Thursday, May 29, 2014

Teruja Masak-Masak Guna Pemanggang Happy Call

Psttt .....
meh dekat sikit nak bisik 
Sebenarnya malu nak share bab masak-masak ni
maklumlah, aku ni bukan pakar sangat main periuk kuali ni
masak untuk tekak sendiri boleh la
masak untuk ramai, terus lupa nak letak garam bape sudu, huhu

tapi, nak share jugak main masak-masak guna Pemanggang Happy Call ni
walaupun dah lama beli, tapi baru sekarang nak guna
sibuk sangat katanya
gambar adalah hak milik sendiri
# walaupun kualiti gambar adalah hampagas, huhu

Kali pertama merasmikan pemanggang tu dengan kambing panggang
# beli yang dah siap marinate kat Jusco, terus campak je

Daging masak sempurna, dapur tak kotor dengan percikan minyak 
i like


Yang ke 2
goreng telur dadar bersayur
# renjis sikit je minyak kat pan
walaupun less oil tapi cantik je telur dadar tu masak


Yang ke 3
percubaan membakar kek pisang
#resepi kek pisang pulak senang amat, guna blender je 


masak guna api paling kecik


bawah tu terhitam sikit, sebab lupa kecikkan api masa mula2 masak
takpe, kita potong yang hitam, atas masih boleh makan ye anak-anak
tak baik membazir, amalan syaiton tuh

okey, tu je nak citer 
(^_^)

# tak sabar nak masak kek oren cuti hujung minggu ni
# masak ikut mood, kalau mood takde, apapuntakboleh 


9 comments:

  1. saya pun ada beli pemanggang ni. Suka guna tp yg tk syoknya selepas basuh,nk menunggunya kering, terkangkang byk guna ruang. Dah le dapur kita kecik.hehehe

    ReplyDelete
  2. Hari2 masak kalau mood dah mari ni kan dik..resepi banyak je tu

    ReplyDelete
  3. banyak benda boleh buat dgn pemanggang ni rupanya. Kc panggang daging je dik.

    ReplyDelete
  4. Wahh kak irfa rajin nyer masak. Pemanggang pelbagai guna ni mcm2 leh masak teringin nk beli 1 berapa harga nyer kak

    ReplyDelete
  5. BANYAK KEMUDAHANNYA TU...RAJIN2LAH MASAK YA..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi try untuk buat kek..maybe sebab dah kerap guna untuk ikan dan ayam, takut berbau walaupun dah basuh.insecure sungguh..hehe

    ReplyDelete
  7. Paling suka yg kambing tu, tuan tanah mestilah kena ada satu baru buleh buat demo...heheh

    ReplyDelete
  8. sis, saya ada beli happy call pan ni dari lazada. kalau masak guna side grill tu..everything ok. air stim keluar dari tempat yg sepatutnya dan tak meleleh keluar dari pan.

    tapi, kalau guna side yg halus je tu..tutup, then bukan..wap stim akan meleleh keluar dari pan. which is little bit messy.

    sis ada hadapi masalah yg sama ke? takut jugak kot2 pan saya tu tiruan.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)