Friday, May 23, 2014

5 Bintang Untuk Pos Laju LRT Bandar Tasek Selatan

Entri ke2 di Hari Jumaat, ada yang nak baca lagi ke?

Lunch tadi ke KLIA 2, jumpa blogger yang nak COD barang. 'tak payah pos, nanti kita dating, minum2 sembang2' oh! i loike, TQ kakak comel, pie tu sedap sangat tau.
#like1000xsebabtakyahjumpabudakpejabatpostu. grrrrrrrrrr

Eh, nak mintak maaf sebab korang terpaksa baca luahan perasaan aku pasal kurier sehari dua lepas. Tapi nak ngadu kat sapa lagi kalau tak ngadu ngan korang kan? feeling ramai pembaca katanya, huhu.

Tak syok je rasa bila baca balik SINI, nanti orang silap paham PosLaju ni sangat teruk. Tapi sebenarnya bukan 100% salah Pos Laju pun. Yang buat pasal ialah staf, dan staf tu bukan Pos Laju punya staf rasanya. Emm, ada beza ke Pos Malaysia dan Pos Laju? Tapi PosLaju ada dalam Pos Malaysia, sepupu ke dua pupu diorang ni?

Jom sejukkan hati baca kisah manis aku dan PosLaju:
#setakat ni kalau suh bagi undian, aku tetap bagi 5 bintang kat pos Laju (berbanding ngan Skynet).


ini Stesen LRT Bandar Tasik Selatan (pinjam dari gugel)
tepi eskalator tu ada kaunter Pos Laju, kecik je
sekali lalu memang tak perasan pun kewujudannya 
Kalau kebetulan balik umah MIL, dan ada barang nak pos, aku memang akan pilih Pos Laju Lrt Bandar Tasik Selatan ni. Stafnya tak kira tua muda, sangat mesra dan ramah. Walaupun aku penah buat lawak sengal 'mahal jugak ye, mintak diskaun boleh?' amboi, nak diskaun aje ko ye? wpun dia tak bagi diskaun pun, tapi dia masih mampu tersenyum. Tak buat muka pun bebel dalam hati, bukan aku nampak pun, haha.

Penah tak korang alami situasi macam ni? korang beli sebab servisnya bagus, bukan sebab produknya?. Kalau servis bagus, mahal sikit pun orang pejam mata. Murah pun tak guna, kalau menyakitkan hati. Tak pasal2 dapat darah tinggi sebab kena ngadap muka yang menyakitkan hati hari2.

Macam kita ke kedai tomyam tepi simpang tu. Baru tarik kerusi nak duduk, tomyam dalam mangkuk siap berasap lagi dah sampai kat meja wpun belum lagi order makan, nampak sangat melampau tu, haha. Sekali salah hantar order daaa. aptb. Walau masakan tak sedap mana, rasa macam sedap je sebab hati senang dengan layanan yang tahap 5 bintang, ala hotel gitu.

Ini tidak, dah kebas bontot baru nak ambik order. Kita order sirap bandung, sirap limau dia bawak. Order siakap 3 rasa, nampak staf dapo baru start engin moto nak gi kedai beli siakap. Macm tu, pukul berapa nak makan? dari sedap langsung rasa tak sedap.

Eh! panjang lak membebel, dari citer PosLaju ke Stesen Lrt, pastu meleret pada siakap 3 rasa. Apa kes?

Okey, sekian

Selamat berhujung minggu bersama keluarga, bestnya duk umah....


8 comments:

  1. Sikit lagi bila ada brg hilang, bertambah lg pengalaman manis bersama courier service. Kita dah merasa. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZA RUMAH KUNING..
      puji lah setakat ni xdok mslh
      kalu wat hal gak... baru kito komplen
      harap2 takdelah mslh hilang barang ni..sian lah saya,huhu

      Delete
  2. selamat berhujung minggu...habislah bintang dilangit ko kait beri pada pos laju yer irfa...heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      hahaha, bulan bintang saya bagi tu kak
      harap diorang wat baik dgn saya

      Delete
  3. Replies
    1. HAI NUYUI...
      ikut nasib lah kan
      ada yg puashati ngn kurier lain
      sbnrnya kurier tu x salah, staf yg selalu wat hal

      Delete
  4. Akak penah terkena dgn pos laju Nilai..adoii ai seminggu brg tk.sampai2 walaupun brg dah ada kt nilai..rupanya staff yg hntr brg area bbst tu demam..boleh pulak gitu..kalau masuk spital sebulan jwbnya tk berulatlah vitamin akak tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK HAMIDAH..
      oh ada ke?
      sy pun kawasan Nilai tp mgkin sbb taman lain setakat ni xde mslh ;)
      kalau pos bawang, dah tumbuh jd pokok bawang kot, hihi

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)