Monday, February 17, 2014

Kenapa Kesian? Malas lah nak komen lagi

semenjak dua menjak ni, malas nak buat apa2

bukak fb, baca sepintas lalu
yang berkenan di hati, lalu ku LIKE 
dan kalau rasa nak komen, taip sepatah dua kata

baca blog orang, rasa nak komen, aku komen
rasa cam tak tahu nak komen, baca je lah

sekarang tengah khatam satu blog best, best bagi aku lah 
seorang wanita cantik, seorang baby comel tak hingat duduk nun di seberang laut
gila tak gila, aku baca dari post pertama sampai terlatest
ambik ko ayat tunggang langgang
emm, kamu tahu siapa kamu kot, hihi

cerita lain

aku punya tabiat, bila komen kat blog orang
aku akan datang balik untuk tengok kalau orang tu balas tak komen aku
ada yang balas, aku senyum
tak balas, mungkin tuantanah sibuk
ataupun mcm aku jugak, suka orang komen, tapi tak tahu nak jawab apa, hihi

tetiba, pagi ni ada rasa cam tak best
bila aku komen satu blog
dan ada orang lain komen kat bawah komen aku
'kesiannya (sebut nama aku)'
seolah2 aku bodoh sangat komen macam tu
ko kenapa?
dahlah baling batu sembunyi tangan
menyamar disebalik nama 'anonimos' 
kalau berani, letaklah link blog ko sekali
boleh kita sembang sepatah dua kata

ohlah, tu je nak citer
# ekon sejuk, nak taip panjang2 pun rasa kebas tangan, huhu


25 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Geram betul bunyi tu..sabar sabar..cm saya gak, kadang2 ada terima komen2 yg tidak sedap di baca. Sabar jea ler..Fikir pun tak mendatangkan apa2 manfaat. Sabar sabar..

Kakzakie said...

Begitulah kerenah alam maya ni Irfa.
Kalau tak cekal boleh merajuk jadinya
Tak payah layan kalau kena macam itu sebab nanti berpanjangan.

Petak Bunga said...

kadang suka baca komen tanpa nama.. walauu x berani nak ckp depan..ada betul gak katanya.. peringatan buat diri sendiri.
kwn2 kadang x berani nak bgtau sebetulnya takut kita sakit hti..
btwn, nak tegur pun biarlah beradab..dok gitu?

msredcheesecake said...

kerenah org mmg macam2...layan lebih2 kang kita stress..

Ema Johari said...

cik anon tu, berani-berani takut jer...

happyichigo♥ said...

Print screen kak..nk tgk apemendenye..hihi dira penyibuk

babYpose said...

Assalamualaikum, harap Irfa bersyukur dengan komen-komen yang baik dan yang selain tu dapat lupakan. Take care .

Kopiolimauice said...

sabar kak! anon perangai dia mmng macam tu.. tak kan berubah punya...

bangsawan nilai said...

irfa, ignore je org mcm tu...

t.a.t.a said...

kak, akak clik aje pada button notify me. each time ada new comment atau komen balas, ia akan beritahu akak via email. senang kak.

saya pulak kalau komen yang saya rasa saya tak perlu tahu reply nya saya tak pilih untuk notify me. Kalau yang perlu baru saya pilih notify me.

Nastyna said...

ingatkan fobia baca my blog sampai taknak komen lagi dah, hhuhuhu jange gitu deh. I baca semua your komen tu tau, mujur tak hangus duk nanak nasi time tu hehehe, sikit jer lagi, punya la ralit layan komen2 u. Thanks yer sanggup bertapa kat sini, anon tu biaq pi la, nak letak nama pun takut, main nyusuk gitu mana aci.

Cho Zila said...

alahai tak bestnyerkan... kalau ada orang yang rasa dia ler hebat sekali..
takperler biarkanjer... yang penting niat kita berblog dan bw untuk jalinkan hubungan sesama rakan...

Irfa said...

BRO ABIL..
so far sy x penah terima komen 'busuk' kat blog saya
ni saya komen kat blog orang lain, dan ada komen lain komen bawah komen saya tu

saja je nak share citer, takdelah berkudis mana pun ;)
bro lagi banyak komen kot,hihi

Irfa said...

KAK ZAKIE..
takdelah sentap mana pun, takde modal nak menulis
tu yang tercerita pasal tu ;)

Irfa said...

PETAK BUNGA..
kalau dia komen kat blog saya. komen busuk mmg tak approve lah
(so far xde komen yang tak di approve, sbb yg komen sini semua baik2 je)
ini komen kat blog orang lain
empunya blog tak kata apa
tp yang mengomen pulak over
on mmg tak

Irfa said...

MSREDCHEESECAKE..
tak stress pun, kesian kat dia.hahaha

paridah said...

salam irfa...jgnlh merajuk...sidia tu mungkin sedang sakit hati pada yg lain kebetulan irfa yg ada depannya...irfalah yg kena...maafkanlah dia...

Irfa said...

EMA..
ntahler, budak2 baru nak kenal dunia kot ;)

Irfa said...

DIRA..
akak dah delete komen akak kat blog tu
nanti lagi ramai yg kesian kat akak, tuan blog x kata apa pun

Daddy Ziyyad said...

bagi link blog tu(yg ada anon pengecut balas)...hahahaha...saya nak baca jugak..

saya jenis yg jarang jarang balas komen..tapi saya baca tauuuu...:)

happyichigo♥ said...

Anonimos mcm itu lah,
Tak pelah kak..
Kite ni bnyk bende nak fikir...bende kecik mcm ni tak bwk ke mana..take care kak

Aziela said...

Saya balas komen kalau perlu beri jawapan. Tapi selalunya lambatttt nak membalasnya...Hehehehehe. Oh, kalau dengan anon nie...walau betul macam mana sekali pun faktanya, saya tetap tak suka layan orang yang pengecut macam tu.

Miss Brenito said...

kita sama peel kak irfa.. tapikan anonimos memang stok campak mercun pastu lari tempat lain. Kong ajo sangat.. kesian kat akk, patutnya sesama berblog ni kena gentle la kan, klu rasa tak patut di tegur, tapi secara berhemah lah..

Nora Karim said...

alahai ai pulak terasa.. ai selalu tak sempat nak balas komen yang org tinggalkan kat bawah entri2 ai... huhuhu lepas ni kena usaha mereply semua komen...mmg kesian kalau ada yang bertandang semula untuk tahu jawapan bg soalan yang ditanya... huhuhu ya ampunnnnn irfa...

:: Cik Viva :: said...

kite nak komen kena baik2 sket..wpun tak kenal..sbb taknak gado2 kat dlam ni..nati de orang tak suke..huhuh