Wednesday, January 7, 2015

Banjir Pantai Timur 2: Tempat Yang Menggamit Memori

Maaf kalau blog ni asik citer pasal banjir ye. Aku nak abadikan kisah ni dalam blog sebab aku dah tak tulis diary bentuk buku (sejak beberapa bulan lepas, aku cuma rekod duit kuar masuk untuk bisnes kecik2 aku tu je dalam diary, tapi sekadar rekod jelah, akaun asik tiris manjang, acaner tuh?).

Aku  taknak ulas pasal statistik kerosakkan rumah akibat banjir dan aku jugak taknak ulas tentang bantuan banjir yang sampai @ tidak pada mangsa banjir, yang tu bagi pakar yang ulas (pakar kajicuaca dan pakar segala pakar tumbuh bak cendawan lepas hujan sejak akhir2 ni) ko nak ulas pasal apa? pasal banjir? pasal kapal terbang jatuh? semua pun boleh. Sekadar taip n post boleh lah, modal jari jemari je. cer campak dia kat tempat banjir tu, rasanya ada yang nanges guling2 mintak nak balik, haha

Eh! back to the topik

~*~*~*~*~*~*~*~

Tempat Yang Menggamit Kenangan

Aku nak kongsikan beberapa tempat banjir yang ada kaitan dengan aku.
Antaranya ialah:

PASAR KUALA KRAI

- sama cam macam pasar2 lain jugak, semua benda ada jual (kecuali mak ayah je takde, hehe)
sini jugak dulu tempat mak heret aku beli barang kemas dengan duit hantaran kahwin
dan sini jugak tempat mak ayah beli baju raya untuk kami adik beradik
sini jugak tempat 'dating' dengan cinta monyet, opss
(semua orang ada sejarah kan?)
sini jugak tempat beli stok budu/keropok buat stok nak balik Key El
senang citer, sinilah tempat tumpuan  penduduk setempat mendapatkan keperluan

KEDAI BUKU SYARIKAT MUDA OSMAN (SMO)

- masa aku membesar di kampung dulu, kedai buku ni belum wujud
rasanya kedai buku ni wujud kat bandar ni beberapa tahun lepas
aku mula kenal kedai buku ni sebab ini tempat kegemaran kakak
dulu kan dia sekolah kat kampung 2 tahun
bila kami balik, mesti bawak dia kesini untuk beli apa yang dia suka
(setakat ni, anak2 aku paling suka kalau dibawa kekedai buku)
masa kakak tengok gambar ni, ternganga kejap mulut dia
'ish ish ish, sayangnya, mesti banyak buku rosak, banyak barang dalam tu'
HOSPITAL KUALA KRAI

gambar asal sebelum banjir (ihsan dari google)

disini tempat aku melahirkan si hero (abam) 10 tahun yang lalu
dan disini juga tempat pakcik kesayanganku (poksu) menghembus nafas terakhir
kalau nak dikira, kedudukan hospital ni antara tempat tertinggi di kuala krai 




# maaf sebab takde gambar hospital banjir
tapi ini lah gambaran yang hospital terkepung dengan banjir
masa tunggu mak bersalin dulu2, inilah tempat aku melepak
belakang wad bersalin

STESEN KERETA API MANEK URAI

inilah stesen kereta api tempat kenangan aku bersama arwah tok
kedudukan stesen ni jugak atas bukit (Kampung Manek Urai Lama)
stesen kecil ni menghubungkan kami dengan sedara mara di Pahang
masa kecik dulu aku suka mengekor atok naik kete api ke Kuala Krau
atok kesana melawat pakcik makcik aku (anak2 tok dengan isteri pertama)
kenangan makan telur puyuh dan kopi pekat dalam keta api adalah kenangan manis bagi aku
selepas banjir ni, stesen kecik yang dah sepi tu akan bertambah sepi

Gambar lain

Klinik Shafee
antara klinik swasta yang femes di Kuala Krai
kiranya macam klinik keluarga bagi kami
walaupun kena menunggu lama, tapi sebab dah serasi dengan doktor tu
bertabah lah jugak bila kena menunggu lama 
Rumah pakcik (abang kepada mak) di Kampung Manek Urai Lama
Rumah peninggalan Arwah Tok cuma tinggal tapak
(kesian pada penyewa yang kehilangan tempat tinggal dan harta bendanya)
banyak kenangan aku masa kecik di rumah bertiang tinggi ni

Rumah pakcik (adik lelaki mak) di Kampung Manek Urai Baru selepas banjir surut 

Masjid di kampung kami jadi pusat bantuan banjir 

Bandar Kuala Krai selepas banjir surut
selut dan lumpur sana sini
semua gambar ihsan dari grup whatapps sekolah dan FB
aku belum ada kesempatan balik kampung lagi
tengok gambar pun dah sedih
kalau tengok depan mata, tak tahulah macam mana

moga kesan banjir cepat pulih
mungkin ambil masa untuk kembali macam dulu
tapi 'pelan-pelan kayuh' kata orang



9 comments:

  1. AllahhuAkbar...

    Ya Allah, tabahkanlah hati mereka dan berilah mereka kekuatan untuk terus mengemudikan bahtera kehidupan...

    Aamiin...

    ReplyDelete
  2. semoga dpermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. Allahu Akhbar... Semoga Irfa sekeluarga tabah dengan ujian ini.. Manik Urai tempat yg paling teruk kan irfa.. rumah tok irfa pun tinggal tapak jer tu..

    ReplyDelete
  4. sayu tengok kesan selepas banjir...banyak banyak la bersabar yer...

    ReplyDelete
  5. sedihnya lagi2 bila kita ada kenangan kat tpt tu..
    tabah ye akak,, kami sekeluarga pun tgh bertabah kemas rumah mak kt pasir mas..

    ReplyDelete
  6. pernah beberapa kali ke Kuala Krai, bekas kakak ipar (ye, bekas..ceritanya panjang..hehe) orang sana..tumpang sedih dengan banjir.lagi-lagi kat bab hospital tu.sedih sangat.

    ReplyDelete
  7. RAMAI YG KEHILANGAN HARTA BENDA AKIBAT BNJIR SUNGGUH MNYEDIHKAN...NAMUN NYAWA N JIWA YG KEKAL UTUH MAMPU MRUBAH SITUASI LAMA KPD BARU DGN LBH BAIK...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  8. Buat semua mangsa banjir.. bertabahlah.. kuatkan semangat.. sedih memang sedih.. payah memang payah.. tapi bukan kemahuan kita keadaan sebegitu..

    ReplyDelete
  9. Kne blk tgk sdri kak..xtrgmbr dgn prsaan...Bsar ujian ore m.urai thn ni...Allahukbar..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)