Thursday, June 5, 2014

Maleficent, Dia Baik Sebenarnya

Malam tadi, aku dan anak2 'di taja' oleh CV tengok wayang
sian anak2 cuti 3 minggu ni takde plan kemana2
CV dah booking online untuk tengok filem yang jadi sebutan anak-anak sekarang
Maleficent

Jom lah anak2

gigih dia nak wat rambut macam Maleficent
siap suruh kakak tanggalkan getah rambut, hihi




GAMBAR DARI SINI
Secara ringkasnya:

Maleficent ni asalnya adalah pari-pari bersayap yang baik hati
tapi telah dikhianati oleh 'kawan tapi mesra' yang di kenali dari kecil (seorang manusia)
iaitu Stefan yang tamak dan bercita2 menjadi Raja
Syarat untuk menjadi Raja ialah, dapat membunuh Maleficent

Stefan telah menghianati Maleficent dengan memotong sayap Maleficent tanpa sedar.
Oleh kerana itu, Maleficent telah kehilangan sayap kesayangan
Lalu bersumpah akan membalas dengan pada Stefan.
Si Stefan berkahwin dengan anak raja dan menjadi Raja

Sewaktu Puteri Aurora dilahirkan
Maleficent datang melawat dan bersumpah, Puteri Aurora akan tercucuk jarum mesin tenun
selepas itu dia tertidur selamanya sehingga cinta sejati datang dan menghapuskan sumpah tersebut. 
Sumpahan itu menjadi mimpi ngeri bagi hidup Stefan
Kerana takut, Stefan menyuruh 3 pari2 kecil menjaga anaknya nun di rumah kecil di dalam hutan sehingga umurnya 16 tahun

Maleficent sentiasa memerhatikan si kecil Aurora dari kecil hingga menjadi seorang gadis
Dia memanggil Puteri Aurora sebagai 'si hodoh'


King Stefan, jahat sangat kamu ni tau

Puteri Aurora setelah menjadi gadis 16 tahun


Puteri Aurora tercucuk jarum mesin tenun

3 Pari-Pari kecil yang menjaga Puteri Aurora dari kecil hingga 16tahun
karenah lucu diorang buat satu panggung gelak


Diaval, 'pembantu bersayap' yang sentiasa menjadi mata-mata kepada Maleficent
dia seekor burung gagak yang diselamatkan oleh Maleficent
dengan kuasa yang ada, Maleficent boleh menukarkan dia menjadi apa sahaja mengikut keperluan
kejap jadi anjing, kejap jadi naga, hihi 


nak tahu endingnya kenalah gi tengok sendiri ye
konfem tak nyesal sebab gambarnya cantik sangat
dari minit pertama sampai minit akhir semua terpaku kat skrin
tak rugi, bukan anak2 je suka
mak ayah pun boleh layan sama

sekian 

17 comments:

  1. Dah tengok! :)

    suka dgn kata2 akhir Maleficent - there're no heroes in this film. Err.. agaknya lelaki baik dah pupus kot kat dunia ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM..
      mmg lain dr citer lain, takde sgt kisah cinta lelaki dan pompuan
      dia lebih kpd perasaan cinta sesama manusia
      ada sikit adegan cium, sikenit dah jerit dlm panggung 'tutup mata' huhu

      Delete
  2. bapak2 kalau nengok ok tak agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZIELA..
      bapak2 ok kot, dpt tengok Angelina Jolie yang lawa tu
      haha

      Delete
  3. Wah...baca sinopsis pun dah rasa teruja...jap..nk tgk tiket berapa harganya..mau beli online
    Baik nya auntie CV belanja naka2 buah dia..semoga murah rezeki lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      kan? sinopsis ikut suka katanya
      cv mmg maksedara kesayangan anak2 akak ;)
      tak datang seminggu, dah ada yang tanya 'nape mcek tak datang, kan hari ni cuti'

      Delete
  4. Saya tengah tunggu 'boyfriend' balik dari oversea nak pergi tengok filem ni Irfa.

    ReplyDelete
  5. Nora bagi 10 bintang untuk filem Maleficient nih....hahhaa

    ReplyDelete
  6. best kan cite nih...kelakar ada..sedih pun ada.

    ReplyDelete
  7. masa saya nakgi tgk cerita X Men last week, Maleficent ni belum keluar lagi...
    kena la menapak ke wayang lagi...hahahaha

    ReplyDelete
  8. Cerita macam ini sesuai untuk budak2 dan orang muda. Kak Zai dah terlajak hehehe...

    Comel2 anak irfa.

    ReplyDelete
  9. u cn be a gd story teller Irfa..

    ReplyDelete
  10. Tuan tanah memang pencerita yang best, sebab saya juga terpaku untuk scroll sampai habis entry. Teruja rasa nak bawak anak jalan2 ke panggung juga ni.

    ReplyDelete
  11. Cuti srk tk blk kg ke? Ehh... dah keluar tajuk.

    ReplyDelete
  12. done follow :) mind follow bacK??

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)