Skip to main content

Hobi Membeli Tapi Tak Pakai

 Salam Isnin
sibuk ke?

korang, ni ada benda nak citer
perangai yang tak patut di contohi sebenarnya
tapi nak share lah kot korang pun ada perangai macam aku ni

tengok gambar dibawah dan cuba teka
'apakah bendanya?'
sapa tau sila angkat kening, haha



ye, dia adalah sejenis bekas untuk mengukus
aku beli ni dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dulu
# masa tu adalah musim membeli barangan Tupperware
takdelah banyak penuh lemari, dua tiga bijik je pun
ini berlaku mungkin 2/3 tahun yang lepas
korang bayangkan betapa lamanya dia terperam dalam lemari dapo
sib baik tak jadi makanan en lipas

apa?
kenapa beli tapi tak pakai?
alasannya sebab SAYANG
kalau sayang baik ko frame kan je Irfa oi
gantung fram kat ruang tamu bagi tetamu tengok, haha

beli dulu sebab kawan jual, offer ler katanya
rega kengkawan
orang beli, aku pun beli
tapi simpan wat pekasam

yelah, masak pun ikut mood
sesekali datang rajin buat siakap stim pakai pengukus besar
alasan tak pakai yang ni sebab kecik sangat tak buat pinggan besar tu

tapi masa kemas2 dapur jumpa, rasa cam nak try
takkan nak simpan bagi bakal menantu kot
lama lagi tu

so inilah yang terjadi

SIAKAP KUKUS HALIA

cam sedap je kan?
resepi?
tak yahlah, malu kita
resepi campak2 je 

siakap kukus halia versi orang terlebih rajin
sila abaikan kuali yang terlajak cantik tu ye

apa barang yang korang beli tapi tak pakai
cer citer
cer citer

babai


Comments

mrs said…
mrs pun ada peel mcm nie...tapi mrs baju
pantang nampak cantik..beli pastu terperap dalam almari. kadang-kadang masih ada tag lagi
last-last kasi orang hehe
sweetie said…
Maknanya bukan hobi suka membeli tapi suka membazir... Ai Irfa... gunalah... kalau simpan je tak rosak... bila tak rosak tak laku barang kat kedai... ahak.. hehehhe
Kakzakie Purvit said…
Kakak ingatkan nak let-go bagi kawan siapa yg nak tadi:)
Jgn simpan almari lagi. Simpan kat kuali/periuk selalu pakai jadi akan digunakan selalu..
Unknown said…
Kat rumah kitorang pun ada kes camni Irfa ooii.. Tak banyak, kurang 5 benda. Paling membazir ialah teleskop untuk tengok bulan. Bajet romantik masa bujang, lastnya dok atas almari jek. Nombor dua video recorder. Mahal siot. Tup, tup zaman dah canggih, mana laa guna video cam lagi dah sekarang. Nombor tiga, periuk serbaguna. Beli aritu, sampai arini tak keluar kotak lagi. Tapi tu barang offer, murah ciput so tak bazir sangat. Hahaha..

Tipu laa kan kalau takde langsung buat benda punah akhlak camni..
MizzTina said…
hahaha..gitula.. kak, lenkali klu xpakai, cmpak kt sy ye..
Apa eh? Aku pun tak tau brg apa aku beli tp tak pakai sbb semuanya aku pki kot? Ouh, ada...tmpt gantung2 IKEA. Smpi la i tak gantung sbb mls nak menebuk.
Lynn Huraiza said…
hihihi...ada jer...set pinggan mangkuk...duk tersimpan ler dalam kabinet...
paridah said…
xmengapa sesekali boleh digunakan kala perlu...
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

Nampak best aje tempat kukus tu.. akak pun dulu kalau beli barang suka simpan sebab sayang nak pakai.. sekarang ni, kalau beli apa aje memang terus pakai sebab lagi sayang kalau simpan..
Nastyna said…
cantik merah menyala nyala memang la sayang nak pakai kan, letak dalam almari la buat perhiasan hahahaa. me pulak... high heels!!! hahahah beli sebab suka tapi sekarang tak layak nak pakai, yang flat pun terpeleot sokmo.
Zaitun said…
Kak zai pun ada oven Delonghi dah setahun beli tapi tak pernah pakai.
Cheq Sue said…
macam sama je penyakit kita ni.... he he he... suka sangat membeli, kadang2 pakainya jarang2 aje
Nizam.Ariff said…
Kena gunakan walau pun sekali setahun....
Dr K said…
pompuan, macam tu la...
almari dah penuh tak tau simpan mana, tapi tetap beli...
hahahahaha
chenta nana said…
nana plak, konon beli oven, nak bakar roti la, cake la.. ceh.. hangat2 tahi ayam je.. dah beli, terperuk dalam kotak haa... malas nak buat (alasan takde masa).. hahaha...
mamabeauty said…
bajula yg banyak beli tapi yang bestnya bulih past tu my anak dara sebab dia suka terbekenan.. giteww.. so idokler membazir..
Nieda Ramly said…
SAYA INGAT BARANG YG NAK DIJUAL. MAKLUMLAH IRFA ADA KEDAI. BACA SAMAPI HABIS BARU TAU ISI CERITA
sarah said…
irfa, hang bagi aku ja. aku bleh guna, nak beli rasa mcm mahai ja benda tu kat tupperware..heeeeee

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')