Tuesday, August 12, 2014

Raya Kami: Kedai RM2, Ziarah Pusara, Lawat Pakcik Makcik

HAI KORANG... Sihat ke?

Last aku apdet blog 5 Ogos, makanya dah 7 hari*seminggu* tak apdet blog.
Kejadian yang jarang berlaku nih?#sampai ada yg wsap tanya nape tak apdet blog? 
Selalu hari2 apdet, walaupun entri langsung tak berilmiah, huhu
Ada yang rindu ke? kikiki

Sebenarnya aku sangat M.A.L.A.S, ye itulah alasan sebenar
#hari2 nak apdet, taip satu perenggan .. stop, kering idea
S.I.B.U.K tu salah satu alasannya.

Emm, nak sambung citer raya lagi ke? cam dah basi tahap nak masuk tong sampah dah ni. Tapi kang tak tulis nampak cam tergantung lak citer raya kami tu.Sambung sikit jelah ye*jap ye, nak perah otak untuk ingat balik, huhu*

Aku duk kampung dari Ahad (sehari sebelum raya sampai Sabtu, raya ke6), so memang banyaklah benda yang aku buat dan juga benda yang aku makan, huhu.

Antara perkara yang aku buat ialah:

MEMBELI BELAH DI KEDAI RM2

Senang citer, kalau balik kampung je rasa semua barang sangatlah murah. Spentot anak2 pun beli borong kat pekan dikampung sebab rasa macam murah sangat. Balik kampung raya tu, ada pasaraya RM2 baru bukak, apalagi... penuhlah semua pakat memborong kat situ. Padahal kat sini pun ada kedai RM2, tapi tak pegi.

Balik kampung je rasa cam best beli barang kat kedai RM2. Segala mak nenek hanger, timba semua nak borong situ, macamlah ko balik kampung naik lori 1 tan, huhu. Anak2 pun enjoy sakan sebab umi layan je beli barang menan RM2, diorang pun pelik sebab selalunya mesti umie akan kata 'tak payah, mahal' bila tangan kecil capai barang menan made in china, yang konsepnya sekali pakai jahanam masuk tong sampah. Grrrrrrrrrrr
sopim menan pakai duit raya diorang
rm10 dapat 5 jenis barang
sekali setahun umie layan, haha 
ZIARAH PUSARA YANG TERSAYANG

Bagi aku, doa tak kira dimana2 tapi bila time raya nak jugak ziarah pusara mereka yang disayangi. Itu rumah mereka sekarang, kita pun akan menyusul cuma tarikh dan bagaimana kita pergi, itu rahsia Allah. Ada 2 pusara yang sangat terkesan dalam hidup aku (arwah tok (belah mak) dan Poksu (adik mak). Lagipun pusara diorang dekat2, nak ziarah boleh pegi sekali harung. Ajak anak2 sekali, nanti harap diorang tak lupa ziarah dan sedekahkan AlFatihah buat umie bila dah takde nanti #eh!sedih lak rasa bila membayangkan saat itu

LAWAT PAKCIK DAN MAKCIK

lepas ziarah pusara, lawat pakcik makcik pulak, sambil menghabiskan belen kuih raya diorang. Masa ni lah nak kenal sedara mara, balik kampung setahun sekali. Dah balik ke umah sendiri, buat hal sendiri. Pegi keje, balik keje jelah.

bila balik kampung sekali sekala ni, telinga kasi tebal sikit. Ayat biasa dengar 'eh, sihat sangat sekarang ye' (dalam bahasa mudahnya 'gemuknya ko sekarang'). Emm, kenyataan .. terima jelah

Lagi apa ye?

Okey apa yang aku makan.

Macam2 aku makan. Raya kali ni serentak dengan musim buah. Apalagi, besen rambutan dan manggis memang antara juadah raya. Durian pun ada, makan lah sampai puas. Ayah pulak kutip petai dari kebun, mak buat sambal petai ngadap itu dari pagi sampai malam. Petai semata2, bukan ada ikan bilis pun. Kat sini nak beli petai pikir 16kali, seikat 3 keping RM5. mahal kot bagi aku sebab ayah jual 5 keping=RM2, hihi.

Aku dan anak2 balik sini hari Sabtu, tumpang cousin yang keje nurse kat Serdang tu. Gerak jam 10.30 pagi, syok je membuta kat belakang sebab diorang 2 beradik gilir drive. Selamat sampai umah Mil (Cheras) jam 4.30 petang. Alhamdulillah, 6 jam perjalanan tanpa jem, tanpa singgah toilet pun. Ahaks

Okey, tu je cite raya kami...

16 comments:

  1. M.A.L.A.S, & S.I.B.U.K.... siap huruf besar tu! haha

    ReplyDelete
  2. As-salam irfa..

    eh.. samalah pulak kita.. kat kampung sibuk memenuhkan kedai rm2 tu.. klu kat sini selalu x berkesempatan he..he...

    ReplyDelete
  3. kedai rm2....dah lamer xpergi kedai cmne...tahun nie xziarah kubur...

    ReplyDelete
  4. Wah..caya la perjalanan balik 6 jam jer tanpa singgah toilet...tabekkk hehehe

    ReplyDelete
  5. Kita pon rajin ke kdi rm 2..selalunya beli mainan ngan alat tulis anak dara yg darjah satu kerap hilang...jd bila hilang pon x stresd sgt sbb murah...hahaha

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat balik berhariraya di kampung - sesuatu yang mungkin tak akan berulang dalam hidup kakcik... :(

    ReplyDelete
  7. nasib baik ada fb..kot tak akak pun tanya gak mana pegi hi hi

    ReplyDelete
  8. sesekali balik kampung xterkata seronoknya..kan irfa.

    ReplyDelete
  9. Perjalanan balik kalau tak jem duduk pulak macam mem memang bestlah tahu-tahu sampai rumah aje..

    ReplyDelete
  10. Sesetengah benda di kedai RM2 atau RM5 ni, sebenarnya nilainya tak sampai pun RM2 / RM5...mmg kena bijak memilih...:)

    ReplyDelete
  11. I semapt merasa kedai rm2 masa balik kampung ritu, berpianar bijik mata rasa cam nak ambik semua, last2 ambik dua barang jer. rambang mata wei.

    kan... ziarah pusara ni effect dia lain sikit, buat rasa insap sangat sangat, walau sekejap huhuhu.

    ReplyDelete
  12. entry ringkasan gila!! tanak kawan!! mana gambar makanan???

    ReplyDelete
  13. Seronok pergi beli barang kedai RM2. Macam-macam boleh beli.

    ReplyDelete
  14. Irfa...kita SERUPA, alasan SIBUK & MALAS

    ReplyDelete
  15. bagus Irfa..ambil langkah berjimat. duit lebihan boleh menabung untuk masa depan.

    ReplyDelete
  16. haaaaaaaaaa... akak tuari pun giler menyopping kat kedia RM2. Betul2 depan umah MIL. Brg yg 5 5 hinggit kat DIY tu sume RM5. Ni dah gian nak balik kampung lagik, nak pegi kedai RM2, hihihihi.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)