Skip to main content

'Sharing Je' katanya

baru lepas makan, lambat sikit 
sebab tadi ada tazkirah dari Ustazah Zawiah

sambil makan, ada msge kat inbox fb
ada seseorang, tak rapat pun
hantar sekeping gambar pegang cek
amount belas ribu jugak

aku pelik, salah hantar ke hapa?
berbasa basi, aku tanya 'apa tu, duit ke?'

katanya 
'mesti, itu bonus Elken'

okey, motifnya apa?

nak share ngan aku kot, jap lagi aku bagi no account
boleh lah kita sharing-sharing

kan kan kan?

# kalau berminat tentang sesuatu, aku akan cari
tapi kalau ko tersua2 banyak kali, memang aku yang lari

aku bukan anti MLM
tapi, ada cara yang lebih baik kot
ni pm aku semata nak hantar gambar
nak share ke nak menunjuk?

aku ada ramai kawan dengan macam2 MLM
macam2 produk, tapi setakat ni takde yang annoyying macam ni
mereka kongsi cerita baik dan buruk
bukan cuma tunjuk bagus je
tolong jangan buat aku menyampah boleh?

   
~ penat ~


Comments

Qashmere said…
Dia nak share macamana dia dapat duit banyak tu kot. hahahaha.. sabar je eh...
Unknown said…
mak oi.. nasib baik dia tunjuk kat ko.. buat salah salah tunjuk, tertunjuk kat penyangak.. mau kena rompak malam nanti..macam macam jenis gila orang sekarang ni..
Irfa said…
QASMERE..
nak share tak salah, share kat wall sendiri
jangan lah nampak sgt smpi kena pm orang semata2 nak tunjuk cek
org2 mcm ni la yang merosakkan nama MLM
kalau produk bagus..customer yg cari
tak perlu kot nak cari org
Irfa said…
RAI..
ko tahu kan, ramai gak kawan blog aku ni ahli MLM
diorang bercerita santai je, tak de nak tunjuk duit berkepuk
ni mesti baru kenal dunia, tu yang eksited lain macam tuh
:: CIKVIVA :: said…
Hmm..kalau yang menunjuk2 walhal kita tak tanya pon caner eh...cth mcm rumah 11 bilik?? eheheh
Jari Manis said…
E suka org mcm tueee x
HeNRieTTa JoSe said…
Itu la....kdg kdg ada org yg join MLM nie buag orang laen rimas...,tapi ramai jerr yang berjaya tanpa buat orang laen rimas...
Lady Windsor said…
setuju dengan Irfa, lagi orang tu nak please kita suruh try barang depa lagi rasa macam nak kata, ko blah boleh tak! Ok tak cakap giteww..
t.a.t.a said…
Irfa, dulu kat bangunan office aku ni ada MLM. Satu hari bos aku nak naik pejabat terjumpa dengan orang MLM tu. Dia tengah borak dengan someone. Dia tegur bos aku dan kenalkan pada bos aku someone ni. Dia pi cakap apa tau, "Ni la someone, dia yang drive kereta mewah tu." Sambil dia tunjuk satu kereta mewah kat parking lot.

Bos aku pun hairan apa motif dia beritahu someone tu drive kereta apa? Ingat bos aku tu nak tercucuk ke? Xde nya. Hahaha.
NinaAz said…
eee.please laa. annoyingnya cam tuu. hikhik.
cheqna said…
sama perangai cam cheqna..bukanlah anti MLM tapi..gitulah....
nor said…
Sadly tu lah silapnya org kita.suka nau menyanjung org ada keta empat roda..ber pangkat dan bertitle. TURUN temurun...so now this material world are more obvious with social media.
Kat melaka ada ramai kena tipu sbb mlm.ni berlaku siri tahun 2011 lagi.
MOKCIK AZWA said…
Irfa..balas balik mesej macam Irfa post kat atas tu kat dia..hehehe tengok apa response dia ( part bagi no account irfa..share hasil MLM dia tu hahaha)..dah nak share sangat kan huhuhu..
Irfa said…
KAK AZWA..
sy jawab jugak tp dgn nada gelak, tambah 'hihi dihujung ayat
(tak paham jugak x tahulah)
sy jawab 'banyak tu, bolehlah share kalau dah terlebih'
dia balas dengan ikon gelak juga
pastu habis sampai situ je
Irfa said…
DEAR NOR..
itulah pasal, ada pernah saya dengar, bertahun2 duk tunggu duit dari alam maya
mcm tak logik je dengar cerita mcm tu
tp ada jugak yg percaya
Irfa said…
CHEQNA..
bukan anti, sy pun ada jugak join sbg ahli avon.cosway.tupperware sbb nak collect point
itu pun orang kata antara syarikat jualan langsung (AJL)
Bermakna bukanlah 100 % benci mlm
tp benci orang yang duk ajak2 orang dgn cara mcm ni
Irfa said…
NINA AZ..
mmg sgt annoying
balik kg kalau jumpa dia, rasa macam xtahu nak respon mcm mana
Irfa said…
TATA..
haha, mmg lawak sangat
tak malu ke bagitau orang mcm tu sedangkan orang tak tanya
sib baik bos ko tak sound dia 'ada ku kesah?'
konfem bertumbuk kot kat situ
Irfa said…
KAK LW..
akak, gi mana?
lama menghilang, kita rindu lah, hihi
nak promote kena ada caranya
Irfa said…
RIETTA..
ye mmg ada, jenis produk beli makan sendiri
tak yah nak promote org sgt, kecuali orang yang nak beli tanpa paksa
Irfa said…
JM..
give me five ;)
Irfa said…
CV..
rumah 11 bilik tu, nanti kita pegi masa house warming
entah ye entah tidak
jgn sampai hari nya,dia kata lupa jemput pulak
QasehnyaRania said…
sib baik tak dapat lgi.
betul tu.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')