Friday, August 15, 2014

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan?

SALAM JUMAAT untuk semua

okey, ni pun citer minggu lepas
korang nampak tak?
betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya
banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu

minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah
macam2 barang ada
sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal
lagi murah, lagi bagus
tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah
hahaha

semua pakat berebut beli
antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni
tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat
kengkawan yang beli kata
'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni'

so aku beli lah 5 set
nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi
tungguuuuu

yang ni antara yang masih berkilat sikit
ada 1 set tu takde sapa nak ambik
ko tolak kat aku, aku tolak kat ko
last2 aku je lah yang ambik  

aku ambik sebab nak try cuci cara bajet
kalau tak menjadi pun takdelah ralat sangat sebab murah je
aku google kat internet cara mudah cuci barangan perak
ada satu blog tu kata, rebus dengan air garam dan kacau sampai berkilat
dan ada sorang pengomen share, dia cuci guna ubat gigi je

balik umah aku try cara pertama
agaknya lama sangat kacau dalam periuk dengan air garam
ada batu yang tanggal, huhu

dan ini hasil cara pertama
rebus dengan air garam

nampak tak ada batu yang tercabut, agaknya kacau kuat sangat
sayang tau, cari balik dah tak jumpa

dan ini hasil cara yang kedua
berus dengan ubat gigi



berkilat kan?
#sila angguk laju2, tanda setuju

dan hasilnya ialah
3 SET aku jual dengan harga sangat berbaloi
# masa tu nyesal lak aku tak borong banyak, ramai rupanya yang berminat
1 SET bagi adik aku (sistem barter katanya)
1 SET untuk diri sendiri

belum mampu beli Pandora, yang ni pun jadilah ye

tapi cam biasa lah, orang cam aku yang tak pandai pakai perhiasan ni
asiklah lupa nak pakai
mau tidak, kuar gi keje asik kelam kabut je, lupa semua benda, huhu
penting bagi aku ialah beg duit, pas pekerja dan handphone
jam pun dah lama tak pakai

so korang yang ada perhiasan silver yang dah kusam dan kurang berseri
boleh cuba cara diatas
kalau malas, beli jelah cecair pencuci silver tu
tak mahal kot


okey, daaaaaa
selamat ber 'open house' di hari minggu ye

(^_^)


10 comments:

  1. aku pun jenis tak pandai pakai barang kemas..cincin kahwin pun tak pakai.. jam tangan jauh sekali.. haha

    ReplyDelete
  2. Okey! uncle angguk laju2 sekarang

    ReplyDelete
  3. Sy x pndai pkai brang mcm ni...pkai brang kemas pun kjap2 aje..hik3...

    ReplyDelete
  4. yeay, entry ni sy tak ketinggalan sbb dah fren dlm fb... kuikuikui

    ReplyDelete
  5. wah mmg cair otak bisnis irfa...kan.

    ReplyDelete
  6. cantik la, tapi i tak boleh pakai murah2 ni (macam taik jer kan ayat) hahahaha. no seriously I tak reti pakai aksesori.

    ReplyDelete
  7. beli kat mana? mcm cntik je.tk kira la murah pun kalau cntik msti nk beli kan?

    ReplyDelete
  8. Kak zai cuci barang kemas pun dengan ubat gigi.

    ReplyDelete
  9. Tak pe akk jual silver
    Follow instgram @glamourmie

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)