Wednesday, September 24, 2014

Sebuah Pengorbanan

Salam Sejahtera and Happy Wednesday untuk semua

Pagi ni bertemu seseorang
Happy dapat jumpa dia yang kini bebas buat apa yang dia suka
mengembara ke bumi asing dengan semangat baru
Sis, TQ banyak2 ye. Sudi dating n bekfes sesama tadi
Selamat terbang ke UK
(bukan ulu kelang ye, hihi)

tajuk atas tu aku sebenarnya tak tahu nak letak apa
so letak jelah tajuk Sebuah Pengorbanan
sapa yang terkorban, di korban @ mengorban
i also dont know
yang pasti raya Haji nanti banyak lembu akan terkorban, hihi



sikecil berwajah baru start awal bulan September ni
tapi pakai untuk tengok tv je
main lompat2 bintang tak pakai pun
dahla letak merata, jenuh mencari bila nak pakai
dah pesan letak kat satu tempat pun, ada hari buat, ada hari dia letak je mana dia suka
tapi 'kite' still cute kan?
sapa nak puji selain omie dia kan?  

ini budak, setiap makan akan tanya
'esok umie cuti tak?'

Ada sesapa yang baca blog aku ni yang dulunya bekerja makan gaji
dan sekarang jadi suri rumah?
sila angkat keyboard

tolong share sikit bagaimana kisah bermula?
bagaimana nak mulakan hidup baru?
@
belum lagi jadi suri rumah tapi ada niat yang sama
boleh juga kongsi apa perancangan korang andaikata tidak lagi bekerja makan gaji


selamat mengomen

(^_-)



19 comments:

  1. Saya berhajat nak jadi surirumah suatu hari nanti. Perancangan nak kerja dari rumah. Boleh masak, kemas, ambil ank sekolah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kakak memang sah akan terus bekerja sehingga pencen. Dulu masa anak2 kecik ada terfikir macam itu bila asyik terpaksa tukar bibik tak sudah. Tapi bila anak dah besar sekarang macam tak mahu dah duduk rumah sendirian - boring kot.

    ReplyDelete
  3. alamak..mother's inspiration ituuuuu..terasa di hati..

    ReplyDelete
  4. Teringin gak nak jd surirumah tp rasanya smpai pencen gak kot keje...uhuhuhuh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Irfa, Insya Allah x lama lagi akan jadi surirumah sepenuh masa...lepas 21 tahun bekerja makan gaji rasanya lebih baik berehat dan buat bisnes (kecil-kecilan)sendiri. Nak spend time ngan anak-anak, nak gi travelling, nak bersenam...ehe..eh...macam2 ler :)

    ReplyDelete
  6. kerja di ofis sambil urus rumahtangga lbh sibuk tapi xlah boring sgt...kak dulu elok2 kerja ofis disuruh duk rumah..fedup sungguh.

    ReplyDelete
  7. akak dulu teringin nak jadik surirumah.. kalau nak tahu sedap tak sedap jadi surirumah, trylah ambil cuti tanpa gaji 3 bulan.. lepas tu boleh buat keputusan.. hihi

    ReplyDelete
  8. Hehehe... boleh dak komen gelak jer ?

    ReplyDelete
  9. Saya setahun dua je lagi nak pencen Irfa... pastu cadang nak duduk rumah... lepak-lepak dan bersenang-senang hati...dan 'terbang' ke sana kemari bagi burung... lalalla... Anak-anak pun grad tahun depan... skrg mereka paham kenapa dulu terpaksa di tinggalkan sendirian dan berdikari di rumah...

    ReplyDelete
  10. saya masih bekerja tetapi sekarang dah start buat part time business utk persediaan .. saya suka dok umah dan punyai pendapatan yang hampir atau lebih dari gaji saya sekarang.. why not kan if difikirkan.. kena ada perancangan kot for long terms...

    ReplyDelete
  11. nah keyboard terangkat tinggi ni, tapi I takleh nak share sangat sebab I dah tak kerja masa nak kawen tu. Btw.. skang ni kalau ada peluang, memang saya nak kerja.

    ReplyDelete
  12. Setuju saranan ambik cuti tanpa gaji sebulan dua....boleh buat simulasi...
    Kalau nak simulasikan akaun rumah, cuba ketepikan kesemua gaji bulanan selama 2-3 bulan ambil sedikit utk belanja tubuh dan petrol shj...

    ReplyDelete
  13. dua tahun lagi duduk rumah dah...
    nak rehat nak berjalan2.. itu pun kalau cukup duit la

    ReplyDelete
  14. Saya, hihi.. tapi impian je nal jadi surirumah.. realiti entah bila nak capai tu sebab fikirkan kewangan dan keseronokan yang ada. Kalau dah tak kerja, kurangla masa dengan kawan. Seronok masa ajar anak2 orang tu dah tak rasa lagi.. takit bosan tengok rumah 24jam pun ada juga terfikir. Kan asyik nak gaduh dengan suami je. Macan2 la fikir. Masa buka cuti dan masa kerja banyak je terasa nak jafi surirumah.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kak ifa! hehe kakak ke? saya tak pasti maafkan saya kalau tersilap, saya tiera umur 25 tak lama lagi nak masuk 26 dah err3...

    sebenarnya ada org tag saya LIEBSTER AWARD, entah apa benda saya tak faham. tapi cuba baca rupanya kena tag 11 blog lain dlm post kita. so saya google2 jumpa blog happy irfa ni hihi


    sb nama happy irfa sy klik. saya ni suka yang happy2 je, yg murung2 x mo kwn :p

    so kalau sudi happy irfa jawab 11 soalan yg saya tag happy irfa boleh? :)


    kat sini ye...hehe saya dah letak blog happyirfah kat entry saya. selamat berkenalan :)

    http://sweettyra.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Asalnya kak zai bekerja kemudian berhenti buat bisnes lepas tu jadi suri rumah sepenuh masa.

    Masaalah pembantu rumah dan anak sakit membuatkan kak zai duduk rumah.Mulanya boring tapi lama2 seronok sebab dapat jaga dan didik anak2 sendiri.

    ReplyDelete
  17. ifa..akak rase kalo ifa duk umah..pasti bisness pun on jgk..so tak boring..dan tentu ada income seniri..at the same time dpt menguruskan anak2 dan rumahtangga..

    ReplyDelete
  18. Setakat ni belum lagi boleh nak jadi surirumah sepenuh masa walau dalam hati memang nakkan cara macam tu..

    ReplyDelete
  19. Kak zar surirumah skrg dlm masa 2 tahun ni. Tapi anak sorg duduk asrama plak tu.. kebosanan yg teramat. Mcm ni mmg akak akan kerja smpi 55 tahun kot.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)