Skip to main content

Kenapa Aku Tak Suka Buat Entri Auto Publish

'Kenapa Aku Tak Suka Buat Entri Auto Publish'

wah! macam la ada yang tanya soklan ni, tapi saja nak citer
# ni gara2 komen SisSweetie kat entri semalam
'tengah2 chatting pun sempat lagi update entri ye'
hahaha, chatting ngan sapa tu ye (^_^)

aku perasan ada orang yang suka buat entri 'auto publish'
bukan orang lain je, aku pun penah buat jugak sekali sekali
contohnya nak wish Selamat Tahun Baru@ Hari Raya
post pendek je, nak wish untuk tarikh penting  
tapi percayalah, setiap kali buat gitu, hati aku berdegup laju
# laju .. buaiku laju

kenapa aku takut?
okey, contohnya macam ni:
bila kita buat auto post, kita kan pilih tarikh bila nak publish entri tu
contohnya kita pilih bulan depan
sedangkan kita tak tahu samada 'tarikh' yang kita pilih tu
adakah kita masih hidup lagi @ tidak
takut kan?

sekali tuan empunya dah takde
orang duk lah komen kat post tu
tak tahu pun orang tu dah lama meninggalkan dunia fana ni

sama kes yg berlaku minggu lepas
adik arwah kawan meninggal mengejut, eksiden moto
sampai sekarang fb arwah tu open
aku bukan fren pun boleh klik je
bermacam2 ucapan yang orang post kat wall dia
so far takdelah yang buruk2
tapi macam menyedihkan bila ada yang post kenangan bersama arwah
bayangkan macam mana perasaan family dia
# alfatihah untuk arwah

semua post aku aku kat blog setakat ni, main tulis ikut suka
kekadang typo error, huhu
fikir, taip, post
beberapa hari kendian, agak ada rasa meluat dengan post tu
aku delete @ klik save dalam draft

okey, tu je nak citer


Comments

Deqna said…
saya rasa saya pun mempunyai perasaan yg sama gak ngan akak. Saya pun jarang buat auto publish.. kalau nak terbuat gak just publish keesokan harinya jer.. tak pernah sampai byk2...
izawani said…
Akak jarang auto... sebab tu banyak entry berderet deret... hehehe...
Miss Brenito said…
Salam. Sama lah kita kak irfa.. bila sy agak berapi marah dan menyindir di blog, lepas dua tiga hari sy akan delet terus, sbb mengenangkan perkara yg akk ckp tuh la.. Astaga
ct cheery said…
cheery pun xsuka buat..klu buat and save dlm draft ada lah..pas tu melambak xpublish hahaha
eija_sweetmama said…
eija pun jarang sgt buat n3 auto publish, kalau buat pun akan post keesokkannya.
sweetie said…
Tak pernah buat Irfa, tak reti.... hehehhe
Unknown said…
Dulu rajin gak.. biasa subjek yang more neutral.
Sebab.. ntah.. takda sebab pun.

Tapi la ni.. & setakat tahun ni..blom lagi buat macam tu.
Ada rezeki.. kita cerita.. kut tak tunggu la idea "mari" dulu..
Kakzakie Purvit said…
Kakak ni memang biasa buat terus publish.
Sebab itulah kalau tak ada N3 tu tanda kakak cutilah...
jrg la buat auto publish. kecuali kalo rasa satu hari tu mcm ada byk sgt entries. hehehe
Ada masa aku mmg buat autopublish. Tapi buat masa nak biat satu n3 pun tak de.. apa lagi nak buat autopublish.. hehehe... dulu2 ww jer yg buat autopublish...


Nong andy
lupekanje said…
hmmm......btul jugakkan..lately accik sik buat auto publish tu je...sbb salu tak ada masa atau tak ingat nk update entry blog...macam yakin je umur panjang kan..tak apa la. Asalkan kita sentiasa beringat apa yang kita taip tu adalah sesuatu yg blh mendatangkan manfaat pada pembacanya. Segala apa jari tangan kita lakukan, akan dipersoalkan di akherat kelak.
sitiezahim said…
salam irfa.. betul jugak ek.. tapi saya tak penah buat auto publish, penah terai pastu tak jadik.. hahahha :P
Yana Halim said…
akak pun x suka auto publish. Taip je terus publish kalau dah siap entri tu.
zino said…
Dah lama tak buat auto publish ni cerita pun dah kurang menulispun dah jarang hehe
Unknown said…
akak ada jugak buat auto ni,lepas ni taknak buat dah la
:: CIKVIVA :: said…
Kite takde stok utk entri..pas taip terus publish...hehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')