Thursday, January 30, 2014

We Share, We Care: Umur Sesuai Ajar Anak Buat Kerja Rumah

DULU
masa membesar di kampung, umah mak takde mesin basuh
rasanya dah form 3/4 baru lah kami ada mesin basuh
sebelum ada mesin basuh
basuh kain baju dengan menggunakan tenaga
memberus manual 2 besen besar, itu biasa bagi aku bila hari cuti

masak memasak menu simple tu jugak biasa
menu seperti masak nasi, goreng sayur, goreng ikan/telur, buat ikan/ayam sambal
my food killer is maggi goreng kangkung dan ikan kembung sambal
hehe

keje rumah aku bertambah bila tempahan menjahit mak banyak
 (selalunya musim nak raya/cuti sekolah-tempahan baju sekolah)
aku tolong mak jahit tepi (klim tepi) 
dan tolong sambungkan bahagian baju 
(sambung lengan dengan pesak)

adik2 aku mungkin banyak tak merasa sebagaimana aku anak sulung

tapi, bila ada anak2 sendiri
aku buntu nak mulakan dari mana
waktu umur berapa nak ajar diorang kerja rumah?
setakat ni, aku belum ajar kakak masak menu utama, huhu
setakat tumbuk bawang, nasi goreng, goreng ikan, basuh pinggan, sidai dan lipat kain je

bila jumpa artikel dibawah, rasanya sesuatu yang bagus utk di kongsi
sesuaikan dengan budaya kita



# last day keje, esok cuti CNY
list apa nak buat dah ready, harap berjalan lancar

selamat berhujung minggu ye kengkawan
yang balik kampung tu, hati2 memandu

(^_^)


14 comments:

  1. Wah.. banyak kemahiran di usia 4, 5 tahun yang Naim tak kuasai lagi.. nak kena slow2 didik dia ni...

    selamat bercuti Irfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. AISY NASIHA..
      samalah kita, si kecik umur 4 tahun
      dlm list tu ada beberapa perkara yg dah suh buat wpun bukan semua
      mcm letak baju kotor dlm bakul, letak botol susu kat sinki, kemas mainan dlm bakul
      wpun ada hari, dia x nak buat..mcm2 alasan dia bagi, haha

      Delete
    2. Haah kan kak. Si Gundut tu pun 4 tahun lebih jugak. Ada masa aje dia nak campak botol susu dia kat sinki, kalau masa bontot dia tersumbat, ada je la alasan nya.

      Delete
  2. Mungkin sebab kita rasa kita masih mampu nak buat. Maklumlah, dulu kena giling cili, now blender dah ada, atau beli jer cili boh. Dulu kena sapu sampah kat lama dengan daun2 pokok semua, tapi now, rumah pun tak ada laman. Anyway, saya untung sebab anak saya duduk dengan nenek atuknya. So, sekarang umur 12 tahun, dia dah boleh tolong bersihkan kebun, mesin rumput, masak untuk dinner yang simple2 dan kemas katil. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZIELA..
      ye, betul tu
      sbb kita rasa mampu buat, plus rumah kecik rasa sgt tak selesa ada ramai orang di dapur
      lebih selesa buat sendiri, lainlah rumah kampung
      dapurlah luas ;)
      # teringat kenangan sapu laman di kmpung pakai pelepah kepala ;)

      Delete
  3. shujin dengan rajinnya dah mula ajar damia ngan aqil memasak kat dapur..tapi under supervision la.. hehe.. bahaya.. aqil dah berjaya terpercik minyak atas dahi masa goreng telur.. :P

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti irfa...masa bercuti bersama anak2 bolehlah ajar apa yg patut...

    ReplyDelete
  5. budak2 ni dah start buat keje rumah lama dulu.. mmg kena kasi upah sikit2 dulu, pastu baru citer pasal tanggungjawab...

    ReplyDelete
  6. Makchaq pun anak sulung..kerja2 rumah, masak, membasuh dah biasa dari kecik..tapi tak pulak rasa kena suruh.. macam suka ja buat.. ma makchaq pun ambik upah jahit jugak, masa banyak tempahan balik sekolah makchaq tolong kelim tepi dan kadang2 jahit tulang belut..
    Pasai dah besa macam tu anak2 makchaq pun makchaq ajaq jugak buat kerja2 rumah ni.. bila dah besaq depa macam mengkhusus sendiri pulak, ada yang suka kemas, yg suka masak, yang suka pi kedai.. apa2 ja la.. yg penting kerjasama...tak dak bibik memang perlu la suruh anak2 tolong...
    tapi Nafisah walau dah boleh buat .. selalu mengelat.. ramai orang nak tolong & layan dia..

    ReplyDelete
  7. Disebabkan anak kakcik semuanya lelaki, kakcik tak sedar bila masanya kakcik suruh mereka buat kerja rumah seperti membasuh pinggan, mengemas tempat tidur dan sebagainya... :)

    ReplyDelete
  8. Irfa, saya pun tak pernah ajar dan suruh Ojet buat kerja-kerja rumah tu... kesian dan tak sampai ati walaupun dan besar panjang skrg... tapi di mata saya dia macam kecik lagi dan tak percaya dia menggunakan segala peralatan dapur. Tapi begitu 'amazing' balik cuti semester ni dia memasak di rumah... lauk dan sayur, mengemas dan membasuh... bancuhkan air untuk abahnya... siapa ajar? dia tahu sendiri...

    ReplyDelete
  9. Selamat bercuti..semoga selamat pergi dan balik :)

    ReplyDelete
  10. Anak K.Sham yg sulong besar dlm tgn Omak & Ayah.. tho cuma over the weekend mmg byk beza jika dibanding dgn yg no 2 & 3.
    Tp utk menjawab soalan Irfa sebenarnya K.Sham pun susah nak jawab sbb sampai hari ini K.Sham masih buat semua "sendiri".
    Abih tu camno??

    ReplyDelete
  11. saya walaupn ank ppmpn sulung dlm fmili mak saya x bagi saya masuk dpr. saya reti buat nasi goreng bodoh pn masa form5.hehehe

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)