Skip to main content

ALFatihah Buat FIL

HARI RABU (22 April 2015)

Adalah hari yang sedih bagi kami di mana anak-anakku kehilangan atok yang di kasihi, atok yang paling suka melayan karenah 15 orang cucu-cucunya. Paling dikenang oleh cucu2 lelaki terutama yang besar terutama abam dan sepupunya Alip ialah atok yang suka bawak mandi sungai dan aktiviti cabut uban atok dapat upah. Hari itu juga dimana en Abe kehilangan seorang ayah dan aku kehilangan bapa mertua yang sangat sporting selepas 15 tahun menjadi menantu sulung. Kehilangan yang kami rasai tidak setanding dengan kehilangan pasangan hidup kepada ibu mertua yang telah bersama2 lebih dari 40 tahun.

Perginya FIL amat di rasai oleh semua sanak saudara termasuk pakcik makcik dan sepupu2 EnAbe yang lain, kerana FIL selalunya menjadi orang tengah bila ada urusan keluarga seperti nikah kahwin dan urusan meminang. FIL memang ada PR yang bagus.

Semua berlaku begitu pantas, rasanya tidak sampai sebulan sejak FIL mengadu bengkak kaki sebelum ke umrah pada hujung Mac, balik dari umrah kesihatan FIL makin melarat hingga di masukkan ke HUKM beberapa kali. Kemuncak paling kritikal bila perut  FIL yang makin membesar terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan cecair berlebihan. Kata Doc, FIL mengalami masalah berkaitan hati dan pengakhirannya pada petang hari Selasa, selepas dibedah kami dikejutkan yang FIL mengalami kanser hati stage 4, esoknya Rabu jam lebih kurang 4.45 petang, FIL pergi dalam tidur.

gambar terbaru FIL semasa umrah Mac lepas
balik dari umrah, kesihatan FIL semakin teruk hingga dimasukkan ke hospital
FIL meninggal kan seorang isteri, 6 anak dan 15 cucu ( 8 perempuan, 7 lelaki)

cucu lelaki atok ( sorang paling kecik takde dalam gambar)
semoga cucu2 atok tak  lupa mendoakan atok
Setiap yang hidup pasti akan mati
Semoga FIL ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Amin dan AlFatihah

# terima kasih kepada yang sms/whatapps mengucapkan TAKZIAH
maaf tak dapat reply semua sms/whatapps pada hari kejadian

Comments

Takziah Irfa.. semoga irfa sekeluarga redha dan tabah dengan kehilangan..
Al Fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi dan dihimpunkan bersama para syuhadah dan solehin. Amin

p/s Rindu pulak CH pada arwah abah .. hari ini genap 100 hari pemergian nya . Al Fatihah :(
sweetie said…
Takziah Irfa... moga rohnya tenang di sana...
shida said…
Takziah dan alfatihah... Arwah FIL akak ni pelakon ke? mcm pelakon.
Unknown said…
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Allhumma ajirni fi musibati wakhluf li khoiron minha.

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berilah kami pahala atas musibah ini dan gantilah bagiku yang lebih baik dari musibah ini.
paridah said…
takziah irfa...moga Allah melindungi n merahmati Allahyarham bersama para solihin di sisi-Nya.
JunAina said…
Salam takziah... Al-Fatihah buat arwah semoga kasih sayang anak, menantu dan cucu akan terus berpanjangan buat arwah.
Fai Nardir said…
takziah kak.. mudah-mudahnan roh arwah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman. al-fatihah...
Unknown said…
takziah awak..semoga arwah diletakkan ditempat org2 yg beriman
Zaitun said…
Salam takziah buat keluarga irfa. Alfatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Anonymous said…
Salam Takziah ye
Al-Fatihah kuhadiahkan buatnya...
mrs said…
Al-Fatihah...salam takziah akak
Irfa said…
CH NUR HAYATI..
terima kasih atas ucapan. Takziah jgk utk sIs.
Irfa said…
CH NUR HAYATI..
terima kasih atas ucapan. Takziah jgk utk sIs.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')