Skip to main content

Family Trip 2015: Hari Ke 2 di London, Buckingham Palace, St James's Park, Emirates Stadium (Arsenal), Piccadilly Circus

Hari ke2 di London

Kalau sempat, aku akan update 2 entri hari ini, Insha Allah. Cerita yang mana penting je ye, lagipun ni cuma diary aku, bukan nak jadi travelong rujukan sesapa pun. Aku tak mampu nak tulis detail macam blogger lain, huhu.

Hari ni kami bersiap awal, cerah je tanah, terus keluar. Tipu sikit je, takde maknanya kuar awal, dalam kul 8.30 jugak lah kami keluar. Eksited kan? Plan hari ni nak ke Buckingham Palace, nak tengok acara tukar guard tu, pastu nak gi Stadium Arsenal dan last sekali nak ke Picadilly Circus cuci mata, nak cuci poket tak boleh, sebab ada 1 negara lagi nak pegi, kang abiskan semua, tak balik karang, haha.

Dari apartment kami di Edgware Road, naik tube dan turun di St James' s Park Station. Jalan kaki sikit lintas taman, sampai lah ke Buckingham Palace. Kami sampai awal, so bersiar2 dulu tengok itik angsa kat St. James's Park.

ST JAMES'S PARK

London ni banyak taman, masa kami datang dulu, lepak kat Hyde Park sebab depan je dengan hotel yang kami duduk. St James's Park antara taman yang terkenal jugak di London nih. Aku suka tengok pokok2 togel tak berdaun kat sini, berkeping2 gambar yang aku snap kat sini.

cover album baru, band Happy Irfa
layannnnnnnnnnnn
gambar takde motif, hehe


angsa dan itik ni mesti pandai cakap Omputeh kan?
okey, tak lawak
kwek kwek kwek

sebelum dan selepas

BUCKINGHAM PALACE

Agak2 acara tukar guard nak mula, kami lari2 anak ke Buckingham Palace, nak sekeping gambar sebagai bukti dah sampai

Buckingham Palace di belakang tu
semoga anak2 ingat bila besar nanti yang mereka pernah kesini
kesayangan hamba, moga membesar dengan baik
menjadi anak2 yang soleh dan solehah
amin

aku suka muzik masa perarakan ni, rasa bersemangat gitu
tp ntah kenapa kali ni muzik tu slow dan tak rancak macam aku datang tahun 2004 
emmm, apa ye ?
ku menunggumu di pintu syurga
hehe
suka tengok gambar ni, dua puteri kesayangan
moga kamu ber2 sentiasa berkasih sayang sampai akhir hayat
love u kakak n adik
lama dah aku nak bergambar dengan taxi hitam London ni
suka sebab nampak comel
last day kat London, dapat jugak aku naik taxi ni 
Habis je acara tukar guard, lari2 ke stesen berikutnya, naik tube sekali lagi dan turun di Station Arsenal.

EMIRATES STADIUM (ARSENAL)

EnAbe penyokong setia Manchester United (MU) dari dulu sampai sekarang, kalau ada game MU, aku teman sambil komen player, haha, cam good good je. Bukan tengok permainan taoi duk tengok player tu punya pesen rambut bla bla bla. Tapi anak bujang nya masih belum tetap pendirian, masih tercari2 team yang betul2 dia minat, bulan lepas MU, minggu lepas sokong Chelsea, minggu ni Arsenal, minggu depan tak tahu dia nak sokong apa. Jadi, saja lah bawak ke Stadium Emirates nih. Kebetulan ada member mintak beli kan jersi.

Nak datang sini, turun di station Arsenal, jalan kaki sikit sampailah ke Stadium Emirates nih. Ada jumpa beberapa orang Malaysian kat sini, mungkin student yang belajar dekat2 sini datang melawat. Beza dengan jumpa Malaysian di Kota London, susah nak tegur sapa. Tapi yang jumpa kat sini, ramah lah pulak, emm..

Meh layan gambar beberapa keping (ribu2 keping gambar ni ntah bila nak cuci, huhu)



Masa nak balik, hujan renyai2.. berlari2 anak kami 5 beranak ke stesen, next destination is Piccadilly Circus. Kat sini berderet butik2 jenama terkenal, mampu bergambar depan pintu je lah. Nak membeli pikir 18kali, setahun gaji pun baru dapat sebijik handbag kot. Ingat Irfa, nawaitu ko datang nak makan angin je kan? *insaf serta merta*

PICCADILLY CIRCUS

Turun di Oxford Circus Station, masa aku datang tahun 2004, aku tak tahu apa yang orang cari kat sini, dahlah ramai orang, masa datang tu pulak aku mengandung, macam blur je tengok orang ramai kat sini, last2 aku duduk kat sudut sambil makan aiskrim, mesti enAbe stres je masa tu sebab dia beria2 ajak aku datang situ, tapi aku macam bosan, sori ye ;).

masuk gak kat H&M, tapi takde yang berkenan (size tak berkenan, hehe)

kakak dapat banyak barang kat sini

Banyak butik2 mahal, retis datang sopim kat sini lah kot. Aku masuk Primark je sebab situ je rasa cam murah sikit, beli lah jugak 4,5 jenis barang, pastu makan pizza kat kedai arab tepi jalan, pastu naik bas balik apartment.

Okey, abis dah episod London, malam tu sebelum tido kemas beg, rehat dan tido awal sebab kami akan ke next destinasi menaiki bas selama 10 jam.


* lembab giler nak upload gambar kat blog, aku akan masuk gambar kendian*

Bersambung....



Comments

Bestnya irfa gi jalan-jalan oberci tu.. tak sabar CH tunggu next entri :)
Unknown said…
Cepat sambung drama seterusnya..
Kakzakie Purvit said…
Menarik! tapi satu yg kakak suka tengok adik cute yg keletah. Posing dia tu memikat mata memandang. Dahlah background gambar cantik. Suka:)
Dr K said…
OK...
Saya igt gi Piccadilly Circus, dapat tengok sarkis!
Hahaha
Nastyna said…
huishhh laju giler datang london amsterdam smeua.. tak lawat kiter pun :(:( hehehe citer la lagi, seronok tengok korang gigil.. nahh rasakan. hahahaa
eh kiter pun Primark la tempat utama yang dituju kalau mencari baju bajan bebudak ni.. sangat seronot merembat mmg murah giler.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')