Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Pulut Panggang aka Pulut Lepa

Dah Rabu? cepatnya masa berlalu kan? Esok Khamis, Kendian Jumaat Pastu Cuti 2 Hari Sabtu dan Ahad, seronok layan anak Esoknya Isnin, seret kaki datang keje eh! itu aku. Bukan korang, haha Saja melawak, bersyukur masih ada kerja Masih sihat tubuh badan untuk mencari rezki demi sesuap nasi dan beli barang impian apa yang ko merapu ni Irfa? ops, tadi nak share ngan korang sejenis makanan kesukaan aku kelmarin, semalam dan esok pun aku suka kuih tradisonal ni nak tahu? taraaaaaaaaaaaaa, ini dia korang panggil apa eh? pulut panggang @ pulut udang ke? nama dia kat kampung aku ialah PULUT LEPA emm, rasa2 mana dia dapat tu ye? agaknya kalau letak atas meja, takde tulis nama pantang lepa memang ada je yang berminat kot maklumlah benda sedap, hehe tapi susah nak jumpa yang inti sambal ikan (serunding ikan) yang selalu orang jual kat sini, inti sambal kelapa pedas aku suka yang original macam aku makan masa kecik2 dulu selalu sangat

Singgah Baca Boleh, Risiko Tanggung Sendiri

Selamat Petang dah petang baru free sikit psttttttttttttttttttt nak tanya ada tak sesapa yang baca blog ni kenal aku kat alam nyata? siapa anda? kawan sekolah? kawan opis? jiran tetangga? sedara mara? aci kerat kelingking mesti ada yang kenal emm, tak jadi hal boleh je baca, dalam ni takde rahsia sulit pun tapi kalau ada entri dalam blog ni yang 'terasa cili' sikit aku tak bertanggungjawab ye baca dan tetiba sentap 'eh! ni macam kata kat aku je?' yang tu aku tak jamin ye, risiko tanggung sendiri walaupun setiap entri yang aku post  telah di QC (Quality Control) dengan begitu teliti niat berblog bukan nak cari pasal sekadar nak berkongsi cerita dan menambah kenalan # aku cuma manusia biasa yang terkadang lalai tanpa sedar ada hati yang terluka okey tu je nak bagitau . . . . . . . . daaaaaaaa

Bilik Stor Comel Bawah Tangga

Korang macam mana korang kemas rumah? Hari2 kemas @ hari minggu je baru kemas? Aku ni rimasnya tengok barang banyak Nak buang macam elok lagi Nak simpan, dah tak tahu nak letak mana #kain baju ler rasanya paling banyak, huhu Pindah dari Feb lepas, dah 10 bulan kot Rasanya macam banyak lagi belum kemas Emm, sekali fikir benda yang berkotak2 tu tak perlu kot Sebab dah 10 bulan, elok je kami hidup tanpa perlu bukak kotak tu Google jumpa stor bawah tangga ni kemas kan?     #tengok gambar2 stor bawah tangga ni # teringat filem Harry Potter kan bilik Harrry duk bawah tangga pastu sepupu dia yang jahat tu turun tangga sambil hentak kaki sian dia menahan habuk jatuh atas kepala Ops lupa, rumah sekarang tak de tangga Umah dulu je ada tangga Takpe, simpan untuk tatapan untuk korang yang takde idea Boleh la gosok2 cik abang mintak buatkan sebiji stor comel macam ni hehe sekarang aku follow 2 grup kat Facebook D

Kumpul Souvenir Koala From Aussie

hai korang? dah lunch? makan apa? heavy breakfast tadi, so lunch lite-lite je sila percaya, tak caya sudah, lalalala bosan sungguh dengan susun atur meja kerja nak kemas dan susun balik tapi takde masa tadi dah kemas dan buang yang mana tak perlu pastu aku jumpa banyak ekor koala nak tengok? ayah dia, mak dia dan anak2nya  sebenarnya sebelum ni lagi banyak pindah opis tu ari, banyak dah yang hilang hilang @ menghilangkan diri, itu tak pasti # koala ni semua kengkawan yg OS ke Aussie yg bagi aku tak pernah ke sana pun aku ingat nak buat tema biru untuk meje kerja ni nak tray in out kaler biru nak semua alat tulis kaler biru file biru desktop n komputer biru boleh jugak ke? # cer mintak ngan bos? dapat tak agak2nya silap haribulan, mataku yang lebam biru, haha okey, tahu korang yang baca pun bosan baiiiiiiiiiiiiiii

Jogging Setahun Sekali

TERIMA KASIH banyak2 untuk ucapan di entri sebelum Baru 14 tahun bersama, masih jauh perjalanan jika umur panjang Semoga kita semua di berkati Allah ~*~*~*~*~*~*~*~ Okey, next story please Sebelum tu * tepuk tangan sikit kengkawan* Jom bagi semangat sikit untuk aku terus istiqamah Aku ni setiap malam Sabtu berjanji ngan anak2 nak gi jogging bila pagi Sabtu, anak2 kejut tagih janji Tapi aku sentiasa ready dengan jawapan contohnya: 'lain kali lah, macam nak hujan je kat luar tu' tak pun ini  'esok lah ye, umie tak jumpa seluar sukan' dan selalunya ini jawapan biasa 'umie penatlah, hari2 bangun awal gi keje hari cuti ni bagi lah umie tido lama sikit' *tanganlaju2tarikselimuttutupmuka* hitam menawan itu abam si hot pinky milik kakak n kasut tali pink adalah omie pemilik kawasan tapi Ahad lepas aku paksa diri kami 3 beranak keluar jogging tinggalkan si kenit dengan en abe tido dapat lah 5 round (kat taman

14 Tahun, Yang Ada Macam2 Rasa

Salam Sayang untuk semua yang sudi singgah  Hari ni agak istimewa bagi aku *walaupun pepagi si abam buat umie naik darah, nantilah aku cite eh* Tarikh 11 NOV antara tarikh istimewa dalam hidup aku kerana pada tarikh yang sama di tahun 2000 (14 tahun yang lalu) aku bergelar isteri kepada EnAbe sebenarnya i is malu nak tulis yang jiwang2 so ni jelah yang mampu aku share ngan korang pic dari google semoga kita semua beroleh kebahagian di dunia dan akhirat doa untuk kita semua   aminnnnn #14tahun dulu pada waktu ni aku tengah buat apa ye? masih pagi lagi, mesti waktu ni kat umah tengah sibuk maklumlah kenduri besar yang pertama bagi mak ayah (^_^)

Hari Bersama Keluarga

Salam Isnin keje la, apa lagi, cuti pun dah takde YaAllah, janganlah ada yang sakit demam waktu aku takde cuti ni Pagi ni tebal sungguh kabus, rasa macam duk negara musim sejuk # kabus ke jerebu eh? tapi rasanya cam kabus sebab kalau jerebu mesti ada bau asap sikit hari2 hujan, sekarang ni malam rasa sejuk je tu yang bila pagi, bunyi alarm buat2 tak dengar 2/3 kali alarm bunyi, baru hegeh2 seret kaki masuk bilik air, huhu ~*~*~*~*~*`*~*~ Ni kisah hari minggu kami aku dan En Abe tak sama cuti aku memang wajib cuti sabtu ahad, tapi En Abe keje shift memang payah nak bertemu roster dia yang sama ngan aku jadi bila berkesempatan cuti sama kami akan rancang cuti yang berbaloi utk anak2 # bukan lah maksud aku pegi cuti jauh2 yang memerlukan modal besar Paling tidak keluar makan dan tengok wayang yang penting ialah masa untuk bersama2 keluarga # kami memang suka bawak anak2 tengok wayang so far anak2 behave, oklah kalau jenis takduk diam, a

Kasih Sayang Sesama Manusia

Hai kawan2.. maaf lewat bersiaran hari ini sedikit sibuk @buat2 sibuk barang kali hari ni nak bercerita tentang perasaan dulu, waktu umur dalam 20an aku cepat panas hati, rasa nak marah je #kalau citer bab sabar dalam rumahtangga enAbe banyak bersabar dengan perangai aku di awal  hingga kini dalam perkahwinan kami, huhu Dengan orang sekeliling pun sama agak2 menyampah je nak layan orang yang banyak songeh dan annoying cepat je mulut tu berkata2    'lantak ko lah, suka hati ko lah' tapi bila di usia 30an, banyak benda berubah bila nak marah, cepat2 berfikir takde guna marah2, masalah takkan selesai tarik nafas, hembus, tenangkan diri aku suka berkawan dan tambah kawan kawan opis, kawan sekolah, kawan blog, kawan di fb aku boleh dapat kawan baru dimana saja di klinik, di bank sambil menunggu pun ada kawan hari ni aku jumpa kawan alam maya ofkos lah di airport, dia nak terbang ke arab saudi kami kenal di FB secara kebetulan

Takoyaki Frozen, Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum dan Happy Wednesday moga hari yang diberkati dan hari yang ceria untuk kita semua sedikit mengantuk pagi ni, padahal malam tadi tido awal, huhu eh, sapa sini penah makan TAKOYAKI ? sedikit intro TAKOYAKI ni sejenis makanan berasal dari Jepun rupa cam cekodok ada inti dalam tu pastu ada sos yang rasa pelik tapi sedap  sebenarnya kali pertama aku makan ni kat Aeon Seremban2 kat kiosk nama Tako Tao tu ingat2 lupa harganya kalau tak silap 3biji/rm4.90 sen kot kali pertama makan berebut ngan anak aku dapat gigit 1/4 kot, huhu dahlah beratur punya lah lama # ramai peminat takoyaki kat Malaysia ni rupanya tak disangka2 ada kawan blog buat Takoyaki CikPuanRai   (dia ada kasi resepi jugak, tapi i kan terlebih rajin, hehe) Dia ada jual jugak yang frozen, boleh simpan dalam peti ais nak makan, just panaskan dalam microwave je semua bahan topping disediakan nak tahu betapa lama aku menunggu takoyaki datang umah aku? ada kot

Kucing Tak Makan Pasir

Happy Tuesday kengkawan rasanya mood aku untuk mengarang minggu ini tersangat baik hari2 nak update blog walaupun sekadar merapu yang lebih hehe Aku nak citer satu peristiwa kelakar sengal Sesapa yang fren ngan aku kat FB dah baca pasal ni teruk aku kena gelak ngan diorang citer lucu dan memalukan tapi aku nak citer jugak sebagai pengajaran pada yang tak tahu pasal kucing macam aku dan yang main beli tanpa membaca label kenal apa kat atas? kalau tengok packaging macam makanan kucing kan? jadi kalau tengok sekali imbas memang ingat makanana kucing kalau tak baca label Ingat ye, ada gambar kucing, tak semestinya makanan kucing itulah yang terjadi pada aku beberapa hari lepas  mati hidup balik aku ingat itu makanan kucing rupanya pasir tempat berak  kan aku penah citer ada kucing 2 beranak kat belakang rumah anak2 aku siap bagi nama kat kucen tu tinggal tak usung bawak masuk rumah je lagi haip haip.. tengok boleh. pegang 'NO NO NO

Hobi Membeli Tapi Tak Pakai

 Salam Isnin sibuk ke? korang, ni ada benda nak citer perangai yang tak patut di contohi sebenarnya tapi nak share lah kot korang pun ada perangai macam aku ni tengok gambar dibawah dan cuba teka 'apakah bendanya?' sapa tau sila angkat kening, haha ye, dia adalah sejenis bekas untuk mengukus aku beli ni dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dulu # masa tu adalah musim membeli barangan Tupperware takdelah banyak penuh lemari, dua tiga bijik je pun ini berlaku mungkin 2/3 tahun yang lepas korang bayangkan betapa lamanya dia terperam dalam lemari dapo sib baik tak jadi makanan en lipas apa? kenapa beli tapi tak pakai? alasannya sebab SAYANG kalau sayang baik ko frame kan je Irfa oi gantung fram kat ruang tamu bagi tetamu tengok, haha beli dulu sebab kawan jual, offer ler katanya rega kengkawan orang beli, aku pun beli tapi simpan wat pekasam yelah, masak pun ikut mood sesekali datang rajin buat siakap stim pakai pengukus

Alhamdulillah

Salam Jumaat  Alhamdulillah langit cerah pagi ni Walaupun petang semalam gelap gelita siap pakej hujan lebat macam nak banjir Kehidupan kita pun macam tu jugak ada hari terang, ada hari mendung Minggu lepas macam2 perkara berlaku Bermula dengan cik abe dan si kenit On Off demam Petang je badan start panas Malam pun tak lena tido sebab risau diorang panas mendadak Ke klinik ulang alik ambik darah Endingnya En Abe admit hospital hari Khamis setelah sah denggi Sian cik abe drive sendiri ke hospital sebab aku tak boleh tinggal anak2 ini budak taknak balik katanya (ni kejadian malam sabtu sebelum dia admit) ' umie pegi lah balik rumah, teman kakak dan abam, kita nak teman ayah' Elok je En Abe discharge hari Sabtu Si kenit pulak admit hospital yang sama sebab denggi jugak Hari Ahad bersambung dengan kakak join si kenit badan dah naik bintik2 merah aku tak perasan pun dia demam sebab sibuk uruskan si kenit Kakak kat tingkat 3, Adik ka