Wednesday, July 2, 2014

Kakak Berjualan di Hari Koperasi Sekolah

Happy Wednesday u olls

okey, nak sambung cerita minggu lepas
Masih ingat entri INI ?
# tak ingat takpe, aku tetap nak citer jugak sebagai kenang-kenangan di blog kesayangan ni 


Bagi menunaikan hajat kakak nak berniaga di Hari Koperasi Sekolah. Aku order Bubblerice Chocolate dan Red Velvet Cake dengan jiran. Pastu ada kawan sekolah poskan hasil krafrangannya iaitu Bookmark dan benda yang gantung kat henpon (lupa dah nama apa). 

Tapi malam sebelum kejadian, jiran wsap bagitau yang dia masih dikampung, ada kematian ahli keluarga, berkemungkinan tak sempat nak buat Red Velvett Cake. Tapi dia cuba buat Bubblerice Chocolate tu je, emm takpelah .. benda kita tak rancang. Teruskan jelah dengan apa yang ada.

Tiba lah hari yang ditunggu, kakak dan kawan yang share tapak sangat excited nak berniaga (kawan kakak tu ialah anak kawan aku).

kami yang paling awal sampai untuk setting meja 



taraaa, dah siap
kakak jual bubblerice coklat, bookmark dan yang gantung kat hp tu
kawannya jual pencuci muka Himalaya dan Pastri Sosej

Jemput singgah ke meja jualan budak Form1




ni anak member yang jual, import direct dari negara asal produk Himalaya
yang pasti 100ml, lagi murah dari yang di jual di kedai biasa
Lepas dah siap tolong setting meja diorang, kami ke opis dan serahkan pada mereka berdua menguruskan meja jualan.

Balik petang tu, kakak tak sabar nak citer. Dia bawak balik cash RM110, lepas tolak sewa tapak dan kos barang, dapat lah untung sikit upah penat berdiri.

Ada jugak kes panas telinga bila ada senior yang ejek2 diorang sebab jual barang murah camtu, tapi katanya 'kakak buat tak dengar je walaupun kakak rasa nak marah' sian anak umie. Budak2 biasalah tu, aku dulu pun zaman sekolah banyak jugak perangai pelik, hihi.

Ingatkan dia dah serik berniaga, tapi tidak, Siap bagi proposal untuk tahun depan. Katanya 'tahun depan kita jual air dan buah yang letak asam tu, nanti kita beli buah dan potong, kita buat sendiri je, nanti semua duit kita dapat'. Hahaha, boleh tahan dia punya perancangan. Ye lah kakak, kalau itu buat kakak happy, umie ikut je janji bukan perkara tak elok.

Mana tahu nanti tercapai cita2 kakak nak jadi doktor gigi yang ada kedai cupcake. Tak salah berangan dari sekarang kan?


13 comments:

Sal Bee Yah said...

cayalah kakak..teruskan cita-cita murni tu! ;p

HeNRieTTa JoSe said...

cantik keychain tu....pndai kakak berjual...

Kakzakie said...

Itu dia darah umie dah mengalir dlm diri. Pandai berniaga!
Kakak suka tengok anak-anak yg macam ini..

Acik Erna said...

murah2 pun laku kan kakak..budak yang ngata kaka tu dengki yang beno nya tu kakak

mama ka0ri said...

semangat betul anak awak...bagus2!!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kreatif mereka kan.. semangat nak jadi usahawan tu :)

Daddy Ziyyad said...

Mmg sedih sebenarnya tgk dia di ejek macam tu..
Perangai Melayu hasad dengki, especially dalam bab berniaga, terserlah sejak usia muda remaja lagi...alahai

Rai Ourkizuna said...

kecik kecik dah ada potensi.. bagus la..

ala bebudak perangai mmg gitu.. akai tak panjang lagi..

yg letak kat hp tu namanya handphone strap kot.. hehe..

Shamsiah Abdul Rahman said...

W'pun Cik Sham dah LIKE dah "sana".. kat sini pun Cik Sham nak LIKE jugak..
Errrr.. mana button LIKE?? Nak LIKEEEEEE byk kali nih..

uncle gedek said...

Asik tunjuk 'peace' je...?

hehe

IndaMarya said...

bagus2.semangat .km salam kakak and say auntie tabik sekali.go girl.

Rumah Kuning said...

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kakak pun berniaga jugak.
Makcik doakan semoga cita2 kakak nak jadi doktor yang ada kedai cupcake tercapai.

Zaitun said...

Alhamdulillah kecik2 dah ada perancangan. Insha Allah pasti berjaya.jangan pedulikan cakap2 orang.