Skip to main content

Kemaskini: Aduan Tentang SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Nak ngadu sikit, padahal tadi dah ngadu kat FB, haha. Lepas baca SINI lagi hangat hati, grrrrrrrrrrrr. Aku ni bukannya apa, fikir susahnya nak dapat duit, bila jadi gini memang sakit hati, lepas tu semua main lepas tangan je, SSPN tuding jari kat BANK, pastu BANK tuding jari kat SSPN, abis tu jari aku nak tuding kat sapa pulak? Sudahnya jari aku taip kat blog bagi korang baca dan tambah stress, ngeh ngeh ngeh.


Kronologi:

9/1/2015

Buka akaun SSPN di Cimb Klia (3 anak = RM 300), kata incik yang terima borang dan duit tu, nanti SSPN akan hantar kad dalam masa 2-4 minggu

Sebulan, 2 bulan, 3 bulan, sampai hari ni ( 28/4/2015) 3 bulan berlalu sudah, Kad yang dijanjikan tak nampak bayang. Sampai aku pun dah lupa yang aku penah bukak akaun SSPN untuk kekanak ribena tu. Hajat nak tambah pelaburan masa keluarkan tabung ayam anak-anak yang dah penuh.

Hinggalah pagi ni, member bagitau kat lobi opis ada buka kaunter SSPN. Siapa promo kalau bukak akaun hari ni dapat payung, dapat tabung.

Jumpa staf kaunter tu, tunjuk ic, katanya 'maaf puan, mengikut rekod, tiada pendaftaran atas nama tersebut'

kalau korang jadi aku, korang rasa apa?

apa yang aku rasa ialah 'Mana pegi duit aku rm300 masa buka akaun kat Cimb tuh?'

Staf tu mintak slip bukti pembayaran dan bukti aku bukak akaun, mujurlah aku jumpa slip tu dicelah timbunan kertas dalam laci. Masa tu fikir, kalau aku tak jumpa slip tu, konfem lebur lah $$ aku.

Aku plan nak gi balik CIMB tempat aku bukak akaun tu, nak dengar apa citer dia. Masa duk tunggu lunch time, staf SSPN tu kol aku mintak turun jumpa dia balik isi borang baru, tak payah bawak duit katanya.

WHAT?

sambung nanti...............

Update kembali:

Ke kaunter Cimb tapi tak membantu, jawab sambil lewa je. Katanya, semua borang dah hantar ke SSPN, mungkin SSPN yang tak proses. Ayat ' bukan nak cakap lah, tapi SSPN memang lembab' boleh gitu dia komen? berasap je telinga aku dengar.

Takpe, aku sabar lagi sebab point utama adalah SSPN, aku bertekak keluar anak tekak dengan staf CIMB tu pun tak guna.

Kembali ke kaunter SSPN, katanya suh isi borang baru. Sebelum tu aku saja test diorang. Aku cakap saya nak refund sebab takde mood nak berurusan dengan SSPN lagi. Staf tu call bos dia, last2 dia bagi henpon kat aku suh cakap ngan bos dia, aduhai

Aku cakap jugaklah dengan orang yang ngaku bos tu, aku marah bukan apa, tapi aku bengang sebab dari Jan sampai April, boleh pulak kata akaun aku tak wujud, abis tu mana pegi duit tu? Dia masih menyalahkan CIMB yang mungkin tak submit borang kat diorang. Proses refund ambik masa tapi aku dah boleh agak jawapan tu, ingat senang ke duit yang dah masuk poket orang nak ambik boleh? 1 dalam 1000 kes lah kot.

Malas nak sulitkan lagi keadaan, aku cakap proceed jelah buat akaun lagipun aku tak rasa boleh dapat balik rm300 tu dalam masa terdekat. Tapi aku bagi syarat, taknak isi borang lagi. Sememangnya aku memang tak suka menulis, sejak segala2nya guna komputer, aku rasa tulisan tangan sangatlah buruk, huhu. So staf kaunter tu isi borang untuk aku dan aku sign je lepas check semua maklumat betul.

Aku bukanlah suka2 nak mengamuk tanpa sebab, tapi agak melampau dari Jan sampai April, boleh akaun tak wujud, mana diorang campak borang aku tuh? duit terapung kat mana? Diorang janji akan call dan update apa2 feedback. Aku iye kan je lah, geram punya pasal, sampai lupa aku tak lunch, huhu..

Balik opis, ambik ko, 2 orang call aku hampir serentak. Sorang yang katanya dari cawangan Seremban. sorang dari HQ di KL. Yang dari KL siap bagitau kalau aku emelkan segala maklumat, diorang akan buatkan akaun sekarang. Eh! biar betul? So aku emelkan segala borang yang dah isi. Tak lama kendian, emel aku di balas

Puan,
Tindakan pembukaan akaun akan dibuat.
Sebarang masalah saya akan telefon puan.
Sekian, terima kasih


Selagi aku tak terima kad SSPN yang membuktikan akaun tu wujud, aku akan udpate entri ni.

Sekian, terima kasih kerana membaca


lapar lah pulak, huhu

Update: 29/4/2015

Masuk keje ada emel dari SSPN mengatakan akaun anak-anak sudah pun dibuat. Nombor akaun juga diberi, kad akan di pos terus kerumah

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Comments

Puteri Satu said…
uiks.. cam gini pun ada ka..??? hadoi la hai... klu daftar balik duit rm300 tu ada ok kot.. tapi klu lesappp.....??? mau amukan kan.... huhuh...
sweetie said…
Kalau silap pihak CIMB, kau cucuk mata pegawai tu dengan jari ko plak...

Tapi tak bukak simpanan kat SSPN pun tak pa Irfa... simpan je dlm akuan yang ada atas nama kekanak ribena tu. Bukak SSPN ni cuma memudahkan kalau nak buat pinjaman pelajaran depa nanti je kan.... Dari meminjam kat SSPN baik pinjam ngan bank rakyat. Bank rakyat pun ada produk untuk tabung pendidikan...
paridah said…
kalau tak selesai masalah ni alamatnya SSPN tiada siapa teringin nk buka akaun...blog irfa ni ramai visitornya..bukan senang nk cari duit kan...dengarkan iklan kan main lagi tapi kong kali kong juga ya...
Syasya said…
Geram jugak dengar...
Unknown said…
aku tak bukak pun lagi akaun SSPN ni.. hadehh.. bila baca ni rasa macam mmg takkan bukak kot.. T_T
AtieYusof said…
memang sakit hati kalau mcm ni.. harap2 nya dapat lah dorang settle kan masalah ni kan.. bukan senang kita nak cari rm tu.... huhu
Salina Hafis said…
baru ingat nak buka akuan SSPN untuk anak..bila baca ini jadi seram pulak. thanks for info..
salynahafis
Angah said…
baru nak bukak untk anak buah...kalo macam ni simpan akaun sendiri je lah...
aizamia3 said…
Alhamdulillah selesai akhirnya..
Unknown said…
habis tu duit yang masuk kan sebelum ni tu cemana?
Fahmi Ahmad said…
ASSALAMUALAIKUM, SAYA CADANGKAN SIMPAN DI PRUBSN SMARTLINK.
LEBIH SMART DAN TERJAMIN. KERANA IA MERUPAKAN PELAN SIMPANAN+PELABURAN+PERLINDUNGAN.

INGIN TAHU DETAIL.
BOLEH WASUPKAN SY EMAIL.NANTI SY FORWARDKAN DETAIL.
0137422639. FAHMI AHMAD.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')