Tuesday, December 9, 2014

Adab Tengok Wayang

Alhamdulillah, rezki harimau hari ni
Member suh bawak telur rebus pagi ni
Ingatkan nak buat nasi lemak, rupanya nak buat sandwich telur
Pastu dia bawak jugak pulut ngan sambal tumis
Elok baru je sesuap dua masuk mulut, EnAbe call ajak sarapan
Mana mungkin ku tolak, bukan selalu dapat detim berdua
Zasss laju2 gi detim dengan 'soulmate'

Elok abis makan, member sorang lagi sms
dia belikan nasi berlauk tersedap kat taman dia katanya
nak bagi aku rasa, dah letak kat meja aku
emm, nampak gaya nasi berlauk jadi menu lunch nanti
Alhamdulillah, masih mampu makan dan masih ada selera makan

~*~*~*~*~*~*~

sapa sini suka tengok wayang?
Ahad lepas tengok wayang dengan anak2 dan adik2
memula plan nak gi IOI Mall yang baru bukak tu, tapi hujan pulak
so kita gi dekat2 jelah

    

citernya boleh tahan, budak2 suka
aku lak mengantuk sebab malam tu tido lewat
sempat lelap dalam sesaat dua, huhu

tapi yang aku nak citer ni bab ADAB TENGOK WAYANG
eh! ingat makan je ada adab?
tengok wayang pun ada adab jugak tau

Antara adab2nya ialah:

1- kalau bawak anak, pastikan anak korang behave
bukan jenis yang jerit2 @ sepak kerusi orang depan
sikit lagi aku nak jerkah budak seat belakang sebab banyak kali dia sepak seat aku
tapi sebab sabar aku masih ada 90%
aku cuma toleh belakang dan kasi jelingan maut
sekali lagi dia sepak, aku terus tolak kaki dia dan cakap 'jangan tendang kerusi'
terus diam sampai sudah, sib baik
aku tak perasan mak dia tengok ke tak, emm

2- plis plis plis plis
tolong jangan jadi tukang baca sarikata kat skrin
orang lain pun pandai baca
yang tak pandai baca lagi macam si kecik Hajar pun paham kot jalan citer
orang lain nak tengok filem dengan aman
bukan nak dengar ko membebel dan mengulas setiap scene
ohoiiiiiiiiii, sakitnya hati kita

okey, itu je 2 kejadian yang aku nak highlight kali ini
kalau ada penambahan, aku edit kendian

daaaaaaaaa

20 comments:

  1. saya dah lama tak tengok wayang, sejak ada anak kecil ni...hahaha

    saya stress kalau seat depan kita, org nya tinggi lampai...so asyik nampak kepala dia aja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyad.. mesti ramai insan stress kalu kena duduk belakang akak masa tengok wayang kan.. hahaha

      Delete
  2. sebab itulah jarang si bujang macam saya tengok filem animasi kat wayang walaupun suka..takut tak cucukup kesabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALBIAH..
      beli dvd layan kat umah sambail baring2 makan cekodok
      lagi senang hati, hahaha

      Delete
  3. haaaaaaaaaa.. akk pernah sound org blkg masa tengok wayang.. maybe dia dah tengok cete tu.. lepas tu sibuk lak nak cete ngan kawan dia.. akk sabar 90%...sabarrrrr 60% ... sabarrrrr lagi... 30%... dah sampai habis peratus... toleh belakang.. "BOLEH DIAM TAK???" terus senyapppp.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SERI..
      hahaha, itu lagi kental
      sy fikir banyak kali nak sound direct camtu
      kang ada yang bertumbuk buat wayang dlm wayang, hahaha

      Delete
  4. bikin panas betul haritu...buleh pulak buat muka takde perasaan wpun kita dah toleh byk kali...huh

    ReplyDelete
  5. bukan dlm panggung saja ...kalau di hospital @ tmpt awam lain jgn cuba dok tendang2 kerusi kita punya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS NIEDA..
      emmm betul, penah sekali kat Pizza Hut
      ada budak ni dtg semua meja, nak kutip strwa org tgh minum
      tahu mak ayah dia buat apa?
      tengok je kelaku anak diorang macam cute sngt
      dia igt semua org suka kot
      endingnya, budak tu dtg nak duk atas riba saya
      huhu

      Delete
  6. betul tu..sebab tu akak anak2 masih kecik ni rasa takut nak bawa tengok wayang,takut anak2 tak boleh nak kontrol..so kita tengok je kat rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ARYAN AZRA..
      jangan terasa ye bagi yg anak kecik2
      anak2 saya pun kecik jugak dulu, so sy pastikan cerita tu sesuai dgn diorang
      dan bawak sesuatu cth mainan @ makanan supaya dia tak bosan spjg dlm tu

      Delete
  7. sejak kenal tok laki, kami tak pernah tengok wayang sama2 lagi hahahah. eh tapi betul la tu, sila ambil perhatian ibu bapa semua... akan adab2 ini yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUMMY JJ..
      yg ibubapa prihatin ok
      jenis yg buat kepala sendiri nnti dia akan kata 'pedulik apa org cakap, aku ada hak, sbb aku pun bayar tiket' yang pesen macam ni mmg xde hati perut

      Delete
  8. Kak zai pun pernah sound orang tendang kerusi dari belakang. Lagi geram kalau ada yang melalak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAI..
      sebenarnya takut2 gak nak sound, sesekali kita mungkin fikir tak sengaja
      dah setiap minit asik menendang je mmg saja cari pasal
      memula bawak anak tgk wayang, sy asik perhati anak
      nampak mcm meragam, saya keluar panggung
      biar rugi $$ dari sepanjang dalam tu kena sumpah org dlm hati
      bila dah selalu cuba, lama2 anak2 tahu adab tgk wayang
      diorang sndiri pun komplen klu org bising

      Delete
  9. MESTI HAPPY TENGOK WAYANG NGAN FMLI...

    ReplyDelete
  10. Pernah melalui kejadian yg sama dan memang toleh belakang byk kali. Akhirnya satu family tu blah....Rasa serba salah pulak jadinya walaupun sebelum tu sakit hati.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)