Tuesday, February 10, 2015

Si Dia Peminat Wings dari Kelmarin, Semalam, Esok dan Selamanya



InshaAllah, hadiah akan di pos esok@lusa
3 orang dapat shawl, 2 orang dapat inner magic
nasib lah sapa yang dapat ye, hehe

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sungguh lemau nak update blog sekarang
Banyak cerita tertangguh yang belum sempat dikongsi kat blog
# blog ni ibarat diary aku, kena lah tulis untuk tatapan akan datang

Ni pun kisah dah hampir basi (malam sebelum besday aku)

Sebenarnya, dah lama tak gi konsert
last tengok konsert rasanya masa anak 1 kot
masa tu kat bukit jalil kalau tak silap
masa tu rasa nak pitam, sebab ramai sangat orang

setelah sekian lama tak layan konsert
maklumlah, konsert kat umah pun tak habis2 nak layan
sehari sebelum besday aku (1 Feb)
aku dikejutkan dengan berita oleh teman sebilik
'Hari Sabtu 31Jan nanti, kita tengok konsert Wing kat Melaka ye, tiket dah beli'
aku cam blur2 je masa dengar tu
mimpikah aku?
citer kat cikviva, dia dengan relahati nak jaga bebudak
#setelah di upah dengan 2 kotak pizza, kihkihkih

kul 6 petang hari Sabtu, aku ngan cik abe gerak ke Melaka
sambil di iringi oleh raungan anak dara kenit
dia memang drama queen sangat tau
masa aku masuk keta, dia kemain melalak nampak anak tekak
2 minit kendian, aku wsap cikviva tanya status
rupanya member lebar punya senyum tengah layan games kat tab
nampak tak permainan dia?
memang DramaQueen sangat tau
saja nak buat umie ayah serba salah sebab tinggalkan dia

jom mendetim, kohkohkoh
Konsert Siri Jelajah Wings Menakhluk Kosmos di adakan di dewan MITC, Melaka
jomlah tengok gambar



lepas abis konsert, kami ke belakang stage
ada makan2 untuk kami dan press conference (Wings lah, bukan kami)

yang bestnya, aku semeja dengan anak2 Awie
(dengan anak2 daranya yang manis tu
tapi yang lelaki berdua tu x dapat jumpa)
si sulung tu sebijik muka ibunya, Arni
yang no 2, copy paste muka si ayahnya, Awie
yang paling kecik sebaya kenit aku, 5 tahun
comey macam anak mat saleh kulitnya

tapi (sedih nih. huhu) sekadar dapat citer jelah
gambar yang di ambil semua gegar, nak tunjuk kat blog pun malas
sakit ati kita tau
so takde bukti nak show off ngan korang
huhu

ok, tu je nak citer
bye

15 comments:

  1. peminat Wings rupanya...saya pun minat nyanyian Awie secara live.tak pernah gi konsert, tengok kat teater je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALBIAH..
      en abe peminat Wings sejak sekolah, layan jelah

      Delete
  2. siap berjaket lagi ...menepati tema

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NIEDA..
      kata rock, kenalah pakai jaket
      haha, rock lah sangat

      Delete
  3. waaaaaaahhhhh bestnya gi nengok konsert wings.
    Ada tak lagu Taman Rashidah Utama di dendangkan malam tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZANA..
      banyak lagu baru, tp ada gak selit2 lagu lama yang menggamit memori
      rasanya ada lagu tu

      Delete
  4. BESTNYA DPT TNGOK KONSERT WING BERDUAAN LAGI YER IRFA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      sesekali boleh lah kak, rasa bersalah bila berjalan tanpa anak, huhu

      Delete
  5. gegar pun tak pe..nak tengok anak2 dia..anak dia dengan bini kedua ni sorang je la ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEAR DIANA..
      anak dia dgn Arni - 2 pompuan
      anak dengan rozana tu 3 orang, 2 lelaki + 1 pompuan
      kat IG ada insta ana dia. hehe

      Delete
  6. amboi peminat wings *zaman2 rock kapak terbelah lah ya*..

    yeap lagu2 diorang still legendlah layan..

    ReplyDelete
  7. Syoklah berdating sambil tgk konsert... Tengok rupa senyum tu pun dah menceritakan segalanya. Masa tengok konsert pegang2 tangan tak? kheh...kheh..kheh...

    ReplyDelete
  8. sayang sekali saya org lama .minat lagu lama ja la..haha.tahniah u have the chance to watch yr idol singing..

    ReplyDelete
  9. Esok balik sah sakit tekak, sebab jerit sendiri pun tak dengar.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)