Friday, February 13, 2015

Mendaki Genting Highland di Hari Minggu Yang Lalu

Okeylah, sementara aku rajin ni, meh up entri. Ni citer Sabtu lepas.. Tak de bau lagi ni, kira lom basi lagi kan? Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Sabtu lepas, ada jemputan kenduri bertunang sedara EnAbe di Batang Kali, dekat sangat dah tu ngan Genting Highland. Malam tu, EnAbe bagi hint nak bawak anak2 naik Genting lepas majlis. Aku? i like je bab jalan-jalan, kalau boleh setiap minggu makan angin pun aku ok je. Berangan cam duit berkepuk2 gitu, wakakakaka

Dipendekkan cerita, Sabtu yang permai itu, kami kuar umah kul 11 lebih kurang. Terus zassssssss ke Batang Kali, makan langsat setengah guni, baru sampai keumah kenduri, panas je hati sebab sepanjang jalan, tak jumpa signboard Batang Kali, huhu. Pelik pun ada, dah kol Fil banyak kali, baru jumpa umahnya.

bergambar di majlis bertunang
# gambar bawah: FIL bersama cucu2nya
Makan2, salam sedara mara, posing 5,6 ketoi gambar, zasssssssssss mendaki lah kami anak beranak. Perjalanan nan hijau sepanjang jalan macam balik kampung, anak2 happy sambil menyanyi riang lagu 'Balik Kampung oooo Balik Kampung, hati girang' lalalallalala lupa lirik.

Sebenarnya, kami main redah je ke First World Hotel dengan harapan ada bilik kosong, sebab dah namanya last minute plan, mana ada masa nak gugel2 cari hotel murah. Alhamdulillah, rezki anak-anak ada, kami dapat bilik di tingkat 23, pemandangan? buka tingkap hanya nampak kabus semata2. Sejuk macam duk dalam peti beku (penah rasa ke?). Letak beg, buat apa yang patut, jom turun cari makan.


Aku tak ingat last kami kesini, mungkin masa tu kakak kecik lagi @ si abam kecik. Lupa sungguh. Rasanya dulu Indoor pun happening, ada roller coaster dalam sopim mall, tapi kali ni macam takde pun. Singgah makan kat Kenny Rogers, anak2 makan ayam la, aku order Spagetti apa ke nama dah lupa *banyak sangat tertelan semut ko ni Irfa, asik lupa je* rasa pelik je bau dia, macam basi pun ada. Mintak tukar, pun tetap bau masam, last2 aku tak makan pun.

Pusing2 tak tanpa tujuan, last2 kami ke Snow World. Ingatkan beli tiket terus boleh masuk, rupanya ada waktu tertentu untuk masuk. Tiket RM120 utk kami 5 beranak, waktu masuk dari jam 7.30 sampai 8.10 malam.


diluar cermin, masa tu belum timing utk kami masuk 
tukar baju dan kasut
korang tahu kenapa aku gelak besar?
sebabnya aku gelakkan bangla yang bagi arahan utk kami posing
kelakar gila cara dia mengarah kami, haha
Dalam Snow World tu giler sejuk 5 darjah celcius gitu, rasa macam tak bernafas dalam tu. Tak sesuai bagi warga tua dan bayi, sebenarnya kalau mak pak tak masuk pun takpe, boleh je monitor anak2 dari luar cermin. Sebab budak2 je yang seronok masuk dalam tu, mak pak duk tepi tak tahu nak buat apa. Nak main pun tak banyak benda boleh main selain gelongsor tu, tapi boleh la layan anak-anak bergembira. Si kakak dan abam penah main snow, si kenit je tak penah lagi jumpa snow yang betul.
deko CNY sana sini
 

kagum dengan lukisan wajah mirip rupa sebenar
boleh tahan gak harga sekeping gambar 

ralit aku memerhati diorang buat candy ni

candy yang menarik perhatian kakak
Malam tu kami betul2 menghayati kesejukkan Genting Highland dari bilik kami je, buka tingkap sikit pun dah sejuk menggigil. Tido lena sampai ke Subuh.

Paginya bersarapan di hotel (sewa bilik termasuk sarapan). Balik sarapan, sambung tido sampai check out jam 11 tengah hari.


berkabus tebal waktu turun walaupun dah jam 11 pagi
ByeBye Genting

sekian kisah cuti pendek kami

(^_^)



4 comments:

  1. sejuknyaa tengok gambar.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan irfa! amboi bestnya, sejuk betul nampak gaya tuh.. kikkiki

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)