Skip to main content

Kucing Tak Makan Pasir

Happy Tuesday kengkawan
rasanya mood aku untuk mengarang minggu ini tersangat baik
hari2 nak update blog
walaupun sekadar merapu yang lebih
hehe

Aku nak citer satu peristiwa kelakar sengal
Sesapa yang fren ngan aku kat FB dah baca pasal ni
teruk aku kena gelak ngan diorang
citer lucu dan memalukan tapi aku nak citer jugak
sebagai pengajaran pada yang tak tahu pasal kucing macam aku
dan yang main beli tanpa membaca label

kenal apa kat atas?
kalau tengok packaging macam makanan kucing kan?
jadi kalau tengok sekali imbas memang ingat makanana kucing
kalau tak baca label
Ingat ye, ada gambar kucing, tak semestinya makanan kucing

itulah yang terjadi pada aku beberapa hari lepas 
mati hidup balik aku ingat itu makanan kucing
rupanya pasir tempat berak 

kan aku penah citer ada kucing 2 beranak kat belakang rumah
anak2 aku siap bagi nama kat kucen tu
tinggal tak usung bawak masuk rumah je lagi
haip haip.. tengok boleh. pegang 'NO NO NO'

selalu beli makanan kucing paket sederhana tu je
boleh tahan kuat makan, 3/4 hari dah habis
aku ni dahlah pegi keje balik keje
nak singgah kedai selalu pun payah

alang2 ke supermarket masa keluar spital tu ari
aku beli pek besar (3 kilo kot)
harga pun macam murah je
terus hangkut bawak balik
tuang dalam bekas makanan mereka 2 beranak
ada gak rasa pelik bila tengok nape halus sangat makanan ni?
selalu bulat2 kasar
tapi ingat lain lain brand lain bentuknya

si kucing tu boleh pulak dia cium pastu pandang aku dengan muka pelik
aku ingat dia malu nak makan bila depan aku
so aku tutup pintu dan langsir
intai2, tak makan jugak
pelik.. suka hati lah
nanti lapar makan lah tu, fikir aku

kejadian berteruran selama 5 hari
benda tu tak berusik
hari2 kucing tu kena tadah telinga dengar aku membebel
'ko dah kenapa? memilih sangat ni? makan jelah makanan tu'

sampai lah semalam
en Abe suh aku beli makanan lain
katanya mungkin kucing tu tak suka jenama tu
'beli je yang biasa umie beli tu, sian dia'

okey, aku beli jenama biasa
masa nak salin dalam balang besar
aku ambik pek yang diorang tak nak makan tu
baca lebih kurang, tapi tetap blur

tetiba mentol keluar kat kepala 'TING'
'eh! ntah2 ni pasir kucing berak kot, bukan makanan'

aku post kat FB, SAH memang pasir untuk kucing
memang jadi bahan lah

sian kucing tu, dah 5 hari tadah telinga dengar aku membebel
agaknya dalam kepala dia berkata2
'sian tuan umah ni, pasir ngan makanan kucing pun tak boleh beza'

moral of the story:
BACA LABEL DAHULU SEBELUM MEMBELI

(^_-)


Comments

Dr K said…
kesian kucing tu! hahahaha
tapi kalau saya pun, sekali tgk, igt mmg makanan kucing!
SalbiahM said…
haha..kucing tu pun pening tengok kak irfa dok marah dia.
uncle gedek said…
kah kah! ini memang kelakar!
Mia Liana said…
aduii... tentu pening kucing tu.. nak cakap macam mana kat tuannya.. nasib baik tuannya faham sendiri...

- Mia Liana -
yang pelik.. kucing tu pun tak pandai gunakan pasir tu utk berak ya... hihihi
:: CIKVIVA :: said…
heheheh...memang kelako...
Zaitun said…
Kat rumah ni anak kak zai yang selalu beli. Tapi sbb dah biasa kenallah makanan dengan pasir hihi....
Nastyna said…
kesian tuan kau ni kucing.... yakin la bebel bebel kat korang kan.. walhal....
Kami sebelum ni bela kucheng mmg kena/wajib beli dua2 tu... :)
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

takpe irfa.. kita geng.. akak pun pernah ingat benda tu makanan kucing... harga dalam pek macam tu dahlah lagi murah dari harga makanan kucing yang biasa.. tapi nasib baik ada inisiatif nak baca label dia dulu ha..ha..
izawani said…
Tak pernah kami beli pasir bagi makan kucing... hahahaha...
Unknown said…
kucing tu mesti kata dalam hati.. agak agak lah nak bagi makan pasir.. hahaha
nita said…
aduhai kesian kucing tu..hehehe
Irfa said…
MUMMY JJ..
aku bukan tuan dia
kucen tumpang makan je
kalau membela mesti ler kan ambik tahu kan?
taknak ada komitmen membela binatang sbb aku suka berjalan
kalau membela, nanti kebulur kucen tu asik takde kat umah je
Irfa said…
DEAR MIA..
mesti kuen tu stress kena membebel
nak jawab tak boleh
for info, akak tak bela kucen tu
bg makan je
Irfa said…
DZ..
mmg xde beza sbb ada gambar kucen
x baca mmg igt itu makanan kucen ler :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')