Skip to main content

Jalan-Jalan ke Petrosains KLCC

Hai korang
seronok eh cuti-cuti 
(bagi yang keje Selangor, Khamis tu Cuti Keputeraan
sambung 1 hari cuti Hari Jumaat, dapat 4 hari cuti)
Bagi yang kampung dekat, dah boleh balik kampung tu

Ini kisah aku dan anak2 masa cuti tu
Bawak anak-anak ke Petrosains KLCC
Dah banyak tahun si kakak dan abam duk nyanyi kat telinga aku
'bila umie ayah cuti, kitorang nak gi Petrosains'
selalunya yang dekat tu paling susah nak pegi
huhu

Hari khamis tu, ikut cik abe ke airport
aku dan kenit naik ERL ke Bandar Tasik Selatan
singgah umah mil ambil kakak dan abam
kebetulan anak buah (sepupu kamceng kakak) pun ada situ
angkutlah dia sekali

EnAbe dah pesan suh naik taxi je 
(dia tahu sangat, aku kalau ramai2 ni cepat je nak bertukar jadi Hulk, huhu)
tapi aku eksyen, konon nak anak merasa naik public transport
hambik ko, 2 kali tukar tren
naik dari Stesen Lrt Bukit Jalil, kebetulan tunpang SIL gi keje
dari situ naik lrt turun dia Masjid Jamek
pastu tukar tren lain, turun di KLCC
mati2 aku ingat, tren tu berenti dalam bangunan KLCC
rupa2nya bangunan tu sebelah KLCC
Kami kena menyeberang jalan dulu baru sampai KLCC
* tarik napas laju2, maklum dah lama tak berjalan jauh*


Rombongan Cik Irfa ke KLCC
cik ke? hua hua hua

Kami antara yang terawal beratur, masa tu baru jam 10 pagi
Ingatkan kami yang terawal, ada lagi yang awal dari kami
bersemangat gitu

Tiket kami semua
1 dewasa + 2 Remaja + 2 Kanak-Kanak =RM40
# sepatutnya RM45 kan? ker dia tak kira si kenit?

untuk check harga tiket dan waktu melawat
sila klik SINI 
aku dah stanby dengan mykid anak2 tapi staff tu tak mintak pun
muka melayu jati, dah tentu2 bukan pelancong asing, haha


Okey, biarlah gambar berbicara ye

percubaan untuk naik ke bulan

adik nak jadi ahli sihir

layan kertas terbang

abam tengah korek bijih timah 

kenit dan lego

berangan konon keje oil n gas


model tak berbayar dari Petronas

Please take note, ada beberapa benda dalam tu yang kena bayar tiket lain
Contoh untuk Canyon Coster tu sorang kena bayar rm3
dan untuk keta lumba tu rm2/sorang
tapi kalau 10 orang budak, terasa jugak bila nak membayarnya
sib baik kami tak ramai

Dalam tu jugak ada kafe
harga pun takde lah mahal sangat
dalam rm3.50-rm4 untuk nasi lemak/nasi goreng/donut/air
kami makan 1 nasi lemak, 1 nasi goreng, 2 donut dan 4 air
Total rm25

aku layan je diorang mencuba semua benda dalam tu
banyak kali jugaklah menguap, huhu
alang2 dah sampai, biar puas hati

lebih kurang jam 1.30 petang kami pun keluar
masa tu orang tengah ramai beratur nak masuk

bila sampai KLCC, tak lengkap kalau jenguk air pancut
sebenarnya aku tak suka ke situ, ramai sangat orang
macam2 rupa
macam2 gelagat


muka dah penat, sekali lagi gigih naik lrt balik
tapi dari lrt bandar tasik selatan, ambik taxi sampai umah MIL
dah tak larat nak menapak

endingnya, malam tu kenit demam
jadi Jumaat tu otomatik umie ambik cuti kecemasan
hehe

sapa2 yang tak tahu nak bawak anak kemana cuti sekolah ni
jom lah ke Petrosains, tak rugi
banyak benda yang anak2 boleh terokai kat situ
ibu2 pun boleh cuci mata sekali lepas keluar dari Petrosains tu
window shopping pun tak jadi hal kalau tak membeli pun
hahaha

okey, sekian kisah kami
#konon petang tu nak gi pesta buku Big Bad Wolf kat Mines tak tercapai
penat giler oiii menapak


Comments

Mak Wardah said…
Salam. Irfa, yang penting anak2 tu bahagia Irfa. Makin cantik kakak kan...dah anak dara suntipun
mamabeauty said…
ohh tak pernah sampai lagi.. Pusat Sains di Bukit Damansara tu jer so far..

hehe nanti bolehla bawak anak2 pegi sini..
Zaitun said…
Dulu rajin juga kak zai ke petrosains masa anak2 sekolah.

Sabtu lepas kak zai pun ke KLCC bawa tetamu jalan2.
:: CIKVIVA :: said…
byk jugak aktiviti dia...kira berbaloi la kan,,drpd dok rumah je...heheh
Puan Eka said…
dah lama tak ke petrosains. Last pegi masa darjah 5 ke 6 tah hihi.

Aritu tengok gambo mak cik bawak anaknya. best pulak tengok
anniz mohtam said…
Baru plan nk g esok bwak budak2 yg blum sekolah ni sblm cuti sekolah. Tp mmg dh pk kan keadaan klcc tu mcm mne. Pk parking lg. Nk crik tmpt mkn lg.. hmmm..

Btw. Salam perkenalan! šŸ˜Š

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')