Monday, January 6, 2014

Buka Tirai 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
# helo helo, ada orang tak?

okey, entri pertama di tahun baru 2014
walaupun dah nak masuk minggu ke2, hihi

emm, apa nak citer ye?
sebenarnya banyak citer, tapi tak tahu dimana nak mula

kita mulakan dengan kisah anak2 jelah ye

mylove mysoul
kakak - 13 tahun, abam - 9 tahun, adik - 4 tahun
# dah besar adik tu kan? boleh lah bagi 'adik baby' sorang lagi kot, hik hik hik 

1- anak2 back to school, cam dah basi je nak citer pun

KAKAK
sekolah sesi petang, duk rumah pengasuh lama
kakak dapat kelas ke3 dari 12 kelas form 1
sejak kakak balik, banyak keje dah boleh pass pada kakak
dia sendiri yang offer diri
sebagai anak pompuan sulung, belajar2lah buat keje rumah sekarang

ABAM
sekolah sesi pagi/petang
dah naik 'surat besar' sejak awal tahun baru ni
masa kecik2 aku dulu dikampung
'muqaddam' dipanggil sebagai-surat kecik
'Al-Qur'an' pulak dipanggil sebagai - surat besar
aku sendiri yang ajar anak2 mengaji
bukan taknak hantar pada guru agama, tapi rasanya aku masih mampu kot
sejak lepas bersunat, badan dia membesar dengan jayanya
mau tidak, kul 10 malam dia boleh mintak nasi lagi
harap2 abam tak jadi obes

ADIK
masih belum ke tadika wpun hari2 mintak nak kesekolah
mulut macam mak nenek
suka cari pasal dengan kakak dan abam
modal utama dia ialah melalak
dia buat kakak/abam, tapi dia akan cakap orang buat dia


2- azam diet tahun baru tak berapa menjadi
konon nak ikut cakap doktor 'cut your rice and sugar'
tapi belum berjaya sepenuhnya
walaupun sempat jugak lah tak makan nasi 2 hari
tapi bila duk rumah, susahnya nak elak nasi
dah aku masak sedap, haruslah makan (masuk lif, tekan sendiri)

okey, itu je yang sempat nak share ngan korang
ada masa free kita sembang lagi
daaa


28 comments:

kakchik@ella said...

Alahaiii .. bila budak start sekolah, mak-apak pun bizi sama, kan.

Part Kc paling suka dalam entry ni ialah .. "dah aku masak sedap .. harusla makan". Hahaha.

t.a.t.a said...

Aku tak makan nasi dah setahun. Tapi badan masih maintain. Rasa rugi pulak setahun tak makan nasi. Sebab aku tak senam, tu yang tak menjadi diet aku.

Tapi laa ni dah terbiasa tak makan nasi. Seminggu sehari aje cheat day aku makan nasi.

Aisy Nasiha said...

Haha... seronok baca.. semoga ketiga2 anak irfa ni sihat dan ceria sokmo.. mak dah boleh tenang bila anak2 semua ada di depan mata sudah.. bagusnya abam, dah baca surat besar.. insyaAllah cepat khatam, bagusnya Irfa ajar sendiri, alhamdulillah....

Rai Ourkizuna said...

atiqah damia pun nampak gaya dah tak sabar sabar nak ke sekolah..tapi sebab dia ada adik.. dia ambik peranan jaga adiknya bila abang dah ke sekolah ni.. nampak terserlah dah ke"kakak"an nya tu.. hehehe..

bestnya ada anak besar boleh tolong kerja kerja rumah.. lega banyaklah ko kan..

Aisyah said...

salam 2014 irfa...haha..yg part last tu genggg..! wpun masak tak sedap mana..makan byk jg..nasik dambaan hati...

Aisyah said...

eh..irfa ada planning nak nambah asset lg...hee..yong stop dah..haha..sowg pun seribu rahmat dah..

Kakzakie said...

Kisah anaklah yg seronok dibaca. Kisah kita tak banyak cerita kan.
Adik memang dah besar boleh tambah satu terlanjur masih muda...

Irfa said...

KAKCHIK..
rutin sebulan setengah yang lalu kena tukar lah
saya kena bangun 1/2 awam dr biasa
sempat lah buat nasi goreng@roti celup telur fr bekfes

hahaha, ayat takbolehblah
macamlah hebat sangat masak nya

Irfa said...

TATA,,
pergh,, hebatnya ko sampai setahun tak makan nasi
emm bersenam tu sangat perlu sebenarnya, huhu
rasanya tak makan nasi hari bekerja okey lagi
tp bila sabtu ahad.. wajib makan nasi kot
sbb dah penat masak..lps tu duk umah, ulang alik ke dapo
asik dipanggil oleh periuk nasi.huhu

Irfa said...

AISY NASIHA..
tq, harapn semua ibubapa
semoga anak2 membesar dgn sempurna
wpun sebenarnya saya ni sgtlah garang bila ajar mengaji
tp saya kuatkan hati ajar dia hari2 wpun ada hari sgtlah penat
sekarang kalau sy cuti, kakak dia boleh ganti kan
hihi

bangsawan nilai said...

elok la tambah tu utk kawan si abam main bola...huhu ;)

Irfa said...

RAI..
oklah jugak Damia ada adik untuk mngisi masa lapang
emm nak kata senang sangat tu taklah
aku lom ajar dia masak pun..buat keje2 lain je
ntahla.. bila masa nak ajar masak nih

Irfa said...

YONG AISYAH..
aduhai.. ntahla
nasi tu susah nak tinggal

Irfa said...

YONG AISYAH..
nak tambah ahli tu sebenarnya tak sangat
kalau ada, adalah
kalau takde,,besarkan mana yg ada ni dulu

Daddy Ziyyad said...

entri saya hari ni pasal NAMA.

Nama kakak, abam & adik panjang ke pendek ? :)

asyifa mustaffa said...

Dah besar yg sulung tu...rajin ye bantu keje rumah...senang la skit kan...

Sama ler dgn anak sy yg 4 thn ni...nak skolh tp x bg...sebab baby ni x bole rumah sunyi sngat...nnti maknya x bole nak buat keje...jdi tugas dia...kena main2 ngan adik...hehe...

Jari Manis said...

Kakak dah 13 tahun...waduh...waduh..dah ada anak dara dan teruna nih...ahaks...betul jgak tu si adik dh 4 tahun tu sedang molek nk tambah lagi sorang..lagi pun Irfa pun muda lagi...Alhamdulillah kan..bila ada anak2 ni hidup ceria ngn kerenah dorang...Aduhai...dh masuk 2014...JM ni cahaya pun tak nampak lagi ni huhuh

Sweetie said...

Lawa-lawa anak Irfa ni. Bestlah sendiri ajar mengaji Quran. Mesti terer tajwid ni.

dekdaa said...

Ok, buleh dah nak tambah adik kepada 3orang tu hehe!

Berapa umur yg bongsu?
Sila la hantar ke tadika, kesian dia nak sekolah mcm akak & abg nya hehe.

||aLeaSaRa|| said...

wah 12 kelas????betapa ramainya student form 1.ye betul setuju komen sweetie.lawa2 comel2...

Irfa said...

KAK ZAKIE..
emm tu ler kan?
citer anak2 je lah yg ada pun
dah ngadap itu je :)
nasib lah kalau orang bosan baca

tambah lagi tu, kalau ada.. adalah

Irfa said...

B-NILAI..
kalau tanya dia, jawapannya 'taknak'
dia nak jd anak lelaki sorang je
hahaha

Irfa said...

DZ..
nama panjang2 pun tp panggil pendek jugak
sian kat anak2 nak tulis nama masa peksa
si kakak 3 nama
abam 2 nama
adik pun 3 nama
panggilnya kakak abam adik
hihi

Irfa said...

ASYIFA..
membantu sgt tu tak jugak
sbb saya pun lebih selesa buat sendiri
puas hati .. org buat ada je yg x kena, hahaha
tp setakat sidai kain, basuh pinggan boleh lh di harap

Irfa said...

JM..
lg 10/12 tahun kalau mcm saya dulu,,dh dpt menantu ler kot
amboi kemaen berangan kan?

Irfa said...

SIS SWEETIE..
terima kasih sis
semua anak2 comel dimata ibubapanya ;)
tajwid tu nak kata terer tak jugak
dah igt2 lupa.. sebab tu ajar anak
supaya sentiasa gilap balik takut lupa terus

Irfa said...

DEKDAA..
emm menambah tu ikut rezki ler
ada Allah bagi,kita terima

si bongsu (buat masa sekarang la) dah 4 tahun
hari2 sebut nak gi skul
sian lak

Irfa said...

SIS LEA..
mmg ramai pun
tp cikgu kata, lepas bulan Feb/Mac nnti mgkin berkurangan
sbb ada yg dpt offer asrama penuh/mrsm
anak saya lom ada offer mana2
yg ada pun tawaran di kelantan
tp kami tolak sbb xnak berjauhan lagi dgn dia