Skip to main content

Salji Turun di Indonesia ?

hari ni 1/2 day petang
so sebelum tu, hapdet blog dulu untuk tatapan pembaca tersayang
# bajet blogger tersohor yang orang ternanti2 nak baca posting nya

semalam en abe demam tapi aku keje, huhu
alahai, mithali sungguh

malam tadi dia tido siap baju tebal, selimut 2 lapis
aku dah plan nak cuti hari ni, nak temankan check darah
tak pun terus admit kat spital kalau demam tinggi
sekarang denggi makin menjadi2 kat area taman
semalam pun kat umah pengasuh kakak, ada sembur denggi
harap2 cuma demam biasa je

malam tadi sejuk sungguh, semua berebut cari selimut
padahal sebelum ni semua tak heran dengan selimut
nak mandi pagi tadi lama aku bertafakur bawah shower
boleh tak buat macam citer P.Ramlee
mandi cuci mata je, hihi
aha! jangan kata aku tak mandi
aku mandi tau, siap ber 'shower gel' lagi, hihi

kat fb kecoh katanya 'salji turun di indon'
betul ke?

cer bayangkan kalau bangun pagi
buka pintu rumah, tengok keta kita depan rumah diliputi salji cam gambar ni?
SUMBER 

salji di negara sejuk itu biasa
tapi kalau salji ni negara 2 musim macam kita ni, apa cite?
ada yang melawak kalau nanti ada salji turun di Malaysia
tapi aku pulak rasa macam takut
'dunia nak kiamat dah ke?'

# peringatan utk kita semua, dalam Rukun Iman ada sebut
'percaya pada Hari Kiamat'
cuma bila akan berlaku itu adalah rahsia Allah


Comments

||aLeaSaRa|| said…
owh kak lea pun risau area office banyak nyamuk ades...belang2 hohoho...asyik kena spray n pasang lingkaran nyamuk je hukhuk

indon???kalau msia turun salji....mau klinik/hospital penuh dengan pesakit yang demam,selesema,batuk,asma dll huhu.shopping mall pulak kena terjah sebab semua pakat borong selimut,sweater,jacket,glove dan sebagainya agagaga....
sweetie said…
Tanda-tanda salji nak turun, hujan renyai2 sepanjang hari... pastu bila tengah malam baru salji turun... Betul lah Irfa sekarang ni memang sejuk malam2... saya selama ni tido tak pernah pakai selimut, sekarang pakai toto yang tebal tu... sampai pagi.... tapi takda sampai bertafakur depan shower... hihihi..
asyifamustaffa said…
Mndi pepagi air pnas smpi takat high dah kak...sejuk! Kuar blik air...abih gigil...

Dunia akhir zaman...apa pun bole jd skrng ni....x mustahil kan...
Miss Brenito said…
ahahaha.. kita sama pagi tadi kak, lebih kurang jam 5.50 pagi saya juga turut bertafakur memandang kolah air.. ahahhahahaha
Kopiolimauice said…
betul la skrg mmng cuaca sejuk, tapi best la biasa panas bedenting ;p
happyichigo♥ said…
Salji di indonesia? Tak nmpk pula sesiapa update di fb..nak google lah..dira teringin nak tgk/pegang salji.dulu kanak2 selalu doa salji dtg malaysia..alahai, angan angan budak kecik kan..dh besar br tau tanda kiamat
sudipVSsenduk said…
yg pasti, tauke abc mesti tutup gerai bila salji turun
t.a.t.a said…
Betul tu kak. Kalau salji turun kat Msia saya takut. Terfikir, nak kiamat dah ke? X terasa pun nak happy ke apa ke, takut ada la.
Ha'ah. Ada gak nmpak kat fb pasal salji turun.

Tapi pasal semalam sejuk.. aku setuju. Lain macam je sejuk di rumah semalam... rasa macam dlm aircond lak sejuknya...


Nong andy
Dr K said…
malaysia kalau turun salji, jawabnya makin ramai yg malas gi kerja
Dr K said…
BTW, video snow turun di indon tu adalah hoax. Dari tahun lepas lagi video tipu tu dah tersebar
rostina76 said…
kros pun takut bila dengar citer2 salji @ tempat panas ni. harini heboh @terengganu plak bakal salji. Subhanallah mmg kuasaNYA tapi kita ni dok syok & leka2…dah ready ke (ni soalan kros tanya diri sendiri). takuttttt
Unknown said…
betul tu, sekarang ni memang sejuk,tido malam mmg pakai selimut tebal,kalu tak akak mana pernah berselimut pun
NenetPenne (NP) said…
kalau bukak pintu ada salji, akak terus capai tudung laaa wey... takut wey..
Unknown said…
menjelang subuh memang sejuk sangat..kalau dari malam dah mula sejuk akak siap berstokin mengalahkan org pantang hehe
Mak Piah said…
Berita salji kat indonesia tu tak benar. Belum lagik lah. Esok lusa MakPiah tatau la plak. So far lom ada. Banjir ya.

X MP
cuaca memang sejuk skrg ni.. tp pasal salji tu tak taulah... tp kuasa Allah s.w.t satu hari nnt tak siapa yg tau kan...
:: CIKVIVA :: said…
Pasal salji turun kat indon tak tau tpi kalau pasal kat kuala krai sejuk sejuk sampai 17' celcius dh kecoh dh kt berita..terus kol ma mintak pencerahan..hehe
Unknown said…
btl tu irfa bila tiba2 je perubahan cuaca yg luar biasa mmng hati saya brkata mngkin tanda2 kiamat makin dekat kot. wallahu alam

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')