Tuesday, January 28, 2014

My HomeTown

sapa lah punya kerja ni?
hebat sungguh imaginasinya
# tengok gambar ni teringat kenangan masa cuti2 di NZ bak kata CV, hihi

kat kampung aku tu ramai yang jual lemang
beku lah lemang tu kalau musim salji
pakcik makcik nak menoreh pun susah
getah beku kat pokok sebelum jatuh dalam cawan getah
sehari dua sejak fenomena musim sejuk melanda
kecoh kat Fb duk cakap ada salji nak turun di Malaysia
ada pulak paper kata Kuala Krai dah sejuk macam Kota London
biar benar?
aku terus call ma tanya khabar
benarkah sejuk bagai di hebohkan dalam paper itu

kata mak 
'memang sejuk sungguh satu hari satu malam tu, sejuk macam Cameron Highland'
 (itulah tempat paling sejuk bagi mak aku) sekarang dah tak sejuk dah'

see?
paper ni propa je lebih
taktik nak melakukan surat khabar mereka kot
katanya baju sejuk laku keras kat sana
untung berlipat kali ganda
# rezki musim sejuk katanya

ada kawan melawak masa aku hantar gambar atas tu kat dia
'kalau betul sejuk, tak yah akak pegi london, pegi kampung Irfa jelah'

aku jawab
'boleh je kak, umah mak saya tu banyak bilik, boleh buat homestay
menu utama Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Kulat Sisir (Cendawan Kukur)
dan Sup Tulang Resepi Ayah'

okey tak?

layannnnnnnnnnn 

11 comments:

  1. Kalau pun salji turun kat KB... tetap gak nak gi London... Fenomena dia lain... kalau kat KB cakap loghat Kelantan... apa standard? kalau tgk salji kat London sah-sah sepeking omputih... salji kat KB rupa dia lain... salji kat London rupa dia lain.... hahahaha!

    ReplyDelete
  2. Aduh Irfaaa..... Semua tu makanan eksotik faveret akak tergolek guling2 punya feveret tau... Uwaaa!!!!

    ReplyDelete
  3. Sungguh x best pemandangan itu...
    Lg best hijau je...salju mata memandang...

    ReplyDelete
  4. Aduhai.. sebut cendawan kukur.. mana pulak la nak cari kat sini..
    Tak pelik jugak kalau Msia blh turun salji.
    Indon dah ada salji.. cuaca di Bangkok pun dah sejuk mcm winter kat sini.

    ReplyDelete
  5. woww.. kuala krai salji tu... x mustahil.. heheheh

    ReplyDelete
  6. sis ore kk ekkk.. satu kapal la kito. kelate mari :)

    ReplyDelete
  7. assalam irfa...kak kalau sejuk mmg xhidup mati sbb sakit urat...mmg masalah sejuk ni xpernah berangan nk tengok salji gugur.

    ReplyDelete
  8. Sejuk tahap ekon je pon...tu pon nk dipropaganzakan....huhu

    ReplyDelete
  9. sy pon pernah feeling nak berhometown kan seperti tersebut
    Apakan daya, feeling sajalah...

    ReplyDelete
  10. heh heh tak abis lg cerita psl salji nih...

    hari tu pun kita org masuk yg kat I-city, baru 10 minit dh ada yg nak terkencing-kencing kesejukan hehheh

    ReplyDelete
  11. nak balik kg wakaf bharu ujung minggu ni..br ingat nak beli sweter kot sejukkk..hu.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)