Monday, May 19, 2014

Dua Hari Yang Super Bizi

Penatnya, macam nak cuti lagi seminggu. Sabtu Ahad adalah hari yang ditunggu bagi golongan ibu bekerja macam aku. Dah terbayang nak bangun lambat sikit, nak kemas umah yang 5 hari kemas ala kadar. Tapi bila Sabtu Ahad, ada xtvt luar .. semua yang dirancang tinggal angan2 je.

Sabtu, awal pagi dah kerah anak2 masuk keta, sebab en Abe ada kursus kat KL. Aku pun ada hal nak diuruskan (ada customer nak borong set pisau). Memandangkan kedai lom bukak lagi, so en Abe terus ke kursus. Aku dan anak2 join mil dan fil sarapan kat Bandar Tun Razak. Wah! meriah sungguh sarapan kat situ (sori lor, sekeping gambar pun tarak, sibuk sangat makan, huhu). Aku makan nasi dagang, anak2 pilih roti canai Melayu (ada beza roti canai melayu dan roti canai mamak, roti canai melayu lebih lembut).

Setel bekfes, aku dan adik ipar ke tempat borong pisau. Hujan selebat2nya, aku redah je sampai air masuk dalam kasut pun aku biarin aje. Setel pilih barang (set pisau), aku mintak kedai packing elok2 kotak tu, terus pecut ke PosLaju Lrt Bandar Tasek Selatan untuk pos pada customer, mahalnya kos PosLaju. Kotak tu beratnya 21kg = RM120. Tapi customer pilih PosLaju, lagipun aku memang puas hati dengan khidmat PosLaju setakat ini, biar bayar mahal sikit asalkan barang selamat sampai depan pintu.

Balik umah mil, terbongkang penat. Penat tapi berbaloi (^_^). Malam tu tido Cheras kami anak beranak.

Semalam (AHAD)

Bangun pagi sarapan dah ready, huhu. Baik punya menantu. Tapi nak kover malu, tolong mil masak untuk lunch. Tolong cuci sayur, tolong blender cili/bawang je, tapi yang masak mil jugaklah, haha. Yang pasti lunch semalam terbaik, mil tunaikan permintaan cucu's nya. I tumpang satu pinggan, hihi

Petangnya balik Nilai, sebelum balik tu singgah tengok kembar (sekarang bila tengok kembar, aku dah rasa macam nak berbaby, huhu, jangan nak ngada2 ye).

nama dah dicadangkan, tapi belum di daftar lagi
Balik dari tengok kembar, ambik stok Inner Magic Corak Paisey (sini). Stok tak dapat banyak sebab ramai yang dah booking awal.

Sampai umah dah kul 7.00 malam, adui ... rasa macam tak cuti je. Peribahasa mengatakan 'Empuk2 bantal orang, empuk lagi bantal kita', ada ke?

Okey, daa

#sekianentritakdemotif

7 comments:

  1. alahai, cutenyer si kembar. mommy dia ok tak afer c-sec?
    kak irfa dok nilai ek? wahhhhhh dekat jer ngn kiter..
    set pisau tuh? cantekkkkkk, mamis sgt tau...

    ReplyDelete
  2. bestnya ada baby kembar~!! tambah la satu.. cukupkan 2 pasang.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  3. comelnya anak2 sedara irfa...

    ReplyDelete
  4. kembar ke? best kan kalau dapat kembar... nak jaga siang malam pun best.. hehehehe..

    ReplyDelete
  5. bukan setakat ibu berkerjaya u ni, juga usahawan lagi. mau tak sibuk. huhuhu kembar nyenyak jer tidur, acu seru member demo dalam perut ni kembar oi...bila nak kuar nya.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)