Skip to main content

Raya Kami: Plan Bertukar Di Saat Akhir

Okey, jom kita berstori-mori pasal raya. Memandangkan aku dah tak tulis diary lagi (setiap tahun aku menulis diary berbentuk buku, setakat ni dah ada 14 buah diary sejak kahwin), ntahlah .. takde mood nak tulis, dekat sebulan diary kosong tak tulis apa2, jenuh perah otak nak ingat balik apa xtvt yang lepas, so aku ambil keputusan untuk stop tulis diary, tapi dah jadi rutin untuk catat apa yg aku buat setiap hari, maka aku akan tulis peristiwa penting di blog kesayangan hamba ini...

Raya kali ini, aku dah bincang ngan en abe nak raya bersama Mil di Cheras. Sebab 2 tahun berturut raya kat kampung aku masa kakak duduk di kampung. Tapi pengasuh bercuti seminggu, jadi takkan nak lepak umah je seminggu, so tambah plan sikit untuk raya semua tempat (di Cheras & di Kelantan jugak) #tangan kanan belek wallet, tangan kiri korek tabung ayam, sambil otak ligat kira bajet, huhu

25 July (Jumaat)
lastday keje, balik umah kemas apa yang patut, tunggu anak2 balik sekolah, terus gerak balik Cheras. Patutnya petang Sabtu, aku dan anak2 ikut mil n fil balik kampung fil di Lenggong, Perak. Cik Abe kena keje di hari raya. Tapi perancangan bertukar, aku tak jadi balik sebabnya, raya ke3 nak balik Klate, mesti rush balik sini hari raya ke2. Macam ganggu raya orang pulak kena balik sini awal.

Bincang2 akhirnya aku dan anak2 tak jadi ikut balik Perak, lepas berbuka petang Sabtu, balik semula ke rumah kami.

Sebelum tu, sempat berbuka bersama mil n fil, aku merajinkan diri masak nasi arab Al Bayt (Mandy Kambing) buat kali pertama, Alhamdulillah mendapat pujian dari Fil #kembang hidung takleh nak kata apa dah, siap rekues mintak buat lagi bila balik beraya nanti, alamak! nebes i

sila abaikan kualiti gambar yang tak seberapa, tapi percayalah yang rasanya adalah THORBAEKKK
nak order silakan # sempat lagi promote tuh SINI 
26 July (Sabtu)
Pepagi subuh #subuh lah sangat, bangun pun dah jam 6.30 pagi, gara2 tido balik lepas sahur. Macam tak cukup oksigen aku melompat dari katil, kejut dan siapkan anak2 dan sepantas cahaya kami bertolak ke airport. Sib baik beg dah siap packing. Alhamdulillah, rezki kami anak beranak dapat jugak ambik first flight KUL-KBR jam 7.50 pagi.

dapat seat betul2 dekat dapur, hihi
# macam mimpi dapat flight sehari sebelum raya, agaknya ramai orang balik kampung naik keta kot

si perantau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman

dalam bas ontheway balik kampung

Pung pang pung pang, sampailah kami ke kampung halaman desa nan tercinta. Anak2 happy tercapai impian nak raya di kampung. Apa yang best kat kampung pun aku tak tahu, nak kata ada sungai ke, takde pun.

MALAM RAYA DI KAMPUNG

Ayah dan Ma boleh senyum sampai telinga bila tengok semua 6 orang anak diorang ada depan mata bersama 7 orang cucu dan 1 menantu (adik ipar), cuma en abe je tiada untuk melengkapkan korum kami malam tu.

menu berbuka last day
# pinjam gambar kat blog CikViva
Dapatlah sekali berbuka bersama family, 'mok' (nenek kesayangan) pun join majlis kecil kami. Anak2 seronok main bunga api (semestinya dipantau oleh umie yang garang, hahaha).

# gambar main bunga api takde, bahaya untuk tontonan awam, kikikiki

Jom nyanyi 'YE YE, ESOK HARI RAYA, DAM DAM DUM, BUNYI MERCUN lalalala (lupa lirik)'

~ bersambung part raya esoknya

Comments

Unknown said…
macam best je balik raya naik flight...confirm tak jammed kan..haha..
paridah said…
wah sukanya beraya di kampung ya..salam lebaran..
nur anis said…
best kan dapat balik kampung..:)
sweetie said…
Salam raya Irfa.... alaa... tahun ni orang ramai tak balik kampung tu pasal awak senang je dapat tiket flight... hahahha...(ayat jeles dengan orang yang ada kampung...)
Hanis Azla said…
As-salam Irfa..

Salam aidilfitri! plan bertukar macam ni mmg boleh buat senyum sampai ke telinga.. Alhamdulillah..
Wah rezeki balik raya tu Irfa ada jer flight kosong utk balik kg ye..
Acik Erna said…
Suka dapat beraya dikampung
dekdaa said…
Berapo hari kelik rayo tu?
Selamat hari rayo jugok deh? :D
LYAfrina said…
waaa.. ada 14 diari.. lya x pernah pon tulis diari. tp msa bercinta dulu ada la sekerat jln..hihi.baca semula malu..lps tu dh buang. skarang byk catat memori dlm blog ni..

salam aidilfitri irfa..maaf zahir n batin
Arena said…
Ketupat sotong ke tu? Nakkkkkkk....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')