Wednesday, June 3, 2015

Jun Yang Mencabar, Kesetianku Selama 17 Tahun Kini Berakhir Sudah

Assalamualaikum semua,

Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya.

Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997.

* sempat lagi en posmen mengucapkan 'bertabah ye kak' haha
* 3 surat, untuk aku, en abe dan cikviva
Jun 2015, setelah genap 17 tahun aku berkhidmat dengan penerbangan yang membawa nama Malaysia ke merata ceruk dunia, akhirnya aku mendapat surat terakhir dengan ucapan 'Thank You For Your Service'. Aku terima dengan Redha atas ketentuan yang tertulis untukku dengan kerongkong tersekat. Sudah lama tersebar di dada2 akhbar utama tentang Mas akan mengurangkan 6ribu staff dari jumlah keseluruhan 20ribu staf yang ada. Semua berdebar menunggu berita tersebut. Debaran aku bagai dipalu bila terdengar bunyi motor poslaju yang membawa surat yang bakal merubah hidup aku.

Apapun aku masih perlu bekerja sehingga 31 Ogos dan mulai 1 September, aku bebas. Tiada lagi bos, tiada lagi meja kerja, tiada lagi kawan2 borak sambil bekerja dan makan2 waktu lunch. Setakat hari ni, aku sudah bersedia untuk mulakan hidup baru. Semoga rahmat Allah bersamaku sentiasa.

'

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu wahhal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu wahhal ia amat buruk buatmu bagimu. Sesungguhnya, Kami mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui'

Surah AlBaqarah, ayat 216



29 comments:

  1. Allah allready rancang something better for u untuk esok hari :) Setia nya u, susah nak dapat pekerja macam u yang setia ni. Tu la kan, dah lama dengar ura2 ni.. apapun wish u best of luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nastyna..
      haha, setia pun gini endingnya.
      kalau budak, dah spm tahun ni
      takpelah, i is redha dalam pasrah

      Delete
  2. Alahai.. ramai juga yang saya kenali terima nasib yang sama. Kuatkan semangat ya. InsyaAllah ada peluang yang lebih baik menunggu.. kena yakin tu. Ada hikmah ni..

    ReplyDelete
  3. Banyak bersabar tentu ada hikmah disebaliknya. Mungkin ada pekerjaan yang lebih baik menunggu irfa in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. sabar ye kak Irfa...semoga ada yang lebih baik menanti. so sad MAS sampai jadi macam ni. Pride n Joy of our country..

    ReplyDelete
  5. sedih dengar citer irfa ni...rasa kak mmg xpatut staff sekian lama berkhidmat dihentikan dgn mudah...susah juga nk fhm hati org atas ni n bgaimana mrk membuat pertimbanggan...bersabar ya irfa...rezeki Allah itu mahaluas n rezki irfa sudah hbs di situ tapi berada lbh banyak di tempat lain...kak doakan irfa sukses dlm hidup seterusnya...

    ReplyDelete
  6. Sabar Irfa. Mohon utk lebih baik. Pn Aluyah, your HR yer? Kami HRians semua geram juga. Kesian staffs. Salah org lain, org lain pula jadi mangsa. Sayangnya, MAS ada akta tersendiri. Susah nak cakap. This is Malaysia anyhow. All the best to all 3 of you.

    ReplyDelete
  7. HE have prepared something better for you dear.. :)

    ReplyDelete
  8. Bersabarlah Irfa......... moga ada yang lebih baik menanti........ dengarnya MAB akan ambil staff MAS yang diberhentikan kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,
      MAB adalah nama baru untuk MAS
      MAS hanya tinggal kenangan lepas ni..huhu

      Delete
  9. kak..tapi pampasan yang diterima ok juga kan kak? 17 tahun keje sure x mengecewakan..mungkin terkesan kat akak sbb ni 1st job akak..sy pun baca surat tu on behalf adik saya..alhamdulillah..dapat serap balik..good luck kak..take care-silent reader

    ReplyDelete
  10. Berlapang dadalah...
    Rasanya, ada lg yang bakal menyusul. Kompeni aku pun dah ada ura2...cuma dibuat dlm diam2 je supaya x heboh....

    ReplyDelete
  11. Insya'Allah..
    Rezeki Allah ada di mana-mana.
    Alhamdulillah.. Ala kulli haal
    Segala puji bagi Allah atas apa jua keadaan (sekalipun)

    ReplyDelete
  12. Tak pe la Irfa..mungkin rezeki lepas ni lebih luas Allah nak bagi..

    ReplyDelete
  13. Insyaallah ada rezeki di tempat lain nanti...

    ReplyDelete
  14. rezeki isyaallah ada di mana2...semoga irfa tabah dengan hidup baru

    ReplyDelete
  15. sabar irfa..mungkin rezeki ada di tempat lain..atau teruskan berniaga online

    ReplyDelete
  16. Sy doakan agar sis Irfa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh setiap dugaan. Trust me, everything is belong to ALLAH SWT. Nothing belong to us. Semuanya pinjaman. Semoga ALLAH SWT menggantikan sesuatu yang lebih baik yer. :)

    ReplyDelete
  17. in shaa Allah ada rezeki yg lain

    ReplyDelete
  18. Tak tau cara nak bagi kekuatan... peluk saja boleh tak ?

    ReplyDelete
  19. Barangkali inilah 'titik permulaan' karier sebenar dlm hidup Irfa... Siapa tahu... ada sesuatu yang lebih baik lagi di jalan hadapan... Maaf! mungkin saya pandai bercakap tapi sekiranya mengalami seperti yang Irfa alami... tentu hilang punca jugak.

    ReplyDelete
  20. As-salam irfa..

    semoga segalanya akan baik-baik saja buat irfa.. semoga rezeki irfa dan keluarga akan terus melimpah ruah hendaknya.. insyaALLAH.. Kami sekeluarga juga pernah ada pengalaman yang sama dulu bila tempat kerja suami terpaksa menamatkan perkhidmatan perkerjanya yang tidak mahu ikut berpindah ke pantai timur.. Tapi ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik.. Rezeki itu dari ALLAH.. Semoga urusan irfa dan keluarga akan dipermudahkan hendaknya..

    ReplyDelete
  21. rezeki Allah ada di mana-mana. Ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  22. dik, semoga diberi kekuatan utk memulakan sesuatu yang baru. Insya Allah ada manisnya.

    ReplyDelete
  23. rezeki ada dimana mana....kita cuma perlu berusaha,notis awal, moga dapat merancang sebaiknye utk masa depan...rietta sendiri mungkin xsetabah apa yang rietta taip...moga tuan blog tabah menghadapi semua ni...

    ReplyDelete
  24. ok. entri ni agak sedeh. sebab kite pon ex-MAS and ramai kawan2 kita kat sana. tak sangka boleh jadi camni tp itulah takdirnya. sabar ye irfa ;) Allah knows better ;)

    ReplyDelete
  25. Salam.. sedihnyer.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Moga sis tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)