Monday, June 30, 2014

Pengalaman Pertama Kali Berniaga Di Bazaar

Salam Ramadhan ke 3
sihat ke?
dah plan ke berbuka nanti nak masak/makan apa?
aku ingat nak masak Nasi Mandy Al Bayt petang ni
# nanti kena singgah kedai beli tomato dan daun ketumbar untuk sambal tomato tu

~*~*~*~*~*~

Okey, seperti yang di janjikan minggu lepas. Ini sambungan entri ini KLIK UNTUK SINI. Terharu sangat bila ada kengkawan blogger yang wsap dan bertanya macam mana pengalaman aku pertama kali join niaga di bazaar minggu lepas. Tak sangka ada yang prihatin. Meh aku jawab kat blog, jadi semua orang boleh baca. Apa yang aku tulis ni adalah pengalaman aku sendiri, kalau ada yang tak setuju, aku hormati pendapat masing-masing. Diharap jangan ada yang sentaps, hokey? Sebab ini adalah kisah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka, gitu.


Aku bukan tak biasa jual secara offline, tapi setakat bukak beg bawak meja pastu kengkawan datang dan pilih apa yang berkenan. So far tak penah lagi aku bukak booth. Jadi pengalaman bukak meja dan berniaga secara langsung memang takde. Bila ada member ajak join booth dia, aku tak cakap banyak terus setuju, setelah deal beberapa perkara.

Tibalah hari kejadian ...

Pagi Sabtu, dengan semangat berkobar kami bertolak dari rumah jam 7.30 pagi, bajet 1 jam kendian sampailah di tempat kejadian. Tapi kita hanya merancang, 3 jam sesat ntah kemana, siap kuar masuk tol sedekah free je kat tol tu. 3 jam hokey, bukan 30 minit. Semangat aku yang 100% dah jadi 90%. Dipendekkan citer, kul 10 lebih barulah kami nampak pintu gerbang Maeps Serdang, emm pendapat aku, giler tersorok tempat ni. Sesapa yang datang sini memang bersungguh nampaknya. Pstt, sebenarnya tak jauh pun kalau kami tak sesat, masa nak balik ke rumah, 1/2 jam dah sampai. huhu 

Dapat parking tak jauh dari tangga tapi kena menapak heret beg berat bukan semudah yang disangka.     

rasa macam nak tanggal kepala lulut bila kena heret beg mendaki bukit nih
masa tu semangat aku dah menjunam dari 90% sebab sesat tadi
kini jadi 75%

Bila masuk dalam dewam, tu diaaaaaaaaaaaaaa. Ramainya orang, booth memasing giler gempak. Rasa dah tak berapa yakin, dengan sisa2 semangat yang ada, aku cari gerai RH12. Dah jumpa, member yang punya tapak dah sampai, tengok booth tu takdelah tepi sangat, kira oklah sebab tempat lalu lalang. Tengok booth orang lain yang deco ala-ala Eric Leong, aku rasa pening tiba2. Tengok pulak meja kecik yang diorang sediakan, aku tak tahu mana nak letak barang aku. Lama aku bertafakur, apa patut aku buat.

Letaklah mana yang sempat, tarik napas dan mulakan. Sebenarnya aku tak berharap pun jualan laku terlajak laris kat sini, sebabnya aku sedar diri yang mereka2 yg buka booth hari itu dah ada nama besar. Ada jugak artis buka booth, beli barang dapat bergambar ngan artis, tapi aku? dapat jual satu dua barang pun dah cukup bagus. Masih ada jugak rezki aku di antara mereka2 yang ada nama tu.

Tapi, banyak benda aku belajar kat sini:

1- belajar macam mana untuk deco booth supaya orang pandang 2x dan seterusnya membuat dia rasa nak singgah (cara susun barang supaya tempat kecik nampak luas dan tak berserabut).

2- belajar berkomunikasi dengan pelanggan secara offline, senyum ikhlas adalah penting. Jangan senyum plastik, hihi.

3- belajar membina networking, kenal jiran sebelah2 booth dan mana tahu boleh JV bisnes pada masa akan datang. (aku dapat jadi dropship untuk 2 produk, skirt labuh dan instant halfmoon shawl).

Ada citer menarik, hari ke 2 aku tak bukak booth tapi datang nak return barang kat supplier. Sesambil tu bawak adik2 nak tengok artis katanya. Layan kan je. Dan tanpa di disangka, masa melepak tengok emcee kat pentas, aku jawab satu soklan mudah dan dapat hadiah makan bersama Hafiz Hamidun (yang ada album Zikir Terapi tu). Orang lain sibuk menemuramah dia, tapi aku asyik menyuap. Lapar wei, makan jelah.

Apa? Gambar bukti? sori takde gambar, sebab yang tukang ambik gambar tu tak pandai ambik gambar, dalam gambar tu aku nampak size xxl, mana boleh tunjuk kat blog (sila salahkan si tukang ambik gambar, haha).

Serik? tipu kalau kata tak serik bila hari pertama tu aku tak buat sale banyak pun. Serik heret beg berat tu memang serik jugak. Tapi semua itu pengalaman. Tak cuba, tak tahu.

Dan, kerana tak serik .. aku join bazaar kali ke2. Tapi kali ni berskala kecil. Bazaar Pra Ramadhan di tempat aku bekerja, tapi bukan kat opis aku. Bazaar dibuat di bangunan lain. Aku share ngan senior dengan sewa tapak rm30.


Kali ni aku sedikit berkeyakinan berbanding masa di Serdang. Aku dapat deco booth aku sendiri dan Alhamdulillah, dapat juga menjual wpun bukan habis semua. Tapi dapat cover sewa tapak dan sedikit untung atas penat lelah berdiri dari jam 10-6 petang.

Okey, itu je nak share ngan korang. Maaf tak dapat kongsi gambar, sebab handphone memory low, aku terpaksa delete banyak gambar dari hp, huhu.




12 comments:

  1. cuba lagi.lama lama boleh berjaya..bermula dari bawah orang kata...In syaa Allah

    ReplyDelete
  2. Kena rajin Ifa.. cuba pelan2 insyaAllah berjaya nanti tu kan :)

    ReplyDelete
  3. takpe kali pertama kan..moga lebih sukses lepas ni Irfa

    ReplyDelete
  4. Jangan putus asa irfa... tu cabaran tu!

    ReplyDelete
  5. teringn jgk nk bukak booth..
    sejak mula berniga dulu..selalu dpt ofer.. tp tulah kita kerjakan..tak smpt nk prepare. weekend bnyk nya kerja nk buat..
    bgus utk networking kalu joint ni.

    ReplyDelete
  6. tahniah... atas usaha. bukan calang2 tau, takperla tak dapat jual banyak pum, yang penting pengalaman tu pengajaran yang tak terbeli (apa aku melalut posa2 ni) ah u paham2 jer la maksud I kan. hehehe

    ReplyDelete
  7. Pengalaman mahal. Jadikan pemangkin semangat.

    ReplyDelete
  8. yg susah nk mulakan lngkah irfa..bila dh mula langkah bisnis laju jer jlnnya gdluck..

    ReplyDelete
  9. Nak berjaya bukan senang, gagal bangun bagal bagun berkali2. Pengalaman akan jadi guru yg baik buat kita.

    ReplyDelete
  10. Go ho irfa.. dah ada pengalaman tu

    ReplyDelete
  11. dewan maeps..dari nilai exit tol kajang je..ada ape kt situ yee..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)