Thursday, April 10, 2014

Hai, Nama Kita Hajar

YaAllah, ngantuk tahap gaban hari ni. Rasa cam nak je aku letak pen kasi tongkat kelopak mata dari tertutup. Duk khatam satu blog macam mana suri rumah menjana pendapatan sendiri sambil2 masak, sambil2 jaga anak, duit mengalir masuk akaun setiap hari (oh! pastinya bukan semudah ABC, usaha tetap kena ada), yang pasti ni bukan MLM, dia bisnes dari rumah ye, jadi agen dropship. Macam2 barang dia jual, bagus kan?

Back to the topic, lama tak citer pasal 'cintahati' aku yang paling kecik setakat ni. Dah 4 tahun umurnya *dah boleh bagi adik orang kata, itu orang yang kata, aku tak kata apa-apa, senyum je*

Yang ni lain dari 2 keluaran yang lepas, kakak n abam masa kecik dulu okey je kalau ayah gi keje, yang ni tahap melalak melolong macam kena pukul bila nampak ayah sarung uniform, kalau ayah cuti, dia suh baring je sebelah dia, ayah bangun gi bilik air pun tanya 'ayah nak pegi mana? ayah jangan work, kita sayang ayah, kita nak sayang ayah'. Drama sangat tau, kakak dan abam berbulu je mata tengok perangai dia sambil ketap bibir. hihi

'umi, kita suka kucen. kita nak bawak balik boleh tak?
jawapannya
'no, nehi, tak boleh'
kejam tak? tengok je boleh, cuit sikit boleh, bela tak boleh
aku tak benci kucen, cuma taknak bela je, tp xdelah benci sampai tahap bagi racun  

'cuit sikit je ye, umie kita tak bagi bawak awak balik'
katanya kepada encik kucen
eh! encik ke puan nih? 

hobi masa lapang selain dari sepah menan
ialah menari, tu tak pasti samada tarian korea @ cakpong
lagu feveret sekarang ialah 'Let in go' dari filem Frozen
dia boleh hapal satu lagu tuh, suh ngaji je laju dia jawab 'kita kecik lagi'
buat bila ada mood je
tahun depan no more main2 ye 

ni menan dia yang terkini
last week, pepagi kejut aku bangun teman dia main salin2 baju patung kertas
# sabtu ahad nak tido lama sikit pun tak boleh, huhu

korang penah main ni?
Tengok patung kertas salin2 baju ni, aku pun ada kenangan. Tapi, bukan beli ye, buat sendiri. Memandangkan dalam kelas masa sekolah rendah, aku antara yang pandai melukis, so selalu di tempah oleh kengkawan untuk melukis. Diorang beli manila kad yang keras tu, aku lukis orang siap dengan baju2nya sekali. Kaler dan gunting, baju konfemlah gaun kembang je, takde baju kurung pun, kikiki.

Ni ada kawan mintak tolong belikan kat anak dia, sbb dia tgk aku post picture ni kat fb (yang ni bukan aku beli pun, ada budak kat rumah pengasuh tu bagi kat si kenit, beli kat kedai koperasi sekolah, katanya)

okeylah, dah ilang ngantuk, siap satu entri mengarut, daaaaaa


8 comments:

  1. hajar..damia sebaya hajar ada dua adik dah tau..hahaha..

    weh beli mana anak patung salin2 baju tu..aku dulu main gak..hehehe.

    ReplyDelete
  2. comelnya hajar...sunyi tu xde kawan nk main mama kena fikirkan tu...

    ReplyDelete
  3. Lmer xdgr ciyer adik ajaa...dh besar pjg dh...

    ReplyDelete
  4. hahaa joget boleh gangn ngan JJ ni, tengok saper gerudi lagi ligat, bab mengaji saya tak tau kwang kwang kwang. Haaa saya dulu tumpang kawan jer salin2 baju katun kertas ni, bapak kita haramkan segala jenama mainan macam ni muahahaha.

    ReplyDelete
  5. salam kak irfa.. comel je hajar anak kak irfa.. hajar (saya) pon comel jugek hiihihihi

    ReplyDelete
  6. Hai Hajar :)

    Singgah sekejap release tension di sini. Nanti kita add blog akak dalam bloglist kita

    Eh speaking luar pulak :P

    ReplyDelete
  7. Anak patung kertas. Dulu selalu main. Tapi bila lipatan kecil part kunci untuk gantung baju tu dah koyak, consider the whole patung pun koyak juga. Buang semua.

    ReplyDelete
  8. zzzzzzzz..."makcek taknak balik ke???" sentap terus angkat handbag...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)