Skip to main content

Victoria Secret, Wangi Sepanjang Hari

Salam Jumaat

lunch kat mana?
aku tadi baru balik pos barang
emm sekarang ni sepanjang masa ramai orang kat Pejabat Pos
#semua pakat jual online ke sekarang? hehe
#kos pos pun dah naik sikit 6sen lebih kurang, emm

oh ni nak share
banyak kali dah tolong kenkawan beli
jadi kali ni nak share kat blog
pada sesiapa yang suka produk Victoria Secret tapi tak tahu nak beli kat mana
@ takde masa nak gi beli kat sopim mall
@ nak belikan utk suprise pada yang tersayang
boleh order ngan aku
i tak charge mahal, upah GST je, boleh gitu?
siap pos terus sampai ke muka pintu, hehe
* sebenarnya ada kenaikkan sikit sejak Gst ni, huhu* 

LOVE SPELL
Set 3in1
-body mist, body wash, body lotion
# member suri rumah mintak tolong belikan
takde masa nak membeli kat luar katanya

ni order dari kawan blogger
hadiah utk diri sendiri sebab nak tengok hasil lebihan bayar cukai, hehe

ni order dari member sekolah

ops, aku pun ada kisah 'manis' dengan Victoria Secret nih
masa memula keje tahun 1998
budak lepasan Spm mula kerja, mana tahu nak berwangi2 dengan perfume mahal
pewangi yang pertama aku beli jenama Echanteur kalau tak silap
dah rasa mahal dan wangi sangat masa tu

pastu aku selalu suka dekat2 dengan sorang kawan nih
bau dia wangi je sepanjang hari
malu2 ayam nak tanya dia pakai perfume apa
tapi tanya jugak lah, rupanya dia pakai Victoria Secret
tapi masa tu rasanya takde jual kat Malaysia
# ke aku je yang tak tahu? emmm
dia selalu order ngan kawan keje pramugari yang fly ke US
jadi, gaji bulan tu aku order sebotol
dia jual RM80, aku pun tak tahu berapa harga sebenarnya
mahal gila lah rasanya masa tu
tapi teringin punya pasal, beli lah jugak
lepas tu banyak kali jugaklah order ngan dia

sekarang Victoria Secret dah banyak bukak butik di Malaysia
bukan setakat body mist tu je, macam2 ada
spentot seksi meksi pun ada
perfume, handbag, wallet, sun glasses pun ada
ko sediakan duit je
body mist dia banyak jenis, aku pun tak hapal semua namanya
kawan2 yg order pun memang ada feveret masing2
so diorang dah bagitau siap2 suh beli yang mana satu

oklah, kalau sesapa yang berminat nak mintak aku belikan
WA jangan malu2
nombornya ada kat banner belah kanan tu ye
tata titi tutu

selamat berhujung minggu

(^_^)

  

Comments

Acik Erna said…
Tak tau la pulak jenama ni dik..masa keje sana dulu tak mandang kot hi hi..dulu masa keje sana pernah beli kenzo..jdore satu lagi tu lupa dah namanya isey miyake ke hapa..sekarang tak de dah.mahal bebeno..dlu rasa nya 100ml pun x sampai 200..sekarang main 300 lebih je..pengsan
Nieda Ramly said…
tahniah irfa ...kauter baru dah buka lagi satu
paridah said…
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...ELOKLAH BERWANGI-WANGIAN NI..SUNAT TU...
Zaitun said…
Mula diperkenalkan menantu lepas tu masa anak pergi UK tempohari borong habis. Kat sana murah sangat. Anak2 kak zai selalu banding2 harga dgn kedai yang jual kat sini.
dekdaa said…
Berapo yar ni irfa?

Lamo doh femes ni cumo dok ajin pakai.. tapi anok buah derjah 1 pakai hok ni... sentap makkk jemahhh hahaha.
Irfa said…
DEKDAA..
banyak harga, nok hok lagu mano?
cer wasap terr.. nombor ada kat sblh kanan tu
hihi

kita beli pun dah kena pow ngan anak dara,
Irfa said…
KAK PARIDAH..
betul tu kak, wangi2 lebih baik dari masam2 ye
haha
Irfa said…
KAK ZAITUN..
mmg kat sana murah
dah masuk Malaysia mahal lah sikit
Irfa said…
SIS NIEDA..
kaunter baru ye?
oklah, saja suka2 ;)
Irfa said…
KAK ERNA..
butik VS baru je wujud kat KLIA
tp baru x baru sgt lah
mmg masa akak kat sini, lom ada lagi
emm teringat kenangan kita dulu2 kan
nedeyyy said…
Salam 😊 nak tanya pouch leopard yg comes with love spell set 3 in 1 tu ada tag tk dalam pouch tu? Sbb sy nak beli tp takut tk ori tu tanya ☺️
Eni said…
Kami Pemborong/Supplier/Menjual Victoria Secret Bodymist 250ml High Gred Dubai (5A)

Harga RM35 sebotol.
Beli borong minimum 6 botol – Harga RM20 sebotol.

(Harga tidak termasuk pos laju)

Kalau berminat sila hubungi/whatsapp saya 014-7291252 (Ms. Eni)
Boleh lihat kat link https://www.facebook.com/Original-Reject-Perfume-Victoria-Secret-Bodymist-Malaysia-1702840786596458/

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')