Saturday, May 10, 2014

Bukan Hari Ibu Tapi Hari Umie

Boleh terima tak kalau sebut 'Hari Umie?'
Nanti Kalau Kata 'Hari Ibu' Ada Yang Kata Itu Bukan Budaya Kita

ni kisah 2 malam lepas, si abam masuk bilik aku 
dia tanya 
'umie suka tak benda yang letak kat tudung macam pin tu?'
aku jawab ala kadar sebab asyik ber wsap
* jangan ikut perangai ni, lain kali bila anak bercakap bagi perhatian*
kendian dia keluar layan tv

Malam selepas itu, dia masuk lagi bertanyakan salotape dan kertas balut hadiah
masa tu aku terfikir 
'budak ni nak buat apa? hari guru kot, dia nak bagi hadiah kat cikgu'
takkan darjah 3 dah ada gepren? 
emm

~*~*~*~*~*~
dan malam tadi persoalan terjawab
dia masuk bilik masa aku baru lepas menulis diary
*wajib tulis diary setiap hari, dan isi diary 90% ada kat blog nih 10% biarlah rahsia, hihi*
  
sambil golek2 atas tilam, dia tanya
'bila hari ibu?'
aku jawab 'hari-hari kan hari Ibu'
dia cam tak puas hati dengan jawapan aku, so aku jawab
'ahad kot'

dia kata
'ahad ke? lambatnya. Abam ada belikan hadiah utk hari ibu
umie ambik lah sekarang, lambat sangat nak tunggu ahad'

ayat last buat aku gelak
'keronsang tu harga rm1, abam beli ngan duit belanja abam tau'

dari abam
sekuntum bunga plastik dan sebiji keronsang kaler pepel
TQ ABAM

kita tak puashati sebab abam bagi umie bunga
dia pun tumpang bergambar sekaki  

dari kakak dan adik
# sekeping handmade card 



anak2
TQ SAYANG

(^_^)



7 comments:

  1. berbunga-bunga hati menerima tanda sayang drpd anak2 kan...selamat hari ummie.

    ReplyDelete
  2. haha so cute lah mereka berdua ni, abam abam hik
    Selamat hari ibu :-)A

    ReplyDelete
  3. Kembang je hati dapat ingatan dari anak-anak kan Irfa.... tanda kasih sayang dari mereka...

    ReplyDelete
  4. sob..sob..sob...Selamat Hari Umie.
    hmmm..Hari Makcek takde ke?? hihihi

    ReplyDelete
  5. huk alooooh la.... sweet sesangat. for me tak salah kot wiosh wish hari ibu, at least budak2 excited nak buat something, and dorang dapat 1 full day to have a thought on their mother kan, better than takder langsung, walau kononnyer hari hari adlah hari ibu. hihi

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak dapat hadiah jugak.
    tunggu hari bapa ngan hari guru je la..huhu

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)