Tuesday, February 17, 2015

Bukan Lagi Rahsia

Assalamualaikum..

Dah ada yang start cuti ke hari ni? Keluar rumah pagi tadi jalan clear je sampai opis, best je rasa. Aku keje lagi sampai Rabu ni, tapi anak2 last sekolah hari ni. Cuti CNY ni takde plan kemana-mana, mungkin duk rumah je kot, tapi kami ni bukan boleh harap, suka sangat last minute plan. Hehe

Terasa lama tak menulis, bukan tak de cerita tapi tak tahu dimana nak mula. Log in blogger.com dengan semangat berkobar2 nak bercerita, tapi sudahnya.. lompat2 blog orang lain dan akhirnya blog sendiri tak ber update. Huhu

Minggu lepas, aku buat keputusan selepas fikir banyak kali, aku dah tutup account FB HappyIrfa, semua kawan dalam tu aku dah add sekali lagi ke Fb Mawarni Sani, kalau sesapa yang tercicir, boleh add aku ye.

Dulu aku ada 2 acc FB, sebabnya.. aku tak selesa meluah rasa kat fb official. Maklumlah kat situ ramai dari kalangan ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan opis, jiran tetangga.. semua ada. Jadi aku lebih selesa meluah rasa di fb Happyirfa, kerana kat situ hanya ada kawan2 blog terpilih sahaja. Tapi sampai satu saat, aku rasa penat, log in log out dan aku fikir balik.. sebenarnya aku bukan lah post benda rahsia sangat pun. Jadi tak perlu lah aku ada 2 account FB kan?

Cumanya ada satu perkara lagi aku nak pesan, bagi sesiapa dari kalangan keluarga @ kawan2 sekolah @ kawan2 opis, yang jumpa blog ni lepas tengok ada penambahan perkataan Happy Irfa selepas nama nama sebenar aku tu, aku izinkan korang baca. Tapi sekadar baca dan tak perlu mengomen dan bertanya aku balik tentang blog ni, aku tak selesa. Baca boleh, tapi tak perlu mengulas sangat lah, takde benda penting pun. #sebab ada yang pm bertanya, kenapa ada yang panggil aku Irfa kat Fb. Irfa tu siapa, tanya dia. Memang aku selesa guna nama Irfa bila berborak dengan kawan blogger, dah 10 tahun kot aku guna nama tu (seusia dengan si empunya nama Abam Irfan (Irfa).


Jemput sarapan, lewat sikit ari ni
Comel kan size nasi lemak tu? 3 sudu dah setel masuk perut, hehe
# abaikan gambar yang senget, malas nak rotate 

(^_^)


8 comments:

  1. ooo.. ada jugak yg tanya eh.. tak pernah ada orang tanya kenapa ada orang panggil aku rai.. nampak beno takde orang peduli kat aku.. lantak la orang nak panggil apa pun.. wakaka..

    ReplyDelete
  2. Ooo saya lebih selesa panggil Irfa... dari nama betul tu... Irfa lebih komersial kot...dannnn... glamer... hehehhe.

    ReplyDelete
  3. IRFA NAMA YG INDAH TAPI NAMA SEBENAR LAGI INDAH..TANDA KASIH AYAHIBU KITA...SEKOLAH DH MULA CUTI CNY LENGANG JALAN YA...

    ReplyDelete
  4. As-salam irfan..

    oh.. baru hari ini akak tahu mana dapat nama irfa tu.. dari irfan rupanya..

    ReplyDelete
  5. ohhhh irfa tu irfan rupanya... betui la kak irfa...fb kdg2 x syiokkkk.

    ReplyDelete
  6. 3 kali suap?..mau 5 bun gkus baru kenyang dik oi..seiring dengan kenaikan berat timbangan akak ni

    ReplyDelete
  7. akak mjula kenal irfa ....terus akan panggil irfa.

    ReplyDelete
  8. setakat ni member skolah atau rakan kenalan terdekat tak tahu pon saya ada blog.hihi

    cuma sorng je mmber sekolah rendah..
    yg tahu ttg kewujudan blog ni.

    betul tu

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)