Skip to main content

Bunga Itu Membuatku Tersenyum

Salam Jumaat buat semua sahabat maya
terima kasih kerana rajin singgah dan juga mengomen disetiap entri aku
wpun ada ketika aku happy, ada ketika emo, huhu

semalam adalah hari stress
macam biasa lah, ngadu kat 'teman sebilik'
katanya 'sabar lah'

gambar ni dah share kat fb, tapi nak share jugak kat blog
lagipun tak semua kawan blog adalah fren di Fb
gitu lah kalau dah banyak sangat lama sosial
(sib baik xde tweet, insta)
  

cantik kan?
bunga ni bukan aku tanam, tapi peninggalan owner rumah ni
aku cuma tolong siram je
pokok ni dah takde nyawa masa aku memula pindah dulu
tapi berkat kesabaran menyiram, akhirnya dia berbunga
cantik sangat

hilang stress balik keje semalam bila tengok bunga mekar tersenyum
rasa bahagia je walaupun bunga tu takde bau
bak kata seorang kawan
'Allah juga yang maha menolong memberikan kebahagian'
tq Allah kerana semalam mengirimkan bunga itu untuk membuat aku tersenyum 


tak tau nama, tapi kawan fb kata 'ni spesis Tiger Lily namanya, sekarang tengah musim berkembang'
ye, mata korang tak silap pandang
bunga tu cuma menumpang kasih dalam pasu pokok kari
nantilah aku carikan pasu lain untuk dia
@ kita pindahkan dia ke tanah supaya membiak dengan banyak
boleh feeling rumah dalam taman bunga, hihi 
selain bunga ni, ada lagi bunga tengah berkembang

yang ni tak tahu nama jugak
aku namakan dia 'bunga pepel'
masuk rumah, buka peti ais
sekali lagi tersenyum

sebekas kecil red velvet kek
aku order kat jiran yang rajin baking-membaking nih
support bisnes jiran2 katanya

anak2 suka sangat kek buatan jiran ni
seminggu sampai 3x order kot
macam2 jenis kek
cheese leleh lah, moist coklat kek lah

so order ni 2 bekas
aku ingat diorang akan makan habis masa jiran hantar kek 
tak sangka ada sebekas untuk umi

aku tak makan pun, tunggu diorang balik sekolah untuk makan sesama
nama je simpan untuk umie
balik sekolah bukak pintu terus tanya
'umie, kek umie dah makan abis ke?'

makan sesama, tapi rasanya diorang yang makan lebih kot, haha
sebab aku dah kenyang tengok diorang happy dapat makan kek sedap
kadang2 tanpa kita sedar, cuma perkara kecil yang buat kita gembira
kadang2 kita bersedih seharian untuk 1 perkara kecil
sedangkan kita ada 9 sebab lagi untuk kita bergembira

sekian entri emo untuk minggu ini
daaaaaaaaa


selamat berhujung minggu ye

(^_^)


Comments

Kakzakie Purvit said…
Pokok kari pun nampak subur tu dik.
Suka memang bila pokok berbunga. Sekarang memang musim semua pokok berbuah dan berbunga tau.

Bila dah jadi umie mesti faham kan. Tak tergamak nak makan kalau anak belum makan.
Jari Manis said…
jika rumah di penuhi pokok2 bunga mcm ni mmg nampak segar dan berseri..sejuk mata memandang
Unknown said…
cantik bunga tu...

betul tu,kdg2 benda kecil je,tp boleh buat kita tersenyum dr pagi sampai ke malam...
Aisyah said…
ifa..love your positive words up there..you share sunshine to others...really..
paridah said…
bunga ni jenis berbawang lama hidupnya n boleh ubah...sedapnya kek2 jiran irfa tapi nampaknya demi anak2 irfa jilat jari sikit jer oklah tu...
t.a.t.a said…
Kak, saya yang belum jadi umie ni pun bila nak makan something mesti nak makan sama dengan Budak Gundut tu. Huhu.
t.a.t.a said…
Kak Irfa, thanks sebab kongsi bunga tu di blog. Betul tu kak, kita takde FB. Huhu.
Unknown said…
terharunya kan kalau anak2 simpan sikit makanan..

bebudak ni selalu la simpan kat aku..siap tak bagi ayahnya makan sbb nak simpan kat ibu..
Unknown said…
Ya ampunnnnn.. kita ada utang belum selesai lagi kan.
Akan diusahakan A.S.A.P (janji org Islam ni)
Tp pic yg pertama tu mujur akak belek lebih.. mula ingat daun kari keluar bunga kaler merah..
Ann Ishak said…
bunga lily tu sangat cantik :)
Unknown said…
meleleh air terjun dr mulut tengok gambar kek tu..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')