Thursday, January 8, 2015

Banjir Pantai Timur (LAST): Hikmah Banjir

Salam Khamis semua
dah sarapan?

okey, ni last citer pasal banjir
Bukan nak tunjuk kesan lepas banjir tapi hikmah disebalik banjir

Ada 2 cerita yang aku nak kongsi dengan korang

Kisah 1:

KITA MASIH PUNYA HATI

selepas aku post pasal banjir di kampung kat FB
ada kengkawan yang mintak nombor akaun untuk menyumbang
aku pun terkejut 
(sebab diorang boleh je derma terus ke badan bencana banjir)
Tapi katanya sebab diorang kenal aku (asal dari sana)
so diorang nak menyumbang terus pada orang yang kenal
Kebetulan adik2 nak balik jenguk mak ayah
kami dah beli barang keperluan, so dengan duit sumbangan tu dapat beli lebih sikit
yang jauh tak dapat jumpa, diorang bank in duit
yang dekat pula menyumbang kain baju dan keperluan lain
bila dikira balik jumlah derma yang aku terima lebih kurang RM2K
Terima kasih untuk semua
Alhamdulillah, sedeqah korang sudah pun sampai pada yang berhak
Moga pahala berpanjangan kerana memudahkan urusan orang lain

Kisah 2:

Grup Sepupu

Arwah tok meninggalkan 2 buah keluarga besar
1 keluarga di Pahang dan 1 di keluarga di Kelantan
Masa arwah Tok masih hidup dan sihat
aktivitinya ialah ulang alik dari Kelantan ke Pahang naik kereta api
aku adalah cucu sulung (family di Kelantan)
memang selalunya aku mengekor je bila arwah Tok bila ke sana, hehe
Kami sepupu2 agak rapat masa kecik
tapi bila dah besar, semua dah kawin, masing2 bawak diri
Jumpa sesekali masa raya @ kenduri besar
Itupun tak semua dapat jumpa

Tapi dengan izin Allah, banjir ini menyatukan kami
(walaupun bukan semua, rasanya baru 50% yang dapat kumpul dalam grup tu)

baru dapat kumpul 23 orang dari semua sepupu2 yang ada
Moga silaturrahim yang sedia ada bertambah rapat walaupun Tok dah takde
Banyak kenangan manis yang Tok tinggalkan pada cucu2nya
Baru kami sedar, Tok tinggalkan kenangan yang sama rata pada semua cucu2nya
Al Fatihah buat Tok Abdul Rahman 
(nama sama macam fil aku jugak)

sekian kisah banjir
tq sudi baca

(^_^)


12 comments:

  1. Hikmah di sebalik musibah...Alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
  2. betullah kak Irfa...setiap sesuatu musibah dia, ada hikmah yang kita tak nampak..time ada masalah macam ni kita kenal siapa kawan sebenar.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, setiap sesuatu ade hikmah Allah nk bg..

    ReplyDelete
  4. ada rahmat di sebalik apa yang berlaku...

    ReplyDelete
  5. Di tempat kerja saya pun ada tabung mangsa banjir dan volunteer untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.. keutamaan kami ialah keluarga dan rakan2 sekerja yang bertugas di negeri2 tersebut. Cerita dari mereka... ada golongan yang mengambil bantuan kemudian menjualkan bantuan terutamanya makanan kepada mangsa lain... saya sokong cara derma terus dari kawan2 FB Irfa... ini bermakna bantuan itu sampai terus kepada penerimanya.

    ReplyDelete
  6. Yer la... ada rahmat yang tersembunyi.

    ReplyDelete
  7. Ada hikmah yang kita tak nampak disebalik kejadian banjir tersebut.. ;)

    ReplyDelete
  8. syukur alhamdulillah ramai yg prihatin mmbntu mangsa banjir melalui irfa...

    ReplyDelete
  9. Terlalu banyak hikmah Allah berikan disebalik musibah kali ini..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, ada hikmah untuk setiap perkara yang terjadi.

    ReplyDelete
  11. tetiba jadik mesra dalam wsap..harap dpt berkumpul ramai2 nti..insyaallah

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)