Wednesday, February 18, 2015

Kelas Borong China dan Kelas Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Hai korang
Sunyi opis hari ni, dah ada yang start bercuti
Dah ada yang balik kampung malam tadi dan ada yang akan bertolak balik petang nanti

Aku?
Tengok je orang balik kampung
Lagipun, kami adik beradik memang akan balik awal Mac nanti (ada kenduri).
Jadi bersabarlah dan simpan bajet untuk balik kampung nanti

Okey, ni nak share kisah yang sudah menjadi sejarah tapi aku tulis sebagai kenangan akan datang. Mana tahu, lagi 5-10 tahun bila baca balik, masa tu aku dah berjaya jadi 'seseorang', akan aku kenang macam mana susah payah aku masa mula-mula nak bertapak, kahkahkah. Poyo amat entri ini, ada rasa nak muntah ke? Sila bertahan sampai perenggan akhir ye..

Semenjak dua menjak ni, aku suka pegi kursus/seminar berbayar (memang kena bayar pun, cuma beza mahal @ murah je). Yelah, bukan senang nak dapat ilmu dari orang, kenalah bayar sebab dia pun mungkin ratus ribu habis sebelum berjaya dapat ilmu nak jadi pengajar, ye dak?

Aku penah borak dengan seorang tokey spa. Katanya, sebelum buka spa, macam2 kelas dan kursus dia pegi. Dari kelas bakery sampailah buat kerepek, pastu masuk pulak kelas menjahit. Pendek kata macam2 lah dia cuba, duit habis tak yah citer lah. Puluh ribu riban katanya, sampailah dia tahu yang dia memang sesuai dengan bisnes spa. Jadi, setakat baru 2 kali gi seminar, jauh lagi perjalanan aku ni.

Okey, ni kursus pertama aku join bagi tahun 2015

Seminar Bisnes Borong China   

Aku kenal Pn Dira beberapa tahun yang lalu
penah beberapa kali berurusniaga dengan nya
kagum dengan semangat dia, muda2 lagi dah jadi tokey

kalau terer, cuba cari aku dalam gambar ni?
kena pakai teropong baru nampak kot, hahaha 
NubhanAF datang promote produk krim muka dia, Juwita namanya
aku tak beli pun, tak pandai sangat pakai2 produk ni
#tapi baru je terjebak dengan satu produk dari blogger, tapi tak sesuai dengan kulit,huhu
kalau sesapa nak produk tu, boleh emel'
nak bagi free je, baru pakai sekali
seminar ni aku aku pegi ngan kawan yang selalu aku tolong jual tudung dia
sama2 tak tahu jalan, sib baik ada en waze yang tolong tunjukkan jalan
kami orang pertama sampai ke tempat kejadian
giler excited kan?

balik je seminar, terus berkobar2 nak jadi pemborong, haha

kursus ke 2 ialah minggu lepas, hari Ahad
ni last minute aku join lepas baca fb KakPnut

BISNES TUDUNG JENAMA SENDIRI
tengok tajuk pun dah sayup je, ko kena bina nama bagi orang kenal dulu ye
sebelum berangan nak jual tudung dengan nama sendiri, huhu


Yang ni pegi ngan akak blogger, Ummie Hani dan anak buahnya
gigih tau, kul 7 pagi kuar umah dari Nilai
naik erl ke Putrajaya, Kak Ummie pickup kat situ
terus ke alamat yang tertera kat banner (Klang)
tanpa tahu yang tempat kursus dah tukar ke Shah Alam
yelah, kami tak fren ngan dia kat Fb
patutnya pm@wsap kami dan bagitau lah tempat dah tukar
miss communication, emmm

dalam kelas ni dapat tahu macam mana proses nak buat tudung
dari segi kos beli kain, jahit sampai letak label
yang best, dapat kenal ramai orang dalam bisnes tudung
diorang semua tak kedekut ilmu, sempoi je walaupun ada yang dah punya butik
memula tu rasa macam
'alahai, salah kelas ke aku ni?'

korang doakan aku eh, mana tahu masin mulut korang
mungkin aku akan jadi salah seorang dari mereka2 yang berjaya
nanti aku bagi kad keahlian untuk korang yang setia baca blog ni

sesungguhnya
BUKAN SENANG  NAK SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH

selamat berhujung minggu
kalau balik kampung, hati2 di jalan raya

(^_*)


24 comments:

  1. baguih kak Irfa... meniaga mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHIDA..
      bisnes ni ada turun naik
      seronok bila barang laku habis
      tp bila slow, risau tengok barang berlambak tak bergerak

      Delete
  2. betul tu.. saya baru juga menghadiri kursus blogging utk seo dan fb ads..
    if nak buat online sesuai sangat..

    doakan you will success deh

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMABEAUTY..
      kelas tu pun dalam plan nak pegi
      cuma belum jumpa yg dekat ngan rumah ;)

      Delete
  3. Akak doakan satu hari ni kejayaan akan berada dalam genggaman Irfa.. masa tu jangan lupakan akak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SERI KANDI TANAH JAUHAR..
      insha Allah tak lupa ;)
      nanti sy bagi kad keahlian tau, haha

      Delete
  4. moga terus sukses business sis bukan takat tdudung tapi pelbagai lgi produk..betul tu bukan senang nk senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOPIOLIMAUICE..
      sekarang pun dah macam2 benda jual
      sampai di gelar kedai 7-eleven
      haha

      Delete
  5. Salam. Hee kata orang juga, 'biar susah berduit, dari dahlah susah pastu takde duit' pula. Huuhuu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIGA LALAT..
      sama cam ada org penah cakap
      'menangis dalam keta bmw tak sama dengan menangis dalam bas mini'
      dalam maknanya tu

      Delete
  6. Wah..nak buka langkah baru nampak nya nih..semoga berjaya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIANA..
      doa2kan, jauh lagi perjalanan ni
      hahaha

      Delete
  7. Selamat berjaya Irfa. Seronok saya bila di samping kawan2 yg bersemangat nk meniaga ni. Lain rasanya kerja sendiri dengan makan gaji kan. Mmg beza sangat dari segi kepuasan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AISY NASIHA..
      tq ye
      baru nak bertatih, org lain dah lama berlari
      tp oklah dari takde langsung kan

      Delete
  8. nak pandai uruskan sesuatu dgn lancar kena ada ilmunya...bagus irfa rajin menuntut ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      belajar takkan habis
      lagi banyak belajar, rasa lagi banyak yg kita tak tahu

      Delete
  9. tringn nk join seminar2 gini...seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. MISZ SHEYLA..
      mmg bagus, selain dapat ilmu, kita dapat luaskan pergaulan, boleh bertukar bisnes

      Delete
  10. Kita join kursus borong jah kat Kube Kerian aritu, RM50sekepala, anjuran DAZRA VENTURES bersama anok kelate kito di homestay beliau di MIN HOMESTAY :-)

    Lps join kursus tu la semangat kito berkobar & 1st time gi Ghz dgn agent & 2nd time kita bawak ore pulak.


    apa2pun.. go irfa go :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEKDAA..
      balik kursus tu kemain semangat berkobar2 nak bisnes
      dah fikir nak ke China utk memborong
      tp fikir itu ini, macam2 hal.. tunggu lah dulu ;)

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)