Tuesday, February 24, 2015

Cuti CNY, Rasa Tak Puas Walaupun 4 Hari Cuti

Cukup panjang tak tajuk entri tu? ke nak aku tambah lagi 2 perenggan? haha *gelak mak lampir*. Saja je buat tajuk panjang2, kasi korang stress membaca tajuk, itu belum baca isi penting lagi, hahaha.

Panas sungguh cuaca sekarang, rasa macam malas sangat nak keluar rumah. Tapi duk dalam umah, kipas siling pulas nombor 5 pun tetap jugak berbahang. Malam tadi tak lena tido, pusing kiri pusing kanan, berpeluh2.

Semalam si kenit menangis taknak gosok gigi, katanya 'taknak gosok gigi, nanti mulut kita sakit, kat sini * tunjuk tepi bibir ada ulser kecik baru nak bertunas* ololo, kecian kenit umie. Tapi aku pujuk, gosok jugak slow, takkan gi tadika tak gosok gigi, sudahnya meraung tak hengat, hahaha.

Seperti biasa, cerita basi masa cuti 4 hari di hari CNY lepas. Ingatkan memang nak qada' tido je kat rumah, tapi berjalan jugak walaupun dekat2

Day 1:
Ontheway balik Cheras, lajak terus ke Klcc sebab nak shopping baju budak2. Aku pun memang nak cari baju kerja, rasa dah lama tak beli baju kerja. Dapatlah 5 helai kemeja size idaman (payah sungguh nak cari kemeja sejak badan makin comel nih, huhu), lepas ni 5 tahun takyah beli baju, haha.

Lepas tu call Sil suh bawak Mil dan Fil makan. Dinner kat Melur&Thyme. Malam tu balik tido umah Mil.
wajah2 kesayangan hamba
makan2 bersama family
Day 2:
Masih di Cheras, lepas Zohor ajak Mil dan Sil jalan2 ke Ikea, dah berkurun kot tak ke Ikea. Ish, pening sungguh dengan orang ramai, cari parking je dekat 1/2 jam baru dapat. Masuk dalam, sekali lagi pening tengok semua benda cantik2, rasa semua nak beli *padahal ada benda yang tak perlu pun terbeli jugak*. Singgah makan kat kafeteria Ikea, order semua yang orang kata sedap, sampai tak abis makan, tapau bawak balik. Malam tu balik umah
Mil dan Sil meneman aku melawat Ikea petang Ahad lepas
kalau dah namanya pompuan, mesti suka tengok deco2 dapur
walaupun masak hanya sekali sekala
kan?

Day 3:
Hari ni kat rumah je, kemas apa yang patut dan kedai beli bahan nak buat nasi Arab, Mil nak datang. Tak tahu nak jamu apa, yang aku pandai cuma masak Nasi Arab Al Bayt tu je, haha. Mil dan Sil datang bersama paklong n maklong. Alhamdulillah, AlBayt mendapat pujian walaupun aku salah sukat air masa masak nasi *sendiri silap kerana cubaan untuk menderhaka resepi yang diberi* tapi rasa tetap meletops, haha. Hampir Maghrib diorang pun balik.

aku masak 1 kotak, sedang elok untuk semua merasa
Day 4:
Qada' tido, no breakfast today, lunch terus *resepi campak2 yang disukai oleh anak2*. Layan tv sampai petang.

ni resepi campak2 apa yang ada dalam peti ais
tak sangka anak2 suka, boleh lah buat lagi
umie kan rajin tahap gaban, campak2 ni suka sangatlah
Malamnya, enAbe tunaikan janji bawak anak2 main kasut roda di Dataran Nilai, penat tunggang terbalik sebab pertama kali main kasut roda, makan sate di restoren Willy Satey, rasa sesuai dengan tekak aku, kuah dan satey ayamnya lembut je *kecewa sebab satey perut dah habis masa kami sampai, dah banyak kali percubaan untuk singgah tapi nampak tutup, sebenarnya bukan tak berniaga tapi satay abis awal, tutup awal lah*

sewa kasut roda RM10/sejam
first time memang asik makan lantai jelah 


Willy Satay ni berhampiran Dataran Nilai
dekat dengan Nilai Square
kami mintak 3 batang je nasi impit tapi pekerja tu hantar 6 ketul
katanya, 3 lagi bos belanja sebab kedai dah nak tutup
suka betul si abam dengan nasi impit balut daun pisang tu   


Sekian kisah kami
*tak tahu nak buat ayat penamat camane, buntu tetiba*

(^_-)




13 comments:

  1. Irfa... Tu dipanggil lontong bukan nasi himpit atau orang banjar cakap burasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      oh ye ker? saya panggil nasi impit je semua
      tak tahu pun nama lain, hihi

      Delete
  2. bestnyaaa.. aku makan nasik arab kenduri kat rumah pakcik..sedappp... tetiba lapar nasik arab..adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      ramai dah sekarang org jamu nasi arab utk kenduri
      tu ari balik kg masa jamu orang buat keje utk kenduri, mak masak nasi arab yang aku jual
      ramai yg puji sedap

      Delete
  3. Sweetie..kalau tempat saya pun di panggil nasik impit,kalau lontong tu yang dah ada kuah nya baru kami panggil lontong..hehehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun, lontong yang dah ada kuah tu. Tapi sebenarnya lontong ialah nasi yang di rebus dalam daun pisang, ketupat pulak nasi yang di rebus dalam daun kelapa.

      Delete
    2. TQ DIANA dan SIS SWEETIE
      pelajaran baru nih, mari mengenal nasi impit dan lontong dan burasak
      hihi

      Delete
  4. seronok mengisi masa cuti dgn aktvt padat ya irfa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      mmg padat, penat tapi seronok :)

      Delete
  5. Menu campak-campak tu tersangatttttt la menggiurkan.
    Terus lapar la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SHAM..
      yg campak tu lagi bahaya
      makan bertambah tanpa sedar ;)

      Delete
  6. Half Moon dah sampai ....yeyyy
    Terima kasih Irfa.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)