Tuesday, March 4, 2014

Tabiat TakBolehBlah

wah! seronok ek orang2 belah Ampang dan Puchong sana
dengar citer hujan lebat
harap2 tempias hujan sampai ke tempat aku nanti
amin

ni nak citer pasal tabiattakbolehblah
kadang2 kita ada tabiat yang mungkin kita sendiri tak sedar
ni antara tabiat yang otomatik berlaku bila ke kedai makan
tak kisahlah ke fast food restoren @ kedai tomyam depan simpang

penah adik kesayangan aku sound
'susun je, nape tak gi dapur tolong basuh sekali?'
huhu  

susun cantik, letak satu tempat
senang nanti adik2 pelayan nak kemas meja  


srottttttttttttttttt
*effect bunyi sedutan* 
satu lagi, kalau ke hotel
sebelum check out, aku akan kemas bilik macam mula2 datang
supaya senang aku nak check
kot2 ada barang tertingal, hihi

korang ada tak tabiat cam ni?
ye, aku nampak sorang tengah senyum 
yang pakai inner magic kaler shocking pink tu
awak pun sama ke?
*bagi saya 5*


dah, jom wat keje
lalalalala




12 comments:

  1. Eh sama la kita.. makchaq pun sama, lepas makan mesti susun2 pinggan, siap lap2 lagi kalau tumpah.. pi hotel pun sama.. kalau nak keluar pun siap kemas katil... walaupun tau orang akan datang kemas.. nak check out pun mesti kemas... anak2 pun terikut... lepas makan susun2 pinggan semua.. sebijik jugak macam gambaq kat atas tu..

    ReplyDelete
  2. laki aku pun ada tabiat gitu.. bagus la sebenarnya.. aku je pemalas..kikiki..

    ReplyDelete
  3. irfa..eh ada sket persamaan le..akak pun suka susun pinggan mangkuk kotor..asingkan sudu, tisu..kdg2 angkat ke belakang..haha..senangkan koje pelayan..tp bilik hotel saya tak le kemaskan mcm baru tiba...cuma letak balik comforter, bantal kat tempat asal..takde le selerak bebenor..

    ReplyDelete
  4. ramai yg ada tabiat gitu irfa...lagipun selesa mata memandang keadaan yg kemas sikit....

    ReplyDelete
  5. Tak ada salahnya kalau kita tlg meringankan beban t'jawab org lain..
    Tak blh buat semua.. buat apa yg mampu pun dah kira bagus..

    P/s;
    Kalau kita tlg org.. insya'Allah.. Allah akan tlg permudahkan bahagian kita pulak.

    ReplyDelete
  6. tak... sebab dulu2 pnah buat pas tu kena marah.. hoho..

    ReplyDelete
  7. dh berjangkit dh kemas pinggan kalau makan kat kedai..kesian kat waiter tu nak kemas nanti..

    ReplyDelete
  8. Saya pun cam tu gak Irfa... bila ke kedai fast food saya akan kemas dan hantarkan ke tempatnya... kan ke itu sebenarnya konsep layan diri kedai fast food. Kalau dok bermalam di hotel, homestay dan chalet pun sama... saya akan kemaskan semula macam mula2 saya masuk. Dah jadi kebiasaan.

    Pernah baru2 ni saya ke Arau dan duk di homestay yang saya citerkan dlm n3 saya tu... saya borak-borak dengan tokehnya... dia cakap... ada sesetengah penginap tu... bila check-out... depa tinggalkan bilik bersepah dan lintang pukang dan berselerak... berbau dan penuh pasir di lantai... dia pun pelik apa yang depa tu buat sampai bilik jadi tunggang langgang. So.. apa maknanya tu.... "rupa paras bukan main lawa dan bergaya... tapi pengotor!" itulah yang mungkin terlintas di fikiran pemilik homestay tu... Walaupun mungkin kita tak jumpa lagi pemilik homestay tu tapi saya tak nak orang pikir saya mcm tu... tul Irfa... malu!

    Kalau kat kedai fast food pula bila saya hantar bekas dan sampah2nya ketempat yang di sediakan... saya suka dengar bila pelayan2 kedai tu ucap terima kasih pada saya... walaupun pelayan2 tu cuma baya anak-anak saya je. Kita bagi sokongan dan bantu meringankan tugas mereka.

    ReplyDelete
  9. Hahaha..sama la. Tangan ni otomaik mengemas lepas setel makan..siap lap meja ngan tisu kata ko..hahaha. Tak suka tinggal bersepah :)

    ReplyDelete
  10. Sama! Dira akan kemas kan before pergi bagi senang pekerja kemas2.. Kalau di ikea memang sepatut kemas daan letak di tray dan susun kat rack disediakan. Lap skit gune tisu tp ramai tak buat pun.. Dira malu2 buat, nmpk mcm poyo tp biarlah.. Tunjuk perilaku yg baik, supaya anak pun belajar..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)