Skip to main content

Adik Beradik Selang Bunga

ini hari, bos kecik, bos besar takde
kursus katanya
maka dengan rasminya
'opis ini ana yang empunya'
lalalalaa

kucen tiada, tikus ratatouille berlari2 ria atas meja
(^,^)

malam tadi, seperti biasa melayan grup wechat adik beradik
kat situ kami ada 5 beradik je
sorang lagi takde we chat, sorang lagi ada we chat tapi jarang online
yang aktif cuma kami ber4 je

diorang hantar gambar yang di edit, gambar kami 6 beradik
# 2 adik pompuan aku tu mmg hantu berselfie
ratus ribu riban kot gambar diorang dalam hp tuh 

meh berkenalan dengan adik2 aku
aku selaku kakak kawasan, hahaha  

adik beradik selang bunga taik ayam
baris atas dari kiri-generasi pertama
kak (aku le), abe, kakcheq aka CV

baris bawah dari kiri-generasi kedua
chik, kakniq, adik- generasi ke dua 
kenapa aku namakan generasi pertama dan generasi kedua?
sebabnya:
bila aku, abe dan kakcheq bercerita tentang zaman kecik, zaman kami membesar
yang generasi kedua masa tu masih kecik dan ada yang lom lahir

bila generasi pertama bercerita, generasi kedua buat muka bosan
cuma 'chik' je yang sipi2 ada kaitan, yang lagi 2 hujung tu, memang blur habis
tak tau hujung pangkal kenapa kami gelak sambil tepuk lantai

sebenarnya, perkara2 bodoh zaman membesar
menjadi bahan ketawa bila dewasa
betul kan?

benda bodoh nakal yang kita buat dulu
bila citer balik depan mak ayah sekarang, diorang pun takleh nak kata apa dah
maklum semuanya dah besar panjang, hihi

# 5 dari kami semua dah bekerja, tinggal si bongsu je masih belajar (form4)

sebenarnya banyak kenangan zaman kecik dulu
kalau ku tulis, mau ber episod baru habis
tapi antara kenangan takleh lupa ialah
adik aku (chik) hampir kehilangan nyawa
gara2 aku curi2 bawak dia keluar rumah main air banjir
curi2 naik rakit (batang kayu) dan adik jatuh, jenuh mengagau dalam air banjir
nasib baik jumpa

dan, endingnya berbirat belakang aku kena tibai dengan ranting pokok senduduk
itu antara kenangan antara 1001 kenangan yang lain

korang pulak, kenangan zaman kecik yang mana paling takleh lupa?

Comments

Tijah said…
kenangan paling ingat...hampir lemas kat pd. tetengah mencungap tu sekali abang datang tarik tangan bawak pi pantai. sampai pantai aku lempang muka dia "apasal ko tarik aku lambat?" tecengang2 dia. kuang ajar kan aku?
hajar said…
mmg seronok kan bila berkumpul adik beradik & cerita kisah2 lama... hehehe
Unknown said…
Nasib baik jumpa adik tu Irfa. Kak yus pun pernah berbirat kena rotan dengan emak sebab biarkan adik sampai dia kena patuk ayam jantan bertubi2 masa kecik dulu. Habis berdarah2 muka dan kaki adik kena patut ayam jantan laga tu.

Betul2 kalau ingat balik mmg boleh buat kita tersenyum kan Irfa.
Miss Brenito said…
Wah, sy pulak yg seriau takot.. beshnyer adik beradik ramai..
Kopiolimauice said…
Laaa..adik badik ke dgn CV hihi bru tauuu... rezeki ye selang bunga... ;)
Unknown said…
aku kena tibai ngan batang ubi ngan mak aku sbb main panas tengah hari buta..hahaha.. kena lempang sedas ngan ayah aku sebab ambik sambil lewa masa pulang baki duit pelanggan.. pitam kejap..wakaka..
Irfa said…
MISS BRENITO..
masa kecik2 asik gaduh
dah besar seronok lah adik beradik ramai
tp,, kami 6 beradik kira sikit lah tu
sepupu kami yg lain ada yg 10 / 11 adik beradik ;)
Irfa said…
KAK YUS..
saya pun ada kenangan patuk ayam tu
tp bukan saya lah, adik no 2 (abe) tu
masa umo 5/6 tahun kot, dia baling ayam jantan
kena kejar dan jatuh dalam parit, ayam tu patuk dia abis calar balar
sib baik ada makcik lalu situ yg nampak dan kejar ayam tu
Irfa said…
Mrs Eady..
sweet sweet sour gitu ;)
Irfa said…
HAJAR..
mmg pun, masa tu best je ngutuk ;)
Irfa said…
TIJAH..
adoi, sabar jelah aku
itu nasib cukup baik dia tarik ko
kalau jenis mcm aku, mmg kaku je sambil mata tengok kejadian ;)
paridah said…
pabila geng mak2 bercerita sesama mrk...akan terbit sesalan di hati kenapala dulu garang sangat hingga sanggup memukul anak2...kini anak2 mrk telah dewasa...anak2 yg dewasa dgn didikan yg keras membesar sbg anak2 yg berjaya...
rinkume_zi said…
mmg kan, bila berkumpul adik beradik selalu ungkit citer2 zaman kecik, zaman sekolah rendah, mmg boleh buat modal ketawa tak ingat dunia. heheheee......
Irfa said…
KOPIOLIMAUICE..
hehe, ye ;)
Irfa said…
RAI..
mak pak zaman kita dulu, biasa pukul anak
skrg jgn main pukul2 dah, ke lokap nanti :)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
mmg nyesal kot sbb penah pukul anak dulu
tp masa tu darah muda, panas lagi
skrg dah sejuk seiring ngan usia
tu pasal kalau cucu kena marah, dimarah balik anak tu
hihi
Irfa said…
MEKZAA..
imbas nostalgia lama tu lagi best bila jadi bahan malam raya ;)
t.a.t.a said…
Kak, itu gambar zaman bila? Comel le. Lurus aje muka tu kan? Hehehe.
Kakzakie Purvit said…
Bapak kakak jenis tak pukul anak tapi allahyarhamah mak kakak adalah cubit-jegil mata. Adik-beradik kakak 7 perempuan dan satu lelaki agaknya tak nakal sangat jadi suara mak tinggi dah takut itu yg kes kena pukul memang tak adalah. Cuma ingat main parit sampai keruh jadikan kelapa jiran jadi pelampung. Pakcik itu marah kami lari balik rumah tercungap-cungap. Tiba rumah mak marah.
:: CIKVIVA :: said…
Ada orang mohon tukar gambar marin tu..ade mak kesah..hahaha
Irfa said…
TATA..
gambar bulan lepas
jgn tertipu, mmg ramai yg terpedaya kalau tgk gambar
sbb muka mmg tak nampak tembam
sbb tu profile pic letak muka je, hahaha
Irfa said…
KAK ZAKIE..
sy x penah kena pukul ngan ayah, adik lelaki no 2 penah kena
ayah cakap je terus menusuk ke hati
kalau mak. berbakul marah pun dah tak heran, sbb dah selalu sgt kena marah
Irfa said…
CV..
beberapa orang yg mohon tukar gambar ;)
sampai puas hati
Aisyah said…
irfa...dah semakin meruncing muka...dah kurus bape kilo ni?
Irfa said…
YONG..
dh pesan awal, jgn terpedaya
muka saya mmg tak nampak tembam
sbb tu snap muka je.hihi
Cho Zila said…
akak pulak masa kecik rapat ngan dua adik lelaki bawah akak..tapi bila dah besar dan tuani rapat ngan adik pompuan.. tapi still banyak kenangan yang boleh dikongsikan...
Nick Nashram said…
haha..macam biasa la.bila big boss takde rasa macam enjoy je.
kalo bole nak hari2 boss pegi outstation.
Ana Jingga said…
seronok kan irfa bila fleshback zaman kanak2 ni..kak ana pun rajin gak wassup group dgn adik2 dan kazen2 ni sambil mengimbau kenangan silam..dtg sambil klik2 nuff kat atas tu..
Nastyna said…
eh samo la kito pun selang seli bungo kantan hehehe cuma hak last tu jer 2 lelaki. huishh kalau nak ingat zaman tetecik dulu, mmg takkan habis nak cerita, tapi tu semua kenangan mahal. mujur panjang umur adik tu kan.
Acik Erna said…
Tak boleh diingat zaman kecik dik..sedih
Jari Manis said…
so sweet semua nya adik yg kedua tu cam retis gaya nya..ignat Apek Leuniy tadi...yg pasti si kakak lebih sweet dari yg lain..ahaha..marah CV bila baca ni ek...eheheh...JM ada 9 beradik...ha ko...ehehe
Irfa said…
CHO ZILA..
samalah saya pun
kecik2 pantang dekat mesti bergaduh je
dah besar2 ni, duk jauh dr mak ayah, tu yang rapat
Irfa said…
NICK..
amboi, kalau boleh nak hari2 bos outstation ye
tahu dek bos, dapat surat terus ;)
:: CIKVIVA :: said…
JM, Irfa sentiasa awet muda n sweet sbb dia terlebih kasih syg..maklumlah sulung...hahahah
happyichigo♥ said…
Ayu nya kak irfa..
Ya Allah, kaaaaak nasib baik adik akak selamat..
Takutnya

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')