Friday, February 28, 2014

Air, Tak Sihat, Takde Mood

Salam Jumaat

Rumah korang ada air tak?
ker ada yang tak mandi pagi ni? hihi
Alhamdulillah, area rumah kami masih ada air
tapi aku tetap menadah air, risau kot tetiba bukak paip takde air keluar
dah pesan kat ahli rumah, pastikan baldi dalam bilik air sentiasa penuh

itu kisah air

~*~*~*~*~*~

Semalam aku cuti
wpun aku berhajat nak mc, tapi doc tu tak mesra alam
nak bukak mulut mintak mc pun aku malas
bila aku citer pasal sakit pinggang dan cirit
muka dia mcm takde perasaan
mungkin dia ingat aku cuma buat helah nak mc sebab anak2 tak sihat

kisah bermula petang Rabu tu, balik keje tengok anak2 muka merah
si kakak batuk, si abam demam, cirit dan muntah
si adik demam dan batuk
dan tetiba aku pun tumpang sekaki
sakit pinggang, sakit ulu hati dan pening kepala
terbaring je lepas Maghrib, dahla en Abe shift petang

bila teringat anak2 lom dinner, gagahkan diri bangun goreng fries
itu je yang mampu buat
si abam muntah penuh sinki pun aku biarkan
bila semua dah tido, slow2 aku bangun cuci sinki
rupanya bukan sinki je, dia jugak tercirit dalam seluar, huhu
sib baik dia sendiri cuci sendiri bahan cirit itu
takde lah aku nak rasa termuntah sangat
balik dari klinik semua terbongkang tido
si kakak je sekolah, abam mc
lunch tu masak nasi je, akak pengasuh hantar lauk

Itu kisah tak sihat

~*~*~*~*~*~

sejak dua menjak, aku datang keje macam halimunan
takde mood nak buat keje
kadang2 aku tak tahu apa yang aku buat
segalanya rasa serba tak kena

itu kisah takde mood

~*~*~*~*~*~

aku hari ini (serba hijau)

happy working u olls

(^_^)



6 comments:

  1. macam2 kisah ye. Moga dipermudahkan urusan awak sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh... salam jumaat :)

    ReplyDelete
  3. Rumah saya paip macam biasa. Tak termasuk dalam kawasan catuan rasanya. Tapi get ready aje kolah kasi penuh.

    ReplyDelete
  4. assalam irfa...kesian irfa n anak2 sdg alami penyakit musim panas...moga cepat sembuh n jaga kesihatan diri n anak2 baik2 ya...ujian Allah semua tu...

    ReplyDelete
  5. kan kak..bila badan xsihat mood nak buat keja pun xda...
    kalau buat pun ada je yang xkena.
    harap di berikan kesihatan yang berpanjangan ye

    ReplyDelete
  6. salam irfa...samala ngan Alynn...klau xde mood mmg rasa malas je nk buat keje...uhuhuhu
    http://www.chatchantek.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)