Tuesday, March 18, 2014

Medan 2014 Part 4: Nasi Padang Restoren Sederhana dan Jus Alpukat

Selesai sudah pusing satu Pajak Ikan, kami lantas pulang ke  hotel, mandi dan berehat. Pakwan call meng 'offer' diri untuk bawak kami makan malam. Kami sebenarnya plan nak makan depan hotel tu je, tak sangka pulak dia sudi nak datang lagi wpun tadi dah susah payah hantar kami dari airport ke hotel. Setelah persidangan meja bulat, kami berempat sepakat nak keluar lepas solat Maghrib.

Tepat jam 7.30 malam, pakwan datang ambik kami di hotel. dia tanya 'u all nak makan apa? nasi padang @ bakso?' serentak menjawab 'kami pilih nasi padang' halim, saya putar, wang besar-wang besar. Kami dibawak oleh pakwan ke sebuah restoren nasi padang bernama Restoren Sederhana. Emm, nape nama dia sederhana ye? mungkin tak mahal kot, hihi.

masakan Padang di Restoren Sederhana, Medan

'rumah makan' aka 'restoren' Nasi Padang Sederhana
nampak cam eksklusif, keta besar2 je parking depan tu

nak bergambar dengan papan tanda pun malas, muka penat, huhu

suasana dalam restoren, bersih dan ber'ekon
Aku dah bersedia untuk mengalami sendiri macam mana diorang serve nasi padang. Selama ni cuma dengar citer orang je, malam ni depan mata aku dapat tengok diorang bawak hidangan penuh tangan sampai ke lengan, tu dia...... penuh meja dengan segala mak nenek menu. Tak payah ambik order pun

Konsepnya senang je 'ko cuit, di kira ko makan, sila bayar ye buk'

Apapun, rasanya memang sesuai dengan anak tekak aku, diam je dia sambil suap nasi licin sepinggan. Tambah balik kalori yang terbakar masa duk pusing Pajak Ikan petang tadi. TQ pakwan, belanja kami. Kosnya RP 230,000 (rm75) kalau tak silap aku untuk 5 orang makan siap jus alpukat (avocado) yang likat pekat itu.


nampak tak pinggan disusun sampai ke lengan
kalau aku, konfem jenuh ganti pinggan pecah, hihi  

akak2 yang ready nak tambah kalori
tapi diorang semua slim, aku je yang tak berapa nak slim lagi

sori gambar blur, kamera gegar sebab lapar sangat kot
yang macam sayur masak lemak tu sedap, siap tambah order lagi sepinggan
dalam tu ada sayur apa tah, siap dengan terung pipit   

tadi tak sempat snap cara dia hidang menu
meh kita intai meja sebelah ye

hati2 ye mas
'hello, i dah pakar okey' jawab beliau dalam hati 

jus alpukat ( jus avocado) katanya
rasanya? entahla, okey je bagi aku
pekat likat jusnya 

suasana malam agak bizi jugak dengan kenderaan
hon di sana sini dan jugak sinun, suka betul tekan hon diorang ni
tak nampak pulak yang bergaduh sebab tekan hon
cer buat kat sini, mau kena tunjuk jari tengah@buku lima ;)  

Lepas makan, pakwan bawak kami tengok rumah orang2 kaya sekitar Medan. Terlopong sekejap tengok rumah sebesar istana, tiang depan rumah je pun dah sayup mata memandang. Patutlah penah dengar orang kata, disini ada 2 golongan je. Terlampau kaya dan sangat miskin, sederhana susah nak jumpa.

Sebelum jam 9 malam kami dah dihantar balik ke hotel sebab pakwan ada hal. Boleh je nak jalan kaki ke Merdeka Walk, tapi takut lah nak pegi. Dahlah jalan sesama pompuan je. Kedai2 macam Pajak Ikan dah banyak tutup jam 5 petang. Yang tutup lewat cuma shopping mall. Kat sini takde pasar malam macam Ho Chi Minh. Kalau ada, konfem 1 pagi baru balik hotel kot.

Okey, nanti sambung kisah lagi 3 tempat kami pegi ye

10 comments:

  1. Capat betul update dah masuk part 4 tu..kalau ke Indon tak kira lah Bandung ke, Medan ke, Jakarta ke , Bukit Tinggi ke, Padang ke..Jus Alpukat itulah yg menjadi pilihan kan..SEDAP pekat dan likat

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      akak dah nak angkat bendera putih ni, tak mudah rupanya nak tulis secara detail mcm Jm
      jenuh karang ayat. belum lagi nak pilih gambar, huhu


      nanti kita citer pasal jus sirsak pulak ye :)

      Delete
  2. Sehari dah boleh update sampai 3 entri, buat lah satu entri sehari...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV,,
      penat lah, tak sabar nak habiskan citer ni
      lama2 nanti dah lupa fakta, nanti jadi auta terus ;)

      Delete
  3. ok kalau macam ni punyer laju, saya memang suker... 1000x suker.. lagi lagi cepat.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. MISS BRENITO,..
      hihi, tak sabar nak tunggu ending ke?
      takde yg menarik pun, biasa2 je

      Delete
  4. Amboi.. dah part 4..
    Kita baca jer la ya..
    Susah2.. kita sambung "bertanya" kat umah lagi satu..

    ReplyDelete
  5. Jus alkupat eh aplukat oi alpukat satu. Diam jer anak tekak kamu yer, sudi la tu kiranya. hehehehe best nya, nnt I sambung baca kisah sebelum ni yer, tak dan nak belek lagi.

    ReplyDelete
  6. biasanya episode awal ni tak best, aku tunggu episode kemucak haa haha

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)