Friday, May 16, 2014

Anak-Anak Dan Hari Guru 2014

Salam Jumaat untuk semua

nah! jemput tengok banner Hari Guru yang aku cilok dari wsap
# wsap grup zaman sekolah ramai cikgu-cikgi, aku je yang tak 'menjadi' cikgu  




ramai kawan2 cikgu buat umah besar kat kampung
sapa kata cikgu tak banyak duit, hihi

dan sedikit kisah anak2 malam tadi

Balik keje semalam terus pecut ke Hospital Seremban
melawat sil yang bersalin kembar (dua2 lelaki)

sampai umah, si kakak dan si abam dah balik dari sekolah

SI ABAM
tengah membalut sesuatu dengan kertas balut hadiah
+ balut apa tu abam?
- hadiah untuk cikgu abam lah, esok hari guru
+ abam beli apa?
- tak beli apa2, abam bagi bekas cantik umie kat dapur
*bekas cantik? aku mana ada pinggan mangkuk lawa pun, muskil nih*
sekali aku mintak tengok, terkejut terus
rupanya dia balut doorgift bekas telur kenduri kawin

ni ler doofgift yang dibalut utk cikgunya
uwaaaaaaaaaaa, anak oi
nanges cikgu korang dapat bekas telur ni di Hari Guru

SI KAKAK
- kakak taknak bagi apa2 pun takpe
+ ye ke? macam tak percaya je kakak cakap camtu

Si Ayah boleh lah mengusik
'tu ambik set pisau dan pemanggang ajaib yang umie nak jual tu bagi cikgu'

aku jawab
'boleh je nak bagi, nanti cakap kat cikgu, hujung bulan bayar'
hahaha

hati Ibu, setakat mana lah sangat
aku takkan sampai hati tengok anak2 putih bila kengkawan bagi hadiah kat cikgu


masuk bilik, geledah kotak2 masa pindah rumah tu hari
jumpa 2 biji frame yang belum buka dari plastik
memang dapat free, tapi tak penah guna
bagi kat anak2 suh balut cantik2, lekatkan kad ucapan handmade
setel hadiah Hari Guru tahun 2014

~*~*~*~*~*~*~

ye, aku tahu cikgu2 diluar sana tak harapkan hadiah dari anak murid
cuma budak2 ni rasa teruja nak tunjuk sayang mereka pada cikgu
walaupun cuma sebatang pen, tetap jugak nak bagi

seingat aku, zaman aku sekolah rendah dulu
aku penah bagi cikgu kesayangan
hadiah kecil macam pen, tisu kotak, sabun, mug dan frame gambar

dah sekolah menengah, ujung2 nak habis sekolah tu
share duit satu kelas, beli hadiah yang ada harga sikit untuk cikgu kelas
@ tempah makanan jamu semua cikgu2 datang kelas

korang pulak, apa hadiah yang penah bagi kat cikgu kesayangan korang?
dah lupa? ye, paham
dah lama sangat tinggal zaman sekolah, hihi
# tak sampai hati nak cakap dah tua, hihi

(^_^)




7 comments:

  1. masa sekolah dulu, bdk lelaki biasanya tong-tong duit mintak bdk pompuan belikan hadiah utk cikgu. tak berapa reti pilih hadiah, apatah lagi nak bungkus membungkus hahaha

    ReplyDelete
  2. baca n3 irfa yg menyukakan hati sempena hari guru...di rumah ni ada juga guru yg bakal bawa balik hadiah drpd murid2nya...

    ReplyDelete
  3. pandai abam ngan kakak tak mau susahkan umi untuk belikan hadiah hari guru

    ReplyDelete
  4. Dulu hadiah paling senang bagi pada cikgu adalah tisu kotak. Hahahaa.

    ReplyDelete
  5. dulu arwah bapak kita cikgu, memang hari yang mengujakan untuk anak2 beliau sebab nnt berguni2 hadiah dia bawak balik, arwah sangat garang tapi paling femes jugak di hari guru hihihi. now my adik menurun jejak jadi cikgu. motif citer kat sini? sajerrrrr :p

    ReplyDelete
  6. So, abam bg apa utk hadiah hari guru?

    ReplyDelete
  7. Masa zaman akak dulu, tak ada kot anak2 murid bagi hadiah pada cikgu. Tapi akak pernah merasa jadi guru sekolah rendah, so bawak balik hadiah sampai tak muat tangan dan beg.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)