Skip to main content

Family Trip 2015: Destinasi, Tukaran Wang, 13Jam30Minit Kuala Lumpur ke London

Dimana nak mula ye? Boleh tak aku tulis dalam perenggan pendek2? boleh lah ye? kalau panjang takut korang muak lah nak membacanya. Kita mulakan dengan Destinasi Percutian.

DESTINASI PILIHAN:

Pada awalnya, aku cadang nak gi Istanbul *sebab jeles ngan CikViva dah sampai sinun* tapi flight always full, nak taknak kena pilih destinasi lain. Selama seminggu kami laki bini memikir kemana destinasi kami anak beranak masa cuti sekolah ni. Tiket free tahun lepas belum guna pakai lagi, kena guna sebelum 31March, kalau tidak 'burn' sayang je. Akhirnya, sepakat membawa berkat, kami pilih London sebab abam dan adik tak pernah pegi lagi, pastu lajak sikit dari London ke Amsterdam. Alang2 dah dekat tu, sekali harung jelah.

TUKARAN WANG:

London guna matawang Pound Sterling
Amsterdam guna mawatang Euro
Jadinya, kami kena tukar wang kepada 2 currency

Money changer biasa kami pegi, takdelah murah mana *tapi itu je yang terdekat, tak kuasa nak pegi jauh2 tukar duit semata2 nak jimat 40sen, kena bayar tol dan minyak sampai rm50, ye tak?*
So, ini rate yang kami dapat waktu itu

1Pound = RM5.60
1Euro = RM4

Okeylah, percutian ni kami rancang last minute (lebih kurang 2 minggu je kot). Destinasi pun tangkap muat je memandangkan cuti sekolah cuma seminggu. Segala urusan seperti booking tiket, booking hotel, tukaran wang dan segala mak nenek urusan, semuanya EnAabe yang uruskan, aku memang tak ambil tahu. Yang aku tahu, pack baju je, semua orang cukup pakaian selama percutian tersebut. Mithali tak i? kohkohkoh

13 JAM 30 MINIT KUALA LUMPUR KE LONDON

Di pendekkan cerita, penerbangan kami ke London dengan MH002/13Mac mengambil masa 13jam30minit. Lama kan? Ikhlas cakap, sejak kejadian MH370 dan MH017, aku ada sikit phobia bila naik kapal terbang. Tapi tawakkal jelah, pujuk hati yang mati itu pasti, dimana? bagaimana? hanya Allah je yang tahu.

Anak2 sangat happy dapat naik kapal terbang besar katanya, *selalu balik kampung, kapal terbang kecik*. Dalam flight diorang syok je layan movie, aku? tido dan tido dan tido, bangun hanya untuk makan dan ke toilet sahaja, hehe. Lagi best, si kenit langsung taknak ngan aku, berkepit je ngan ayahnya, lagi sorga lah umie, wakakaka.

Okey, kita bagi gambar berbicara

1- buku merah jangan lupa bawa, pastikan jangan tamat tempoh
renew passport sekarang RM200/5 tahun
2- beg pack sorang satu, ops.. ada satu lagi beg isi makanan tiada dalam gambar

1- umie n abam wefie
2- adik, enjoy the food


anak ayah sangat, umie duk dekat pun dia menjeles, huhu

kegemaran yang tak pernah pudar
tengok ketulan awan, rasa macam cotton candy je

menu pertama 

menu ke2, sewaktu nak mendarat 
suka memerhatikan pergerakan kapal, dah sampai mana
kalau atas laut, mula lah senak perut

alhamdulillah, selamat mendarat di Terminal 4, Heathrow Airport, London
jam 7.30 pagi waktu London, tapi jam 3.30 petang di Malaysia (beza 8 jam)


tengah menggigil menahan sejuk
4 darjah celcius, asap kuar dari mulut
laju2 cari baju dalam beg 

okey, bersambung episod akan datang
ada lagi 199 episod
layannnn


Comments

Norma NML said…
Bestnya holiday :)
Unknown said…
hhmm liburan yang sangat menyenangkan...

Obat Jelly Gamat Gold G
sweetie said…
Ko ni Irfa jgn dok sebut2 pasal kejadian2 tu... ni giliran saya plak nak senak perut tau... baru je nak tenang2kan hati dan buat-buat tak da apa-apa...

Apa-apa pun jeles gak tengok kan main mesra lagi ngan 'boyfriend' awak tu...huhu.. boyfriend saya di perantauan :(
NM03 said…
manyak syok wooooo
seronoknya holiday..terima kasih maklumatnya

mahal tukarannya ehh

Jom Vote blog acik bagi msmw
Unknown said…
amboi.. kemahen kasut "kita".. hhehehee
Irfa said…
Hai Norma..
Hehe, mmg best pun
Kopiolimauice said…
13 jam?? makhaiiii yg 2jam pon dh nk muntah ;p
Irfa said…
Aji Nugraha..
sesekali berlibur ;)
Irfa said…
SIS Sweetie..
Cuak ye kak?
bertabah lah ye, doa banyak2, serah padaNYA
sementara boipren kecik ni boleh lah kepit
tp harap boipren ni manja sampai bila2 ngan umie dia
Irfa said…
Aku Penghibur..
Huhu, sgt sedih dgn nilai RM sekarang
Irfa said…
RAI..
cantik kan kasut 'kita' ?
kna travel lagi nih, rugi simpan nanti ketat x pakai.
haha
Irfa said…
KOPIOLIMAUICE...
hehe, 13 jam senak perut
sib baik makan berselera je, hehe
seronoklah Irfa pergi London.. akk smpi tahun..... urmmmm
Zaila Mohamad said…
kebas bontot duduk dalam kapal tube,

lawa anak dara mung kak, mace Hanis Zalikha :)

sila stori mori lagi aku nak baca
Unknown said…
best nya..tak sabar nak tengok gambar lain..
Ada beli apa2 tak kat kami???hahahahh
Nastyna said…
kan... seriau giler la pikir nak terbang2 sekarang ni.. tapi tu la nak tak nak.. mati itu pasti, bagaimana.. Allah jer tau. nak jadi cerita.. that day I pergi la nak book tiket, tapi lari balik umah jap tunggu cik abe confirm date yang mana, pastu buka tenet tengok2 live news germanwings baru jatuh.. ketar terus lutut siku I sebab tengah duk nak book kan masa tu.. tak tau nak nangis ker nak apa.. yang pasti perut tetiba rasa tersimpul. amboi panjang pulak penjelasan I ni. hahaha
Mijoe said…
salam

travel guna ATP/SDP ke? :)

wassalam
Unknown said…
salam puan. boleh saya dapatkan contact number puan umi ? sebab berminat untuk datang ke london pada jan-feb tahun 2018 inshaAllah . terima kasih ya 😊

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')