Thursday, October 9, 2014

Paris Short Trip 2014: Percutian Mengejut dan Terkejut

Sambungan entri Raya Macam Ada Tapi Takde

Situasi lebih kurang macam korang tengah tido
Tetiba terbangun sebab bunyi bising
buka je mata , tengah baring bawah Eifel Tower
hah gitu perumpamaannya
agak melampau ke?
bolehlah ye diterima sebagai mukaddimah

dipendekkan cerita, ini adalah percutian mengejut kami yang tidak dirancang 
flight kami 2 OCT 2014, MH020 KUL/CDG jam 11.30 malam


penerbangan dari KLIA mengambil masa 12 jam 55 minit katanya
senang citer pung pang pung pang 13 jam jugaklah
beza waktu Malaysia dan Paris ialah - 6 jam (Paris)
selamat mendarat di Terminal 1 Paris Charles De Gaulle Airport jam 7 pagi (3/10/2014)
(waktu Malaysia 1 tgh hari)


Ambik shuttle tren ke Terminal 2
ke .......... 
(lupa nama stesen, nanti aku edit balik, nota lupa bawak)
kami sebenarnya mencari tempat simpan beg tapi tak ketemu
kami tak duk hotel tapi sewa apartment yang agak jauh dari Eiffel Tower
check in time kul 4 petang
so agak buang masa nak ke apartment semata2 untuk letak barang
so kami mencari2 tempat simpan luggage, tapi tak jumpa

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kami
masa bertanya dimana tempat simpan beg pada mamat France yang agak hensem 
dia jaga kedai Aldo
agaknya kesian kot kami nak jalan2 seret beg besar ada budak lagi
dengan baik hati dia menawarkan kami simpan beg kat kedai dia
dengan pesanan 
'kak maghi ambik beg sebelum kul 4 petang deh, saya abis kijo kul 4 petang'
hebat tak mamat France tu speaking Kelantanese, hihi

lepas dapat simpan beg, kami ke stesen Bir-Hakiem
bawak CV yang nak melawat Eiffel Tower
(ni dah kali ke3 aku kesini, so dah tak teruja sangat tengok bangunan besi tu)

jangan lah bagi aku baca maps, konfem sesat barat ke hujung dunia
sangat malas okey nak baca maps ni
so kita bagi pada yang pakar jelah, i nak jadi mem besar 



haruslah bergambar dengan Eiffel Tower
sebagai bukti dah datang sini, nak tunjuk kat orang kampung
tak lupa juga memborong keychain 1Euro:5 ketui
note: 1Euro=RM 4.19 sen

mamat2 negro jual kecyhain dan selendang tu pandai berbahasa Melayu Indonesia
'kakak, selendang murah2 kakak'

Memula plan naik naik Eiffel Tower
tapi tengok que macam ular kena palu, lupakan jelah
baik kita naik Cruise sambil membayangkan diri ini dalam filem Titanic versi Melayu


kakak dalam cruise




turun dari cruise, naik tren sekali lagi untuk bergambar depan Arc De Triomphe
wajib ambik gambar kat sini kalau ke Paris





konon nak sambar sebiji handbag kat butik LV di Champs Elysees
tapi masuk dalam butik, rasa sayang duit, huhu

curi2 snap foto dalam butik LV
dah penat berjalan, hampir lupa janji ngan mamat kedai Aldo yang kami tinggal beg tu
terus lari2 anak ke stesen untuk ambik beg kami

ambik beg, sekali lagi naik tren ke Bry-Sur-Marne
kami sewa apartment tak jauh dari stesen tu 

nanti aku share apartment yang sangat selesa rasa macam duk umah sendiri
anak2 siap suh sambung lagi semalam kat situ

# maaf sebab aku tak dapat menulis detail terperinci tentang trip ni
masa amat mencemburuiku sejak akhir2 ini
daaa


28 comments:

  1. huwaaa.... terlajak jeles taoooooo

    ReplyDelete
  2. cemana yg leh jadi mngejut tu???
    jap2 akk nak baca prekuelnya dulu

    ReplyDelete
  3. kali ke 3 ke PARIS?...Pitam sekejap..ni sekali pun belum pernah huhuh

    ReplyDelete
  4. wah makan angin ke paris bestnyer....

    ReplyDelete
  5. Nak baring2 kat padang kat eifle tower tu dulu....tp byk najis mughalazah lah pulak...hahaha

    ReplyDelete
  6. As-salam irfa..

    wah.. bestnya irfa.. boleh tgk eifle tower depan mata kan.. akak mampu tgk dalam gambar aje.. he..he..

    ReplyDelete
  7. Mau tak terkejut..
    Pagi raya bukak fb tgk dh sampai sini..

    ReplyDelete
  8. cuba story sikit macam mana boleh jadi mengejut?
    saya kalau mengejut nak gi penang ke, JB ke,,,mampu la..hahahaha

    ReplyDelete
  9. hahahhahaa macam balik kampung jer mengejutnya... mommi am home!!!! hahahahhaa I sikit punya pening duk ngushar Paris ni sebab planning nak cuti2 jugak la, well... with 2 babies nak kena ada planning kan. eh cepat citer pasal apartment tu yer... btw sini drive ke Paris 8 jam jer... lagi dekat dari Kl-Kb hahahhaa, pun tka pernah sampai.

    ReplyDelete
  10. nak baca story gi Paris terkejut ni.

    ReplyDelete
  11. Wowww....dah 3 kali pegi paris...mcm kekdah kampung angkat ni ifa....hee

    ReplyDelete
  12. wah beshnye percutian mengejut sampai ke Paris..

    ReplyDelete
  13. walaweyyy...ke Paris kita noks.... good good....

    ReplyDelete
  14. Booking tiket pun mengejut juga?

    Kalau kak zai ada chance ke Paris benda pertama beli mesti handbag,wajib. Sangat jauh beza harga dengan M'sia.

    ReplyDelete
  15. Saya pun 'terkejut' dengar Irfa 'mengejut' ke Paris... hehehhe... Control ayu nampak duk dalam cruise tu.

    ReplyDelete
  16. Dah macam Rosmah Dato' Najib aje buat plan mengejut terus ke Paris
    Yg best tu anak-anak diangkut sama. Seronok dpt bawa anak-anak sekali.

    ReplyDelete
  17. wowww.... bestnya 15x. terlajak jeles le pulak.

    ReplyDelete
  18. Parisss.. kau tunggu aku datangg. :) best best nanti 4th trip mana tau terpegi lagi boleh share lagi ey irfa

    ReplyDelete
  19. Waahhh...percutian mengejut ke paris? Kalau tak mengejut tak tahu la ke mana yer..ahaha..

    ReplyDelete
  20. Perghh.. Mengejut punsampai paris.. Aku kalau mengejut tu takat pegi ekonsave je la... Hahhaa

    ReplyDelete
  21. Betul org kata yang tak dirancang tu lebih menjadi. yang di rancang tu la banyak halangan. namun Allah sebaik-baik perancang.

    ReplyDelete
  22. waah best betul percutian mengejut tu. Saye kalu ngejut paling jauh pun terengganu hihihi

    ReplyDelete
  23. haha..pasni nak jalan-jalan Paris boleyla akak jadi tour guide..hehe

    ReplyDelete
  24. Dah baca N3 ke 2 ko baru akk nak komen first N3 Paris ko ni...hahaha.....akk pun nak buat2 terkejut jugak lah bercuti-cuti..agak2 boleh sampai Paris ke idak yer....

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)