Skip to main content

Alhamdulillah

Salam Jumaat 


Alhamdulillah langit cerah pagi ni
Walaupun petang semalam gelap gelita siap pakej hujan lebat macam nak banjir
Kehidupan kita pun macam tu jugak
ada hari terang, ada hari mendung

Minggu lepas macam2 perkara berlaku
Bermula dengan cik abe dan si kenit On Off demam
Petang je badan start panas
Malam pun tak lena tido sebab risau diorang panas mendadak

Ke klinik ulang alik ambik darah
Endingnya En Abe admit hospital hari Khamis setelah sah denggi
Sian cik abe drive sendiri ke hospital sebab aku tak boleh tinggal anak2

ini budak taknak balik katanya (ni kejadian malam sabtu sebelum dia admit)
' umie pegi lah balik rumah, teman kakak dan abam, kita nak teman ayah'
Elok je En Abe discharge hari Sabtu
Si kenit pulak admit hospital yang sama sebab denggi jugak
Hari Ahad bersambung dengan kakak join si kenit
badan dah naik bintik2 merah
aku tak perasan pun dia demam sebab sibuk uruskan si kenit
Kakak kat tingkat 3, Adik kat tingkat 4
Umi pulak gilir2 naik turun tingkat 3 dan 4

wad kanak2 di KPJ Seremban

kenit kat wad kanak2 tingkat 3
suka duk spital, tak nak balik sebab bilik cantik katanya 
kakak sorang2 jaga diri kat tingkat 3
pesan minum air banyak2 supaya cepat baik

budak kenit yang tak takut jarum n darah
nurse ambik darah, boleh dia tengok orang tu cucuk
aku yang beranak 3 ni pun ngeri tengok darah n jarum, huhu

menu hospital, orang sihat makan dengan berselera je

Aku tak bagi En Abe tido hospital sebab dia pun baru je nak baik
katanya drive pun rasa macam nak pitam
nanti jaga orang sakit, tak pasal2 sakit balik

Pastu dapat pulak berita dari kampung
The only nenek yang aku ada pun sakit, masuk hospital
Risau toksah citer lah, rasa nak terbang balik kampung
Tengok gambar nenek dalam whatapps, menitik airmata
Kesian sangat di hujung2 usianya datang sakit macam2
Seingat aku, ni kali pertama nenek masuk hospital seumur hidupnya

Umur nenek dah 90 tahun lebih
takde penyakit serius hinggalah hujung2 usia ni
agak2 kita sampai ke umur macam nenek ni ye?

So far aku ok je duk spital
mau tidaknya, rehat sakan
lepak layan tv, layan wsap n fb, makan tido je
makanan hospital pun boleh tahan sedap
pastu bila En Abe datang melawat, boleh order macam2
maklumlah ler orang sihat punya selera
# ni pun rasa macam berat je bawak badan, huhu

depan hospital ada shopping mall Palm Mall Seremban
hati bagai dicucuk2 nak cuci mata kat situ
tapi apakan daya, kaki terikat kat katil, hahaha
drama sangat ko Irfa
TQ buat yang bertanya khabar
yang bagi macam2 petua
Alhamdulillah, ikut pengalaman aku kena denggi tahun lepas
Dengan izin Allah, selain dar masuk air berbotol2 oleh hospital
aku usahakan dengan Red Guava Jus, bagi diorang minum tu je berkotak2

En Abe merasa jugak jus daun betik n sup ketam
Kenit n kakak cuma Red Guava Jus dalam kotak tu ke

Petang Selasa, Kakak n Kenit discharge
tamatlah percutian aku selama 4hari3malam kat KPJ Seremban
TQ kepada semua staf yang melayan kami dengan mesra


sekian kisah kami anak beranak hujung minggu lepas

Comments

sweetie said…
Getir sungguh cabaran yg kau lalui Irfa... tapi alhamdulillah semua dah kembali sihat. Maaf tak sempat dtg melawat ya... kite pun tak de kat M'sia masa tu.
SalbiahM said…
Alhamdulillah dah sihat semuanya.sup ketam tu selalunya yang tak denggi pun tumpang rezeki.take care ye kak Irfa
:: CIKVIVA :: said…
alhamdulillah...meriah kejap spital sebab ramai y dtg melawat..
paridah said…
assalam moga irfa n famili tabah lalui ujiannya...syukur dh selamat semuanya....
Kakzakie Purvit said…
Masya-Allah.... kalau sampai berhari-hari kat KPJ kos bukan macam duduk hotel aje dah.. ini boleh macam pergi honeymoon ke Paris semula dah. Yg sedih tu boleh bergilir pulak tu. Ujian betul. Nasib baik ibunya sihat. Harap-harap terus sihatlah semuanya..
Zaitun said…
Dugaan datang bertimpa tapi alhamdulillah semua dah sihat. Selepas ini kena jaga diri sendiri juga.
Irfa said…
SIS SWEETIE..
getir sgt ke?
malu pulak nak mengeluh sbb orang lain lagi besar dugaannya
ada yang dah berbulan duk spital sbb anak/ family sakit
saya duk 2/3 hari malu nak merungut

wah! kemana tu sampai ke oversea ye?
tak sempat jenguk blog akak
nanti free sy singgah ye
Irfa said…
SALBIAH..
syukur, semua dah ok sekarang
mmg pun, akak buat sup ketam, tp akak yg makan
sbb en abe n anak2 alah ngan seafood
Irfa said…
CV..
emm tu ler
macam kenduri meriahnya, haha
Irfa said…
HAI MUMMY HAZA
macam pertama kali komen je
selamat datang ye ;)

Irfa said…
KAK PARIDAH..
alhamdulillah.. semua dah ok
Irfa said…
KAK ZAKIE..
hihi, masa discharge intai tgk bil
sebelah tangan jugak kosnya
sib baik bukan sendiri bayar, kalau tak nanges kat situ

haha, kos tu boleh gi Paris sekali lagi
Irfa said…
SIS ZAITUN..
harap2 saya terus sihat
banyak orang nak kena jaga ;)
Aryan azra said…
alhamdulillah semuanya sudah sihat..moga nenek irfa juga diberi kesihatan yg baik
Rumah Kuning said…
Alhamdulillah semua dah sihat. Nasib baik uminya sihat walafiat.
Nieda Ramly said…
alhamdullillah dah keluar.
semoga sihat2 akak dan adik
Unknown said…
Alhamdulillah.. Merasa makan sedap kat hospital.. Sambil2 bercuti dan main wassap..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')