Skip to main content

Banjir Pantai Timur (LAST): Hikmah Banjir

Salam Khamis semua
dah sarapan?

okey, ni last citer pasal banjir
Bukan nak tunjuk kesan lepas banjir tapi hikmah disebalik banjir

Ada 2 cerita yang aku nak kongsi dengan korang

Kisah 1:

KITA MASIH PUNYA HATI

selepas aku post pasal banjir di kampung kat FB
ada kengkawan yang mintak nombor akaun untuk menyumbang
aku pun terkejut 
(sebab diorang boleh je derma terus ke badan bencana banjir)
Tapi katanya sebab diorang kenal aku (asal dari sana)
so diorang nak menyumbang terus pada orang yang kenal
Kebetulan adik2 nak balik jenguk mak ayah
kami dah beli barang keperluan, so dengan duit sumbangan tu dapat beli lebih sikit
yang jauh tak dapat jumpa, diorang bank in duit
yang dekat pula menyumbang kain baju dan keperluan lain
bila dikira balik jumlah derma yang aku terima lebih kurang RM2K
Terima kasih untuk semua
Alhamdulillah, sedeqah korang sudah pun sampai pada yang berhak
Moga pahala berpanjangan kerana memudahkan urusan orang lain

Kisah 2:

Grup Sepupu

Arwah tok meninggalkan 2 buah keluarga besar
1 keluarga di Pahang dan 1 di keluarga di Kelantan
Masa arwah Tok masih hidup dan sihat
aktivitinya ialah ulang alik dari Kelantan ke Pahang naik kereta api
aku adalah cucu sulung (family di Kelantan)
memang selalunya aku mengekor je bila arwah Tok bila ke sana, hehe
Kami sepupu2 agak rapat masa kecik
tapi bila dah besar, semua dah kawin, masing2 bawak diri
Jumpa sesekali masa raya @ kenduri besar
Itupun tak semua dapat jumpa

Tapi dengan izin Allah, banjir ini menyatukan kami
(walaupun bukan semua, rasanya baru 50% yang dapat kumpul dalam grup tu)

baru dapat kumpul 23 orang dari semua sepupu2 yang ada
Moga silaturrahim yang sedia ada bertambah rapat walaupun Tok dah takde
Banyak kenangan manis yang Tok tinggalkan pada cucu2nya
Baru kami sedar, Tok tinggalkan kenangan yang sama rata pada semua cucu2nya
Al Fatihah buat Tok Abdul Rahman 
(nama sama macam fil aku jugak)

sekian kisah banjir
tq sudi baca

(^_^)


Comments

Kakcik Seroja said…
Hikmah di sebalik musibah...Alhamdulillah... :)
SalbiahM said…
betullah kak Irfa...setiap sesuatu musibah dia, ada hikmah yang kita tak nampak..time ada masalah macam ni kita kenal siapa kawan sebenar.
Kak Wawa said…
Alhamdulillah, setiap sesuatu ade hikmah Allah nk bg..
Lynn Huraiza said…
ada rahmat di sebalik apa yang berlaku...
sweetie said…
Di tempat kerja saya pun ada tabung mangsa banjir dan volunteer untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.. keutamaan kami ialah keluarga dan rakan2 sekerja yang bertugas di negeri2 tersebut. Cerita dari mereka... ada golongan yang mengambil bantuan kemudian menjualkan bantuan terutamanya makanan kepada mangsa lain... saya sokong cara derma terus dari kawan2 FB Irfa... ini bermakna bantuan itu sampai terus kepada penerimanya.
izawani said…
Yer la... ada rahmat yang tersembunyi.
mrs said…
Alhamdulillah...
aizamia3 said…
Ada hikmah yang kita tak nampak disebalik kejadian banjir tersebut.. ;)
paridah said…
syukur alhamdulillah ramai yg prihatin mmbntu mangsa banjir melalui irfa...
Kakzakie Purvit said…
Terlalu banyak hikmah Allah berikan disebalik musibah kali ini..
Alhamdulillah, ada hikmah untuk setiap perkara yang terjadi.
:: CIKVIVA :: said…
tetiba jadik mesra dalam wsap..harap dpt berkumpul ramai2 nti..insyaallah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')