir, Tercicir @ Keciciran ?

penat, penattttt sangat
macamlah jalan kaki naik bukit turun bukit, huhu
walaupun tak mendaki, ia tetap penat 
penat turun naik keta, penat mendengar, penat beratur
bla bla bla

tadi cuti 1/2 hari
cuti penghabisan untuk tahun 2013
meneman kakak orientasi Form 1
beratur beli buku biasa lah, semua nak last minute
tadah telinga dengar taklimat dari pihak sekolah
yang aku ingat ialah:
- anak2 yang baru melangkah ke sekolah menengah ni
dalam krisis mengenal diri untuk memasuki alam remaja
bila cikgu cerita serba sikit gejala sosial remaja kini
meremang bulu roma aku
semoga dijauhkan anak2 kita dari gejala tidak sihat

tapi, kakak belum tahu duduk kelas mana
sebab nama takde dalam list
ada 12 kelas untuk Form 1
tapi nama kakak takde

*tarik napas, hembus*

kata mereka2 disekeliling
itu biasa bagi murid2 yang baru bertukar sekolah
jadi sabar jelah menunggu khamis nanti baru tahu duk kelas mana
harap takde masalah

emm, nak apply cuti 2014
banyak hal nak setel
tapi tahun 2014 banyak jugak perancangan, kena jimat2 cuti jugak

sekian



Friday, December 27, 2013

Laman Internet, Kongsi Maklumat Biar Berpada-pada


penah terbaca kat mana, dah lupa
sekali ko mendaftar kat laman internet
sampai bila2 pun ada history ko kat situ

contoh mudah:
 masa remaja galak upload gambar di laman internet
esok-esok, 30@40 tahun akan datang
cucu korang boleh tengok balik gambar nenek pada zaman gemilang nya
kalau gambar yang baik takpelah
kalau sebaliknya? sendiri fikir

jadi berpada2lah nak share kisah kehidupan dilaman maya ini
10@15 tahun lagi, cucu aku baca blog 'neni' nya kot
amboi, nak 'neni'
sekali cucu panggil opah, kah kah kah

selamat berhujung minggu
emm, apa program ye?


Sakit Lutut ? Donna Glucosamine Sachet OK Tak?

ada sesapa yang penah nampak produk ni tak?


tak kisah ler penah guna sendiri @ beli untuk family @ mak ayah
cer bagi pendapatan sikit
orang kata bagus utntuk lutut
testimoni terdekat ialah kawan aku
bukan untuk dia, tapi penah beli untuk mak dia yang dah lama sakit lutut
dah lama solat duduk, akhirnya merasa solat sambil berdiri

dulu dia beli ngan kawan aku yang buat promosi CCM kat lobi opis kami
semalam wsap dia, tanya bila ada bukak kiosk kat sini lagi
tapi katanya, dia dah benti keje

emm, kalau okey .. ingat nak cari lah kat farmasi

# kes aku masih terkawal
masih mampu solat berdiri, saja la nak tanya pendapat sesapa penah cuba produk ni




Thursday, December 26, 2013

Fakta @ Auta Anak No 1

eh! Khamis ke hari ni?
Ingatkan hari Isnin (poyo amats)

Ni entri kopi pasta yang di edit dengan gigih kuasa kuda kepang 

# KHAS UNTUK ANAK NO 1
(aka anak sulung macam i, en abe dan jugak kakak)
1.Senang memaafkan orang *mcm ye, macam tak*
2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang *garang? tanya anak2 aku konfem diorang cakap umie garang, nak pulak kalau tanya si Ajaa, sekarang asik komplen 'umie selalu marah kita' huhu, mau tak marah, pinggan mangkuk periuk belanga aku jadi menan dia, padahal menan sendiri ada sebakul*
     3. Kalau gelak tak ingat dunia *orang kata, sesapa yg suka gelak ni selalu nangis bila sendirian* 
          4. Sensitif, hati lembut *yang ni aku setuju, memang over sensitif, orang je yang mungkin tak sedar*
          5. Ramai peminat *peminat? aku bukan retis yang ada peminat, huhu*  
         6. Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya *of kos la sayang kalau orang tu sayang kita, tak sayang kalu, sendiri fikir*
          7. Sukar melupakan orang yang dia sayang *emm, tarik napas, hembus, tepat sekali*
          8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai *sy pemalu (tutup muka dengan shawl)*
          9. Senyuman tetap di bibir walaupun  sedang sedih *luka ini, biarlah ku rawat sendiri(tajuk album baru yang entah bila akan berada di pasaran*
          10. Sentiasa mengingati kawan lamanya *kawan lama ke kawan baru, korang ada istimewanya masing, wpun ada kawan yang mungkin meninggalkan parut di hati*
          11.Romantik & penyayang *tu kena tanya 'teman se bilik' i ler*
          12. Manja & pemurah hati *orang yang kenal je boleh nilai, takkan nak puji diri sendiri kot*.
          13. Peramah *tanya sesapa yang kenal aku jugak, tak kenal maka tak cinta*
          14.Takut gelap * yang ni konfem silap, aku bukan penakut gelap, boleh je masuk toilet tak bukak lampu sebab mentol terbakar sampai sekarang tak ganti, i okey jer* 
          15.Kaki shopping & suka melancong *yang ni 200% setuju, wpun tiket percuma tahun ni dah burn, huhu*
          16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya *ni kena tanya adik aku, cikviva*
          17. Rajin *ikut mood, eh! kain atas sofa dah lipat belum, jap call anak dara, hihi* .
          18. Nak tahu merajuk ke tidak senang je, kalo diam je tuh tandanya tengah merajuk *hahaha, gelak besar baca no 18 ni, sapa yang buat kaji selidik ni, nak hantar compliments letter kat beliau*.
          19. Kalo ada org mintak tolong mesti mereka akan ditolong *sesapa pun ada sifat macam ni, cuma tinggal lagi mampu ke tidak, tak mampu tolong segi lain, mampu doakan pun kira tolong jugak kan?*
          20. Kalo tengah tido senang je nak kejutkan sebab tak tido mati *ye, selalunya bunyi air menitik pun boleh terjaga, tapi kalau penat sangat..bumbung jatuh pun ai okey je*.

  okeylah, itu sekadar suka-suka je
bukan boleh percaya 100% tapi kebanyakkan memang hampir betul
wpun mungkin tak sama bagi setiap orang

sekian, liputan dari KakLong akak kawasan yang sewaktu dengannya
(^_^)

Tuesday, December 24, 2013

Cut Your Rice and Sugar, Please Do Exercise

Ini adalah sambungan, kalau nak tahu pasal apa, sila klik sini ..

Kan tadi citer pasal sakit lutut yang tiba2 datang tanpa di undang sehari dua ni. So pegi lah jumpa doctor feveret, hihi. Feveret lah sangat, sebenarnya itu je klinik yang ada dekat opis aku. Jalan kaki dari opis lebih kurang 8 minit setengah, itu kalau lenggang kangkung. Kalau berlari dalam 4 minit kot, so far aku belum terai lagi.

Duduk jer depan doctor, aku citer la serba sikit (lebih kurang 350 patah perkataan) dan sampai je ayat terakhir, doctor bagi senyuman manis bak madu Tualang (kenal tak? sila gugel kalau nak tahu).

Lebih kurang 7 patah je ayat yang keluar dari mulut doctor benggali tu, 'Cut Your Rice and Sugar, Please Do Exercise'. Ek eleh, kalau gitu, aku pun boleh jadi doctor # kuar bilik doctor sambil nyanyi lagu feveret Ajaa 'Cupcake Cupcake Cupcake, Om Nom Nom Nom Cupcake' lalalalaa lupa lirik

# emm bersenam dan kurang nasi ye? dah nak ujung tahun ni, so kita masukkan dalam list azam baru 2014 (renew azam tahun lepas) kih kih kih*tawa dalam tangis*


Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara

Assalamualaikum ..

doa bila hujan turun
Masih di bulan tengkujuh (negara kita ada 2 musim je, musim panas ngan musim hujan), jadi tak payah terkejut sangat bila bangun tido hujan pun turun dengan lebatnya macam pagi ni. Hati pun berbisik 'tak yah keje lah hari ni, ambik la cuti kecemasan ke, mc ke'. Tapi otak waras mencelah 'woit, ko jangan nak ngada2. Cuti tinggal 1/2 hari je tau, cepat mandi, pegi keje' huhu, baiklah.

Pung pang pung pang .. 8.05 dah sampai opis, elok je pun (antara staf terawal datang keje, sila ambik award anda di kaunter sebelah toilet).

Kejap lagi nak gi klinik, tak tahu apa kena agaknya .. tiba2 lulut belah kanan rasa sakit. Nak duduk lepas sujud pun siksa, nak kata jatuh ke hapa, rasanya tak de. # macam ni la agaknya rasa orang sakit lulut yang terpaksa solat atas kerusi, huhu. Harap2 tak serius.


Monday, December 23, 2013

Back To School

Hai korang, keje ke? Ingat sambung cuti sampai Rabu, hihi
(cuti tahunan dah tinggal 0.5, so bekerja lah kami sebelum kami di kerjakan)

Okey, ni kisah anak-anak nak masuk sekolah, 'BackToSchool' kata orang kampung aku. Orang lain dah siap lama dah, aku je baru heges-heges, hihi. Kami memang gitu setiap tahun, bak kata enAbe 'apa susah, esok nak sekolah ..  hari ni pun sempat pegi beli'. *huhu, nanges dalam hati* Ingat senang ke buat keje last minute, berpeluh aku dalam supermarket tu memilih kain baju sekolah anak2. Sib baik masih ada size. Dahlah semuanya mahal, zaman aku dulu uniform sekolah anak-anak perempuan, mak jahit sendiri. Anak lelaki je yang kena beli.

Aku tak beli semua baru pun, beli yang mana penting je dulu. Tapi uniform kakak konfem semua baru sebab dah tukar kain biru gelap kepada kain biru terang (huhu, makcik dah tua, anak dah masuk sekolah menengah). Walaupun abam menten masih sekolah rendah tapi bila try balik uniform yang lepas, semua dah senteng dan ketat, acaner? Kasut yang beli sebulan sebelum tutup sekolah tu hari pun dah ketat. Bayangkan, setahun dia tukar kasut 4 kali. Semua koyak, tak tahulah dia sepak apa kat sekolah. Sekejapan sungguh diorang membesar, kaki abam dah sama besar ngan kaki umie, lepas bersunat ni makin membesar bagai Johan lah dia .. kejap lagi suara pun kasi tukar kot, hihi # belum baik betul lagi wpun dah boleh pakai seluar. Harap sembuh sepenuhnya sebelum buka sekolah.

Tadi cikgu sekolah lama kakak (masa sekolah rendah di kampung) call aku, bagitau kakak dapat tawaran sekolah menengah kawalan di sana, tapi entahlah .. kakak memang dah taknak sekolah di kampung lagi. Sekali fikir, sekolah mana2 pun sama. yang penting belajar.

Ops, itu baru bab baju sekolah, belum bab beli buku lagi, sib baik cuti x-mas ni koperasi sekolah bukak. Sempatlah kot cilok kejap pegi beli buku.

Sekian kisah anak-anak nak masuk sekolah # $$ bukan lagi mengalir laju tapi terjun tiruk umpama air terjun Niagara. Itu baru 2 anak yang bersekolah, kalau 4,5,6 ? bayangkan macam mana? 


Friday, December 20, 2013

Tahniah Untuk Adik, Happy Besday Untuk Ayah

Semalam ...
result PMR di umumkan
TAHNIAH untuk adik2 yang dapat straight A
bagi yang kurang A .. jangan bersedih
jalan masih panjang, usaha lagi untuk masa akan datang
A berderet tidak menentu kita berjaya dalam hidup
yang penting berusaha untuk berjaya
# wah! ayat, kemaen macam pakar motivasi (ker nasi basi?) 

Aku ada sorang adik yang ambil PMR tahun ni
ni yang bongsu, dipanggil 'Isu' oleh anak2 buahnya
'BFF' kakak masa 2 tahun duk di kampung, hihi

Alhamdulillah, resultnya membanggakan kami wpun bukan straight A
TAHNIAH ye ISU, dapat jugak 6 ketul A
nanti kami korek tabung untuk beli hadiah spesel untuk Isu ye

Hari ni .. 
20 Disember 2013
Hari Lahir insan bernama AYAH 
the only ayah yang aku ada
tiada dua atau tiga 
dan tiada ganti di dunia ini


Happy Besday ke 59 Tahun buat AYAH
jasa dan pengorbanan yang tak mampu dibalas
hanya doa dari anakmu untuk seorang ayah
moga sihat sokmo, dipermudahkan dalam urussan harian
# banyak perkara yang aku nak buat untuk ayah dan ma
semoga diberi kesempatan oleh Allah swt



# seorang ayah dan ibu bukan mengharapkan $$ dari anak2
cukup dengan panggilan rindu dan sms bertanya khabar
tanda mereka masih di hati kita
sekian


Telur Mata Goyang

 Salam Jumaat
# yea yea.. dah jumaat, esok dan lusa cuti rehatkan pinggang


sarapan pagi ini, pertama kali beli kat kafe ni
jauh dari opis aku, kebetulan member hantar husband dia kat situ
tapau le sekali # rasa boleh tahan


telur mata goyang
# nama letak sendiri

ada kisah aku dengan telur mata
sejak dari zaman kanak2 ribena, aku tak suka telur mata
aku lebih rela susah payah untuk masak telur dadar
# susah payah tau, sebab kena potong bawang+cili, letak garam, kacau dan goreng
telur mata senang je, panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur
nak garing ke nak goyang ke ikut suka
# goyang maknanya telur kuning separuh masak, hihi

orang kata 'tak kenal maka tak cinta'
aku membayangkan telur mata ni mesti hanyir
nak pulak kalau telur kuning separuh masak
sekali terai
'eh! cam sedap le pulak'

sejak itu jatuh cinta sama itu telur mata dan kuning telur 1/2 masak
nak pulak kalau makan char kuew teow + telur mata bergoyang

okey, hari ni opis sunyi
ramai gi briefing, tinggal aku dan 2/3 staf je
jadi ini hari 
'kita keje overtime. eh silap, ini hari .. opis ini aku yang punya'
# gelaksakan

(^_^)


Wednesday, December 18, 2013

Clean House (Cuci Rumah)

~ Hallo everybody~
sihat2 ke semuanya?

okey, ni nak citer
pasal en3 sebelum ni, barang dah sampai petang semalam
kes ditutup, Bye-Bye Skynet
# setakat ni puas hati dengan Pos Laju 
wpun penah barang kena ambik kat pejabat pos sebab takde orang kat rumah
tapi diorang call bagitau, takdelah senyap je 
ada beberapa siri yang penah aku share tentang kisah pos barang ni
rajin boleh baca sini

Cerita lain..

Hari apa tah, aku tertengok kat saluran 703, satu rancangan bertajuk 'Clean House'. Seorang pengacara dan 3 pembantu datang ke rumah pemanggil yang buat aduan, mintak tolong ajar diorang macam mana nak kemas rumah diorang.

makcik 'Niecy Nash' yang jadi pengacara

korang mampu duk dalam rumah macam ni?
rumah ke stor?

Episod yang aku tengok tu kisah suami isteri yang dah 4 tahun kawen, si suami masuk rumah isteri bawak sebiji sofa je (itu pun sepupu dia bagi) dan selebihnya reta benda isteri nya dan peninggalan mak ayah si isteri. Kerana cinta, si suami terima je rumah macam stor barang tu tanpa banyak soal. Tapi akhirnya si isteri sedar, kena berubah sebab kesian kat suami .. selama kawen tak penah ajak family suami datang rumah mereka sebab rumah diorang tak macam rumah orang lain.

Memula grup Clean House akan datang tengok rumah, tanya kenapa jadi macam tu? konsep apa diorang nak bila dah siap bersihkan rumah nanti. Pasangan ni kata, bukan dia taknak kemas, tapi bila si isteri cuba mengemas .. dia akan mula menangis sebab banyak kenangan bersama mak ayah dia dulu. Pegang pinggan teringat kat mak, pegang piring hitam teringat ayah.

Sudahnya, 4 tahun .. duduklah diorang dalam rumah yang penuh dengan barang peninggalan mak ayah dia. Suami pulak tak sampai hati tengok isteri bersedih bila nak kemas rumah, dia biar kan jelah. Sampai satu tahap, kucing peliharaan mereka yang dah nyanyuk mula berak merata-rata. Berak atas karpet dalam rumah sampai busuk satu rumah, dah tak tahan busuk .. itu yang panggil team Clean House datang.

Bila nak ubah suai rumah, mestilah perlukan $$ , tanpa mengeluarkan belanja, team Clean House akan buat Garage Sale (Jualan Laman). Semua barang masih elok tapi jarang guna diorang jual murah2 kepada yang berminat. So banyaklah cd piring hitam milik ayah si isteri di jual. Sian tengok si isteri yang berat hati nak jual barang2 mak ayah dia. Tapi nak simpan sampai bila?

Akhirnya, dapat sikit $$ untuk kos ubah suai, team tu pandai buat keje pertukangan. Sekelip mata rumah yang macam stor jadi cantik. Suka aku tengok perubahan rumah tu.

Rasanya.. kita pun penah alami kes macam ni kot. Contoh macam aku, masa pindah opis tahun lepas, ada 3 kotak sampai sekarang belum bukak. Maknanya, aku boleh je buat keje tanpa barang2 tu kan? Kat rumah pun sama, minggu lepas .. aku buat 5S kat rumah. Semua bekas2 plastik yang tak guna aku asingkan dalam plastik besar. Lepas dah habis kemas, terkejut tengok betapa banyaknya 'sampah' dalam rumah yang aku simpan tanpa sedar.

Jual kat lori yang beli barang buruk (aku bukan nak jual, aku nak mintak dia tolong buang je, tapi dia hulur rm2 untuk barang plastik tu, so ambik jelah), dan sekarang aku tengah nak buat konsep ala JEPUN 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa) semua baju2 yang dah tak muat (nak tunggu slim macam tak berapa nampak hala tuju). huhu.

Seronok jugak mengemas ni, salah satu senaman yang tidak mengeluarkan modal .. berpeluh macam joging satu taman. Jom berkemas sambil bersenam konsepnya (^_-) 
#bersenamlahsangat



Tuesday, December 17, 2013

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ...

Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni

- kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll?
- kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet?

Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku, sini, sini, sini dan juga sini. Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye.

Okey, ni baru cerita sebenar..

Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos', so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas).

Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer).

Jumaat, barang lom sampai .. okey lagi
Sabtu, aku balik Cheras, balik umah Ahad, aku bajet barang dah sampai Sabtu tu, call pengasuh, xde jugak sampai.

Isnin (semalam) , petang balik keje .. ambik anak, pun takde jugak barang tu
wsap penjual, katanya dah pos Khamis, dia bagi tracking number (masa pos barang tu tak bgitau pun, aku tanya baru nak bagitau), tadi aku check tracking number dalam laman web Skynet.Com ..


call cawangan, jam 9.05 tak jawab kol (sibuk barangkali)
call lagi jam 9.15, lelaki yang jawab call, aku bagi Tracking Number

aku kata
'dalam sistem barang dah sampai Nilai 13hb, kenapa belum hantar?'

katanya
'okey kak, barang ada, akak duk mana? hari ni cuba hantar, semalam staf cuti'
(customer servis panggil customer 'akak' sangat profesional korang ye
satu lagi, alamat terpampang kat barang tu, ko boleh tanya customer balik)

*tarik nafas.. hembus*

staf korang cuti, itu masalah customer ke?
kesian penjual kena marah sebab barang tak sampai

aku wsap penjual cakap barang ada kat cawangan Skynet tapi lom hantar
dia minta maaf tapi tak boleh buat apa
katanya, ramai customer marah dia pasal ni
tapi dia terpaksa guna servis ni sebab ada kontrak sampai hujung tahun dengan Skynet
dia janji, lepas ni akan guna Pos Laju
(sian pulak aku dengar)
'dik, maaf la ye sebab akak wsap kamu banyak kali
kalau ada mslah bagitau, jangan diam je
orang akan paham kalau kamu terus terang
diam tandanya setuju (macam orang datang merisik)
jadi diam kamu itu orang akan fikir kamu yang salah'

haha, macamlah dia baca blog aku

seperti dijanjikan, kita tunggu petang ni
harap2 ada la sampai
kalau takde jugak, esok aku meroyan kat sini lagi
sian korang kena baca, hihi

xoxo



Monday, December 16, 2013

Dari Blog Kepada Novel

Hai korang (^_^)
dah sarapan? lama x tunjuk menu sarapan kan? sebenarnya, takde yang menarik kat kafe sebelah, makan sekadar mengenyangkan perut je dan terpaksa beli situ sebab malas nak menapak jauh, huhu.

Okey.. aku perasan sejak dua menjak ni, ramai (ramai bagi aku ialah lebih dari seorang) yang pada awalnya menulis kat blog tapi sekarang ada buku sendiri. Boleh panggil buku ke novel? kalau novel ia berbentuk khayalan-cerita yang di reka, kalau cerita benar .. kita panggil apa? Travelog ke? lantak lah apa pun

* tepukan tahniah untuk mereka* hebat kan? Kalau di blog, merepek  apa pun.. orang sudi baca, dia baca. Agak2 membosankan, esok dah tak datang lagi. Tapi kalau buku/novel, mesti pembeli tu minat gila kat penulis, sebab tu diorang beli dan simpan sebagai koleksi. Betul tak? Aku ada beli novel dari blogger, siap rekues suh tanda tangan lagi TQ SIS HANIS AZLA novelnya bertajuk Takdir Fitrah Terindah.

Sekarang ni aku tengah aim beberapa buku dari blogger (dah beli nanti, aku citer ye). Aku suka baca buku yang berbentuk motivasi dan kisah tentang manusia bersama kenangan mereka tentang sesuatu. Bila penulis pandai menyusun ayat, aku rasa macam aku ada sekali dalam cerita tu. Dulu mampu beli novel 4/5 biji sebulan .. itu belum campur dengan majalah lagi. Sekarang kedekut sikit, banyak duit nak pakai untuk mende lain. Kalau nak beli buku, memang aku akan pastikan ia adalah berbaloi di beli.

Okey sekian apdet hari ni ..apa punya ending daa


Friday, December 13, 2013

Sate R&K kini di Enstek dan Cadar Cotton Patchwork

Salam Jumaat..
# eh! dah jumaat ye, tapi kenapa rasa macam hari Selasa?(ini semua poyo, maklumlah semalam baru keje selepas Selangor cuti tu hari, hihi)

Sebelum bercerita, kalau korang berminat dengan cadar cotton patchwork .. boleh buat pre-order. Ala, cadar kain cotton tampal yang coraknya cantik2 tu. Aku tengah kumpul order, tarikh tutup order 20 Dec ni. Insha Allah, kalau ramai order, harga makin murah. Contoh cadar macam gambar kat bawah ni.



close up Cadar Cotton Patchwork


Untuk lebih detail boleh ke HajarCloset 
# harga istimewa pagi kenkawan dari blog kesayangan aku ni
malas nak klik situ, boleh wsap aku kat 016-6116459


Ni kisah malam tadi ... rasa sunyi sangat kat rumah, cuma aku dan kenit Ajaa je. Kakak dan abam kat umah makwan di Cheras, En Abe keje shift petang. Sebab dah takde sapa kat umah, nak masak pun malas. Sib baik sebelum balik, member yang aku tumpang gi keje tu singgah tapau sate. Makanya, dinner sate jelah malam tadi.

Okey, nak kongsi dengan korang yang duk area Nilai dan sewaktu dengannya. Restoren ni baru bukak di kawasan perumahan dekat rumah aku, sebelum ni kalau lalu sentiasa penuh, nak singgah pun malas sebab dah tahu mesti kena tunggu lama. Kebetulan balik keje semalam tengok macam tak ramai orang, so singgah lah tapau. Aku gugel tadi, rupanya sate R&K ni banyak cawangan. Aku penah makan di sate R&K cawangan Seremban tu.

Rasanya ? Boleh tahan .. rasa sate ler takkan rasa piza kot, hihi

gambar restoren sate R&K cawangan Enstek
persekitaran bersih, tempat baru le katakan
# gambar sate x sempat snap, dah masuk perut, hihi

Ikut tekak aku sedaplah, tekak korang tak pasti ler, kang ada yang cakap 'indah khabar dari rupa' jangan pulak salahkan tekak aku, selera masing2 kan..

Daa...

Thursday, December 12, 2013

Kalendar 2014

ni antara aktiviti hujung tahun
baca kalendar, hihi
( baca dan sambil menelaah tau) 


apa yang selalu aku tengok?

# bila cuti raya posa dan raya haji?
jatuh pada isnin selasa @ khamis jumaat?
sebabnya.. kalau jatuh hari tersebut, jimat tak yah ambik cuti tahun
cuti tu dah gabung ngan sabtu ahad, dah sakan cuti raya

# in lieu
banyak tak cuti umum jatuh pada hari sabtu?
boleh simpan sebagai cuti kecemasan ;)

# cuti sekolah
ini pun penting kotlah nak gi cuti2 (kalau)
dan merancang untuk balik kampung 

korang kalau tengok kalendar tahun baru, apa yang korang selalu tengok?

# ada sesapa nak sedekah diary tahun baru 2014?
jangan memalu, sila pm saya tau 

(^_^)


Tuesday, December 10, 2013

BBQ Santai di Wetland Putrajaya

INI KISAH SABTU LEPAS
# sehari sebelum si abam bersunat

Ini bukan family day opis aku, tapi opis adik aku CikViva
cerita penuh boleh baca kat blog dia

pintu masuk Wetland Putrajaya
selepas 'berpusing' beberapa kali, akhirnya jumpa pintu masuk
jangan marah je CikViva

model of the day
tak berapa sihat, bila batuk nampak mencungap je
sian kita (dia suka bahasa kan diri dia sebagai 'kita') 

cuba teka mana satu kaki sikenit Ajaa?
soklan mintak pelempang, hehe
aku dengan adik2 dan anak2 je
# en abe keje 

love heart, diamond umbrella
'ini burung, bukan rama-rama tau'
# marah dia bila kami kata dia buat rama-rama

dari tempat parking keta, naik tram ke tempat kejadian
Elok kami sampai, hujan pun turun .. tak lebat tapi kalau berdiri tengah hujan tu selama 15 minit, basah jugak la baju tu. Sarapan dulu sebelum bertolak ke tempat kejadian. Tram bawak kami pusing2 kat tempat tanam pokok, pastu lalu kat tempat flamingo, masa tu flamingo pun menyorok sebab hujan. nampak sipi-sipi je.

Pemandangan hijau dan tasik yang tenang, rasa lupa sekejap dengan kesibukkan kota. Booking 3 buah bangsal orang panggil bangsal ke chalet? Bagus tempat ni, senang sebab setiap bangsal ada tempat bbq, sesuai utk buat family gathering, tak payah bawak set membakar, masuk token je terus boleh main masak-masak. Perut cepat lapar bila hujan .. Antara menu ialah nasi goreng, bihun goreng, sandwich, bbq ayam, sosej, daging burger dan jagung. Aku makan mana yang selera kat tekak je ..

antara makanan yang 'dibakar' pada hari tersebut  
makan sampai muncung2 mulutnya
dia memang 'penggemar segala jenis buah' 
Lepas makan ada games untuk anak-anak, kakak dan abam join semua acara. Sikenit join acara rebut gula-gula je, kecik sangat .. nanti kena langgar je.

dialog dari hati si kenit
'kita tak nak gula-gula, nak belon je boleh tak' 

dalam malu2, kakak pun join sekali wpun acara rebut gula2 

'kita ada banyak gula-gula. sapa nak angkat tangan?

acara makan buah tembikai sampai licin

makan sampai tinggal kulit putih tau

hadiah banyak berupa makanan/jajan
ada flight toiletries bag tapi dalam tu jajan jugak isinya

ada jugak hadiah gelas kaca berkaki ni
bila di kumpul semua, dapat 1/2 dozen
Lebih kurang jam 4.00 petang majlis bersurai, sebelum balik singgah tengok Putrajaya di Menara Pandang Jauh, boleh tahan tinggi anak tangganya. Naik tangga macam nak tercabut kepala lutut. 

kat belakang tu menara pandang jauh, boleh nampak Masjid dari atas ni
terbaca amaran ni, cepat2 rasa nak turun walaupun cuaca baik je
tau takut ye

bukti dah sampai sini, haha

kat sini kalau malas jalan kaki, boleh sewa basikal untuk pusing2
rm4/satu jam 
adik2 perempuan kesayangan ku, love u all muah muah
*tangandibahumatakeatas*

kita boleh lompat sampai ke bintang

apa motif gambar ni?
emm ... saja suka, lawa gambar ni
macam kreatif je, macam iklan jual beg je
hihi
Pukul 5.00 kami dah beransur balik, sebelum tu singgah tengok gelagat manusia depan masjid besar tu, ramai orang bersantai bawak anak2 main basikal kat situ. Anak2 mintak nak main basikal apa tah namanya, layan jelah budak nak kena sunat tu main ..

senyum lebar nampak
jaga2.. esok jumpa tok mudim, hihi 
Sekian kisah beriadah bersama adik2 dan anak2.. Tempat ni sesuai bagi korang yang suka ber gathering bersama family, sambil berbbq boleh melihat keindahan alam sekitar, hijau je pemandangan.
# hijau bagus untuk mata, hihi


Monday, December 9, 2013

Abam Sudah Layak Satu Saf Dengan Orang Dewasa

Yeayyyyyyy, abam sudah layak satu saf dengan orang dewasa bila solat di masjid nanti, hihi. Biasa kena duk belakang dengan bebudak lom sunat, sekarang dah naik taraf. Meh kita kongsi cerita sebagai kenangan  ... kalaulah blog ni masih wujud lagi dalam masa 10 tahun akan datang, abam mungkin mintak aku delete entri ini kot.



Kuar rumah pepagi, jam 8.30 di klinik. Dah ramai yang berkain pelikat tunggu turn jumpa 'Doktor Mudim' hihi. Abam dapat giliran nombor 10. Oh lupa, abam ambik pakej laser dengan bayaran rm150. Memula nak ambik kaedah clamp tu konon tak sakit, tapi ramai yang kata clamp lambat baik. Dan kebetulan masa menunggu tu ada seorang bapa bawak anak jumpa doktor semula sebab dah 20 hari bersunat masih lom baik, macam ada gelembung air katanya. Si bapa tu pun kata 'bagus lah puan ambik kaedah laser, saya pilih clamp konon tak nak bagi dia sakit sangat, rupanya clamp ni lambat baik' aku doakan moga anak itu cepat baik. Lain budak lain kesannya kot.

Sepatutnya abam join cousin bersunat tahun lepas, tapi atas sebab teknikal abam tak join. So tahun ni abam sunat sensorang, takde geng.

Masa tunggu giliran, aku tanya 'abam nak umie temankan ke nak ayah temankan?' katanya 'abam nak ayah teman, nanti kalau umie masuk..umie mesti nanges, abam tak nak' huhu

aku dengar melalak dalam bilik doktor
aku pulak lap air mata di luar bilik, huhu
sib baik aku tak masuk dalam
boleh pengsan kot dalam tu
 
Ingatkan tak akan dengar dia melalak, sekali .. 'uwaaaaaaaaaaaa sakit'. alahai anak, sudahnya aku pulak yang meleleh airmata kat luar bilik doktor. Kata en Abe 'dia nanges masa cucuk bius dan sapu ubat' takpelah abam, bukan abam sorang je nanges semalam. You still my hero, hihi

Balik umah terus cop tempat bawah tangga, senang nak gantung tali. Malam tadi aku tido2 ayam sebab risaukan dia, risau sangat dia tido tak sedar diri, so far okey je .. aku je yang risau lebih, hihi.   

abam cepat baik ye
jangan banyak bergerak, nak apa2 mintak dengan kakak
makan takpe.. umie rela suapkan, hihi

Macam ni rupanya rasa bila anak bujang bersunat ye? Aku gelisah kat luar pintu macam kucing hilang anak, sib baik lah sorang je anak lelaki, kalau 10 jenuhlah aku berkawad depan pintu.. ingat balik nanti nak buat sup ikan haruan, macam jaga orang pantang bersalin pun ada ye .. layannnnnn



Jawapan Teka Teka: Hati Unta Ubat Asma @ Semput ?


jawapan untuk teka teki minggu lepas
jawapannya ialah:

HATI UNTA YANG SUDAH DI KERINGKAN

wah! dalam 12 yang meneka itu ada 3 orang menjawab dengan betul
Kak Erna, KasihIbu dan Aini Zakaria

TAHNIAH kepada mereka
# maaf takde hadiah, huhu

ada yang mencadangkan cuba bagi dia makan hati unta
mana tahu serasi dan boleh jadi ubat untuknya dengan izin Allah 
kebetulan member ditugaskan mengurus jemaah haji yang lepas
aku saja la pm dia dalam nada gurau tetapi serius
nak hati unta sikit

ingatkan dia lupa
rupanya2 terserempak dengan dia last week
dia bagi hati unta tu
tak banyak, dalam 4 keping gitu 
memula tengok dia hulur tu aku macam terkejut jugak
sebab aku membayangkan hati unta tu macam hati lembu beli kat pasar
rupanya dah kering macam asam keping, hihi

aku tak tahu cara sebenar nak bagi si kenit makan tu
so aku rebus bagi minum air
itupun terpaksa bancuh dalam susu
aku cuba bagi macam minum air masak 
tapi dia taknak minum sebab air rebus tu tak jernih macam air masak biasa
aku tak pasti mujarab ke tidak sebab dah bancuh dalam susu

nak bagi dia makan macam mana ye?
ada sesapa boleh bagi cadangan?


Friday, December 6, 2013

Jom Teka


sila teka kalau korang bijak bestari

psttttttttt, isnin baru aku akan publish komen
hahaha 
*gelak jahat*


Laa, Dah Jumaat Ke?

This Morning

kat rumah:

si kenit: umie jangan work, kita nak kawan, umie baringlah sini
aku: umie work sayang, umie work 2 je lagi
nanti umie cuti, kita kawan-kawan ye

dalam keta kawan otw ke opis:

aku: eh! ada kemas opis ke?
(sebab aku tengok dia pakai kasual *jeans/tshirt*)

kawan: taklah, saja je nak pakai macam ni

jalan-jalan sembang sembang nak sampai opis
ntah macam mana aku tetiba teringat
hari ni Jumaat, bukan Khamis
member bantai gelak
katanya 
'patut la tadi awak tegur kenapa saya pakai kasual hari ni ye
rupanya awak lupa hari'

ini lah natijahnya bila cuti hari Isnin
jadi hari bekerja kurang sehari
ku fikir Khamis, rupanya Jumaat
huhu

# esok ada orang ajak join dia pegi family gathering kat Putrajaya Wetland
katanya ada bbq, ada telematch jugak
anak2 mesti happy
harap2 esok cuaca baik

selamat berhujung minggu

(^_^)



Thursday, December 5, 2013

Kenangan: Buah Keranji dan Biskut Tok

Korang penah tak tengok sesuatu dan benda itu mengingatkan korang pada kenangan silam? Masa aku duk skodeng xtvt kengkawan kat MukaBuku, aku jumpa 2 gambar yang betul2 mengingatkan aku tentang nostalgia di zaman aku membesar dulu. Nak tahu? kalau tak nak pun, memang aku nak citer, hihi



Biskut Butang
 (kata akak sebelah aku ni)
aku tak tahu apa nama sebenar dia
sebab aku dan adik2 panggil 'biskut tok'

dulu ... 
masa kecik2 atok suka beli biskut ni bila datang ziarah kami
biskut ni memang sentiasa mengingatkan aku pada arwah tok
atok suka bercerita 
cerita dongeng kanak2
macam cerita kancil dan harimau
si buta dan si tempang
dan macam2 lagi cerita dongeng kanak-kanak zaman dulu
alfatihah untuk Tok
# lap air mata


Buah Keranji dalam perahu

dulu masa kecik, ayah keje sebagai penebang balak
lama jugak la, sampailah ayah tukar kerjaya jadi buruh bangunan di Kota Singa
lepas tu tukar kerjaya jadi Penoreh Getah
sekarang jadi Tukang Rumah, hihi

berbalik pada citer buah ni
masa ayah keje tebang balak
masuk hutan keluar hutan
2 minggu sekali, baru ayah balik rumah
ada ketika ayah bawak balik seguni buah keranji hutan
kulit dia keras sedikit berbanding buah keranji dalam gambar ni
tapi rasanya sama je
masam2 manis
takdenya buah keranji rasa buah oren, hihi

bila dah banyak sampai tak termakan
aku bawak ke sekolah kongsi ngan kengkawan
pastu kengkawan nak beli

aku suh mak buh dalam plastik airbatu
aku jual 20sen kot kalau tak silap
wah! masa tu darjah 2/3 kot
kemain ko.. dah minat bisnes, hihi

tapi
ada sekali, duit jualan aku kena curi
huhu, nanges tau
hasil hari tu adalah kot dalam RM5
tak tahu lah sapa yang punya keje
silap aku jugak sebab simpan dalam beg sekolah
ada yang intai masa aku simpan $$ dalam beg 
takpelah, bukan rezki aku hari itu

okey.. 
itu je kenangan yang aku nak kongsi ngan korang
banyak sebenarnya kalau nak tulis
semua benda bagi aku ada kenangan
ada yang manis, ada yang pahit, adat yang masam jugak
kalau semua manis, nanti kena kencing manis, hihi

kenangan yang korang paling ingat apa dia?
kalau rajin kongsi ler ..

daaaaa


Omey Tak? Sila Angguk Laju-Laju

tara
comel tak?
simple dan comey sangat di mata ku
# mata korang tak tahu lah, hihi

tqvm to AiniZakaria
aku mintak buatkan header je
lagipun bisnes kecik ni baru nak mula
lom mampu nak upah design lawa-lawa



okey
nak gi 'taman ilmu' jap
mana tahu ada benda berguna boleh di kutip kat sana nanti
kalau ada yang menarik nanti aku share ye


(^_^)



Wednesday, December 4, 2013

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part 2

Sambungan kisah semalam

Sesampainya dari kampung dah jam 12 malam, so terus je tido umah mil. Esoknya pepagi, kami kuar terus ke Seremban. Main agak2 je ingat urusan tukar sekolah tu kat JPN Somban, rupanya salah. Kami kena rujuk ke PPD Somban bukan JPN, huhu. For info, JPN kat Bandar Seremban dan PPD pulak di Ampangan. Tak jauh pun, tapi berpusing jugakla mencarinya .. Urusan tak sampai 10 minit sebab tak ramai orang.

For Info:
Dokumen yang diperlukan untuk urusan tukar sekolah ialah:
- salinan surat beranak/salinan ic pelajar
- salinan ic ibubapa
- salinan surat nikah ibubapa
- slip keputusan Upsr
- surat pertukaran sekolah dari sekolah lama
- bagitau sekolah pilihan yang kita nak tukar
(rasanya itu je kot)

Pegawai berkenaan bagitau, keputusan dalam masa 2 minggu dari tarikh hantar permohonan. Harap kakak dapat sekolah yang aku pilih tu. Pegawai jugak kata, andaikata dia dapat tawaran dari Sekolah Kawalan, kena buat urusan tukar sekolah sekali lagi, Insya Allah .. ada rezki adalah. Bila di tanya kakak, dia nak duk rumah. Taknak duk asrama, aku pun malas nak paksa .. tengok jelah nanti.

Sekarang dia dah syok main ngan adik2. Ada hari tu sampai jam 12 malam pun masih selamba je 3 beradik tu main, tak ingat nak tido. Ada je modal nak main ... sian pulak kalau dia kena duk asrama

Okey itu je kisah nak share. Kalau aku tak apdet blog, nanti ada yang tanya 'bz ker? blog tak apdet pun hari ni' hihi. Emm siapakah? lalalalalala ....


Tuesday, December 3, 2013

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part I

Assalamualaikum, ada orang tak? hihi

Okey, selesai sudah sesi mengepos barang, ada sesapa nak order Inner Magic boleh intai HajarCloset ye. Mana tahu ada kaler yang berkenan di hati. Stok ada lagi dalam 70 helai (tetiba iklan, hihi)

Okey, ni kisah tukar sekolah kakak (dari kampungku-Kelantan ke Selangor@N9). Jumaat lepas, aku dengan si kakak dan jugak si kenit balik kampung naik bas je, sebab nak terus sampai kampung. Kalau naik flight kena gi bandar dan patah balik ke kampung. Kami naik bas dari Somban jam 10 malam (patutnya bas jalan jam 9 malam tadi delay 1jam, huhu). Nasib tak berapa baik sikit sebab malam tu bas penuh giler, takde langsung seat kosong nak menumpang letak kaki. huhu. Apapun kami 3 beranak selamat sampai kampung jam 5 pagi (hari Sabtu).

Sabtu ..
xtvt kuak lentang je kat rumah, hujan sepanjang hari dari pagi ke tengah hari dan membawak ke petang seterusnya sampai ke malam, sedap je menternak lemak dalam selimut, hihi.

Mak ajak ikut rombongan meminang untuk sepupu pun, aku tak nak ikut. Sayang nak tinggal bantal dan selimut. Lagipun, aku kurang suka nak berjalan ke rumah orang waktu hujan-hujan begini. Malas nak bukak selipar, terbaik tak alasan?

Yang lelaki muda tu sepupu aku
tudung pepel tu satu2nya adik pompuan mak aku
Selamat Bertunang Rudy dan pasangan ( tak tahu nama)
Malam tu sikenit batuk+demam, dia punya batuk siap ada effect bunyi macam orang semput. Risaunya hati. Tido pun tak lena, kejap2 bangun belek dia.
 
Ahad..
Pepagi lagi dah terpacak di sekolah lama kakak, sikit lagi darah nak naik ke kepala bila kerani tak jumpa cari surat berhenti sekolah letak kat mana, boleh pulak dia kata 'surat berenti lom siap' bila aku cakap 'saya dah kol cikgu, suh datang collect je, semua dah siap' eeeeeeeeee angin tau. Ingat dekat ke nak ulang alik esok lusa.

Dapat jer surat berhenti, terus ke sekolah menengah penempatan (sekolah menengah saluran sekolah rendah tersebut). Kat situ ada drama jugak, kerana sekolah rendah tu lupa bagi surat yang mengatakan murid di hantar ke sekolah tersebut (surat penempatan namanya) tapi dengan lemah lembut, aku mintak dengan cik kerani 'tolong la cik, saya ni datang jauh, boleh tak buat mudah-mudah je' agaknya kerani pun kesian, dia buat jugaklah surat tukar tersebut. Emm, boleh je buat.

Selesai kisah itu. Ontheway balik, aku singgah sekali lagi kat sekolah rendah nak tanya tentang tawaran mana-mana sekolah kot ada. Sesambil tu jumpa balik kerani, ada pun surat penempatan tu, dia je lupa bagi. Emm, tarik napas .. hembus.

Mak ayah cadangkan aku balik KL tumpang adik sepupu yang baru lepas bertunang tu, dah dia pun kebetulan kereta kosong je nak balik ke Melaka. Aku pulak dah beli tiket flight nak balik esoknya (Isnin) fikir punya fikir, balik jelah .. dengan harapan tiket flight tu boleh refund.

PungPangPungPang, jam 3.00 petang kami bertolak balik KL dengan adik sepupu aku tu. Perjalanan sepanjang jalan agak slow kerana hujan renyai2 ditambah pulak banyak betul kereta atas jalan pada hari tersebut.

kakak dan adik kat seat belakang
Jam 12malam baru kami sampai KL, terus aku mintak di turunkan kat rumah Mil di Cheras je sebab en abe dan abam ada kat situ. Penatnya 9 jam dalam kereta, sampai abis modal nak sembang ngan adik sepupu aku tu. Budak lelaki mana pandai sembang sangat, aku nak tido lebih2 pun kesian takut dia mengantuk drive sensorang.

sambung esok.. urusan dengan PPD pulak ..